Saturday 4 May 2013

Contoh Jawapan KBKK Langkah Malaysia untuk memajukan ekonomi negara



4.  Langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan ekonomi negara

Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan ekonomi negara ialah dengan menguasai pelbagai kemahiran. Selain itu, masyarakat juga sepatutnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya lebih mahir dalam melakukan sesuatu perkara. Seterusnya, pihak berkuasa bertanggungjawab menjaga keamanan negara dan mengekalkan kedaulatan negara.

Rakyat mestilah bersatu padu untuk mengukuhkan perpaduan kaum. Rakyat juga perlu bersikap kreatif dan inovatif untuk menghasilkan produktif yang cemerlang. Kerajaan perlu menggalakkan pelaburan asing di negara kita untuk menambahkan bilangan tenaga mahir yang terdiri dari rakyat Malaysia. Penduduk Malaysia harus mengurangkan kerenah biokrasi kerana hal ini akan mencemarkan nama baik negara. Dengan ini kerajaan dapat meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa dari segi eksport dan import.

Di samping itu, melakukan penyelidikan dan pembangunan juga boleh diambil dalam usaha menjadikan negara hub halal. Justeru kerajaan dapat memperatkan hubungan diplomatik antara negara-negara yang maju seperti Korea, Jepun dan Britain. Kerajaan juga perlulah menambah institusi pengajian tinggi untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan adanya generasi seperti ini, dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan Malaysia.


Soalan Esei Bab 5 Tingkatan 5


Soalan esei
1. Sistem Ahli merupakan cetusan idea Dato’ Onn Ja’afar hasil perbincangannya  dengan Sir Henry Gurney di Kuala Lumpur pada tahun 1950.

a) Huraikan  4 ciri-ciri Sistem Ahli.(8 markah)
  Sistem Ahli mempunyai beberapa ciri antaranya satu sistem cabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk. Anggota Sistem Ahli dikenal sebagai Ahli. Contohnya Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri. Pelantikan Ahli juga dibuat oleh Pesurhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu. Ahlinya terdiri daripada Sembilan orang anggota iaitu lima orang penduduk Tanah Melayu yang tiganya terdiri daripada melayu ,cina dan india  dan empat orang Pegawai British. Ahli-ahli diletakkan dibawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.

b) Apakah tanggungjawab setiap  anggota dalam sistem Ahli.(6 markah)
  Tanggungjawab setiap anggota dalam Sistem Ahli adalah menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut berdasarkan dasar-dasar yang sedia ada. Mereka juga bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan jabatannya untuk dibentangkan dalam MPP. Mereka turut berbincang dengan pegawai-pegawai Kanan British untuk mendapatkan persetujuan bersama.

c) Terangkan kepentingan Sistem Ahli kepada sejarah perkembangan politik Negara.(6 markah)
  Kepentingan Sistem Ahli kepada sejarah perkembangan politik Negara ialah Sistem Ahli menjadi tapak asas yang penting untuk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri. Sistem Ahli juga memulakan proses perpaduan di Persekutuan Tanah Melayu. Perkara ini merupakan asas penting untuk menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai mendapat sokongan seluruh penduduk Tanah Melayu.

2. Pakatan Murni merupakan usaha yang dicapai oleh semua kaum di Tanah Melayu untuk menghasilkan kerjasama politik melalui rundingan.

a) Apakah usaha yang diambil untuk merealisasikan pakatan murnii dalam kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.(10 markah)
    Usaha yang diambil untuk merealisasikan pakatan murni dalam kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu ialah penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee(CLC) pada bulan Januari 1949 di Pulau Pinang. Seterusnya,pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu seperti yang dicadangkan oleh Dato’ Onn Ja’afar pada tahun 1951. Selain itu, penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya atau Independence Malay Party(IMP). Langkah seterusnya, penubuhan Persidangan Kebangsaan pada bulan Februari 1953 oleh Sir Malcom MacDonald(Gabenor Jeneral  Asia Tenggara) di King’s House , Kuala Lumpur. Parti perikatan juga mengadakan Konvokesyen Kebangsaan bersama MCA.

b) Terangkan tiga hasil daripada perundingan antara UMNO dengan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum(CLC) dalam melaksanakan pakatan murni.(6 markah)

    Hasil daripada perundingan antara UMNO dengan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum(CLC) dalam melaksanakan pakatan murni adalah Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority(RIDA) pada bulan Oktober 1950.Tujuan  penubuhannya adalah untuk memajukan ekonomii dan pendidikan masyarakat luar Bandar terutama kaum Melayu. Pengerusi pertamanya ialah Dato’ Onn Ja’afar. Seterusnya , Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu . Bagaimanapun ibu atu bapanya tellah menjadi rakyat Tanah Melayu. Akhirnya , pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP).

c) Jelaskan empat manifesto Parti Perikatan dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan yang diadakan pada 27 Julai 1955.(4 markah)
    Manifesto Parti Perikatan dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan yang diadakan pada 27 Julai 1955 adalah untuk mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun, mewajibkan pendidkan ,menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan , menjaga hak asasi manusia dan melindungi hak Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan.

3. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi simbol persetujuan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.

a) Apakah yang anda faham dengan Suruhanjaya Reid?(4 markah)
      Suruhanjaya Reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.Suruhanjaya ini telah dibentuk pada bulan Mac 1956 .

b) Jelaskan lapan isu  yang menjadi perhatian Suruhanjaya Reid dalam merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.(8 markah)

      Isu yang menjadi perhatian Suruhanjaya Reid dalam merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ialah pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri. Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan Negara. Tiga jenis kerakyatan diwujudkan . iaitu secara Kuat Kuasa Undang-undang, Pemohonan dan Naturalisasi. Prinsip jus soli diterima.  Kedudkan istimewa orang Melayu dikekalkan. Agama islam sebagai agama rassmi Persekutuan. Tanah Simpanan Melayu dikekalkan. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua Negara.Pentadbiran Negara bersifat demokrasi berparlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen.  Akhir sekali, pada peringkat Negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO.

c) Parti Perikatan telah mencapai kemenangan yang cemerlang dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan yang diadakan pada 27 Julai 1955. Jelaskan penyataan tersebut berdasarkan pengetahuan sejarah anda.(8 markah)

    Berdasarkan pengetahuan sejarah , Parti Perikatan telah mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan yang diadakan pada 27 julai 1955 dalah disebabkan  manifesto pilihan raya diterima oleh semua kaum. Seterusnya , sikap bertolah ansur parti-parti komponen yang bertanding dalam pembahagian kerusi pilihan raya.Selain itu, kebijaksanaan pemimpin melaksanakan perundingan dengan British. Kesanggupan kaum lain untuk berkongsi kuasa politik. Factor lain adalah kesepakatan penduduk Tanah Melayu untuk menolak Parti Komunis Malaya. Akhirnya, semangat untuk mencapai kemerdekaan yang berkobar-kobar.
   
 


Latihan Struktur Bab 5 Tingkatan 5


Soalan struktur

1. Pakatan Murni Pra Perikatan merupakan usaha mengadakan pakatan murni
        sebelum penubuhan  Perikatan.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan pakatan murni.
Pakatan Murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.

b) Senaraikan empat usaha pakatan murni dalam kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
i. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum.
ii. Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu.
iii. Penubuhan Perundangan Kebangsaan.
iv. Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa.

c) Namakan dua tokoh tempatan yang terlibat dalam pakatan murni.
i. Dato’ Onn Ja’afar
ii. Tan Cheng Lock

d) Berikan tiga perkara yang dipersetujui hasil perundingan antara UMNO  dengan 
       Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum(CLC).
i. Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa atau rural Industrial Development Authority(RIDA).
ii. Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu. Bagaimanapin,syaratnya ibu atau bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu.
iii. Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat perbandaran,negeri dan majlis Perundangan Persekutuan (MPP).

