Thursday 11 October 2012

PANDUAN KBKK MESTI JAWAB

1. Bagaimanakah cara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia?
Menaiktaraf institusi pengajian tinggi
Mengadakan program berkembar dengan negara luar
Membawa masuk tenaga pengajar luar
Menawarkan kursus-kursus yang diiktiraf oleh seluruh dunia
Meningkatkan pengetahuan tenaga pengajar
(mana-mana jawapan munasabah)

2. Apakah langkah yang wajar diambil oleh orang Melayu bagi 
    menghadapi dasar ekonomi British yang meminggirkan rakyat pribumi?
Pemimpin memberi kesedaran kepada orang Melayu
Orang Melayu diberi pendedahan, pengetahuan tentang kegiatan ekonomi
Memberi galakan kepada orang Melayu untuk menceburkan diri dalam ekonomi
Meningkatkan ilmu pengetahuan orang Melayu
Kegiatan ekonomi lebih tertumpu di kawasan bandar, jd galakan masyarakat peribumi wujudkan petempatan di bandar secara proaktif
(mana-mana jawapan munasabah)

3. Bagaimanakah anda menunjukkan semangat cinta akan negara?
Mengibarkan bendera Malaysia di kenderaan, rumah, kelas
Mengharumkan nama Malaysia
Menglibatkan diri dalam perarakan hari kemerdekaan
Mengadakan kempen kesedaran
Mempromosikan keindahan Malaysia
(mana-mana jawapan munasabah)

4. Pada pendapat anda, mengapakah rakyat patut melibatkan 
    diri dalam sambutan hari kemerdekaan  negara?
Menghargai dan mengenang jasa tokoh kemerdekaan
Menunjukkan rasa syukur kerana negara dapat kebebasan daripada penjajah
Membuktikan negara luar yang Malaysia mampu berdikari
Membuktikan bangsa Malaysia hidup dalam keharmonian
Mana-mana jawapan munasabah)

5. Mengapakah  setiap warga negara Malaysia mesti mempunyai semangat patriotik?
Meningkatkan kesungguhan untuk memajukan negara
Menwujudkan masyarakat bersatupadu
Mengingati dan menyanjung dan membantu pejuang tanah air
Melahirkan rakyat yang mempunyai nilai moral
Bangga menjadi rakyat Malaysia
mana-mana jawapan munasabah)

6.  Jika anda menjadi pegawai perancangan bandar pada masa hadapaan, 
    apakah bentuk bandar yang anda impikan?
Bandar berbentuk moden
Bandar yang bersih
Sistem perhubungan moden, pantas
Sistem perumahan eletronik
Selamat dan aman
Seni bina yang unik
mana-mana jawapan munasabah

7.  Bagaimanakah anda memanfaatkan karya Sun Tzu, The Art of War 
     untuk menguatkan kecemerlangan diri?
Strategi menangani musuh
Taktik dalam urusan perniagaan
Menjadi seorang yg tabah dan tegas
Membentuk disiplin diri
Memupuk semangat juang
Memupuk daya saing
mana-mana jawapan munasabah

8.  Pada pendapat anda, apakah kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara?
Menjaga keamanan negara
Mengekalkan kemerdekaan negara
Menegakkan keadilan
Mewujudkan perpaduan
Mengukuhkan kedudukan raja
Membendung tindakan liar
Menjamin kemakmuran negara
mana-mana jawapan munasabah

9.  Mengapakah tindakan perluasan kuasa tidak dibenarkan pada masa kini?
Menghormati kedaulatan negara lain
Melanggar hak asasi manusia
Mematuhi piagam PBB
Mengelakkan kematian
Mengelakkan kemusnahan alam
Mengelakkan keamanan sejagat
mana-mana jawapan munasabah

10.   Apakah tanggungjawab anda untuk menjadi anggota masyarakat yang maju dan bersaintifik?
Menguasai ilmu pengetahuan
Mengamalkan amalan kreatif
Mempunyai sifat inovatif
Menggunakan teknologi terkini
mana-mana jawapan munasabah

11.   Apakah ciri-ciri masyarakat yang menyumbang kepada kegemilangan sesebuah tamadun?
Mempunyai kreativiti
Berfikiran terbuka
Mementingkan pendidikan
Bersifat daya saing
Bersemangat patriotik
Hidup bersatupadu
mana-mana jawapan munasabah

12.  Nyatakan konsep hijrah yang telah anda amalkan dalam kehidupan 
      seharian untuk kecemerlangan diri.
Malas kepada rajin
Nakal kepada baik
Berfikiran negatif kepada positif
mana-mana jawapan munasabah

