Sunday 8 March 2015

jawapan buku teks sejarah ting 5 bab 2

BAB 2  : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA 
Tajuk  : Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan
 
Soalan Esei 
Gerakan pemimpin tempatan seperti Penghulu Dol Said, Dato’ Maharajalela, Rentap, Mat Saleh dan lain-lain yang berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar. 
 
(a) Jelaskan sebab-sebab pemimpin tempatan menentang British.
      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms.30 - 31 ) 
Takluk  - British menjalankan dasar penaklukan untuk meluaskan jajahannya
Terikat  - Kawasan taklukan akan terikat dengan perintah dan peraturannya
Naning  - Contohnya, Naning dipaksa membayar ufti kepadanya
Ekonomi  - British berusaha mengeksploitasi ekonomi tempatan
Perjanjian - Menandatangani perjanjian dengan pembesar tempatan
Kuasai  - Saudagar Negeri-Negeri Selat menguasai perlombongan dan perdagangan bijih timah
Pentadbiran - British memaksa pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan
Cukai - Pengenalan sistem cukai, undang-undang dan peraturan tanah bertentangan dengan  amalan tradisi masyarakat.
Terengganu - Contohnya di Terengganu, tanah yang hendak dibuka mesti mendapat keizinan    British dan dikenakan cukai tanah.
Adat  - British mencampuri adat resam tempatan.
Perak  - Contohnya di Perak, British melarang amalan gunakan orang suruhan.
Pemimpin - Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh
Penduduk - Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British.
Sokong  - Mreka memberi sokongan kepada pembesar menentang British. 
[14 x 2m = Mak. 10 markah]
 
(b) Pilih dua tokoh dalam senarai di bawah dan ceritakan peristiwa penentangannya terhadap  British. 
  • Penghulu Dol Said di Naning
  • Rentap di Sarawak
  • Tok Janggut di Kelantan
  • Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu
 
 

(i) Penghulu Dol Said di Naning
      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms.31 - 32 ) 
      Jajahan - British mendakwa Naning sebagai jajahan takluknya
      Enggan - Penghulu Dol Said enggan menghantar ufti kepada British di Melaka
      Tentera - British menghantar tentera untuk menakluki Naning
      Bantu - Penghulu Dol Said yang dibantu oleh Penghulu Rembau, Penghulu Remai, Dato’    Kelana Sungai Ujong dan Penghulu Gemencheh mengalahkan tentera British
      Serang - British menyerang Naning sekali lagi
      Tewas - Penghulu Daol said tewas lalu menyerah diri dan dibawa ke Melaka 
[6 x 1m = Mak. 5 markah]

(ii) Rentap di Sarawak
      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms.33 - 34 ) 
Hapus - James Brooke bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang
Serang - Rentap memimpin orang Iban menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang
Halau - Rentap berjaya menghalau James Brooke
Bakar - James Brooke bertindak balas membakar kampung Rentap.
Undur - Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok.
Kalah - Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai apabila dikalahkan oleh tentera    James Brooke. 
[6 x 1m = Mak. 5 markah] 
(iii) Tok Janggut di Kelantan
      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms.41 - 42 ) 
Bantah - Tok Janggut membantah pelaksanaan Sistem Penasihat dan cukai tetapi tidak ilayan.
      Arah - Arahan dikeluarkan supaya Tok Janggut ditangkap tetapi gagal.
      Menduduki - Tok Janggut bersama Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said,    Che Ishak dan penduduk tempatan menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya.
Kerajaan - Mereka membentuk kerajaan dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut  sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.
      Serang - British menyerang Kampung Saring dengan bantuan tentera Negeri Selat.
      Terkorban - Tok Janggut terkorban dalam serangan itu.
[6 x 1m = Mak. 5 markah]
 
(iv) Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu
      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms.42 - 43 ) 
Kecewa - Haji Abdul Rahman Limbong kecewa dengan sistem cukai dan undang-undang tanah    yang diperkenalkan oleh British.
Telemong - Beliau mengetuai penduduk membersih  tanah di Kuala Telemong tanpa     menghiraukan peraturan tanah.
Maimunah - Beliau sekali lagi berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah tetapi    dapat disuraikan oleh British.
Bersenjata - Penduduk tempatan melancarkan serangan bersenjata terhadap bangunan kerajaan di    Kuala Berang dan berjaya mendudukinya.
Sultan - Dengan menggunakan nama Sultan, British menghantar menghantar pembesar dan    berjaya menawan semula Kuala Berang.
Tangkap - Sepasukan polis menyerang Kuala Telemong dan berjaya menangkap Haji Abdul    Rahman Limbong.
Buang - Beliau dibuang negeri ke Makkah.
[7 x 1m = Mak. 5 markah]