2. Jadual berikut berkaitan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
Parti bertanding Jumlah kerusi yang dimenangi
Parti Perikatan 51
PAS 1

a) Nyatakan gabungan parti dalam Parti Perikatan
i. UMNO
ii. MCA
iii. MIC

b) Berikan empat manifesto Parti perikatan  dalam pilihan raya tersebut.
i. Untuk mencapai  kemerdekaan dalam masa empat tahun.
ii. Mewujudkan perpaduan
iii. Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan.
iv. Menjaga hak asasi manusia dan melindungi hak Raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelaembagaan
 .
c) Namakan dua parti lain yang turut bertanding dalam pilihan raya tersebut.
i. Parti  Negara
ii. Parti Bumi

d) Mengapakah Parti Perikatan mendapat kemenangan cemerlang dalam pilihan raya tersebut?
Disebabkan permuafakatan yang ditunjukkan oleh kaum dalam pelbagai parti yang dapat diterima oleh persatuan-persatuan lain.

3. Tunku Abdul Rahman telah mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan ke London
        pada bulan Februari 1956.
a) Nyatakan tujuan rombongan tersebut.
Untuk berunding mendapatkan kemerdekaan.

b) Siapakah yang telah mempengerusikan rundingan kemerdekaan tersebut?
Lord  Lennox-Boyd

c) Senaraikan empat tokoh yang menyertai rombongan kemerdekaan ke London.
i. Dr. ismail Abdul Rahman
ii. Dato’ Abdul Razak Hussein
iii. Dato’ Panglima Bukit Gantang
iv. Kolonel H.S Lee

d) Nyatakan dua hsil rundingan tersebut.
i. Suruhanjaya bebas untuk mengkaji perlembagaan telah dibentuk.
ii. Pihak British setuju member kemerdekaan kepada PTM pada 31 Ogos 1957

e) Pada pendapat anda, apakah kepentingan peristiwa tersebut.
i. Perpaduan dan persefahaman kaum dapat diwujudkan
ii. Negara dapat menuju ke arah kemerdekaan

4. Jadual berikut menunjukkan peristiwa ke arah kemerdekaan Tanahh Melayu.
Tahun Peristiwa
1956 Pembentukan Suruhanjaya Reid

a) Berikan tujuan penubuhan suruhanjaya tersebut.
Penubuhan suruhanjaya ini adalah bagi membincangkan dan menyyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

b) Namakan tiga pihak yang terlibat dalam Suruhanjaya Reid
i. Lord Reid (Hakim british)
ii. Tuan B. Malik(Hakim Mahkamah Tinggi India)
iii. Sir William McKell(Bekas Gabenor Jeneral Australia)

c) Berikan tiga pihak yang terlibat menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya  Reid.
i. Raja-Raja Melayu
ii. Orang perseorangan
iii. Pertubuhan politik

d) Nyatakan dua isu yang menjadi panduan kepada  Suruhanjaya Reid.
i. Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan yang kuat
ii. pemberian kuasa  autonomi  kepada negeri

e) Bagaimanakah masalah kerakyatan jus soli diselesaikan ?
Dengan menerima kerakyatan jus soli dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan tanah Melayu.


Contoh Jawapan KBKK Langkah-Langkah Menjadikan Malaysia Negara Maju


.
 Langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju..


                Antara langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju ialah kita perlulah sentiasa bersikap inovatif dan berusaha memperbaiki kelemahan diri supaya dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan.Keamanan dan perpaduan perlulah sentiasa dipelihara kerana kemajuan sesebuah negara itu dipengaruhi oleh keadaan didalam negaranya. Jika negara kita tidak aman, pelabur dari negara luar pasti was-was untuk melabur di negara kita.Kita memerlukan pelabur asing untuk melabur di negara kita untuk mengukuhkan kewangan negara.
        Selain itu, faktor pemerintahnya juga diambil kira. Pemerintah yang memerintah negara kita perlulah seorang yang adil, sentiasa berwibawa,sentiasa berpandangan jauh dan berkebolehan menjangka perubahan yang bakal berlaku.Hal ini penting untuk memastikan negara kita sentiasa berkembang mengikut peralihan masa.Seterusnya,kita perlu meneliti dan menghayati perubahan yang berlaku pada masyarakat lalu dan mengambil iktibar daripada peritiwa yang telah berlaku serta menjadikannya sebagai inspirasi untuk terus maju.
                          Selanjutnya, kawasan-kawasan yang strategik yang dapat menarik minat pelancong asing, bolehlah dimajukan untuk tujuan pelancongan. Hal ini dapat membantu negara dalam mempromosikan negara kita kepada negara lain. Pusat-pusat pendidikan perlulah dimajukan dan pendidikan haruslah dijadikan sebagai keutamaan kerana ilmu itu pelita hidup. Para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM, bolehlah dihantar belajar ke luar negara supaya mereka mendapat pengetahuan yang lebih mendalam dan lebih terperinci seterusnya dapat memberi serba sedikit ilmu yang diperoleh ketika berkhidmat kepada negara.
                       Sektor pengangkutan dan perhubungan perlulah dimajukan seiring dengan kemajuan ekonomi yang dicapai untuk memudahkan lagi perjalanan kita ke sesuatu destinasi. Selain itu, sekolah-sekolah yang menawarkan bidang teknikal perlulah ditambah supaya dapat melahirkan lebih ramai lagi tenaga mahir di dalam negara kita. Seperti yang kita ketahui, teknologi negara asing seperti negara Jepun lebih canggih daripada negara kita. Oleh itu, kita boleh juga membuat pertukaran teknologi agar negara kita juga setanding dengan negara mereka.Selanjutnya, seperti yang diketahui umum, zaman sekarang merupakan zaman kemunculan teknologi-teknologi canggih. Oleh itu, negara kita perlulah meningkatkan teknologi ICT agar negara kita juga maju seperti negara mereka.
                       Pihak kerajaan juga bolehlah membantu pengusaha-pengusaha kecil dan usahawan-usahawan muda dengan memberi wang insentif kepada mereka supaya mereka dapat menggunakan wang tersebut untuk memajukan perusahaan mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Program-program yang berkaitan seperti program cara menjadi pengusaha atau usahawan yang berjaya boleh diadakan untuk memberi panduan kepada para pengusaha dan usahawan untuk memajukan perusahaan masing-masing.


