Wednesday 16 October 2013

Contoh Kata Kerja Aplikasi

KATA KERJA

ARAS MENGAPLIKASI


Menyelesaikan
Menunjukkan
Menggunakan
Membuat ilustrasi
Membina
Mengemukakan
Menilai
Mengklasifikasi
Menggambarkan
Melengkapkan
Meramal
Mengaitkan

KBAT KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Kemahiran
Penerangan 
Mengaplikasi
Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan 
nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan
 sesuatu perkara
Menganalisis
Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil 
untuk memahami dengan lebih mendalam serta
 hubung kait antara bahagian berkenaan
Menilai
Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan 
pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai 
serta memberi justifikasi
Mencipta
menghasilkan  idea atau  produk  atau 
kaedah yang kreatif dan inovatif

sAMBUNGAN KERTAS 3

7 Nyatakan nilai-nilai murni atau iktibar yang diperoleh daripada penglibatan Malaysia dalam kerjasama serantau

Bijaksana
Bekerjasama
Perundingan/musyawarah
Berusaha
Permuafakatan
Perpaduan kaum/bersatu padu
Kerjasama kaum
Bertolak ansur
Demokrasi
Tidak berputus asa
Tabah menghadapi cabaran
Semangat meneroka
Berwawasan
Berdikari
Inovatif dan kreatif
Pemikiran terbuka
Kekalkan keamanan
Pentadbiran teratur
5 markah


8 Rumusan
Pengetahuan yang diperoleh
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
Harapan /cadangan untuk masa depan dunia yang lebih aman dan makmur
Sertakan 1 isi bagi setiap satu isu (pengetahuan,diri,bangsa,negara,harapan, cadangan)

Memperkaya ilmu berkaitan dasar luar
Memiliki semangat patriotisme/ cinta akan negara
Menanamkan jati diri
Memperoleh idea baru untuk meningkatkan kemajuan negara
Mempertahan kedaulatan negara
Kerjasama penting untuk mencapai kejayaan
Semangat meneroka dalam pelbagai bidang
Mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara lain
Keamanan dunia bertambah baik
Berkongsi kepakaran dalam semua bidang
Malaysia menjadi negara maju / makmur
Taraf kehidupan rakyat meningkat
Pentadbiran negara mendapat pengiktirafan dunia
Mengukuhkan identiti negara dan bangsa Malaysia

5 markah

Contoh kertas 3 TERBARU...

Pengenalan


Jelaskan latar belakang hubungan serantau yang dijalankan oleh Malaysia

a   Huraikan faktor-faktor yang menjadi asas pengubalan dasar     
      luar Malaysia.                                                                  (15 markah)


Faktor Sejarah

Hubungan Kerajaan Melaka dengan China/Arab/Siam/ Kepulauan Melayu telah lama berlaku

Hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu sejak sekian lama seperti Indonesia/Brunei/Filipina.

Setelah merdeka, Malaysia menyertai Pertubuhan Komanwel

Malaysia diancam oleh fahaman komunis

Menggugat keselamatan Malaysia.

Mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat / antikomunis

Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan



Faktor ekonomi.

Mengamalkan pasaran bebas dengan negara-negara lain di dunia

Malaysia negara pengeluar utama bijih timah / getah

Terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju.

