Monday 25 May 2015

KRT PERTENGAHAN TAHUN SEJ TING 4


KERJA RUMAH TERANCANG SEJARAH TINGKATAN 4
NAMA :…………………………….. TINGKATAN :……………………………………….
TARIKH :…………………………….  MASA :…………………………………………….


Soalan Struktur

1.      (a) Nyatakan sifat-sifat murni yang dimiliki oleh Saidina Uthman bin affan

(i)…………………………………………………………………………
           
(ii) ………………………………………………………………………….

                                                                                             ( 2 markah )

(b) Mengapakah Saidina Utman bin Affan digelar Zur Nurain?

……………………………………………………………………………..
                                                                                                ( 1 markah )

(c ) Bagaimanakah Saidina Uthman bin affan dilantik sebagai khalifah
      Al-Rasydin yang ketiga ?

(i)……………………………………………………………………………

(ii)…………………………………………………………………………….
                                                                                                ( 2 markah  )

(d ) Apakah sumbangan Khalifah Uthman bin Affan kepada tamadun Islam?

(i)……………………………………………………………………………

(ii)…………………………………………………………………………….
                                                                                                ( 2 markah  )

( e ) Pada pendapat anda, apakah kelebihan memilih pemimpin   melalui konsep syura ?

(i)……………………………………………………………………………

(ii)…………………………………………………………………………….

(iii)……………………………………………………………………………

                                                                                                  ( 3 markah )



2.      (a) Namakan Bandar yang pernah  menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Bani abbasiyah

………………………………………………………………………………………………..
                                                                                                            ( 1 markah )
(b ) Nyatakan sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Kerajaan Bani
Abbasiyah?
………………………………………………………………………………………………..
                                                                                                            ( 1 markah )
( c ) Jelaskan tiga tahap yang terlibat dalam kegiatan penulisan pada
Zaman Bani Abbasiyah
(i)……………………………………………………………………………

(ii)…………………………………………………………………………….

(iii)……………………………………………………………………………

                                                                                                  ( 3 markah )










(d) Apakah peranan Baitulhikmah yang diasaskan oleh Khalifah Harun
Al-Rasyid di kota Baghdad ?
 (i)…………………………………………………………………………
           
(ii) ………………………………………………………………………….

                                                                                             ( 2 markah )

    ( e ) Pada pandangan anda,mengapakah bidang penterjemahan
           penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan ?

(i)……………………………………………………………………………

(ii)…………………………………………………………………………….

(iii)……………………………………………………………………………

                                                                                                  ( 3 markah )

KRT PERTENGAHAN TAHUN TING 5 29 MEI -13 JUN 2015


NAMA :……………………………………………………………. TINGKATAN :………………………………………………..
TARIKH :……………………………………….  MASA :……………………………………………………………………………….

SOALAN KERJA RUMAH TERANCANG  SEJARAH TING 5
FAKTOR –FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA

Pada 27 Mei 1961 , Tunku Abdul Rahman menyetujui gagasan Malaysia dan mencadangkan pembentukkannya dalam majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura

(a)  Nyatakan alasan Lee Kuan Yew, pemimpin parti PAP di Singapura begitu berminat bergabung dengan Malaysia

(i)…………………………………………………………………………………………

(ii)…………………………………………………………………………………………
                                                                                                            ( 2 markah )
      (b )  Berikan tiga factor ekonomi yang menyebabkan pembentukan Malaysia

(i)…………………………………………………………………………………………

(ii)…………………………………………………………………………………………

(iii)………………………………………………………………………………………..
                                                                                                                        ( 3 markah  )







  ( c ) Bagaimanakah kemerdekaan dapat dicapai oleh Negara –negara yang
        belum merdeka apabila menyertai gagasan Malaysia ?

(i)…………………………………………………………………………………………

(ii)…………………………………………………………………………………………

(iii)………………………………………………………………………………………..
                                                                                                            ( 3 markah  )

( d ) Apakah nilai murni yang dapat dikutip daripada pembentukan
  Malaysia ?

