Wednesday 26 February 2014

Gambar Menarik Untuk Fakta Sejarah



PETA MINDA BAB 5 TINGKATAN 4


NOTA RINGKAS BAB 2 TING 4- PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

(a) Terangkan empat bentuk pemerintahan di negara kota Athens sebelum demokrasi 
diperkenalkan. 
[ 8 markah ]
F1 - Mengamalkan pemerintahan beraja/monarki
H1a - Raja berperanan sebagai ketua hakim/ ketua tentera/ ketua agama
H1b - Raja dibantu oleh konsul dalam menjalankan pentadbiran
F2 - Pemerintahan oligarki
H2a - Pemerintahan oleh beberapa orang konsul
H2b - Apabila konsul semakin kuat, peranan raja semakin merosot
H2c - Kuasa raja terhad
F3 - Pemerintahan aristokrasi
H3a - Pemerintahan oleh golongan bangsawan yang kaya
H3b - Dari kalangan konsul lahirnya golongan aristokrat yang kuat
H3c - Golongan ini yang membolot kuasa
H3d - Rakyat yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan aristokrasi
F4 - Pemerintahan tirani
H4a - Pemimpin menggelarkan dirinya sebagai diktator
H4b - Pemerintahan yang zalim
H4c - Kuasa digunakan secara sewenang-wenangnya
H4d - Pemerintahnya berkuasa mutlak
H4e - Kuasa tidak terhad
H4f - Di bawah pimpinan golongan kaya / tentera
F5 - Pemerintahan demokrasi muncul apabila golongan aristokrat menentang
pemerintahan diktator


b) Bagaimanakah sistem pemerintahan demokrasi dilaksanakan di Athens 
[ 6 Markah ]
F1 - Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis
F2 - Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota
Dewan Perhimpunan
F3 - Tempoh menjadi ahli Dewan Perhimpunan selama 6 bulan sehingga setahun
F4 - Dewan Perhimpunan akan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan
F5 - Setiap ahli Dewan Perhimpunan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar
kerajaan
F6 - Segala keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis
F7 - Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan Perhimpunan
F8 - Dewan mempunyai kuasa penuh terhadap ketiga-tiganya

(c) Jelaskan ciri-ciri sistem pemerintahan republik di Rom. 
[ 6 markah ]
F1 - Tiada pemerintah berkuasa mutlak
F2 - Kuasa tertinggi terletak di tangan dua orang konsul
F3 - Perlantikan dua orang konsul bertujuan mengimbangkan kuasa
F4 - Konsul dilantik oleh Dewan Senat untuk sesuatu tempoh
F5 - Dewan Senat membantu konsul dalam pentadbiran
F6 - Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan
F7 - Dewan Senat membincangkan hal pentadbiran dan merangka
undang-undang.
F8 - Ahli Dewan Senat boleh dilantik menjadi konsul dengan syarat menjadi
praeotor / pemerintah tentera terlebih dahulu.
F9 - Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan.
F10 - Dewan Perhimpunan diwakili oleh semua rakyat Rom.
F11 - Dewan Perhimpunan bertanggungjawab meluluskan keputusan yang
dibuat oleh Dewan Senat.

Nota Ulangkaji Tingkatan 4




 (a) Nyatakan dua ciri bandar terancang di Mohenjo-Daro dan Harappa. 

 - Teratur dan sistematik
 - Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian
 - Di kelilingi oleh tembok
 - Bahagian utamanya merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan
 - Bahagian kedua ialah kawasan perumahan
 - Disusun berasaskan blok berbentuk empat segi
 - Setiap blok dipisahkan oleh jalan raya yang lurus
 - Terdapat sistem kumbahan terancang
 - Sungai berfungsi sebagai jalan perhubungan
[ 2 markah ]

(b) Jelaskan pengkhususan pekerjaan masyarakat tamadun Indus?

 - Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan /
pertanian / pertukangan / pembuatan / artisan
 - Aktiviti perdagangan membabitkan perdagangan luar termasuk dengan
Mesopotamia
 - Bukti penemuan cop mohor Indus di Mesopotamia
 - Hasil perdagangannya ialah emas/gading gajah/manik/hasil pertanian
 - Petani bercucuk tanam makanan seperti barli/kacang
 - Ahli masyarakat menjadi artisan terlibat dalam pembinaan/penghasilan
barangan logam/barangan tembikar
[ 2 markah ]

(c) Senaraikan organisasi sosial masyarakat Lembah Indus

- Terbahagi kepada dua golongan / golongan atasan dan golongan
bawahan
 - Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang
- Pendeta mempunyai kuasa/pengaruh yang besar dalam mengawal
akviti masyarakat terutama perkara yang melibatkan keagamaan
 - Tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta
 - Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh
 - Petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian
hasil kepada pihak berkuasa
Tamadun Indus ialah tamadun yang terawal di India. Tamadun ini telah muncul pada
sekitar tahun 2500 S.M. dan mula merosot pada tahun 1800 SM. Dikenali juga sebagai
tamadun Harrapa.

Golongan buruh menjalankan kegiatan peburuhan seperti menjaga
kebersihan bandar/membina tembok di benteng/membina terusan
[ 2 markah ]

(d) Apakah sumbangan tamadun Indus kepada perkembangan tamadun manusia?

 - Mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan harian
- Perancangan bandar
 - Kemajuan dalam geometri
 - Kemajuan pembinaan / seni bina
 - Teknologi pembakaran batu-bata dengan suhu tinggi
 - Sifat keterbukaan
 - Membuat hubungan dengan tamadun lain
[ 2 markah ]

(e) Mengapakah tamadun Indus dianggap matang?

- Pencapaian cemerlang dalam perancangan bandar
 - Menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa
 - Kemajuan dalam bidang ekonomi, rohani dan kepercayaan
 - Melahirkan masyarakat yang kreatif
 - Menghasilkan teknologi hebat
 - Mempunyai sifat keterbukaan
[ 2 markah ]



1 (a) Jelaskan struktur pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Mesir Purba. 
[ 6 markah ] 
F1 - Pemerintah tertinggi iaitu raja digelar Firaun. 
F2 - Firaun menjadi ketua pemerintah 
F3 - Firaun menjadi ketua pendeta, ketua hakim dan ketua pahlawan 
F4 - Firaun dibantu oleh golongan bangsawan, rahib dan jurutulis 
F5 - Golongan bangsawan menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan 
dan menguruskan pengagihan bekalan makanan 
F6 - Golongan bangsawan terdiri daripada pegawai, penasihat dan gabenor wilayah 
F7 - Rahib menguruskan hal keagamaan 
F8 - Jurutulis membantu pentadbiran dengan menulis rekod kerajaan 
 
 
(b) Jelaskan sistem pendidikan dalam tamadun Mesir Purba.

F1 - Pendidikan dikhususkan kepada anak golongan atasan 
F2 - Kanak-kanak diberi pendidikan sejak daripada umur yang rendah 
F3 - Institusi pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan 
F4 - Pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat 
F5 - Pendidikan bertujuan untuk melahirkan pegawai terlatih untuk menguruskan 
tanaman/mengawal banjir/membina bangunan/membina piramid 
F6 - Ilmu yang diajar ialah geometri, matematik dan sains 
F7 - Melahirkan pengamal perubatan 
 
(c) Terangkan sumbangan tamadun Mesir Purba kepada tamadun manusia. 
[ 10 markah ] 
 
F1 - Senibina piramid 
H1a - Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep 
H1b - Teknik pembinaan bangunan menggunakan batu-bata 
H1c - Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam 
bidang pembinaan 
F2 - Penciptaan kertas daripada pokok papyrus 
H2a - Memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan 
batu bata 
H2b - Penyimpanan rekod khazanah bangsa 
H2c - Menggunakan tulisan yang cantik halus dan penuh seni pada makam dan batu 
H2d - Tinggalan dalam bentuk rekod dan tertulis dengan tulisan hieroglif 
F3 - Mewujudkan sistem pendidikan 
H3a - Sistem pendidikan untuk kanak-kanak keluarga atasan 
H3b - Memulakan pendidikan di peringkat umur yang rendah 
H3c - Sistem pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat 
H3d - Sistem pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan 
H3e - Sistem pendidikan bertujuan melahirkan pegawai kerajaan terlatih 
F4 - Kemajuan perubatan 
H4a - Melahirkan pengamal perubatan 
H4b - Pengamal perubatan mendapat status yang tinggi kerana berkhidmat untuk 
Firaun dan masyarakat 
H4c - Proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan 
H4d - Pengajaran ilmu geometri, matematik dan sains dalam pendidikan 
H4e - Tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan 
pembedahan memberikan sumbangan besar dalam bidang ilmu 
F5 - Pengawalan air daripada Sungai Nil 
H5a - Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri, astronomi digunakan 
dalam mengawal banjir yang berlaku sekali setahun 
H5b - Pemerintah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menebus guna 
kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian 
 