Tajuk : Gerakan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
Soalan Esei
 

Kejayaan British menjajah Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah tidak mematahkan semangat penduduk tempatan sebaliknya secara perlahan mereka bergerak memberi kesedaran dalam pendidikan dan ekonomi melalui persatuan dan media cetak. 
(a) Bagaimanakah dasar-dasar British terhadap politik, ekonomi dan sosial di negara ini telah  membangkitkan nasionalisme di kalangan penduduk tempatan
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 45 – 49)
      i. Politik
 

      Musnah  - Pengenalan sistem politik Barat memusnahkan sistem politik tradisional  
      Cabar  - Tindakan menggantikan pembesar tempatan dengan pegawai British      mencabar amalan tradisi
      Maruah  - Tindakan tersebut juga menjatuhkan maruah orang Melayu
      ii. Sosial dan Pendidikan
 

      Kampung - Orang Melayu tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan
      Kemajuan - Kemajuan hanya terdapat di bandar-bandar sahaja
      Jurang  - Wujudnya jurang taraf hidup antara luar bandar dengan bandar
      Mundur  - Hidup orang Melayu mundur
      Intelek  - Sistem pendidikan melahirkan golongan intelek Melayu
      Sedar  - Mereka memainkan peranannya untuk menyedarkan bangsa
      Tolak  - Mereka menggunakan idea untuk menolak penjajahan 
      iii. Ekonomi 
      Datang  - Dasar British menggalakkan kemasukan orang asing untuk berdagang.
      Imigran  - Ramai imigran datang dan menetap di Tanah Melayu
      Persaingan - menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan
      Kuasai  - Mereka menguasai ekonomi perlombongan, perladangan dan perdagangan
      Padi  - Orang Melayu kekal dengan pertanian padi 
[ 15 x 2m = Mak. 12 markah ]
 
(b) Nyatakan isu-isu pendidikan yang dibangkitkan dalam akhbar, majalah dan novel Melayu pada  tahun 1930-an.
      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 51 – 53 )
 
      Tinggi  - Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
      Perempuan - Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
      Pilih  - Menyeru meninggalkan sikap memilih kerja
      Tabung  - Menggalakkan orang Melayu menabung untuk pendidikan anak-anak
      Tradisional - Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu
      Inggeris  - Mementingkan pendidikan Inggeris untuk kemajuan
      Taraf  - Meminta menaikkan taraf sekolah Melayu dengan memberi nilai ekonomi
      BM  - Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran      British
      Islam  - Menyeru orang Melayu tidak melupakan pendidikan Islam
      Nilai  - Mengekalkan nilai baik masyarakat Melayu 
[ 10 x 1m = Mak. 8 markah ] 

Tajuk  : Gerakan Islah
Soalan Struktur
 

Pengaruh perubahan yang dialami oleh masyarakat Islam di negara-negara Timur  Tengah telah memberi kesan kepada perkembangan pemikiran masyarakat Melayu hingga mewujudkan gerakan Islah oleh Kaum Muda pada awal abad ke-20.
 
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan gerakan Islah ?
      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 49 )
 
      - Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan    mereka terhadap Islam.
[ 2 markah]
 
(b) Sebutkan dua tokoh yang mempelopori gerakan Islah.
      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 49 )
 
  • Sheikh Tahir Jalaluddin
  • Syed Sheikh al-Hadi
  • Dr. Burhanuddin al-Helmy
[3 x 1m = Mak. 2 markah]

 
(c) Nyatakan idea-idea yang disampaikan melalui gerakan Islah oleh oleh Kaum Muda.
      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 50 )
 
  • Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
  • Gesaan memajukan ekonomi, pendidikan,  politik dan sosial orang Melayu
  • Menyemai sikap mengkritik penjajah dalam fikiran orang Islam
  • Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan memajukan orang Melayu
 

[4 x 1m = Mak. 3 markah]

 
(d) Berikan sebab-sebab gerakan Islah oleh Kaum Muda tidak dapat bergerak di Negeri-Negeri  Melayu kecuali di Negeri-Negeri Selat sahaja.
      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 50 )
 
  • Masyarakat sudah dipengaruhi oleh fahaman Kaum Tua
  • Undang-undang dikeluarkan untuk menghalang pengaruh Kaum Muda
  • Kegiatan dakwah tidak dibenarkan kecuali mendapat keizinan Sultan
  • Dilarang membawa masuk buku-buku dan risalah Kaum Muda ke negeri-negeri itu.
 