(i)…………………………………………………………………………………………

(ii)…………………………………………………………………………………………
                                                                                                            ( 2 markah )










REAKSI   TERHADAP PEMBENTUKAN  MALAYSIA
2.  Maklumat berikut berkaitan dengan reaksi terhadap penubuhan Malaysia
Penubuhan Malaysia mendapat tentangan daripada Negara jiran seperti Indonesia


( a) Nyatakan sebab Indonesia membantah penubuhan Malaysi bermula pada akhir tahun 1962

(i)…………………………………………………………………………………………

(ii)…………………………………………………………………………………………
                                                                                                            ( 2 markah )
(b ) Bagaimanakah Indonesia mempamerkan penentangan mereka terhadap pembentukan Malaysia ?

(i)…………………………………………………………………………………………

(ii)…………………………………………………………………………………………

(iii)………………………………………………………………………………………..
                                                                                                            ( 3 markah  )

( c ) Apakah tujuan Kempen Ganyang Malysia diwujudkan oleh Indonesia ?
………………………………………………………………………………………………….
                                                                                                                        ( 1 markah )




(d ) Senaraikan tindakan bersenjata yang diambil oleh Indonesia sebagai protes terhadap penubuhan Malaysia

(i)…………………………………………………………………………………………

(ii)…………………………………………………………………………………………

(iii)………………………………………………………………………………………..
                                                                                                            ( 3 markah  )       
( e ) Pada pendapat  anda, bagaimanakah hubungan sepatutnya yang perlu ada antara Negara jiran ?

…………………………………………………………………………………………………….
                                                                                                                        ( 1  markah )

_______________________________________________________________________________
KERJA RUMAH ESEI
2 soalan Esei wajib dijawab dalam bentuk esei dan huraian yang lengkap   .        


  • Persekutuan Tanah Melayu
  • Sabah
  • Sarawak
  • Brunei
  • Singapura
*Pembentukan  Malaysia



( a)  Perincikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam idea menggabungkan semua negeri di atas di Tanah Melayu                                                                     ( 8 markah )
BT 137-138
(b ) Pada pandangan anda, apakahfaktor-faktor yang mendorong kepada pembentukan Malaysia                                                                                ( 8 markah )
BT 138-140
( c) Berdasaran pemerhatian anda, apakah kesan pembentukan Malaysia dalam mewujudkan Negara kita sebagai Negara maju ?                          
     ( 4 markah )
KBAT


2. Cadangan  tentang pembentukan Malaysia telah menimbulkan pelbagai reaksi di dlaam negeri dan luar negeri.
( a) Apakah reaksi Singapura trehdapa pembentukan Malaysia ?  ( 8 markah )
BT 141-142
(b )Jelaskan reaksi Sarawak terhadap pembentukan Malaysia? ( 6 markah)
BT 142-143
( c) Berdasarkan pemerhatian anda, mengapakah Parti Rakyat Brunei di bawah pimpinan A.M.Azhari menentang gagasan Malaysia ?        ( 6 markah )
BT 145-146 dan  KBAT

**Bawa  semasa Kelas Tambahan Masa Cuti Bulan 6 Minggu 1 ini


Untuk perbincangan.Tk

SKEMA ESEI SEJ TING 4 (no.8-11)



8.    Kemasukan pengaruh agama Hindu-Buddha telah mempengaruhi sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara.

(a)  Bagaimanakah pengaruh Hindu-Buddha tersebar ke Asia Tenggara ?                                                                                   [ 8 markah ]
F1
Pendapat pertama, pengaruh Hindu dibawa oleh golongan Ksyatria atau tentera
F2
Melalui penaklukan
F3
Dibawa dan disebarkan oleh golongan penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan di Asia Tenggara
F4
Pendapat kedua, pengaruh tersebut dibawa oleh golongan pedagang ( vaisya )
F5
Melalui perdagangan
F6
Pendapat ketiga, dibawa oleh golongan  Brahmin ( pendeta )
F7
Pendapat keempat, berlaku melalui penyesuaian aspek-aspek kebudayaan India yang menarik
dengan budaya tempatan
F8
Aspek kebudayaan India diterima melalui perdagangan
F9
Contohnya, penerimaan masyarakat peribumi terhadap aspek keagamaan dan sistem beraja
F10
Hubungan perdagangan antara India dengan Asia Tenggara bermula sejak abad ke 5 S.M
F11
Perdagangan dua hala antara India dengan Asia Tenggara berkembang kerana India berusaha dapatkan
logam emas dari Asia Tenggara setelah Maharaja Vespian dari Rom memberhentikan perdagangan logam
emas dengan India untuk mengelakkan kekurangan emas di Rom
F12
Kesannya aspek kebudayaan India diterima dan diterapkan
F13
Dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran, kesenian, kesusateraan di negara Asia Tenggara
F14
Pendapat ini dipersetujui dan diterima oleh para sejarawan
F15
Jumpaan seni arca kasar yang mempunyai langgam bercirikan Asia Tenggara
F16
Ikatan tali kulit harimau pada arca yang hanya ditemui di Srivijaya memperkukuhkan pendapat ini
[ mana-mana 8 x 1m = 8 markah ]