H5c - Pemerintahan Firaun Senuusret III telah membina tembok pengairan bagi 
menebusguna kawasan padang pasir 
H5d - Beliau juga membina terusan untuk mengairkan tanah 
F6 - Pengetahuan astronomi dan matematik 
H6a - Memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun 

 
 
(a) Apakah yang anda faham dengan pernyataan di atas? 
[ 10 markah ] 
Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai “ Hadiah daripada Sungai Nil ” 

F1 - Sungai Nil mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean 
F2 - Berpunca daripada dua anak sungai iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih 
F3 - Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang menukarkan bentuk muka bumi 
Mesir menjadi tanah dataran yang subur 
F4 - Tanah dataran subur sesuai untuk pertanian dan petempatan manusia 
F5 - Tanah lanar yang dibawa berjaya membentuk sebuah delta yang subur untuk 
pertanian dan petempatan manusia 
F6 - Petempatan tetap di sepanjang sungai berkembang menjadi perkampungan 
F7 - Pengetahuan dalam bidang astronomi telah menyebabkan mereka 
memperkenalkan sistem kalendar 
F8 - Gabungan perkampungan mewujudkan beberapa buah bandar dan membentuk 
nome 
F9 - Tanah dataran subur sesuai untuk pertanian dan petempatan manusia 
F10 - Kemajuan tamadun bergantung kepada pengawalan air Sungai Nil 
F11 - Melahirkan perkembangan ilmu matematik seperti algebra dan geometri 
F12 - Pengetahuan dalam bidang astronomi telah menyebabkan mereka 
memperkenalkan sistem kalendar 
F13 - Pokok papyrus dijadikan kepingan kertas 
F14 - Kapal-kapal menyusuri dan berlabuh di pelabuhan seperti 
Thebes/Memphis/Fayoum/Abydos dan Heliopolis 
F15 - Pemerintah mencipta sistem pengairan 
F16 - Sistem pengairan telah menukar padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian 
 
 
(b) Jelaskan sistem kepercayaan tamadun Mesir Purba 
[ 5 markah ] 
 
F1 - Percaya kepada konsep politeisme 
F2 - Setiap tuhan dikaitkan dengan unsur alam seperti Re ( Tuhan Matahari ), 
Ra - Atum (Tuhan Langit) dan Amun ( Tuhan Angin) 
F3 - Percaya pada kehidupan selepas mati 
F4 - Mayat disimpan dan dijaga dengan teliti 
F5 - Makam mayat dipenuhi dengan peralatan serta keperluan serta kelengkapan 
selepas mati 
F6 - Solekan mayat dan alat kebesaran yang ditanam menentukan status mayat. 
 
 
(c) Terangkan pencapaian masyarakat Mesir Purba hasil penguasaan mereka dalam 
bidang matematik dan astronomi ? 
[ 5 markah ] 
F1 - Dapat mengawal banjir sungai Nil 
F2 - Mencipta sistem pengairan/terusan 
F3 - Menukar kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian 
F4 - Memperkenalkan kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan setahun 
F5 - Pembinaan bangunan 
F6 - Piramid 
F7 - Menguruskan hal ehwal pertanian 


Skema Latihan Ulangkaji Tingkatan 5

1 a. Nasionalisme ialah perasaan cinta akan bangsa dan negara yang memebawa kepada gerakan membebaskan tanah air.Tidak terhad kepada pembebasan politik ,  cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing.