[4 x 1m = Mak. 3 markah]
 

Tajuk : Akhbar, Majalah dan Novel : Penggerak Kesedaran Bangsa
 
Soalan Struktur 
Peranan yang dimainkan oleh akhbar, majalah dan novel dalam menggerakkan kesedaran kebangsaan orang Melayu pada tahun 1930-an adalah amat jelas dengan memuatkan isu berkaitan sosial, ekonomi dan politik supaya pembaca dapat menilai kesan penjajahan terhadap kemajuan ekonomi, pendidikan dan politik mereka.
 
(a) Senaraikan akhbar-akhbar Melayu yang diterbitkan pada tahun 1930-an.
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 51) 
  • Warta Malaya
  • Lembaga Malaya
  • Majlis
  • Utusan Melayu
  • Warta Negara
  • Fajar Sarawak
[6 x 1m = Mak. 2 markah]
 
(b) Nyatakan isu-isu ekonomi yang dibangkitkan oleh akhbar-akhbar Melayu.
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 51) 
  • Menggalakkan syarikat kerjasama
- Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana mengancam ekonomi  tempatan
      - Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu
  • Melarang orang Melayu menjual tanah mereka
  • Menyeru orang Melayu berjimat cermat
  • Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur
 

[6 x 1m = Mak. 3 markah]
 
(c) Apakah perkara-perkara yang dibangkitkan dalam majalah Bulan Melayu ?
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 52) 
  • Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan di Johor
  • Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri
  • Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur
  • Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa
 

[4 x 1m = Mak. 2 markah]
 
(d) Berikan tema-tema semangat kebangsaan yang dibangkitkan oleh Ishak Haji Muhammad  melalui novel-novel karangannya.
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 53) 
  • Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan
  • Mencintai tanah air dan menjaga maruah bangsa
  • Berasa bangga dengan kebolehan sendiri
  • Menghargai warisan bangsa sendiri
  • Menolak kesenangan demi maruah bangsa
 

[5 x 1m = Mak. 3 markah]






 
Tajuk : Akhbar, Majalah dan Novel : Penggerak Kesedaran Kebangsaan 
Soalan Esei 
(a) Bagaimanakah akhbar-akhbar Melayu tahun 1930-an memainkan peranannya sebagai agen  gerakan nasionalisme ? 
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 51)
 
Isu  - Membangkitkan isu pendidikan, ekonomi dan politik
Kesedaran - Memberikan kesedaran untuk memajukan bangsa Melayu 
      i. Sosial / Pendidikan 
          Tinggi  - Menggesa supaya memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
          Perempuan  - Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
          Sikap  - Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap memilih kerja dan malas berusaha
          Kemahiran  - Mementingkan kemahiran pertukangan dan kerja tangan
          BI   - Mengutamakan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan diri
          Sekolah  - Meminta sekolah Melayu diberikan nilai ekonomi
          BM  - Memartabatkan bahasa Melayu dalam pentadbiran British
          Islam  - Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam
      Nilai  - Menyeru supaya mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu 
    ii. Ekonomi 
Syarikat  - Menggalakkan syarikat kerjasama
Dagang  - Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang
Perniagaan  - Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu
Tanah  - Melarang orang Melayu menjualkan tanah mereka
Jimat  - Menyeru orang Melayu berjimat cermat
Kampung  - Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur 
      iii. Politik 
Raja  - Mengkritik British yang mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
Laksana - Mengkritik raja dan pembesar yang tidak melaksanakan kepimpinan sewajarnya untuk rakyat
Pilih  - Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan
MAS - Menuntut diadakan Malay Administrative Service (M.A.S) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan
Bersatu  - Menyeru orang Melayu bersatu di bawah satu pertubuhan kebangsaan
Tuntutan  - Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan 
[23 x 1m = Mak. 12 markah] 
(b) Jelaskan isu-isu berkaitan wanita yang dibangkitkan dalam akhbar, majalah dan novel Melayu pada tahun 1930-an.
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 51 – 53) 
      Anak  - Pendidikan untuk anak perempuan
      Pendidikan - Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri
      Kesopanan - Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur
      Obor  - Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa
      Kebebasan - Kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupannya
      Negatif  - Membuang pandangan negatif yang boleh menghalang kemajuan
      Perpaduan - Perpaduan di kalangan guru-guru perempuan Melayu Johor 
[7 x 1m = Mak. 8 markah]

Tajuk : Perjuangan Nasionalisme oleh Persatuan-Persatuan Melayu
 
Soalan Struktur 
Awal abad ke-20 memperlihatkan kemunculan persatuan-persatuan yang membincangkan pelbagai persoalan bangsa Melayu berkaitan isu ekonomi, pendidikan, bahasa, sastera, perpaduan dan pembelaan politik bangsa.
 