Friday 3 May 2013

Cabaran kehidupan Masyarakat Berbilang Kaum (contoh jawapan Kertas 3)


 Penafian agama Islam sebagai agama rasmi

Antara cabaran kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia adalah menafikan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Walaupun Malaysia sering dipuji dan digembar-gemburkan oleh dunia bahawa mempunyai kestabilan politik kerana dapat mentadbir mempunyai satu komuniti masyarakat majmuk yang pelbagai, tetapi akhir-akhir ini keutuhan kenyataan itu nampak goyah. Hal ini demikian kerana, sejak kebelakangan ini kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara bukan sahaja telah dipertikaikan tetapi digugat oleh pelbagai kumpulan dan pertubuhan bukan Islam yang membuat pelbagai tuntutan serta tafsiran yang tidak munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Di antara hujah yang digunakan untuk menyokong tuntutan mereka ialah bahawa Islam tidak pernah dinyatakan secara jelas sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebenarnya di dalam Perlembagaan ada dinyatakan bahawa Islam adalah agama negara atau 'state religion' iaitu merujuk kepada negara Malaysia. Apabila disebut tentang agama negara maka secara dasarnya ia boleh difahami sebagai agama rasmi bagi Malaysia bukannya agama rasmi yang dianuti oleh rakyat negara ini. Tambahan pula, Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang pengamalan agama-agama lain di mana rakyat negara ini mempunyai kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing. . Pertikaian ini adalah tidak wajar sekali kerana majoriti penduduk Malaysia menganuti Islam. Agama Islam sudah berakar umbi dalam masyarakat sudah ratusan tahun dahulu. Keadaan ini menunjukkan bahawa pelbagai komuniti masyarakat di Malaysia sudah berani untuk mempersoalkan perlembagaan negara seterusnya akan pasti menggugatkan keselamatan dan kedaulatan negara Sekiranya usaha untuk mempertikaikan dan tindakan mengubah status agama Islam tidak dihentikan segera ia dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian kaum di kalangan penduduk negara ini yang sudah terjalin buat sekian lamanya.




Pelaksanan sistem pendidikan negara

Cabaran yang kedua ialah daripada segi pendidikan . Seperti yang kita sedia maklum bahawa sistem pendidikan negara kita adalah berdasarkan sistem meritokrasi. Ini akan mewujudkan keadaan persaingan yang sihat di kalangan pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera. Malah pendidikan juga dilihat sebagai wadah yang boleh merapatkan jurang antara kaum dalam sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk seperti Negara ini. Namun begitu, keadaan sebaliknya telah berlaku. Misalnya, statistik pencapaian di Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia pada 1998 menunjukkan prestasi pelajar Bumiputera peringkat ijazah pertama yang mendapat Kelas Pertama hanya sekitar 2.9 peratus berbanding bukan Bumiputera (17.2 peratus). Malah, keluaran Burniputera yang dikatakan 'cream of the cream' yang berjaya mendapat Kelas Pertama pada 1998 hanya 3.4 peratus berbanding 33.3 peratus bukan Bumiputera.Pencapaian pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia juga menunjukkan 'trend yang serupa, terutama bagi subjek sains dan matematik. Pada 1998, hanya 2.6 peratus pelajar Bumiputera mendapat Al dan Al bagi subjek Fizik dalam peperiksaan SPM berbanding 17.3 peratus pelajar bukan Bumiputera. Begitu juga bagi subjek Matematik Tambahan, 6.7 peratus pelajar Bumiputera mendapat Al dan A2 berbanding 36.4 peratus bukan Bumiputera.

keselamatan negara

Cabaran seterusnya, kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat masing-masing. Selain daripada itu, terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu ekonomi dan sosial politik negara untuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk ke negara ini secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej dan keharmonian negara.
Ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan menghuru-harakan keselamatan negara. Selain daripada itu, ancaman juga boleh datang daripada kegiatan pemalsuan dokumen-dokumen penting kerajaan seperti pasport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan dan sijil lahir. Senario ini amat merbahaya dan ditangani dengan sebijak mungkin. Selain daripada ancaman dari dalam negara kita juga mesti berwaspada dengan ancaman yang hadir dari luar seperti aktiviti pengintipan dan cubaan menjatuhkan nama baik Malaysia dari kaca mata kuasa-kuasa besar.

Peningkatan masalah sosial

Tambahan pula, pembangunan yang pesat juga memberi impak negatif kepada Negara. Pembangunan fizikal yang sangat pesat seperti di Kuala Lumpur telah menyebabkan penghijrahan penduduk kampung ke bandar dengan ramai. Penghijarahan ini menyebabkan pendudukan melayu lebih ramai daripada penduduk cina selepas penghijrahan berlaku Namun, kualiti hidup di bandar meningkat dan ada sebilangan yang tidak mampu menanganinya. Ini menyebabkan peratusan kemiskinan meningkat dan telah menyebabkan berlakunya gejala sosial yang teruk seperti kegiatan pelacuran, pengedaran dadah dan kecurian. Hal ini berlaku kerana untuk menampung taraf hidup yang sering meningkat dan telah mengubah norma-norma kehidupan bermasyarakat khususnya dalam komuniti masyarakat majmuk di Malaysia.
 Selain itu, proses perbandaran ini juga telah melebarkan lagi jurang ekonomi dan pola tempat tinggal antara kaum . Contohnya,orang Melayu biasanya tinggal di kampung, orang Cina di bandar dan orang India di ladang-ladang. Imej ini tetap tidak berubah secara menyeluruh walaupun pelbagai langkah telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasinya. Buktinya, kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen anti dadah dan juga kempen ‘tak nak’ merokok secara besar besaran di seluruh negara , namun dilihat tidak membuahkan hasil yang memberansangkan.

Pengekalan perpaduan rakyat

Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi ”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan”. Untuk mengekalkan perpaduan suatu cabaran yang sangat mencabar dan memerlukan suatu tempoh yang lama penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan Negara.Hal ini demikian kerana setiap kaum dalam masyarakat mempunyai kepentingan tersendiri yang perlu dipertahan dan diperjuangkan seperti hak dalam pendidikan .


Memastikan pembangunan negara seimbang


Kebelakangan ini, kerajaan telah mengisytiharkan usaha membangunkan semula sektor pertanian di negara kita. Usaha ini adalah wajar dalam memastikan pembangunan dan kemajuan negara secara seimbang memandangkan sektor pertanian dan sektor perindustrian adalah saling melengkapi. Kedua-dua sektor ekonomi tersebut adalah sama penting dan tidak boleh diabaikan mana-mananya (www.scribd.com/doc/261975/Pn-Zairiha).
Seperti yang kita tahu, masyarakat Melayu lebih mendominasi sektor pertanian dan masyarakat Cina pula lebih banyak menguasai bidang perindustrian. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi mengelakkan berlakunya kejadian 13 Mei 1969 kembali berulang seperti masalah perbezaan jurang ekonomi yang ketara antara kaum.Tambahan pula , apabila kerajaan mengisytiharkan untuk membangunkan sektor pertanian, kemungkinan kaum Cina akan melihat bahawa kerajaan cuba untuk membangunkan ekonomi masyarakat melayu sahaja dan akan meminggirkan kaum Cina. Adalah menjadi cabaran kepada pihak kerajaan untuk menjelaskan isu ini.



Pelancaran Program Latihan Khidmat Negara


Kerajaan telah membentuk dan membina Program Latihan Khidmat Negara bersesuaian dengan keperluan dan realiti masyarakat majmuk negara ini. Konsep khidmat negara ala Malaysia ini digubal bagi mencapai tujuan untuk memperkasa semangat patriotisme, meningkatkan perpaduan kaum dan integrasi nasional, membina perwatakan positif serta menyemarakkan lagi semangat kesukarelaan. (http://aplikasi.kpkt.gov.my/ucapan.nsf/6c7fcfbe486f405c48256e5a000bd038/298112d8f24ac92248256fdc00349db8?OpenDocument). Walaupun program ini mempunyai pelbagai manfaat kepada negara pada masa hadapan, tetapi sehingga kini pelbagai usul dan usaha bagi menghentikan program ini telah dilakukan oleh pelbagai pihak. Hal ini kita dapat lihat apabila seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat, Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang meminta agar kerajaan segera mempertimbangkan untuk menghentikan program tersebut serta merta.Hal ini berdasarkan kepada alasan di mana telah berlakunya kekerapan kematian, masalah kesihatan dan keselamatan di kalangan pelatih PLKN. Menurut Fong lagi usul ini amat penting kerana ianya melibatkan persoalan nyawa dan keselamatan golongan pelatih tersebut (www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2008/05/879) . Tambahan pula, mengikut statistik, sehigga kini 16 kematian pelatih telah direkodkan berlaku sepanjang program latihan ini dijalankan. Maka, dengan itu menjadi satu lagi cabaran kepada kerajaan untuk meyakinkan rakyat bahawa program ini membawa kebaikan kepada negara dari segala segi seperti memupuk perpaduan , pertahanan negara, dan juga sebagai salah satu proses menerapkan semangat patriotik dalam kalangan belia mendedahkan ilmu mempertahankan diri, dan juga sangat membantu negara



<Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)


Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan, menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991.( http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru). DEB ini dilihat lebih memihak kepada kaum Bumiputera. Memang tidak dinafikan kaum Bumiputera khususnya kaum Melayu masih ramai lagi yang miskin dan wajarlah program ini ditumpukan kepada masyrakat Melayu. Tetapi , bagaimanakah nasib segelintir masyarakat Cina yang miskin? Ini akan mencetuskan perasaan cemburu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Kesimpulannya, dalam menangani dilemma ini masyarakat majmuk di Malaysia masyarakat harus sedar akan tanggungjawab masing-masing agar kelestarian hidup yang aman akan berterusan. BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH.

Cadangan Jawapan Tugasan Kertas 3 Tingkatan 5 Bab 2


Tugasan Kertas 3 Bab 2
Tajuk  10.1  Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme  di Asia Tenggara
Soalan :

Bincangkan tentang gerakan nasionalisme di Indonesia  dan menghubungkaitkannya dengan kemajuan negara kita

Pengenalan
Aspek :  Memahami latar belakang sistem  politik di Indonesia  (5 markah)
Isi dan huraian
Memahami : Perubahan sistem politik dan faktor-faktorkemunculan nasionalisme  di Indonesia

Sebelum kedatangan Belanda,Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan Mataram  dan Kerajaan Bantam di Jawa. Kerajaan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar. Pada peringkat pemerintahan tempatan, pentadbiran diketuai oleh pembesar daerah ataau bupati (di Jawa). Setelah menguasai Indonesia,Belanda membahagikan pentadabiran kepada dua, iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan.

2.Perubahan sistem politik dan  faktor-faktor kemunculan nasionalisme  di Indonesia
(a) Jelaskan  perubahan  sistem politik semasa  pemerintahan kuasa Belanda 
     di Indonesia (10 markah)

Semasa pemerintahan kuasa Belanda di Indonesia,Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu, pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan. Pentadbiran pusat diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral.Manakala pentadbiran tempatan pula dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda.Belanda juga telah menubuhkan Jabatan Kerajaan antaranya Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian.Selain itu, penubuhan Dewan Tempatan adalah sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan.Akhirnya,Belanda telah menubuhkan  Volksraad yang merupakan Majlis Rakyat yang dianggap sebagai satu langkah kearah kemerdekaan .Penubuhannya hasil desakan Sarekat Islam.



(b) Huraikan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Indonesia ( 20 markah)

Menganalisis : Perkembangan  nasionalisme di Indonesia

Terdapat  beberapa faktor kemunculan nasionalisme di Indonesia.Antaranya ialah  pengaruh agama.Di Indonesia,kemunculan Gerakan Islah mampu menyatu padukan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan serta agama Kristian.Gerakan Islah ini telah memperjuangkan Pan-Islamisme, iaitu penyatuan dunia Islam  menentang penjajah Barat.Seterusnya,karya kesusasteraan yang terdapat di Indonesia  seperti cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya Chairil Anuar begitu berpengaruh.

Dari segi system pendidikan pula,Indonesia telah memberikan pendidikan kepada anak golongan priyayi secara tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan.Sikap pilih kasih yang diamalkan oleh kerajaan Belanda adalah untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan.Seterusnya,kemunculan golongan intelektual  yang merupakan pencetus kepada gerakan nasionalisme.Golongan ini yang berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan di Asia Barat telah didedahkan dengan falsafah Barat dan Islam.Pengalaman ini telah menyedarkan mereka betapa pihak penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mereka mentadbir negara mereka sendiri.Golongan inilah kemudiannya yang memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air

.Di samping itu, pengaruh media massa seperti akhbar dan majalah telah menyemarakkan semangat nasionalisme di Indonesia.Akhbar dan majalah berupaya menyebarkan idea-idea nasionalis dan menanam perasaan antipenjajah kepada rakyat jelata.Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan memainkan peranan dalam kemunculan  gerakan nasionalisme di Indonesia.Ini memudahkan rakyat dan pemimpin bertemu dan membincangkan idea-idea nasionalisme .Pengaruh luar turut mencetuskan semangat nasionalisme di Indonesia.Kejayaan Jepun menewaskan China pada tahun 1895 dan Rusia pada tahun 1905 telah membuka mata para nasionalis di Indonesia kerana keupayaan sebuah Negara kecil mengalahkan Negara besar.Faktor yang terakhir yang mampu mambangkitkan semangat nasionalisme ialah dasar penjajah Barat yang telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di  kalangan rakyat di Indonesia.Misalnya, Sistem Tanaman Paksa yang diperkenalkan di Indonesia jelas menindas penduduk peribumi.



3. Perkembangan nasionalisme di Indonesia
Jelaskan perkembangan nasionalisme di Indonesia  (15markah)

Mengaplikasi : Langkah-langkah mengekalkan kemerdekaan Negara

Perkembangan nasionalisme di Indonesia pada tahap pertama bermula apabila para nasionalis memberikan sepenuh perhatian terhadap isu-isu pendidikan.Bagi mereka hanya pendidikan sahaja yang akan dapat mengubah nasib rakyat di Indonesia. Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita.Karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan oleh penjajah Belanda.Perjuangannya telah memberikan inspirasi kepada pejuang-pejuang selepasnya untuk menubuhkan kerajaan lebih tersusun.Muhammadiyah merupakan pertubuhan yang terpenting pada tahap ini.Matlamat pertubuhan ini adalah untuk menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari ancaman sekularisme Barat serta agama Kristian.Pertubuhan ini banyak membina sekolah, klinik dan masjid.

Tahap kedua gerakan nasionalisme di Indonesia memperlihatkan perjuangan parti-parti politik radikal seperti Sarekat Islam (SI) , Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Parti Nasionalis Indonesia (PNI). Pada tahap ini, parti-parti politik begitu lantang menuntut kemerdekaan Indonesia sekalipun dengan cara kekerasan.PNI di bawah pimpinan Soekarno begitu popular kerana perjuangannya dapat mempengaruhi rakyat Indonesia.Belanda yang semakin terdesak telah bertindak balas menangkap pemimpin yang radikal termsuklah Soekarno  dan mengharamkan PNI.