B) ciri ciri nasinalisme tahap pertama ialah bersifat setempat,tidak berorganisasi,isu-isu kebudayaan agama dan hak peribumi menjadi faktor pencetus,dipimpin oleh golongan pertengahan yg berpendidikan barat dan asia tenggara.Manakala ciri ciri bagi tahap kedua ialah bertindak secara lebih radikal,berorganisasi dan pemimpin yang baik,dipimpin oleh golongan yang berpendidikan barat,menyedari perubahan yg diperkenalkan oleh penjajah dan menuntut kemerdekaan.

c)Sebagai generasi muda, usaha yang dapat saya lakukan untuk menghargai perjuangan nasionalis yang banyak berjasa kepada negara ialah mempertahankan negara daripada cengkaman negara luar daripada semua aspek. Saya juga akan berusaha untuk membangunkan ekonomi negara Selain itu, saya juga akan mencontohi nilai-nilai yang diamalkan oleh perjuangan nasionalis seperti jati diri yang tinggi dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan. Saya juga akan memupuk perpaduan kaum untuk memastikan keamanan negara kita dikekalkan.

         Generasi muda juga perlu memupuk semangat patriotik dengan menghayati perjuangan tokoh-tokoh seperti Dato Onn Ja’afar dan Dato Maharajalela. Generasi muda perlu mempelajari perjuangan nasionalis yang telah terkorban dalam menentang penjajah seperti Tok Janggut. Selain itu, kita juga perlu berkorban tanpa mengenal erti putus asa dalam sebuah perjuangan. Di samping itu, kita mengekalkan tempat bersejarah seperti Muzium Pasir Salak( Dato Maharajalela).

2. a) i. Kesatuan Melayu Singapura berperanan memajukan sosio-ekonomi org melayu serta menyedarkan org melayu kepentingan pendidikan. Selain itu, menjadi Ahli Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat sebagai wakil org melayu.

ii) KMM adalah menggalakkan perpaduan dlm kalangan pemuda di seluruh semenanjung  dan meningkatkan tahap pendidikan org melayu

iii)PASPAM adalah menggalakkan ahlinya berkenalan dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa dan membawa kepada perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan orang Melayu di seluruh Semenanjung tanah Melayu.

b i. Majalah memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat kebangsaan orang tempatan. Majalah lebih memfokuskan persoalan untuk memajukan bangsa melalui rencana dan puisi yang disiarkan. Contohnya Majalah Guru, isunya ialah mendidik anak-anak Melayu. Selain itu, Majalah Pengasuh, isunya ialah membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah. Majalah Bulan Melayu dengan isunya menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor.

ii. Antara akhbar yang berperanan penting melahirkan semangat kebangsaan ialah Warta malaya , Lembaga Malaya , Majlis dan Utusan Melayu . Isu yang dibangkitkan dalam akhbar dari aspek sosial pendidikan ialah memajukan pendidikan tinggi orang Melayu .Seterusnya , dari aspek ekonomi , isu yang dibangkitkan ialah menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu .Selanjutnya , dari segi politik , isu yang dibangkitkan ialah mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu . J

c)(i)Ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada untuk menjadikan saya seorang pemimpin persatuan yang berpengaruh ialah saya akan bersikap adil dalam membuat keputusan.Selain itu, saya juga akan berfikiran rasional dalam menjalankan aktiviti.Saya juga akan berpandangan jauh untuk perancangan masa hadapan.Tambahan pula,saya akan bersikap wibawa sebagai pemimpin persatuan.

 (ii) Novel kini kurang berpengaruh dalam menyampaikan mesej kepada rakyat kerana plot penceritaan novel sangat membosankan.Selain itu, novel juga hanya mengandungi tulisan sahaja, tidak mengandungi ilustrasi yang boleh menarik orang untuk minat membaca.      


Fokus Peperiksaan Sumatif 1 Ting 4

Fokus   Peperiksaan sumatif  1 Tingkatan 4

2 Soalan struktur    dan  1 esei  = 1 Jam sahaja


1.  Tamadun Mesir Purba -
2.  Tamadun Indus  - Bndar Terancang
 Saoalan Esei  :

Bab 2  - Ciri sistem pemerintahan  dan pentadbiran Zaman Yunani  dan Zaman Rom – serta soalan KBKK 

Tuesday 25 February 2014

LATIHAN SEJARAH TINGKATAN 5


SOALAN ESEI

1. (a) Apakah maksud nasionalisme ?   ( 4 markah)

 (b) Huraikan ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap pertama dan tahap kedua ( 8 markah)
(c) Sebagai generasi muda, apakah usaha yang dapat anda lakukan untuk menghargai perjuangan nasioanlis yang banyak berjasa kepada negara ?     ( 8 markah)





2. (a) Jelaskan  peranan persatuan-persatuan berikut

 (i) Kesatuan Melayu Singapura                ( 2 markah)