Setelah merdeka, beberapa langkah diambil bagi menggalakkan pelaburan

Diharapkan dapat meningkatkan ekonomi 

menyediakan peluang pekerjaan

Melalui Dasar Pandang ke Timur, kemasukan pelabur dari Jepun / Korea digalakkan

Menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun

Menjalin hubungan baik dengan negara-negara  Islam/OIC



Faktor politik

Berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat

Menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain

Berpegang teguh prinsip-prinsip / piagam PBB

Bagi memelihara keamanan dunia

Menyokong semua resolusi PBB



Faktor geografi

kedudukan yang strategik di Asia Tenggara

Bersempadan dengan negara di rantau ini

Perairannya menjadi laluan utama kapal-kapal dagang

Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi Malaysia



Faktor demografi

Hubungan diplomatik dengan negara Islam

Sejajar dengan penduduknya majoriti beragama Islam

Tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel

Negara berkenaan menceroboh/ menindas pribumi Palestin

Menentang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan

Tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan


b.     Jelaskan perkembangan hubungan serantau yang dijalankan oleh Melaysia  
         melalui pertubuhan berikut;
:
(a)   Persatuan  Negara Asia Tenggara                                10 markah
ASA
Tunku Abdul Rahman telahmencadangkan penubuhan ASA. Cadangan ini dibuat berikutan ancaman komunis. PKM telah diharamkan oleh kerajaan dan ini menyebabkanmereka melancarkan gerakan gerila bagi menjatuhkan kerajaan. Ancaman komunis juga berlaku  di negara jiran terutamanya Thailand yang bersempadan dengan Malaysia. Thailand dijadikan sebagai pangkalan gerakan gerila . Ini menyukarkan kedua-dua negara melemahkan dan menghapuskan gerakan komunis..Dalam masa yang sama Filipina turut diancam komunis.. Malaysia imengadakan kerjasama dengan negara jiran bagi membendung ancaman ini.
  Pada 31 Julai 1961, satu mesyuarat didakan di Bangkok antara Malaysia,Thailand dan Filipina,hasilnya ASAtelah ditubuhkan. Pertubuhan ini diharapkan dapat melindungi negara-negara anggota daripada ancaman komunis dan juga menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.
   Matlamt penubuhan ASA termasuklah menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial. Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi. Akhir sekali mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negra anggota.
   Malangnya ASA  tidak bertahan lama kerana tercetus pertelngkahan Malaysia denga Filipina berkaitan isu penubuhan persekutuan Malaaysia pada tahun 1963.

(b)   Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO)          5/10 Markah
Pertubuhan ini dianggotai Malaysia,Filipina dan Indoneesia. MAPHILINDO merupakan cantuman nama ketiga-tiga negara tersebut. Tujuan penubuhannya adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan negra anggota tersebut.. Ini berlaku berikutan cadangan penubuhan persekutuan Malaysia. Indonesia tidak bersetuju dengan idea tersebut kerana Sukarno menganggap ia sebagai satu bentuk penjajahan baru. Filipina pula menentang kerana menuntut Sabah adalah sebahagian daripada mereka.

    Ketiga-tiga negara tersebut telah mengadakan runding bagi menyelesaikan pertelinkahan tersebut. Yang akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHILINDO. Pertubuhan ini sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapaatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan persekutuan Malaaysia.PBB telah menghantarLawrence V Michael More untuk meninjau pandangan rakyat.Hasilnya majoriti rakyat kedua-dua negeri berkenaan bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia.Walau bagaimanapun Indonesia dan Filipina tidak puas hati dan terus menentang pembentukan Malaysia. Akhirnya pertubuhan ini gagal berfungsi.

(c)   Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)    15 markah)
ASEAN
   Pertubuhan ini  diwujudkan hasil termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967. Pertubuhan ini dikenali Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara atau ASEAN. Maatlamatnya termasuklah mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara,membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial  dan kebudayaan. Ia juga untuk meningkatkan taraf hidup penduduk melali kerjasama dalambidang pertanian,perdagangan dan perindustrian. Ia juga membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan persatuaan atau pertubuhan serantau dan antarabanagsa.

    Keanggotaan ASEAN terdiri daripada 5 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura.Jumlah anggota bertambah menjadi sepuluh apabila kesemua negara Asia Tenggara nenjadi anggota. Negara-negara tersebut ialah Vietnam, Myanmar. Brunei, Laos,Kampuchea. Papua New Guinea telah dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini terletak bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan di zon Asia Tenggara.

    Logo ASEAN terdiri daripada sepuluh tangkai padi mempamerkan impian pengasasana ASEAN iaitu sepuluh buah negara di asia Tenggara. yang diikat oleh semangat persahabatan dan perpaduan. Bulatan pula membayangkan semangat bersatu padudalam ASEAN. Moto ASEAN adalah keamanan, ketabilan, Kegigihan, kedinamikan, kesucian dan kemakmuran. Terdapat pelbagai tugasan ASEAN termasuk mengadakan persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN setahun sekali. Mereka mengadakan mesyuarat Menteri-Menterri Ekonomi ASEAN dua tahun sekali. Sidang kemuncak ASEAN akan diadakan mengikut keperluan. Sekretariat ASEAN berada di Jakarta. ASEAN mempunyai dua jawatankuasa tetap iaitu Jawatankuasa Tetap Sosial dan Jawatankuasa Tetap Ekonomi. Jawatankuasa Tetap Sosial terdiri daripada JK Kebudayaan dan Penerangan,JK Sains dan Teknologi dan JK Pembangunan dan Sosial.

       JK Tetap Ekonomi terdiri daripada JK Keangan daan Urusan Bank,JK Perindustrian,Galian dan Tenaga serta JK Perhubungan dan  Pengangkutan. Ia juga terdiri daripada JK Makanan,Pertanian dan Perhutanan. Asean juga telah menubuhan ZOPFAN padathun 1984.ZOPFAN bermaksud Zon Bebas Senjata Nuklear.