13.  Apakah kepentingan undang-undang adat kepada masyarakat Melayu?
Menjamin keharmonian hidup
Menjadi panduan mentadbir
Perjalanan masyarakat tersusun
Menentukan hukuman kesalahan
Menjadi panduan pentadbiran
mana-mana jawapan munasabah

14.  Mengapakah unsur kesenian di Malaysia patut diwarisi oleh generasi hari ini?
Lambang jati diri bangsa
Bukti ketinggian tamadun
Sumber pekerjaan
Warisan bangsa
Mengelakkan kepupusan
mana-mana jawapan munasabah

15.  Mengapakah pendidikan tidak format patut diberi penekanan?
Menyerapkan nilai moral
Merapatkan hubungan kekeluargaan
Mewarisi tradisi keluarga
Menjadi tanggungjawab ibubapa mendidik anak
Mewujudkan pendidikan sepanjang hayat
mana-mana jawapan munasabah

16.  Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada masyarakat Zaman Renaissance di Eropah?
Perubahan dalam pemikiran
Penzahiran emosi atau perasaan dalam muzik
Melahirkan keyakinan diri
Menggunakan keupayaan minda
Sifat inkuiri
Berani meneroka bidang baharu
Bersikap kreatif
bersikap inovatif
mana-mana jawapan munasabah

17. Sebagai pemimpin masa depan, apakah cara anda untuk 
      menghalang berlaku imperialisme moden?
Memajukan pendidikan
Membangunkan teknologi
Menjadi negara maju
Melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran
Menyemai sikap patriotik kepada rakyat
mana-mana jawapan munasabah

18.  Apakah yang menjadi asas perjuangan golongan nasionalis di Asia Tenggara?
Semangat kental
Pengorbanan tinggi
Perpaduan rakyat
Kebijaksanaan pemimpin
Sifat kepimpinan berwibawa
Berilmu pengetahuan
Penggunaan pelbagai strategi
mana-mana jawapan munasabah

19.  Pada pendapat anda, apakah pencapaian negara kita 
      sehingga rakyatnya berbangga sebagai bangsa Malaysia?
Politik stabil
Rakyat bersatu
Kebebasan bersuara
Negara aman
Ekonomi maju
Mampu menghantar angkasawan
Pencapaian sukan bertaraf dunia
Mempunyai kereta nasional
mana-mana jawapan munasabah

20.  Apakah iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union?
Perlu bertegas dalam menyatakan bantahan
Perlu adanya perpaduan
Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat
Berhati-hati dengan tindakan orang asing
Pentingnya pemimpin berwibawa
mana-mana jawapan munasabah
21.  Apakah bukti wujudnya tolak ansur dalam penggubalan perlembagaan merdeka?
§ Menerima memorandum raja, pertubuhan politik, dan orang perseorangan
§ Rundingan antara kaum
§ Pakatan murni
§ Mengambil kira isu sebagai panduan
§ Memelihara kepentingan semua kaum

22.  Apakah keistimewaan cara kemerdekaan negara kita dicapai?
pemimpin berwibawa
Tanpa pertumpahan darah
Sikap bekerjasama antara kaum
Mengutamakan perundingan
Musyawarah
Melalui pakatan murni
Melalui pilihanraya
Mengamalkan tolakansur
Melalui perjanjian
mana-mana jawapan munasabah

23. Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang diperoleh 
      dari  penubuhan Malaysia kepada rakyat hari ini?
Keluasan negara bertambah
Bilangan penduduk bertambah
Pertahanan negara lebih kukuh
Komunis dapat dibanteras
Penjajahan asing ditamatkan
Merapatkan hubungan antara kaum
Memperkayakan budaya negara
Meluasakan pasaran
mana-mana jawapan munasabah

24.  Mengapakah jata negara penting kepada negara? /
      Mengapakah negara mempunyai bendera kebangsaan?
Lambang rasmi negara
Identiti sesebuah negara
Kebanggaan warga negara
Lambang perpaduan
Lambang kedaulatan negara
Pemangkin semangat patriotik rakyat
mana-mana jawapan munasabah

25. Bagaimanakah kita harus mengamalkan prinsip
      Rukun Negara dalam kehidupan seharian?
Mengamalkan agama dan kepercayaan
Setia kepada raja dan negara
Tidak menderhaka kepada raja dan negara
Mematuhi, menyanjung dan mempertahankan perlembagaan
Menghormati undang-undang
Bersopan dan Bertatasusila
Mengamalkan nilai-nilai murni
Saling menyayangi
mana-mana jawapan munasabah