 ( ii) Keatuan Melayu Muda                        ( 2markah)

(iii) Persatuan Sahabat Pena Malaya            ( 2 markah)


(b) Jelaskan  isu yang terdapat dalam  aspek-aspek berikut  dan berikan contohnya sekali
 
(i ) Majalah                                                   (3 markah)

(ii) Akhbar                                                   * (3 markah )


(c) Andaikan anda pemimpin sebuah persatuan bersifat politik. Apakah ciri-ciri
      Kepimpinan yang perlu ada untuk menjadikan anda seorang pemimpin persatuan
      yang berpengaruh       ( 4 markah)

 Jelaskan  mengapakah novel kini kurang berpengaruh dalam menyampaikan mesej kepada rakyat
 ( 4 markah)

 

Monday 24 February 2014

FOKUS PEPERIKSAAN SUMATIF 1

Soalan pepriksaan sumatif tingkaan 5 sejarah 4/3/2014 sejarah kertas 1
 40 soalan 1jam (semua tingkatan 4 dan bab 1-3 tingkatan 5)

Kertas 2
5/3 2 jam 30 minit. Bahagian A soalan strukutur 2 soalan tingkatan 4. 2 soalan ting 5. Soalan esei bahagian B-7 soalan esei jawab 3. 4 soalan ting 4. 3 soalan ting 5.

 Kertas 3- 3jam
Fokus soalan tema 8. Tema islam bab 5 kerajaan islam di madinah. Fokus perjanjian akabah, hijrah, piagam madinah, pembukaan semula kota mekah. Terdapat 9 soalan kertas 3

Fokus soalan tingkatan 4 tema 7-tamadun awal-bab 1
Tamadun hwang ho dan mesopotamia
Bab2-republik di rom , yunani demokrasi-perluasan kuasa(y,r,i,c) dan sumbangan tamadun yang kkal hingga kini.
Bab3 pengaruh agama hindu buddha dalam sistem pemrintahan dan pentadbiran- kesusasteraan
Tema 8 (tema islam)
bab 4- reaksi penentangan masyarakat arab quraisy

bab 5-perjanjian akabah, hijrah, dan piagam madinah

bab 6sumbangan khalifah ar rashidin – maksud dan tugas

bab7 islam di asia tenggara-pengaruh islam dalam sistem
pentadbiran dan pemerintahan

bab8 kesan kedatangan islam dalam bidang ekonomi

tema  9 eropah-
bab 9 zaman gelap

 bab 10 kesan ksan dasar ekonomi

tingkatan 5 tema 10
bab1- faktor2 kemunculan nasionalisme
bab2- faktor2 pemangkin nasionalisme-akhbar dan majalah, persatuan dan kesatuan2 melayu

bab3-undang2 tubuh kerajaan n.johor, sistem jemaah menteri di kelantan dan undang2 tubuh negeri terengganu

SOALAN TAJUK UMUM KERTAS 3

Tajuk Umum Tugasan  Kertas   3 


TAJUK            8.2       KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

(Merujuk tema 8 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 4 bab 5)

Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut;

I.          Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai    sumber seperti buku teks, buku ilmiah,akhbar ,majalah,risalah,internet     dan lain-lain.

II.         Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks,
            buku ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik         peperiksaan.

III.       Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan.







FOKUS ULANGKAJI OBJEKTIF TINGKATAN 4

SOALAN OBJEKTIF  ada 40 soalan
PELBAGAI BENTUK :

1. Soalan Aneka Pilihan

1.Makna Tamadun

 * Darcy Riberio dan R. A Buchanan
Apakah persamaan pendapat mereka
A. menolak unsur rohaniah
B Mengutamakan kehidupan di bandar
C Mementingkan lahiriah dan rohaniah
D Mengakui kepentingan unsur rohaniah

SOALAN ANEKA GABUNGAN 


 2.  * angkor Wat       * Candi Borobudur


Apakah fungsi candi tersebut ?
1  Rumah Ibadat
II Kawasan perdagangan
III Pusat menyimpan khazanah negara
1V Tempat menyimpan abu jenazah raja
 A   1 dan 11
 B   I dan  IV
 C   11 dan  III
  D   III dan 1V