Mungkin a dan b atau b sahaja
Huraikan  peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau sejak menyertainya

Sumbangan tersebut  adalah  menjamin kestabilan politik serta menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial.Malaysia juga telah mewujudkan pusat  latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi contohnya pembinaan Pusat Serantau untuk sains dan matematik(RECSAM) di pulau Pinang.Kita juga yelah menyelesaikan pertelingkahan tentang pembentukan Malaysia dengan Filipina dan Indonesia.
  
  Negara kita juga telah memberikan sumbangan terhadap masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja dan berjaya meningkatkan ekonomi serta taraf hidup penduduk.Malaysia juga bertukar-tukar pandangan melalui mesyauarat dan  persidangan yangdisertai.  Kita juga menghadiri serta menyertai mesyuarat CHOGM atau  ketua-ketuakerajaan Komanwel .Sumbangan Malaysia  juga dengan menjadi tuan rumah mesyuaratCHOGM di Kuala Lumpur Negara kita juga terlibat dalam pembentukan ZOPFAN melalui Deklarasi Kuala Lumpurpada bulan November 1971. Kita juga akur dengan ketetapanDeklarasi Langkawi. Sumbangan berikutnya adalah dengan menganjurkan sukan SEAdisamping menyertai sukan tersebut. Kita telah membantu membentuk kerajaan DemokratikCampuran Kampuchea dan dipersetujui oleh Vietnam.

       Malaysia telah membina projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu. Kita juga telah menyumbangkan idea terhadap penubuhan AFTA diSidang Kemuncak ASEAN di Singapura. Tambahan pula kita talah mengemukakan idea kerjasama ekonomi yang melibatkan China.idea ini dikemukakan oleh Dato Seri Dr.Mahathir Mohammad dan dinamakan EAEC.Negara kita  turut menyubangkaan idea dalam pendidikan iaitu dengan penubuhan Pertubuhan Menterri-menteri pelajaran ASEAN(SEAMEO). Penglibatan Malaysia dalam bidang kebudayaan dibuktikan dengan mengadakan festival kebudayaan dan kesenian  dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN..Malasia juga mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio
   Mengaplikasi  : Terangkan bagaimana Malaysia memainkan peranan dalam memacu  
        perjuangan pertubuhan ASEAN

Kita  dapat menjalin hubungan baik dengan semua negara anggota serta mengambil bahagian dalam sukan SEA.. Selain itu sentiasa mewujudkan kerjasama dalam bidang politik ekonomi dan sosial  Kita juga cuba menyekat pengaruh menyekat pengaruh komunis.Bersedia menerima bantuan dari segi politik.Bersedia menerima bantuan dari segi ekonomi .Bersedia menerima bantuan dari segi social.Menyertai mesyuarat CHOGM / ketua-ketua kerajaan Komanwel
Menjadi tuan rumah mesyuarat CHOGM .Akur dengan ketetapan deklarasi Langkawi
Memberi bantuan teknikal  dan pendidikan kepada negara-negara anggota.Membantu menjaga keamanan seperti mana dilakuakan di Kampuchea.Usaha-usaha yang dilakukan oleh Malaysia termasuklah menubuhkan dan mengaktifkan ZOPFAN.    
Menilai
     Keanggotaan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan di Asia Tenggara telah  menjadi
     pemangkin kepada kejayaan negara . Jelaskan kejayaan tersebut?

Keamanan negara terjamin
Kedaulatan negara terpelihara
Perkembangan ekonomi
Wujudnya pakatan ekonomi /EAEC/ ASEAN +3/ AFTA
Menjadi rantau bebas daripada ancaman senjata nuklear
Menjadi negara contoh dalam membanteras ancaman komunis
Menjalin hubungan bilateral / multilateral
Malaysia menjadi hab halal
Mewujudkan pasaran bebas
Berjaya membina Pusat Serantau Sains Matematik / RECSAM
Menubuhkan SITTDEC di Kuala Lumpur
Menganjurkan sukan SEA
Mana-mana munasabah

Malaysia terkenal dengan pelbagai idea bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan serantau .  Apakah cadangan anda untuk mengekalkan keamanan serantau?