(a) Nyatakan peranan yang dimainkan oleh Mohammad Eunos Abdullah melalui Kesatuan Melayu  Singapura (KMS)
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 54 – 55) 
  • Menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British
  • Menjadi wakil orang Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat
  • Melalui desakannya, kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian British
  • Memperoleh sebuah kawasan petempatan khas bagi orang Melayu di Singapura
  • Mendorong penubuhan cawangan KMS di Melaka, Pulau Pinang dan di Negeri-Negeri Melayu
 

[5 x 1m = Mak. 3 markah]
 
(b) Apakah tujuan penubuhan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) ?
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms.  55) 
  • Menggalakkan ahli berkenal-kenal
  • Menggalakkan ahli bertukar pendapat untuk memajukan diri dan bangsa
  • Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu
 

[3 x 1m = Mak. 2 markah]
 
(c) Senaraikan tindakan-tindakan oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang menunjukkan kesatuan ini bersifat politik.
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms.  56) 
  • Bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu
  • Menjadikan KMM sebagai badan propoganda Jepun
  • Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propoganda anti-British
  • Mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan
  • Menubuhkan cawangan KMM di Maahad Ihya Assyarif
  • Menubuhkan tentera semut untuk menentang British
 

[6 x 1m = Mak. 3 markah]
 
(d) Apakah hasil daripada kongres Melayu yang telah diadakan pada tahun 1939 dan 1940 ?
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms.  56 - 57) 
  • Kemunduran orang Melayu dalam ekonomi dan pendidikan dibincangkan
  • Layanan pilih kasih oleh British dalam pentadbiran kerajaan telah didedahkan
  • Perjuangan kesatuan mendapat sokongan golongan intelek Melayu dan akhbar-akhbar Melayu
  • Perpaduan orang Melayu untuk mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik dapat diwujudkan
  • Perasaan kenegerian di kalangan orang Melayu dapat diatasi
[5 x 1m = Mak. 2 markah]

Tajuk : Gerakan Nasionalisme Semasa Pendudukan Jepun
 
Soalan Struktur 
Tekanan semasa pendudukan Jepun antara tahun 1941 hingga tahun 1945 telah melahirkan semangat kebangsaan Tanah Melayu melalui gerakan bawah tanah yang berfokus kepada matlamat untuk membebaskan diri daripada tekanan penjajahan. 
(a) Nyatakan dasar pemerintahan ketenteraan Jepun di Tanah Melayu.
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 57 – 58) 
  • Menyekat kebebasan bersuara rakyat Tanah Melayu
  • Memberikan kebebasan kepada pertubuhan yang menyokongnya
  • Membenarkan pertubuhan bergerak di bawah pengawasannya
  • Mengharamkan semua akhbar yang diterbitkan sebelum itu
  • Menukar nama akhbar tempatan kepada nama Jepun
  • Semua sekolah menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar
  • Nilai-nilai Jepun diperkenalkan di sekolah
 

[7 x 1m = Mak. 3 markah]
 
(b) Apakah tindakan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menentang Jepun ?
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 58) 
      - Menubuhkan Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA)
  • Mendapatkan sokongan dan bantuan senjata daripada British
  • Bekerjasama dengan British menentang Jepun
  • Menjalankan perang gerila terhadap Jepun
  • Menubuhkan Pasukan Bintang Tiga
[7 x 1m = Mak. 3 markah]
 
(c) Nyatakan gerakan bawah tanah yang dilakukan oleh orang Melayu menentang Jepun.
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 58) 
  • Menubuhkan Force 136 dan Pasukan Wataniah
  • Bekerjasama dengan tentera British menentang Jepun
  • Bergerak secara gerila di hutan
  • Bergerak aktif di Kedah, Johor dan Pahang
[4 x 1m = Mak. 2 markah]
 
(d) Apakah rancangan Kesatuan Melayu Muda tentang kemerdekaan Tanah Melayu menjelang  khir pendudukan Jepun ?
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 59) 
      - Meminta Jepun memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama-sama Indonesia
  • Menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya
  • Menubuhkan Kesatuan rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) untuk melaksanakan tugas mendapatkan kemerdekaan dengan Indonesia
- Mengadakan kongres di Kuala Lumpur membincangkan persediaan kemerdekaan bersama  ndonesia 
[4 x 1m = Mak. 2 markah]