4. Langkah-langkah mengekalkan kemerdekaan negara 
Kemukakan  cadangan untuk mengekalkan kemerdekaan negara  (15 markah)

Terdapat beberapa langkah yang boleh dipraktikan untuk mengekalkan kemerdekaan Negara.Antara langkah-langkah tersebut ialah dengan remaja menyertai angkatan tentera.Tentera amat diperlukan pada setiap masa kerana peperangan boleh meletus secara tiba-tiba.Dengan kekuatan tentera yang hebat, kedaulatan negara dapat dipertahankan.Remaja perlulah sedia berkorban untuk bangsa dan negara.
Selain itu,  perpaduan antara rakyat berbilang kaum merupakan pra syarat utama dalam mewujudkan sebuah negara yang benar-benar aman. Sebelum semangat perpaduan ini dapat disemai ke dalam jiwa semua rakyat, mereka haruslah memahami dam menghayati erti perpaduan. Rakyat yang bersemangat perpaduan bukanlah sekadar tahu mengeja dan menyebut perkataan perpaduan sahaja, malah mereka perlu menghalusi maksud tersirat perpaduan dan sedar akan peranan dan kepentingannya dalam kehidupan bermasyarakat. Hal ini demikian kerana kita perlu sedar bahawa negara yang telah merdeka tidak semestinya bermakna semangat perpaduan telah tertanam dalam jiwa kita. Ia telah terbukti apabila berlakunya Tragedi 13 Mei pada tahun 1969 yang melibatkan perselisihan faham antara kaum-kaum di Malaysia. Kejadian yang tidak disangka-sangka ini telah menyampaikan satu mesej yang negatif kepada kita. Ia mencerminkan masyarakat yang masih tidak menghargai keharmonian yang dinikmati selepas negara kita merdeka. Bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang kembali, usaha-usaha untuk memupuk semangat perpaduan perlu dilipatgandakan lagi. Antara langkah yang telah diambil ialah dengan mengintegrasikan murid-murid berbilang kaum dalam sebuah sekolah. Dengan cara ini, murid-murid dapat menyesuaikan diri untuk bergaul dengan rakan-rakan mereka yang berlainan kaum. Langkah yang diambil ini mampu meningkatkan keberkesanannya untuk memupuk semangat perpaduan yang tinggi dalam diri murid-murid berkenaan. Penyemaian semangat perpaduan yang dilakukan dari awal ini juga membolihkan murid-murid belajar untuk menghormati budaya dan agama kaum lain. Langkah awal ini diambil kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, ternyata semangat perpaduan merupakan kunci keamanan dalam sesebuah negara.

Seterusnya, Disiplin perlulah dijadikan amalan oleh para remaja. Disiplin dapat melahirkan remaja yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Remaja perlulah menyematkan disiplin dalam diri dengan cara menjadi lebih bertanggungjawab dan menepati masa sekaligus dapat menjadi warganegara yang berguna.Disiplin di kalangan remaja juga dapat dipupuk dengan menyertai institusi-institusi pengajian yang berasaskan ketenteraan seperti Maktab Tentera Diraja,Kolej Tentera Darat,Kolej Tentera Udara dan Akademi Tentera Malaysia yang dapat membentuk sifat keperibadian yang unggul.

Di samping itu, dari aspek pendidikan pula, kerajaan telah melakukan usaha untuk mengekalkan kemerdekaan dengan memberi penekanan kepentingan kemerdekaan serta pendedahan kepada perjuangan pejuang kemerdekaan dalam memperjuangkan kebebasan Negara.Anak-anak muda perlu diajar menyelami kesukaran pejuang dahulu dan betapa peritnya kehidupan dibelenggu penjajah.
 Antara langkah yang diambil oleh kerajaan dalam hal ini adalah dengan penaiktarafan mata pelajaran Sejarah oleh Kementerian Pelajaran. Kerajaan juga mengumumkan bahawa mata pelajaran Sejarah bakal menjadi mata pelajaran wajib lulus bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 dan dilaksanakan sebagai mata pelajaran teras mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahun berikutnya (Berita Harian, 2010).
Akhir sekali, Remaja juga perlulah bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni.Sejarah telah membuktikan bahawa bersatu padu amat penting dalam mengekalkan keamanan negara. Apabila semangat bersatu padu tiada,bukan sahaja negara bahkan tamadun yang hebat juga akan musnah seperti yang terjadi kepada tamadun Islam Uthmaniah di Turki dan Dinasti Ming di China pada suatu masa dahulu.Jadi semangat kekitaan perlulah dipupuk sejak dari awal demi menjamin kemerdekaan negara.



5. Kejayaan Malaysia kesan daripada kemerdekaan negara

Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh Malaysia
 kesan daripada kemerdekaan negara   (15 markah)
Menilai  : Kejayaan Malaysia  kesan daripada kemerdekaan Negara

Setelah pengisytiharan kemerdekaan negara,Malaysia telah mencapai beberapa kejayaan dari pelbagai segi.Antara kejayaan yang diperoleh kesan daripada kemerdekaan Negara ialah bidang perusahaan automobil merupakan mercu kecemerlangan dalam mencapai kejayaan Malaysia.

Di Malaysia, terdapat dua buah syarikat yang menghasilkan kereta nasional iaitu Syarikat Holdings Bhd (PROTON) dan Syarikat Perusahaan Outomobil Kedua Sdn.Bhd (PERODUA). Syarikat PROTON berjaya mengeluarkan kereta Proton Saga pertama di Malaysia pada 9 Julai 1985. Kejayaan ini telah menandakan bahawa negara Malaysia berupaya mengeluarkan kereta sendiri setanding kereta asing. Melalaui syarikat PERODUA pula, kereta yang dihasilkan termasuklah Kancil, Kenari, Kelisa, Myvi , Viva dan lain-lain. Teknologi industri berat yang diusahakan oleh rakyat Malaysia membolehkan kereta nasional dieksport ke luar negara seperti Australia, Singapura, United Kingdom dan sebagainya. Hasil eksport kereta nasional menyumbang besar dalam pendapatan negara. Contohnya, pada tahun 2006, Malaysia telah mengeksport 20,675 unit kereta penumpang ke luar negara yang telah menambahkan hasil Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) dengan jumlah RM 554.9 juta.

Selain itu, pembinaan bangunan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar PETRONAS merupakan bangunan mercu tanda kemajuan negara di Malaysia. Kedua-dua bangunan tersebut terletak di Kuala Lumpur. Menara Kuala Lumpur dibina pada tahun 1995. Menara ini mempunyai bentuk yang tirus dan ketinggiannya ialah 421 meter. Reka bentuk menara ini banyak dipengaruhi oleh seni bina Islam dan berfungsi sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi. Bagi bangunan Menara Berkembar PETRONAS, bangunan ini merupakan menara kembar tertinggi di dunia yang mempunyai ketinggian 452 meter. Menara Berkembar PETRONAS direka oleh arkitek Cesar Pelli dan disiapkan pada Mac tahun 1996. Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Jika berlaku bencana alam seperti gempa bumi, menara ini akan condong mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Ciri-ciri  istimewa menara ini telah menjadi destinasi pelancongan dan menarik banyak pelancong asing melancong ke negara Malaysia sepanjang tahun
Seterusnya, Malaysia juga melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas apabilakita berjaya melancarkan dua satelit Malaysia Asia Timur iaitu MEASAT Idan MEASAT II pada bulan September 2000. Malaysia juga melancarkan mikrosatelit yang pertama ,iaitu TIUNG SAT ke angkasa lepas. Pelancaran satelit ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara ASEAN yang mempunyai satelit angkasanya sendiri. Kejayaan pelancaran ini merupakn permulaan kepada teknologi penerokaan angkasa lepas pada 10 Oktober 2007. Sememangnya, program penghantaran angkasawan negara yang pertama telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Program ini telah menjadi pemangkin kepada seluruh rakyat Malaysia untuk belajar mata pelajaran sains dan teknologi. Oleh itu, Dr Sheikh Musazaphar Shukor Sheikh Mustapha berperanan sebagai “Duta Angkasa Malaysia” untuk menyebarkan ilmu sains angkasa ke sekolah-sekolah di seluruh Negara Melalui program tersebut, pelajar sekolah dapat menimba ilmu sains tentang angkasawan dan memupuk minat mereka untuk menceburi dalam bidang angkasawan.
Di samping itu,kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga menempa nama Malaysia di seantero dunia. Di Malaysia, terdapat system pengangkutan yang terkenal seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA), Sistem Transit Ringan(LRT), KTM, PUTRA, monorail, Lebuh
Raya Utara-Selatan dan Terowong SMART. KLIA ialah lapangan terbesar dinegara Malaysia dan merupakan salah satu penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara. KLIA telah terpilih sebagai lapangan terbang yang pertama sekali di dunia untuk dianugerahkan Sijil Airport Service Quality(ASQ) yang diberi daripada Airport Council International(ACL). Selain itu, sistem pengangkutan seperti Sistem Transit Ringan(LRT), KTM, monorail dan PUTRA menjimatkan masa,wang dan tenaga kepada pengguna dan pelancong asing menuju ke destinasi mereka. Perkembanga  teknologi yang semakin canggih membolehkan Terowong SMART dibina di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Terowang SMART merupakan lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan mempunyai struktur jalan dan perparitan yang sepanjang 9.7 kilometer.