(b)  Apakah bukti yang menunjukkan bahawa pengaruh Hindu-Buddha wujud dalam sistem pemerintahan di Asia Tenggara?                                                                                                                                                                                            [ 6 markah ]
F1
Menjalankan pemerintahan beraja
F2
Gelaran raja kepada ketua pemerintahan kerajaan awal
F3
Raja sebagai ketua pemerintahan
F4
Dibawah raja terdapat kerabat diraja
F5
Diikuti golongan pembesar termasuk ahli agama, iaitu Brahmin
F6
Diikuti rakyat dari pelbagai golongan
F7
Golongan Brahmin memainkan peranan penting adalam upacara keagamaan
F8
Raja dibantu oleh pembesar yang terdiri daripada pegawai tentera dan hakim
F9
Hamba menduduki kedudukan paling bawah
F10
Terdapat gelaran-gelaran pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal Asia Tenggara seperti
Yuvaraja, Parvandha, Bhupati, Senapati, Raja Kumaraa, Tuhan Vatakuurah dan Kumratmatya di Srivijaya
F11
Terdapat banyak istilah pentadbiran menggunakan bahasa sanskrit
F12
Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan
F13
Seperti pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara
F14
Perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan
F15
Sesiapa yang melanggar perintah raja dianggap menderhaka
F16
Tidak akan diampunkan
F17
Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
F18
Raja merupakan bayangan tuhan (dewa raja)
F19
Dipercayai memiliki kesaktian
F20
Rakyat takut untuk menderhaka walaupun raja berlaku tidak adil
F21
Kedudukan dan status raja diperkukuh melalui unsur mitos dan legenda berkaitan asal-usul raja
F22
Raja membina kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta (orde kosmos)
F23
Kerana bercita-cita menjadi raja yang ulung iaitu berkuasa  terhadap alam semesta
F24
Raja mewujudkan pelbagai adat istiadat
F25
Seperti pertabalan raja yang diketuai oleh golongan Brahmin
F26
Untuk membezakan kedudukan raja dengan golongan diperintah
F27
Raja menjalankan upacara angkat sumpah bagi mengukuhkan konsep dewa raja
[ mana-mana 6 x 1m = 6 markah ]

(c)  Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah pemerintah di Asia Tenggara mengukuhkan kedudukannya ?                                                                                                                                                          
F1
Menjadi ketua pemerintah
F2
Berkuasa mutlak
F3
Ketua tentera
F4
Pemegang khazanah tentera
F5
Raja dianggap sebagai dewaraja
F6
Menjadikan ibu kota sebagai pusat alam
F7
Menggunakan golongan Brahmin untuk mengukuhkan kedudukan
F8
Unsur mitos dan legenda tentang asal-usul raja
F9
Melalui pelbagai adat seperti adat pertabalan
F10
Membina monumen/kompleks kota
F11
Perintah raja mesti dilaksanakan
[ mana-mana 6 x 1m = 6 markah ]

9.    Nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang ketua keluarga yang penyayang, malah pemimpin yang bijaksana dan pedagang yang berjaya.
(a)  Nyatakan enam sifat terpuji yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW sehingga dihormati oleh masyarakat Arab Jahiliah.                       
F1
Siddiq bermaksud berkata benar
F2
Amanah bermaksud dipercayai
H2a
Khadijah menyerahkan modal yg besar kepada baginda untuk diperniagakan
H2b
Menyampaikan ajaran islam dengan bersungguh-sungguh walaupun menghadapi rintangan
F3
Tabliq bermaksud menyampaikan
F4
Fatanah bermaksud bijaksana
H4a
Bijak dalam menyelesaikan peristiwa perletakan semula Hajar Aswad ( batu hitam )
H4b
Walaupun kandungan Perjanjian Hudaibiyah kelihatan berat sebelah, baginda tetap menerimanya sebagai satu hikmah untuk terus menyebarkan Islam
F5
Digelar al-amin
H5a 
Perkataan dan perbuatan sentiasa dipercayai kerana tidak pernah berbohong
F6
Pengasih dan bertimbang rasa
H6a
Membantu isteri memasak/ menampal pakaian/ melayan anak/ membersihkan rumah
H6b
Memberikan didikan agama yang cukup kepada anak-anak
H6c
Menjadikan diri baginda teladan kepada anak-anak
H6d
Mengamalkan cara hidup yang sederhana
F7
Sentiasa merendah diri
H7a
Bergaul dengan semua lapisan masyarakat sama ada kaya atau miskin
F8
Penyayang
H8a
Menyayangi orang tua dan kanak-kanak
F9
Pemaaf
H9a
Mengampunkan dan memaafkan orang Arab Quraisy yang menyerah diri
[ Mana-mana 6 x 1m = 6 markah ]