Menjalin hubungan diplomatik dengan negara luar
Tidak menganggotai pakatan tentera
Berpegang pada piagam PBB
Bekerjasama dalam semua bidang/politik/ekonomi /sosial
Menghormati prinsip negara luar
Mewujudkan semangat patriotisme di Malaysia
Memupuk perpaduan antara kaum
Mengelakkan perdebatan isu-isu sensitif
Memilih pemimpin yang berwibawa
Memberi penekanan terhadap nilai keagamaan/moral
Mengamalkan prinsip Rukun Negara
Menganjurkan bulan keamanan
Mengamalkan konsep Satu Malaysia
Mengamalkan semangat kekitaan/ muhibbah
Menganjurkan program RIMUP


Thursday 3 October 2013

JADI PAKAR TEKNIK BELAJAR

JADILAH SEPERTI OSMAN AFFAN  PAKAR TEKNIK BELAJAR
ENJOY DAN SERONOK









SEJENAK BERSAMA PELAJAR BERMAIN VIDEO GAMES SEJARAH

APAKAH PANDANGAN ANDA BELAJAR SEJARAH DENGAN VIDEO GAMES?

PANDUAN UMUM JAWAB SOALAN SEJARAH SPM

Secara amnya kertas peperiksaan Sejarah terbahagi kepada 3 kertas :

1. Kertas 1 (1249/1) 
Soalan Objektif 40 soalan
Masa menjawab 1 jam
Markah : 40 markah

2. Kertas 2 (1249/2) 
Bahagian A : Soalan Struktur 4 soalan (1 soalan 10 markah) 
Bahagian B : Soalan Esei 7 soalan  - jawab 3 soalan sahaja (1 soalan 20 markah)
Masa menjawab 2 jam 30 minit
Markah : 100 markah

3. Kertas 3(1249/3)
Masa menjawab 3 jam 
Markah : 100 markah

Sila rujuk entri Format Baru Mata Pelajaran Sejaram SPM Mulai Tahun 2013 


Panduan/Tip menjawab soalan struktur 

Soalan Bahagian A mengandungi 4 soalan (1 soalan 10 markah) dan wajib jawab semua soalan. 
4 soalan x 10 markah = 40 markah

Soalan 1 dan 2 dari mana-mana topik tingkatan 4 (ada 10 topik)

Soalan 3 dan 4 dari mana-mana topik tingkatan 5 (ada 9 topik) 

1. Pastikan soalan tersebut dari bab/topik mana.

2. Garis kata tugas (contoh : jelaskan, apakah, terangkan dll) dan kata kunci (keyword).

3. Sentiasa lihat markah bagi setiap soalan. Jawapan hendaklah sesuai dengan markah yang diperuntukkan.

4. Soalan (d) atau (e) biasanya soalan KBKK (kemahiran berfikir secara kreatif & kritis). Calon perlu menggunakan jawapan yang munasabah.

5. Tak perlu pengenalan. Jawapan ringkas dan tepat.


Panduan/Tip menjawab soalan esei

Soalan Bahagian B yang mengandungi 7 soalan (1 soalan 20 markah) dan wajib jawab 3 soalan sahaja
3 soalan x 20 markah = 60 markah

Soalan 56  dan 7 dari mana-mana topik tingkatan 4 (ada 10 topik)

Soalan 8, 9, 10 dan 11 dari mana-mana topik tingkatan 5 (ada 9 topik)

1. Gunakan 4 tip menjawab soalan struktur (rujuk bahagian atas)

2. Tulis jawapan/fakta penting pada kertas soalan (ruangan kosong ditepi soalan) supaya tiada isi yang tertinggal semasa menulis esei.

3. Jawab soalan mudah terlebih dahulu dan diikuti dengan soalan yang sukar. Pastikan anda menjawab mengikut masa yang dicadangkan.

4. Teknik menjawab 1 soalan 1 helai kertas jawapan.

5. Gunakan bahasa Melayu moden dan elakkan menggunakan kata singkatan, ayat SMS dll. 

6. Tulisan hendaklah kemas (tidak terlalu kecil) dan boleh dibaca. 


Mulai tahun 2013, kertas peperiksaan mempunyai 3 kertas dan merupakan subjek yang wajib lulus SPM. Sila baca entri Format Baru Mata Pelajaran Sejarah SPM Mulai 2013

** Anda boleh kongsikan panduan/tip di atas dengan kawan-kawan yang lain. Harapan saya agar anda dapat menjawab soalan Sejarah dengan penuh keyakinan dan mendapat keputusan cemerlang di dalam ujian, peperiksaan dan SPM. 