SOALAN KONSEP DAN ISTILAH 

3. Apakah maksud Moksya dalam agama Hindu ?
 A Kebenaran mulia
B Kelahiran semula
C Kebebasan mutlak
D Kelakuan semasa hidup

 SOALAN SEBAB DAN MUSABAB ATAU FAKTOR

4.Mengapakah negara kita mengadakan sambutan "maalhijrah " setiap tahun ?
A   Mengingati perjuangan umat Islam terdahulu
B  Mengingati kerasulan Nabi Muhammad s.a.w
C Menanam keazaman sempena tahun baru Islam
D Menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan


SOALAN AKIBAT ATAU KESAN


5. Apakah  kesan pengaruh Islam pada mata wang di Johor ?
A  berbentuk empat segi
B Menggunakan tulisan rumi
C Diperkenalkan ooleh pedagang arab
D Tertera perkataan Khalifatul Muslimin

SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR

* Kuasa barat telah membawa masuk buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja di tanah jajahan
6.  Apakah implikasi  dasar tersebut kepada tanah jajahan ?
A. Membuka lebih banyak bandar baru
B  Kemajuan dalam bidang perindustrian
C Perubahan demografi  an komposisi etnik
d  Mempelbagaikan budaya penduduk tempatan


KELEMAHAN JAWAPAN PELAJAR KERTAS  2
  1. Kurang Membaca
2. Fakta sejarah kurang tepat
3. Kurang memahami arahan soalan
4. Tidak memahami kehendak soalan
5. Kelemahan teknik penulisan jawapan
6. Tidak menjawab soalan berbentuk KBKK
7. Tidak tahu tekniik mengulangkaji sejarah

PERKARA YANG DILARANG DALAM MENULIS ESEI
1. Ayat Tergantung.. Tiada subjek atau tiada predikat
2. Menulis "Pont Form" atau bentuk point sahaja
3.Membina jadual

PERKARA YANG PERLU DIBUAT SEMASA MENULIS ESEI

1. Membaca soalan dengan teliti   - Fahamkan kata tugas
seperti Konsep , ciri-ciri ,kesan atau akibat,matlamat ,peranan , langkah, perkembangan , pendapat , andaian ,perbandingan dan sebagainya.


2. Memilih soalan- Mesti Tahu sepenuhnya ada Fakta Ada Huraian dan Contoh

3. Merangka jawapan dengan bentuk peta Minda
-Gunakan keyword atau kata kunci

4. Menulis Jawapan  dalam bentuk esei atau huraian

5. Menyemak jawapan dengan melihat peruntukkan jawapan , tandakan dalam kurungan

6. Urus masa anda dengan bijak- Tinggalkan 5 minit untuk semak.

SELAMAT MENCUBA. MOGA ALLAH MELORONGKAN FIKIRAN ANAKNDA KE JALAN YANG BENAR DAN DIPERMUDAHKAN URUSAN KETIKA MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN>>SELAMAT MENJAWAB  SUMATIF 1 ini.


Ulangkaji FOKUS ESEI Tingkatan 4

SOALAN  ESEI

PIAGAM MADINAH   (Bab 6) 

 (a). Apakah maksud Piagam Madinah ? ( 4 m)

(b) Terangkan  empat kandungan Piagam Madinah yang membuktikannya sebagai perlembagaan
       yang lengkap, menyeluruh dan mengambilkira kepentingan semua pihak  ( 8 m)

(c ) Berdasarkan  pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan Piagam Madinah dalam
      membentuk sebuah masyarakat yang adil ? ( 8 markah)




BAB  8

KESAN KEDATANGAN ISLAM TERHADAP EKONOMI

Kesan kedatangan Islam dalam aspek perdagangan, mata wang dan percukaian
(a) Apakah faktor yang menyumbang kepada kepesatan kegiatan perdagangan di Melaka
     pada kurun ke-15   ( 8 m)

(b) Terangkan  tiga ciri mata wang timah dan mata wang emas di Johor pada abad ke- 16 ( 6 m)

 ( c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah amalan sistem percukaian semasa
        pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka ? ( 6 m)