Pembinaan terowong ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur.
Akhir sekali,pemain-pemain sukan di Malaysia juga mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Pemain sukan wanita yang terkenal di Malaysia ialah Nicol Ann David. Nicol ialah pemain skuasy Malaysia yang pernah menjadi pemain skuasy wanita nombor satu di dunia. Beliau juga merupakan orang Asia pertama yang menjuarai kejohanan Remaja Dunia sebanyak dua kali. Pada Jun 2008, kerajaan Malaysia telah menganugerahkan Darjah Bakti(DB) kepada Nicol Ann David untuk menghargai pencapaiannya dalam bidang skuasy. Selain bidang skuasy, nama pemain badminton di Malaysia juga terkenal di dunia, khasnya Lee Chong Wei. Lee Chong Wei merupakan seorang pemain badminton professional di Malaysia. Dia selalu menyertai pertandingan badminton di dalam atau di luar negara Malaysia dengan keputusan yang cemerlang. Contohnya, semasa Sukan Konmawel 2006 yang diadakan di Melbourne,Australia, Lee Chong Wei berjaya mendapat kejohanan dalam acara badminton. Selain itu, dia juga merupakan salah seorang pemain badminton yang mewakili Malaysia untuk menyertai Sukan Olimpik 2008 di China dalam acara badminton. Peningkatan pencapian yang cemerlang oleh pemain-pemain sukan berjaya menempa nama Malaysia di seantero dunia.



6.Cabaran Malaysia bagi menjamin kedaulatan Negara

Menjana idea  untuk menghadapi cabaran bagi menjamin kedaulatan Negara

(a) Jelaskan  cabaran yang dihadapi Malaysia  bagi menjamin 
      kedaulatan negara ( 5markah)

Cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin kedaulatan Negara ialah para pelajar akan kerap ponteng sekolah kerana tidak berminat untuk belajar dalam sesuatu subjek.Selain itu,remaja pada hari ini lebih gemar berlumba haram di jalan raya yang mampu membawa kepada kemalangan jalan raya.Seterusnya, rasuah akan semakin berleluasa disebabkan pelaksanaan undang-undang yang tidak ketat.Di samping itu,pelajar-pelajar akan terlibat dengan kes membuli.Akhir sekali,demonstrasi jalanan akan kerap terjadi disebabkan ketidakpuashatian masyarakat dalam sistem pentadbiran sesebuah syarikat.

(b) Nyatakan  langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas   ( 5 markah)

Langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ialah kerajaan perlulah memberikan pendidikan sepanjang hayat kepada para pelajar agar mereka tidak merasa bosan untuk belajar.Selain, itu, ibu bapa perlulah memberikan kasih sayang yang secukupnya terhadap anak-anak kerana anak-anak yang baik lahir daripada sebuah keluarga yang memberi  kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak mereka.Di samping itu, didikan agama perlulah diberikan dengan sebaiknya agar anak-anak dapat mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk.Seterusnya, undang-undang perlulah diperketatkan dan dilaksanakan agar kes-kes jenayah seperti rasuah tidak berleluasa.Akhir sekali, pelaksanaan ceramah yang mampu menyedarkan masyarakat sangatlah penting dalam menjamin kedaulatan Negara.



7.Penerapan  nilai murni/iktibar
Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme yang dapat diterapkan
 daripada perjuangan nasionalis demi memajukan negara  kita Malaysia    (10 markah)
Menghayati nilai murni /iktibar/patriotisme daripada perjuangan nasionalis demi memajukan
negara  kita Malaysia

Kesimpulan
Merumus  secara keseluruhan  isi yang telah dibincangkan

Nilai-nilai murni yang dapat diterapkan daripada prjuangan nasionalis demi memajukan Negara kita Malaysia adalah sikap kerjasama.Kerjasama ini penting dalam membangunkan sesebuah Negara terutamanya Negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum.Selain itu,perpaduan antara kaum penting dalam membangunkan sesbuah Negara.Di samping itu, semangat jati diri perlu ada dalam diri setiap individu walau dimana sahaja kita berada.Seterusnya, sifat kasih sayang di antara satu sama lain perlulah diterapkan dalam diri setiap insane.Nilai lain pula ialah bersyukur.Rakyat Malaysia perlulah bersyukur dengan keamanan yang dikecapi oleh  amlaysia dan berharap agar berkekalan.Keadilan terutamanya dalam sistem pentadbiran tanpa mengira kaum,bangsa mahupun agama.Nilai seterusnya ialah,sebagai rakyat Malaysia,kita disarankan untuk memanfaatkan keamanan Negara agar kekal aman dan harmoni tanpa berlaku pertelingkahan.Nilai berdikari pelu ada dalam diri individu untuk memsatikan kita yakin dengan segala yang kita lakukan.Kita perlulah berwawasan dalam setiap hal agar mampu dipercayai orang lain.Malaysia memiliki rakyat yang berbilang kaum,oleh itu,sikap toleransi penting untuk mengekalkan keamanan dalam Negara.Akhir sekali, kita disarankan untuk mengekalkan keamanan yang dikecapi oleh Malaysia pada hari ini agar Malaysia mampu setaraf dengan Negara maju yang lain.


8 Rumusan
*Pengetahuan  yang diperoleh
*Iktibar kepada diri ,bangsa dan negara
*Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih  cemerlang   (5 markah)

Berdasarkan keseluruhan,amatlah penting terhadap Malaysia untuk mengapai keharmonian dan keamanan dalam menggapai kemajuan Negara.Oleh itu,rakyat Malaysia yang memiliki kaum terbesar iaitu Melayu,Cina dan India perlulah bersatu padu agar Malaysia kekal aman dan setanding dengan Negara maju yang lain.Malaysia mampu untuk mencapai sebuah Negara maju menjelang wawasan 2020 besesuaian dengan kehendak bekas Perdana Menteri ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.Dengan kemajuan yang dikecapi,rakyat akan dapat mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan dan mampu melahirkan rakyat yang berdidiplin.Kita perlulah berdoa dan berharap agar Malaysia tidak terlibat dengan anasir-anasir negative yang mampu mengugat kestabilan politik yang dicapai oleh Malaysia pada era ini.

Cadangan Jawapan Kertas 3 Tingkatan 5 Bab 4 Malayan Union


Tajuk : Jelaskan ciri-ciri pentadbiran Malayan Union,factor-faktor kebangitan masyarakat tempatan menentangnya . Di samping itu,memberikan sebab-sebab penerimaan pentadbiran baru,iaitu Persekutuan Tanah Melayu .