Sumber http://www.ciklaili.com/2010/09/tip-menjawab-soalan-sejarah-spm-kertas.html#ixzz2ggJQYe8U
Under Creative Commons License: Attribution
Follow us: @ciklaili on Twitter | ciklailidotcom on Facebook

PERISIAN PERMAINAN SEJARAH CUBALAH

http://www.eksplorasi-cabaran.com.my/

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2013

JADUAL PEPERIKSAAN SPM 2013

http://www.moe.gov.my/lp/files/spm/2013/3_JADUAL%20WAKTU%20SPM%202013.pdf




PENGIKTIRAFAN SMKDPB SEBAGAI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI SUATU CABARAN BUAT WARGA

24 lagi diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi



PUTRAJAYA 18 Sept. - Sejumlah 24 lagi sekolah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), membabitkan 14 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah di bawah kohort keempat tahun ini.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan SBT di seluruh negara sebanyak 115. "Sehubungan itu, sasaran kementerian bagi membangunkan dan mewujudkan sepuluh buah SBT setiap tahun dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 telah tercapai serta melepasi sasaran," katanya pada majlis penyerahan sijil pengiktirafan SBT di sini hari ini.


Beliau berkata, pengiktirafan itu membolehkan setiap sekolah berkenaan menerima peruntukan khas berjumlah RM700,000 untuk tahun pertama, RM500,000 tahun kedua dan RM3000,000 tahun ketiga.
Senarai kali ini, katanya, turut menyaksikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) Ladang Rem, Kota Tinggi Johor menjadi SKJT pertama menerima pengiktirafan sebagai SBT.


Sekolah-sekolah lain yang terpilih ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Mariam dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Penggawa Barat di Johor; Sekolah Menengah (SM) Sains Kubang Pasu Kedah, SM Sains Machang Kelantan; SK Convent Pahang, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Jempol Negeri Sembilan; dan SK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya.


SK Convent Of The Infant Jesus 1 (M) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah di Melaka; SK Sultan Idris II, SK Marian Convent, SM Sains Raja Tun Azlan Shah dan SBP Integrasi Gopeng di Perak; dan SK Convent Green Lane, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Han Chiang dan SMKA Al-Irshad di Pulau Pinang.
SK Taman Megah, SK Bukit Jelutong, SK Sri Petaling, Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan Kajang dan SBP Integrasi Rawang di Selangor; serta SK Convent Bukit Nanas (1) dan SJKC Kuen Cheng 2 di Kuala Lumpur. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130918/dn_29/24-lagi-diiktiraf-Sekolah-Berprestasi-Tinggi#ixzz2ggBD2hfM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

KERAJAAN ABASIYAH

Memahami pembentukan Kerajaan Abbasiyah merupakan suatu pemahaman yang sangat
 mendalam akan kegemilangan ilmu.
Hebatnya peranan ulama dalam penulisan , peranan BaitulHikmah  sebagai
pusat penterjemahan karya asing.. seharusnya menjadikan suatu iktibar
kepada kita menyelidiki dan melakukan kajian.









ZAMAN REFORMATON







Mari kita bandingkan Konsep Zaman Reformation ini di Eropah, Tanah Melayu dan Islam sendiri

SAY NO TO WASTED WEEKEND.... AND YES




TIP BELAJAR KENA FAHAM BARU HAFAL.....SETUJU?

Cuba   Hayati dan lihat video ini




AKU INGIN BERUBAH.............

RENUNGILAH SEJENAK VIDEO INI<< SEKADAR  MUHASABAH DIRI



SERONOK DENGAN SURUHANJAYA REID

SURUHANJAYA REID
1. Tujuan SURUHANJAYA REID

(BSR) (IMT) (THS)

B= Bincang :  Bincang perlembagaan PTM Merdeka
S =Susun  : Susun PL Merdeka
R= Rangka PL Merdeka
I= Isu   -Kaji isu  rangka PL
M=Memorandum   -Terima memorandum pelbagai pihak
T= Terbit-Terbit cadangan perlembagaan
H=Hantar  cadangan PL kepada Parlimen Br
S=Sah -sah oleh MPP


BELAJAR SEJARAH RASA INGIN MUNTAH  TAPI HARUS SKOR


2.Senarai Anggota Suruhanjaya REID

R= Reid  - Lord Reid
J = Jennings  -Sir Ivor Jennings
M =Mc Kell-Willoiam Mc kell
B=B Malik -Tuan B Malik
H= Hamid -Tuan Abd Hamid


READY JIKA MICHAEL BALIK-HABISlah.....


3.Isu Suruhanjaya Reid

 Persekutuan  = Pembentukan kerajaan Persekutuan kuat
Autonomi = kuasa autonomi kepada  negeri dlm bidang tertentu
Raja= Kedudukan Raja-Raja Melayu
Melayu = Hak istimewa org Melayu
Bangsa = Wujud 1 bangsa PTM
Kerakyatan =Beri kerakyatan kepada imigran
Agama= Agama Islam sbg agama rasmi PTM
Bahasa = BM sbg bahasa kebangsaan