(b)  Jelaskan bukti-bukti yang menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam menyebarkan dakwah Islamiah kepada orang ramai.                                                                                                                                                                     [ 8 markah ]
F1
Baginda menyampaikan dakwah secara lemah lembut dan berhikmah
F2
Menyebarkan Islam secara berperingkat-peringkat
H2a
Pada mulanya secara rahsia dan kemudia secara terbuka
H2b
Memilih strategi melakukan dakwah Islamia secara rahsia pada peringkat awal
H2c
Bagi mengelakkan penentangan yang memungkinkan asas Islam dihancurkan
H2d
Hanya menyebarkan Islam secara terbuka setelah menerima perintah Allah SWT
F3
Tidak memaksa orang ramai memeluk Islam
F4
Agama menyembah berhala dihapuskan dan digantikan dengan ajaran Islam
F5
Masyarakat Islam telah mula mendalami ilmu pengetahuan Islam
F6
Kota Makkah dijadikan kota suci umat Islam
F7
Makkah menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia untuk melakukan ibadat
F8
Membuktikan bahawa negara Islam yang dibentuk di Madinah kukuh di bawah pimpinan nabi Muhammad SAW
F9
Menjadi pembuka jalan penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab
F10
Dakwah Islam telah tersebar secara aman
F11
Mewujudkan pusat pemerintahan Islam yang kuat
F12
Makkah dijadikan sebuah wilayah Islam
[ Mana-mana 8 x 1m = 8 markah ]

(c)  Huraikan sifat positif Nabi Muhammad SAW yang wajar diteladani oleh murid dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
F1
Berusaha dengan bersungguh-sungguh walaupun menghadapi pelbagai rintangan
F2
Bersifat pengasih dan bertimbang rasa
F3
Pemaaf
F4
Memiliki kesabaran yang tinggi
F5
Bijak mengatur strategi
F6
Mempunyai wawasan
F7
Berpandangan jauh
[ Mana-mana 6 x 1m = 6 markah ]

10       Peristiwa hijrah orang Islam Makkah ke Madinah berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 Masihi.
(a)  Apakah yang dimaksudkan dengan hijrah?                                                                                                         [ 8 markah ]
F1
Hijrah ialah perkataan Arab yang bermakna berpindah
F2
Perpindahan berlaku dari satu tempat ke tempat yang lain
F3
Dalam konteks tamadun Islam, hijrah bermaksud perpindahan orang Islam dari Kota Makkah ke Madinah
H3a
Usaha untuk memperkukuhkan kedudukan Islam
H3b
Merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam
F4
Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan
F5
Menjadi lambang semangat ingin berubah
H5a
Perubahan yang boleh berlaku adalah dalam pelbagai keadaan
H5b
Perubahan dari segi sikap
H5c
Cara berfikir atau tingkah laku
F6
Orientalis Barat mentafsirkan hijrah
H6a
Mentafsirkan hijrah suatu yang negatif iaitu sebagai suatu pelarian
H6b
Konsep ini boleh disangkal dengan menggunakan empat hujah
H6c
Penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah adalah kerana jemputan orang Arab Madinah seperti
Yang tercatat dalam perjanjian Aqabah II.
H6d
Ketibaan orang Islam Makkah di Madinah telah disambut dengan rela dan meriahnya oleh orang Madinah.
H6e
Orang Islam Makkah diberikan tempat tinggal yang sewajarnya selain dijamin oleh mereka
mengenai keselamatan oleh orang arab Madinah.
H6f
Nabi Muhammad SAW telah dilantik sebagai pemimpin Madinah dan baginda diterima oleh
kesemua golongan masyarakat Madinah termasuk orang bukan Islam
                                                                                                                                                         [ mana-mana 8 x 1m = 8 markah ]