1)      Pendahuluan : Jelaskan sebab-sebab British memperkenalkan Malayan Union .
         Sebab-sebab British memperkenalkan Malayan Union ialah sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahn sendiri.

          British juga menginginkan pentadbiran yang licin dan menjimatkan kos. Sebelum Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu terbahagi kepada tiga unit pentadbiran yang berbeza, iaitu Negeri-Negeri Selat(NNS),Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB) .Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar dan menyenbabkan pembangunanekonomi di setiap negeri tidak seimbang.
          Selain itu, British berhasrat membentuk sebuah bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal mereka dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union . Justeru , British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut .Di samping itu, British dapat menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu selain mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

2.  Jelaskan Ciri-ciri MU dan Sebab-sebab masyarakat tempatan menentang.

Perjanjian MU 1946 telah menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu dalam satu unit pentadbiran . Antara syarat utama Perjanjian MU ialah semua Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu serta dua daripada negeri Selat disatukan . seterusnya , Baginda Ratu England akan melantik seorang Gabenor British untuk mengetuai MU . Singapura diasingkan kerana mempunyai kepentingan sebagai pelabuhan bebas . Asas kerakyatan MU ialah kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli . Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat orang melayu . Seorang pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir . Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan MU dibentuk .

Penubuhan MU adalah sebagai suatu usaha untuk mewujudkan sebuah kesatuan yang dikuasai oleh sebuah pemerintah yang kuat . Pentadbiran MU adalah terus kepada Parlimen British di London san tidak tertakluk kepada Singapura lagu seperti sebelumnya . Konsep penatdbiran baru in9i telah menolak tradisi dan sistem politik orang melayu . Akhirnya , kerajaan MU telah diisytiharkan pada 1 April 1946 di King’s House
( Carcosa Sri Negera ) , KL . Sir Edward Gent telah dilantik sebagai Gabenor pertam kerajaan MU . Dengan pengisytiharan tersebut , secara rasminya MU telah menggantikan Pentadbiran Tentera British BMA yang dijalankan di Tanah Melayu sejak bulan September 1945.

Orang melayu telah menunjukkan pelbagai reaksi terhadap penentangan MU . Selepas Perang
Dunia Kedua , orang Melyu menganggap tidak sesuai untuk British membuat pembaharuan
politik di Tanah Melayu . Orang Melayu pada prinsipnya menentang penghakisan kuasa
 Raja-raja Melayu dalam MU , iaitu Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu
 tanpa sebarang kuasa . Raja-raja juga kehilangan takhta dan kredibiliti mereka sebagai
 kuasa orangMelayu walaupun mereka masih membincangkan soal agama Islam , tetapi zakat fitrah sipungut di bawah nama Gabenor MU . Keadaan ini bertentangan dengan kedudukan sultan .
Oleh yang demikian , orang Melayu bimbang agama islam akan tercabar .
Orang melayu juga menentang pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang
 atau orang luar . Dasar terbuka British ini dilihat akan mengancam status quo orang melayu sebagai penduduk peribumi . Jumlah orang Melayu juga akan menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang ini . orang melyu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerjaaan melayu
sperti zaman Kesultanan Melayu Melaka . Mereka beranggapan bahawa pengenalan MU akan menghapuskan sejarah yang dibina oleh kerajaan tersebut . lantaran itu , kebanyakn orang Melayu telah keluar menentang MU .

3) Huraikan pembentukan PTM 1948.
                  British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai oleh 12 orang ahli.Mereka mengadakan mesyuarat di King’s House , Kuala Lumpur. Pada dasarnya,ada lima tuntutan orang melayu iaitu Raja-Raja Melayu menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union.Selain itu,mereka juga menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.Mereka juga menolak kerakyatan terbuka Malyan Union dan meminta dasr perlindungan terhadap Negeri-Negeri Melayu dan orang melayu dipulihkan.Mereka juga menuntu supaya Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu diakui semula.
                  Perundingan ini ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu pimpinan Dr.Burhanuddin al-Helmy .Mereka berpendapat Jawatankuasa eksekutif itu tidak mewakili semua pihak kerana tidak disertai oleh seorang perwakilan oaring dagang.Mareka menuntut konsep sebuah republic dan kemerdekaan penuh . Majlis Tindakan Bbersama Seluruh Malaya atau All Malayan Council of Joint Action(AMCJA) dan Pusat Tenaga Rakyat(PUTERA) telah ditubuhkan pada awal tahun 1947 untuk menentang British dan UMNO .
                  Mereka mengadakan pelbagai tindakan seperti ceramah politik , demonstrasi dan mogok . Mereka turut mencadangkan sebuah perlembagaan , iaitu Perlembagaan Rakyat .Untuk berlaku adil, British telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pendapat mereka dalam menyediakan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 .
4. Berdasarkan tindakan pemimpin tempatan menentang MU . Jelaskan langkah yang akan anda ambil untuk membina kekuatan negara dalam masyarkat berbilang kaum .
                Menyelesaikan masalah ini akan mejadi mudah apabalia masyarakat bersatu padu . Masyarakat yang berbilang kaum bukanlah menjadi satu bebanan bagi sesebuah negara untuk menentang MU . Bantahan dapat dilaksanakan secara berterusan melalui akhbar-akhbar di negara kita . Zaman ini , ramai masyarakat yang membaca surat khabar . Oleh yang demikian , lebih mudah untuk mempengaruhi minda mereka dan lebih senag menyampaikan sesuatu berita . seterusnya ialah , mengadakan demonstrasi secara aman . Demonstrasi dapat mengeratkan hubungan apabila semua masyarakat berhimpun dan mempunyai satu matlamat yang sama . Seterusnya , Raja-raja Melayu perlu berkumpul dan menyatakan keperluan mereka dengan berhati-berhati . Menghidupkan persatuan-persatuan untuk menentang MU . Apabila wujudnya , persatuan tidak perlulah wujudnya pemberontakan dan pembangkang . ini akan menyulitkan proses penentangan MU . Ahli dan penyokong mestilah berdiri bersama untuk menyatukan matlamat .

5) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kesan kerjasama antara kaum kepada kesejahteraan negara Malaysia.
               Kesan-kesan kerjasama antara kaum kepada kesejahteraan negara Malaysia ialah dapat melindungi negara daripada ancaman kuasa luar . Negara yang mempunyai masyarakat yang berkerjasama antara  satu sama lain dapat melemahkan gerakan kuasa luar yang ingin menakluk negara kerana kunci rahsia negara dikawal ketat oleh sikap masyarakat yang saling berkerjasama dalam menjamin kedaulatan negara.
                Selain itu , perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat juga dapat diwujudkan . Perpaduan rakyat amat penting demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.Masyarakat yang bersatu padu akan melahirkan sebuah negara yang aman dan tiada masalah pertelingkahan antara kaum berlaku.
               Seterusnya , negara Malaysia juga akan dihormati dan disegani oleh negara asing kerana kekal aman meskipun terdapat masyarakat yang berbilang kaum . Kuasa luar yang berminat untuk menguasai negara akan membatalkan niat mereka  kerana takut dengan semangat rakyatnya dalam mengekalkan keamanan negara.
               Di samping itu,ekonomi negara  juga akan meningkat . para pelabur asing tidak akan berasa was-was untuk melabur di negara Malaysia kerana negara yang aman dan bersih dari segala masalah . Pelancong asing juga berminat untuk melancong di sini kerana negara yang aman dan makmur .
                Oleh yang demikian , kerjasama antara kaum dapat memudahkan Malaysia menuntut hak sebagai warganegara . Contohnya , hak keistimewaan dalam memilih calon pemimpin untuk mentadbir negara dan sebagainya .

