Thursday 1 November 2012

CABARAN SEBAGAI NEGARA MAJU


 Cabaran Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju



Bangsa ini mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaanhak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.

Masyarakat Malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat mengejar kecemerlangan,benar-benar menyedari segala kemungkinan dirinya tidak terkongkong jiwanya dan dihormati pula oleh semua bangsa lain.

membentuk dan memperkembang sebuah masyarakat demokratis yang matang,
yang mengamalkan suatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul berasaskan muafakat dan musyawarah dan dapat pula dicontohi oleh negara-negara membangun lainnya.
membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya
dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh
dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif berdaya cipta
dan berpandangan jauh ke hari muka,
yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini

tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.
membentuk sebuah masyarakat berbudi yang berbudaya penyayang,
 sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri,
dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan kepada negara mahupun individu tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.
menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya
. Masyarakat itu akan menjamin pengagihan kekayaan negara secara adil lagi saksama dengan kemajuan ekonominya dinikmati bersama oleh setiap rakyat.
 Masyarakat yang demikian tidak akan terbentuk selagi terdapat penentuan fungsi ekonomi yang berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi kepada kelompok-kelompok kaum yang tertentu.
 membentuk sebuah masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas, dan mempunyai daya ketahanan.

Skema KERTAS 3 KBKK



BAB 3: TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA


1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah kerajaan agraria dan maritim saling bergantung antara satu sama lain?


F1 Tenaga kerja 

F2 Bekalan beras 
F3 Barangan mewah 
F4 Tembikar/gelas dan manik dari China/tekstil dari India
F5 Bahan mentah/ hasil hutan 
F6 Kenderaan/ gajah 
F7 Kayu untuk membuat kapal
F8 Tukang kayu dan tukang batu
F9 untuk menjaga kebajikan rakyat jelata
F10 Keperluan perdagangan/jual beli/barter
F11 Mana-mana jawapan munasabah

2. Pada pandangan anda, bagaimanakah masyarakat Asia Tenggara dapat membentuk kehidupan yang aman dan harmoni dalam kalangan masyarakatnya?


F1 Ekonomi saling bergantung

F2 Taat pemerintah
F3 Struktur masyarakat teratur
F4 Taat kepada agama Hindu/Buddha
F5 Mencintai seni seperti candi
F6 Melalui karya sastera
F7 Berbahasa Sanskrit
F8 Tolong menolong
F9 Berfikiran terbuka
F10 Bersatu padu
F11 Hormat
F12 Mana-mana jawapan munasabah

3. Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan pencapaian masyarakat awal Asia Tenggara yang menjadi kebanggaan kepada masyarakat hari ini?


F1 Kerajaan stabil

F2 Ekonomi maju
F3 Pertanian – padi
F4 Perdagangan
F5 Pengairan
F6 Taat kepada agama
F7 Pemerintahan 
F8 Kesenian
F9 Kesusasteraan
F10 Bahasa Sanskrit
F11 Semangat cekal
F12 Berdikari
F13 Rajin berusaha
F14 Tidak putus asa
F15 Mahir ilmu pelayaran
F16 Berani belayar 
F17 Semangat meneroka
Mana-mana jawapan munasabah

doa restu guru sentiasa mengiringimu

SalamUkhwah   buat  anaknda....

Tiupan roh ke jasad manusia membuktikan kasihsayang Allah terhadap hambanya. Tak terkecuali
selaku bergelar GURU...Bonda merasakan  pertemuan bersama anaknda menjadi suatu 
nostalgia yang sungguh bermakna. Disinilah anaknda akan mulai mengerti  nilai kasih
sayang seorang guru.
Marahnya,Tegurnya sentiasa terngiang...Pesanan dan kata azimatnya  jadikan  bekalan
sepanjang perjalananmu.
Teruskan medan perjuanganmu anaknda...Jangan  kalah sebelum berjuang
Ingat Allah sepanjang  masa dan ketika...
Niatkan dalam  diri  YA ALLAH  AKAN KU BUKTIKAN PERJUANGAN SPM
INI MENCARI KEREDHAANMU JUA ..MUDAHKANLAH  DAKU DALAM
MENCARI KEREDHAANMU  INI..DALAM  MENJAWAB KERTAS 
SOALAN.....SEJARAH SPM  2012  INI...

TARIKH 7 NOVEMBER 2012 TARIKH KERAMAT  UNTUK PERJUANGAN
SEJARAHMU... 5NOVEMBER BERMULANYA MEDANPEPERANGANMU
NIATKAN  JIHAD  NIATKAN   AKU BERTEKAD  MENDAPAT PERFECT
SCORE  DAN A+
BONDA  SAYANG KAMU SEMUA....