(b)  Bincangkan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah.                                                                                     [ 6 markah ]
F1
Aqabah I
H1a
Nabi Muhammad SAW memeterai Perjanjian Aqabah Pertama dengan orang Madinah
F2
Aqabah II
H2a
Nabi Muhammad SAW memeterai Perjanjian Aqabah Kedua dengan orang Madinah
F3
Tentangan orang Quraisy
H3a
Nabi Muhammad SAW mendapat tahu tentang pakatan untuk membunuhnya daripada wahyu Allah
F4
Perintah Hijrah
H4a
Nabi Muhammad SAW ke rumah Abu Bakar al-Siddiq dan memberitahu beliau tentang wahyu Allah
yang memerintahkan baginda supaya berhijrah
F5
Bersembunyi di Gua Thur
H5a
Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar al-Siddiq bersembunyi di Gua Thur selama tiga malam
F6
Singgah di Quba’
F6a
Nabi Muhammad dan Abu Bakar al-Siddiq sampai ke Quba’ dan mendirikqan masjid Quba’
F7
Tiba di Madinah
H7a
Nabi Muhammad SAW mendirikan masjid al-Nabawi, mempersaudarakan golongan Muhajirin dan
Ansar serta membentuk Piagam Madinah
                                            [ mana-mana 6 x 1m = 6 markah ]
(c)  Pada pandangan anda, apakah kepentingan peristiwa hijrah terhadap sejarah perkembangan Islam ?
F1
Hijrah mempunyai nilai yang sangat penting kepada peningkatan tamadun
F2
Selepas berlaku hijrah, dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung
F3
Memberikan peluang kepada Nabi Muhammad SAW untuk mendamaikan suku Arab di Madinah.
F4
Menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah
F5
Menyatukan golongan yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan ekonomi dan sosial
F6
Baginda memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah
F7
Orang Islam Madinah yang membantu Muhajirin dikenali sebagai Ansar
F8
Menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama.
F9
Melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah
F10
Masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi, agama dan aktiviti lain untuk menikmati
kesejahteraan dan kemakmuran hidup
F11
Pembinaan sebuah masjid iaitu Masjid al-Nabawi
F12
Wujud kiraan tahun Hijrah dalam takwim Islam
F13
Baginda menukar nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah atau kota bercahaya
F14
Usaha untuk menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam dan agama Islam menjadi cara
 hidup yang merangkumi semua bidang termasuk politik, ekonomi dan sosial.
F15
Menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong-menolong boleh melahirkan masyarakat yang  cemerlang
F16
Peristiwa Hijrah memperlihatkan bahawa wanita juga dapat memainkan peranan penting dalam
kemajuan sesebuah negara
F17
Hijrah menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad yang sanggup berkorban
dan meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam.
F18
Tidak berputus asa apabila menempuh kegagalan.
F19
Kebijaksanaan mengatur strategi
[ Mana-mana 6 x 1m = 6 markah ]
11.       Piagam Madinah yang dirangka oleh Nabi Muhammad SAW merupakan sebuah perlembagaan yang lengkap, menyeluruh dan mengambil kira kepentingan semua pihak.