ULANGKAJI TINGKATAN 4

soalan spm 2005
2a) Nyatakan 2 konsep hijrah (2m)
b) Jelaskan sebab berlakunya peristiwa hijrah (2m)
c) Nyatakan 2 kepentingan hijrah kepada penduduk madinah (2m)
d)Huraikan dengan ringkas pembaharuan yang dilaksanakan oleh nabi muhammad
    setelah berhijrah ke madinah 

spm 2007
2a) Berikan 2 kaedah pemilihan khalifah dalam islam (2m)
b)Jelaskan tanggungjawab seseorang khalifah dalam aspek berikut
-politik
-ekonomi
-sosial                 (3m)
c)berikan 2 kejayaan khalifah abu bakar as-siddiq (2m)
d)sekiranya anda dilantik menjadi pemimpin malaysia bagaimanakah anda mengamalkan ciri2 kepimpinan islam dalam pentadbiran anda. (3m)

spm 2008

1 (a) Apakah maksud demokrasi ?  (1 m)
(b) Nyatakan tiga ciri sistem pemerintahan demokrasi yang diamalkan di athens ( 3m)
(c) senaraikan  dua buah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi  pada hari ini ( 2m)
(d) sekiranya anda dilantik sebagai pemimpin di sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi, apakah ciri-ciri kepimpinan yang akan anda amalkan  ( 2m)
(e) Pada pandangan anda, apakah kebaikan sistem pemerintahan demokrasi kepada sesebuah negara?
 ( 2m)

SOALAN  ESEI
Bab  10
1 (a) Terangkan faktor yang mempengaruhi kemunculan bandar baru di Tanah Melayu pada awal 
        abad ke- 20 ( 6 m)

(B) Apakah sumbangan sistem pengangkutan dan perhubungan kepada ekonomi Tanah Melayu 
       semasa penjajahan British  ( 6m)


(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,bagaimanakah British meningkatkan perkhidmatan
     kesihatan di Tanah Melayu ? (8 m )

Tuesday 18 February 2014

PERATURAN PEMARKAHAN ESEI UJIAN TOV TING 4


























SOALAN ESEI
1
Tamadun Mesopotamia, Mesir Purba, Indus dan Hwang Ho merupakan tamadun awal manusia yang muncul di dunia.


(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan “Tamadun”?                 [6 markah]
- Berasal daripada Bahasa Arab 
 Perkataan  -mudun dan madain
-Madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
-Bahasa Inggeris  bermaksud civilzation   bermaksud peradaban
-berasal daripada bahasa Greek iaitu  civitas yang bermaksud bandar



















(b)
Huraikan ciri-ciri penting dalam proses pembentukan sesebuah tamadun.
[8 markah]














F1
Kewujudan petempatan kekal
H1a
Kehidupan menetap membawa corak hidup sistematik
H
Kawasan dipilih penting untuk kelangsungan bekalan makanan
H
Hasil inovasi melahirkan kemajuan pertanian
H
Dari segi penanaman, penyimpanan makanan ,penternakan binatang
C
Contoh peralatan baru seperti cangkul dan sabit
C
Penggunaan teknologi seperti pengairan baik
H
Meningkatkan pengeluaran dan membawa lebihan pengeluaran
H
Lebihan menampung pertambahan jumlah penduduk sebab ada bekalan makanan berterusan

( max   8)

F2
Kehidupan berorganisasi
H1a
Mengatur cara hidup manusia- stabil dan makmur
H
Peringkat awal dan ringkas ialah sistem keluarga
H
Pertambahan penduduk dan kepelbagaian aktiviti ekonomi membawa pembahagian masyarakat
H
Sistem sosial berbentuk piramid atau susun lapis masyarakat
H
Lapisan paling atas  diketuai oleh raja
H
Lapisan kedua ialah golongan pembesar-golongan menguasai upacara
Individu yang dihormati-kumpulan mempunyai kepakaran kesenian
H
Golongan rakyat biasa lapisan ketiga-tunjang aktiviti ekonomi
H
Lapisan terakhir –golongan hamba

Lain-lain rujuk Buku teks ms 6 – 8

(c)
Sebagai generasi muda hari ini, apakah peranan anda dalam mengekalkan tamadun Negara Malaysia ?                                           [6 markah]                                                             


F1
Mematuhi ajaran agama
F2
Mengukuhkan semangat cinta negara
F3
Mengamalkan budaya bangsa
F4
Mengeratkan perpaduan bangsa
F5
Memelihara jati diri
F6
Menguasai ilmu pengetahuan
F7
Menguasai segala bidang kemahiran
F8
Menghindari budaya negatif
F9
Mana-mana jawapan munasabah