Tuesday 2 October 2012

sambungan Bab 10 : Kesan Perbandaran


Kedatangan imigran telah memberi kesan terhadap kemunculan bandar yang dikuasai oleh kaum Cina,
 masyarakat berbilang kaum yang terpisah-pisah dan sistem pendidikan yang berasingan.

(a)            Apakah faktor-faktor kemunculan bandar di Tanah Melayu ketika pemerintahan British?
F1            Kaya dengan sumber semula jadi seperti bijih timah
F2            Kawasan yang menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah
F3            Penduduk yang kian bertambah kerana peluang ekonomi
F4            Menjadi pusat mengumpul hasil lombong
F5            Menjadi pusat mendapatkan keperluan harian
F6            Menjadi pusat pentadbiran
F7            Pusat perbankan seperti Kuala Lumpur
F8            Bandar Miri berkembang kerana adanya petroleum.
F9            Bandar baru muncul berfungsi sebagai pusat perniagaan
F10          Kemudahan pengangkutan jalan raya, keretapi
F11          Menjadi pusat kesihatan
F12          Menjadi pusat institusi kewangan
F13          Kemudahan awam seperti sekolah, air, elektrik
F14          Bandar pelabuhan kerana keperluan eksport seperti pelabuhan Klang, Pulau Pinang

(b)           Bagaimanakah masyarakat berbilang kaum berkembang di negara kita ketika zaman penjajah?
                F1            Kedatangan imigran China dan India dari negara masing-masing
                F2            Keperluan tenaga manusia khasnya perlombongan dan perladangan
                F3            Mendapat sokongan British
                F4            Petempatan mengikut kaum, Melayu di luar bandar, Cina di bandar dan 
                                 kawasan lombong, India di ladang
                F5            Kegiatan ekonomi berasaskan kaum, Melayu bertani, Cina berniaga dan melombong,
                                 India menoreh getah
                F6            Bahasa pertuturan mereka mengikut bahasa ibunda masing-masing
                F7            Pada masa ini tidak wujud interaksi dan perpaduan antara kaum

(c)            Bagaimanakah sistem pendidikan vernakular berkembang di Tanah Melayu ketika pemerintahan British?
F1            Sistem ini menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar
F2            Tidak memupuk perpaduan kaum
F3            Pendidikan Melayu tradisional – mempelajari al-Quran, bahasa Arab, ilmu agama, 
                 membaca, menulis dan
                mengira di surau, masjid dan sekolah  pondok
F4            Sekolah Melayu – contohnya di Singapura, Seberang Prai, Kuala Kangsar yang 
                 dijalankan di peringkat  rendah sekadar menjadikan mereka 
                  petani yang lebih baik daripada bapanya
F5            Maktab Perguruan Sultan Idris – melatih guru Sekolah Melayu
F6            Kolej Melayu Kuala Kangsar – sekolah untuk golongan elit Melayu.
F7            Sekolah Tamil – disediakan oleh British di bandar dan pengusaha ladang 
                 membiayai sekolah di ladang
F8            Ia berorientasikan negara India, di mana sukatan, buku, guru dari India dan
                   menggunakan bahasa Tamil
F9            Sekolah Cina – dibiayai saudagar dari China
F10          Ia juga menggunakan sukatan, buku, guru dari negara asal (China)
F11          Menggunakan dialek Cina masing-masing
F12          Selepas adanya pengaruh komunis British mengawal sekolah Cina
F13          Sekolah Inggeris – peringkat awal diusahakan oleh mubaligh dan badan sukarela
F14          Sekolah ini sekolah elit yang terletak di bandar dan pelajarnya dikalangan orang atasan
F15          Kurikulumnya disusun mengikut sistem pendidikan di England
F16          Universiti Malaya – diusahakan oleh British di Singapura tetapi agak lewat

(d)           Pada pandangan anda,  apakah usaha yang boleh dilakukan untuk memajukan bandar-bandar lama di negara kita?                                                                                    
                F1            Menjadikan bandar tersebut sebagai pusat pelancongan
                F2            Menubuhkan Muzium Perlombongan
                F3            Menyediakan kemudahan seperti pengangkutan jalan raya dan 
                                keretaapi yang melalui bandar itu
                F4            Menyediakan penginapan di bandar tersebut agar boleh dijadikan tempat persinggahan
                F5            Menyediakan sumber pendapatan baru bagi penduduk tempatan 
                                seperti kraftangan/industri kecil dan
                                sederhana/ perkilangan
                F6            Menggalakkan pembukaan tanah baru di kawasan sekitarnya untuk 
                                pertanian komersial
                F7            Menubuhkan institusi pendidikan/kewangan/kemudahan kesihatan agar 
                                menjadi tempat tumpuan orang ramai
                F8            Mewujudkan petempatan baru di sekitar bandar itu
                F9            Menggalakan kemasukan pelabur asing
                                (Mana-mana jawapan munasabah)

No comments:

Post a Comment