(a)  Jelaskan intisari kandungan Piagam Madinah.                                                                                                    [ 6 markah ]
F1
Politik
H1a
Baginda sebagai ketua negara/ pemimpin
H1b
Sebagai ketua hakim dan bertindak menyelesaikan masalah secara musyawarah dan keadilan
F2
Perundangan
H2a
Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh
H2b
Peraturan kekeluargaan dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
H2c
Hukuman yang dikenakan dilakukan dengan adil
F3
Ekonomi
H3a
Tiada diskriminasi dalam ekonomi
H3b
Melarang amalan riba, penipuan dan penindasan agama
H3c
Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi negara
F4
Agama
H4a
Masyarakat Madinah bebas memilih agama masing-masing
H4b
Bebas mengamalkan adat masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam 
H4c
Menghormati agama yang dianuti oleh individu lain
H4d
Melarang sikap buruk sangka dari segi agama
H4e
Tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam
F5
Sosial
H5a
Masyarakat Madinah dianggap sebagai ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama
terhadap negara.
H5b
Hidup bersatu padu, tolong menolong dan memelihara kehormatan negara
H5c
Perasaan benci-membenci dan mementingkan diri dielakkan demi menjaga keharmonian hidup
H5d
Tidak boleh bermusuhan sesama sendiri
F6
Pertahanan
H6a
Mewajibkan masyarakat Madinah mempertahankan Madinah daripada ancaman musuh luar
F7
Kedudukan orang yahudi
H7a
Diakui sebagai rakyat Madinah
H7b
Mempunyai hak yang sama dengan masyarakat yang lain
H7c
Dibenarkan tinggal di Madinah
H7d
Menikmati kebebasan dan keselamatan
H7e
Kedudukan mereka terjamin selagi mematuhi Piagam Madinah
H8f
Tidak dibenarkan menimbulkan huru hara
               [ Mana-mana 6 x 1m = 6 markah ]

(b)      Terangkan kepentingan Piagam Madinah kepada penduduk Madinah.                                                                  [ 8 markah ]
F1
Model kerajaan Islam yang unggul
H1a
Menjadi panduan kepada pemerintah berasaskan Islam
H1b
Dilengkapi perlembagaan yang diterima pakai oleh semua golongan
H1c
Unsur Islam mampu dipraktikkan dalam negara yang berbilang bangsa dan agama
H1d
Mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap iaitu merangkumi peraturan dunia dan akhirat
F2
Perundangan
H2a
Undang-undang yang lengkap dan sempurna
H2b
Syariah Islam yang adil
F3
Pembentukan negara
H3a
Menyusun perlembagaan negara sebelum mengasaskan negara
H3b
Masyarakat Madinah diikat dengan perjanjian yang lengkap sebelum bernaung di bawah sebuah
pemerintahan                                                                                            
F4
Ekonomi
H4a
Amalan riba, rasuah, penipuan dan penindasan tidak dibenarkan
H4b
Sifat bertimbang rasa dan amalan sedekah digalakkan
H4c
Mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan
H4d
Ekonomi kerajaan Islam di Madinah meningkat
F5
Masyarakat baru berasaskan ummah
H5a
Masyarakat yang bersatu padu
H5b
Masyarakat yang hidup aman
H5c
Nilai hidup berasaskan semangat ukhuwah Islamiah
H5d
Sifat positif seperti semangat perpaduan dan rela berkorban dipupuk dan dipraktikkan
F6
Taraf dan kedudukan rakyat sama
H6a
Konsep keadilan sosial telah dipraktikkan
H6b
Menekankan persamaan hak dan persaudaraan Islam
H6c
Tiada perbezaan taraf dalam kalangan masyarakat
F7
Menyusun kehidupan masyarakat secara sistematik
H7a
Setiap kaum terikat dengan undang-undang yang digariskan
H7b
Orang Yahudi tidak boleh menindas kaum Arab yang lain
H7c
Semua bangsa mempunyai hak dalam negara Madinah
H7d
Mereka harus mematuhi peraturan dan cara hidup yang menjadi panduan masyarakat
H7e
Bertanggungjawab mempertahankan keselamatan Madinah
H7f
Madinah menjadi kuat dan disegani oleh negara luar
                  [ Mana-mana 8 x 1m = 8 markah ]

(c)   Apakah ciri negara Islam Madinah yang boleh diaplikasikan dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia pada hari ini ?                                                                                                                                                              [ 6 markah ]

F1
Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan negara daripada ancaman luar
F2
Kerjasama antara masyarakat pelbagai bangsa dituntut demi kemajuan ekonomi negara
F3
Unsur-unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam sistem perniagaan
F4
Masyarakat tidak boleh bermusuhan sesama sendiri
F5
Masyarakat bebas mengamalkan agama/adat masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam
F6
Keselamatan rakyat dijamin selagi mereka mematuhi perlembagaan negara
F7
Rasuah dan penindasan tidak dibenarkan
F8
Masalah ekonomi orang Melayu dapat dibantu dengan pemberian Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera
F9
Menggalakkan sifat bertimbang rasa dan bersedekah
F10
Ekonomi negara meningkat hasil kerjasama masyarakat berbilang kaum

                                     [ Mana-mana 6x1m = 6 markah ]