6. Bincangkan langkah yang perlu diamalkan untuk membentuk konsep rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan .
                Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda kerajaan yang paling penting kerana prasangka perkauman boleh menghancurkan perpaduan yang sedia wujud. Menyedari hakikat dan kepentingan mengekalkan perpaduan maka pelbagai langkah perlu dijalankan bagi memastikannya berterusan.

Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk ialah untuk mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi kerana adanya perasaan saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Amalan nilai murni ini menjadi tunjang kekuatan sesebuah negara. Perkara ini dapat mengelak berlakunya perselisihan seperti kejadian dalam sejarah hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1959. Rusuhan kaum yang berlaku tidak memberi apa-apa keuntungan malah membawa banyak kemudaratan.

Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunan negara. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatu-padu memangkinkan usaha memajukan negara dalam segenap aspek merangkumi ekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada hari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan seharian dengan selesa. Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam maka amat sukarlah kerajaan mengatur agenda mencapai kemajuan negara. Kesannya negara akan ketinggalan dan rakyat menderita kemiskinan.

Bagi merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini,
maka bagai usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan mewujudkan banyak dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum. Terkini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan konsep ‘1 Malaysia’. Dasar kepimpinan yang memperkenalkan konsep “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam pencapaian sesebuah negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah negara itu.

Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai medium komunikasi menjadi saluran maklumat dan membangkitkan semangat bersatu-padu. Memperbanyakkan iklan dan risalah melalui kempen-kempen mencintai negara dapat menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya menjaga keharmonian hidup sesama rakyat. Semua ini dapat dikongsi bersama-sama dengan adanya alat komunikasi media massa seperti televisyen, radio mahupun internet. Kemudahan yang kita nikmati sekarang ini adalah bukti nyata hasil kemajuan negara.

Kesimpulannya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum yang sama-sama mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan bila-bila masa dan selamanya agar kejayaan yang kita nikmati kini tidak ranap begitu sahaja setelah hampir 54 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.

7) Apakah nilai murni dan iktibar yang dihayati hasil daripada kehidupan berteraskan amalan permuafakatan dalam kehidupan.

               Antara nilai murni dan iktibar yang dihayati hasil daripada kehidupan berteraskan amalan permuafakatan dalam kehidupan ialah keamanan negara dapat dijamin dengan wujudnya masyarakat yang bersatu padu . Perpaduan yang kukuh antara satu sama lain akan melahirkan negara yang aman,tiada masalah perselisihan faham yang menyebabkan kesejahteraan negara tergugat.
              Selain itu , amalan berkerjasama juga dapat dipupuk antara  satu sama lain hasil daripada kehidupan berteraskan permuafakatan dalam kehidupan . Masyarakat yang berkerjasama dapat membantu negara mempertingkat mutu perpaduan rakyat yang dapat mewujudkan negara yang aman dan makmur .
              Seterusnya , masyarakat yang bersemangat patriotik juga dapat dilahirkan . Melalui permuafakatan yang wujud dalam masyarakat , kesedaran tentang semangat cinta akan negara sedikit demi sedikit akan wujud . Kita perlulah bersemangat patriotik demi menjamin kedaulatan negara.
              Di samping itu , kita haruslah saling hormat-menghormati antara satu sama lain agar tiada masalah persilisihan faham . Amalan hormat-menghormati dapat memudahkan segala urusan yang dijalankan di dalam negar berjalan lancer.
               Justeru , kita juga hendaklah saling berkerjasama dalam mempertahankan kedaulatan negara.Kemerdekaan negara hanya dapat dicapai melalui kerjasama antara masyarakat Malaysia.

8. Pengetahuan yang diperoleh , iktibar kepada diri , bangsa serta harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang .

iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union ialah  masyarakat Perlu bertegas dalam menyatakan bantahan . Perlu adanya perpaduan di kalangan masyarakat malaysia yang berbilang kaum . Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat . Berhati-hati dengan tindakan orang asing .  Pentingnya pemimpin berwibawa untuk memerintah negara kita .
pengenalanMU telah menguji kesabaran orang Melayu terhadap British yang inginkan penjajahan mutlak terhadap Tanah Melayu . Orang Melayu buat pertama kalinya dalam sejarah selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka bangun menentang British . Rentetan daripada penyatuan tersebut , Kongres Melayu 1946 telah diadakan dan UMNO ditubuhkan untuk menentang niat jahat British tersebut . Kerjasama antara raja-raja melayu dengan UMNO dan orang melayu pada keseluruhannya telah menyebabkan British mula berle,but dan memulakan rundingan . Akhirnya , penat lelah tersebut terbayar apabila Perjanjian Persekutuan 1948 telah membolehkan Persekutuan Tanah Melyu dibentuk 1 Febuari 1948 . Perjanjian tersebut telah memperkenalkan semula dasar kuasa british sebelum tahun  1941 .

Cadangan Jawapan Pelajar KBKK Kertas 3

Cadangan Jawapan KBKK Kertas  3

Fokus Soalan : Usaha-usaha bagi  mewujudkan perpaduan Kaum
Tema  11: Bab 4,5 dan 6


LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK PERPADUAN KAUM
Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harus ditangani untuk membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak kerajaan mempunyai peranan dalam merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaan mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia amat dialu-alukan. Menurut Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat negara kita yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negatif masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.

Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari Keluarga, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap diskriminasi. Serentak dengan itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga. Di samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan program Hari keluarga yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita.

Seiring dengan itu, sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang pintas untuk merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaun. Selain itu, sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepat proses perpaduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang dijalankan dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat sekolah. Selain itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa. Izharnya, memang tidak boleh kita nafikan bahwa sistem pendidikan negara kita menjadi pemangkin dalam proses memperkasa hubungan sesama kaum.

Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah satu langkahh dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita dalam mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yakni Melayu, Cina dan India. Rakyat boleh mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek pemakanan, pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain. Sebagai contoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah. Makanan India seperti roti canai dan tose juga semakin diminati oleh kaum yang lain. Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.

Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak harus bergerak sederap, seia sekata dalam iltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi Wawasan 2020.

Thursday 2 May 2013

Fokus Ulangkaji Menjawab Kertas 3

Tugasan   3 Sebagai Ulangkaji  Kepada pelajar Tingkatan 4

Anaknda pelajar  fokuskan
 Tema 7 Tamadun Awal Asia Tenggara  Bab1


  • MEMAHAMI  MAKSUD TAMADUN
  • Jelaskan  maksud tamadun  mengikut pandangan Barat dan Islam    ( 5 markah)
  • MEMAHAMI CIRI-CIRI TAMADUN MANUSIA
  • Terangkan ciri-ciri tamadun manusia yang menjadi asas kehidupan (30 markah)

  • Soalan ini berfokus kepada  buku teks  Sejarah Tingkatan  4
  • Lihat peruntukan markah

  • Apakah  cadangan anda untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kuat 
  • dan berdaulat?

  • Soalan ini memerlukan anda fokus kepada Tema Politik, Tema Ekonomi dan Tema Sosial
  • Sebagai contoh : Tema Politik
  • *Membentuk pemerintahan yang baik
  • *Membentuk perundangan yang adil
  • *Membentuk pertahanan yang mantap  seperti penyediaan kelengkapan pertahanan yang sistematik
  • *Memelihara kedaulatan undang-undang seperti mencegah kegiatan jenayah dengan berkesan