26.  Bagaimanakah pembangunan sosial mampu mencapai matlamat perpaduan?
Bahasa yang sama
Sukatan pelajaran yang sama
identiti kebangsaan
perasaan kekitaan
sikap tolak ansur
budaya yang sama
Mempertingkatkan kualiti kehidupan
Memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
semangat patriotik
Aktiviti sukan
mana-mana jawapan munasabah

27. Apakah tanggungjawab pelajar dalam merealisasikan Wawasan 2020?
Menyahut sembilan cabaran
Terlibat dalam pengisian wawasan
Meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin negara
Mengekalkan kemajuan negara
Meningkatkan ilmu pengetahuan sains dan teknologi
Menguasai kemahiran IT
Berinovasi dan kreatif
Berdisiplin baik
mana-mana jawapan munasabah

28.  Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan Malaysia 
       membangunkan sektor pendidikan?
mencapai perpaduan
menghasilkan sumber tenaga manusia
melahirkan tenaga kerja mahir
mengatasi buta huruf
mendisiplinkan pelajar
menjadikan Malaysia negara maju
mana-mana jawapan munasabah

29.  Pada pandangan anda, apakah kepentingan sesebuah negara
       menggubal dasar luar?
menjamin keselamatan/keamanan
Mengekalkan kedaulatan negara
Menggalakkan pembangunan ekonomi
Mengekalkan keamanan sejagat
Mengukuhkan pertahanan
Membina rangkaian perdagangan
Menggalakkan pelaburan asing
Menghapuskan ancaman komunis
mana-mana jawapan munasabah

30.  Berikan cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan peranan OIC
kepemimpinan yang berwibawa
mengukuhkan sumber kewangan
bertindak dalam satu suara/satu pasukan
tegas menghadapi masalah
kerjsasama antara pemimpin
mana-mana jawapan munasabah

Wednesday 10 October 2012

PANDUAN KBKK KEPENTINGAN KEDAULATAN NEGARA DIKEKALKAN


KEPENTINGAN  KEDAULATAN NEGARA
BAGAIMANA  KITA MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA

Kedaulatan penting bagi memastikan keamanan negara dapat dikekalkan. Rakyat dapat hidup
dengan tidak diganggu, hak individu dihormati dan tidak dicabuli, bebas memilih cara hidup ,tidakdizalimi ,bebas memberi pendapat ,bebas beragama dan berpersatuan ,bebas bergerak dan menikmati  kehidupan yang aman dan selesa .Oleh itu, pentingnya kedaulatan itu dalam sesebuah negara.

Gandingan mantap seluruh jiwa raga rakyat perlu dalam konteks menjaga kedaulatan
negara dari dibolosi oleh anasir-anasir luar yang boleh merobek kedaulatan serta keharmonian adat dan budaya masyarakat di Malaysia.

Rakyat perlu berganding bahu dan bersatu hati dalam menjamin keselamatan negara sentiasa berada dalam tahap yang optima kerana kelekaan dalam soal mempertahankan benteng negara akhirnya boleh membawa kepada neo-kolonialisme.

Selain itu , kepentingan kedaulatan adalah negara itu bebas dari kongkongan atau ancaman luar .
Negara yang berdaulat adalah negara yang bebas dari sebarang kongkongan atau ancaman negara luar .
Negara berdaulat tersebut memerintah atas paksi sendiri . Oleh itu ,rakyat dan negara melaksanakan apa jua kegiatan selagi tidak bercanggah dengan undang-undang . Bebas dari kongkongan negara luar akan melancarkan perjalanan jentera pentadbiran . Oleh itu kedaulatan adalah penting untuk negara bebas dari menjadi wilayah jajahan .


Kedaulatan dan Hubungan Antarabangsa
Kedaulatan juga dikekalkan dengan adanya hubungan antarabangsa . Malaysia  berdaulat kerana berupaya mengawal hal ehwal dalam negeri dan kebebasan mengadakan hubungan luar atau polisi luar atau hubungan serantau melalui dasar luar.



Seterusnya kedaulatan negara boleh dikekalkan melalui kebolehan  yang ditunjukkan oleh negara dan pemimpinnya . Melalui kebolehan yang ditunjukkan oleh negara kita kepada negara luar akan menyebabkan negara luar hormat kepada negara kita . Rasa kehormatan ini akan mengukuhkan lagi kedaulatan negara kita . Contohnya , pengiktirafan oleh Geoge Bush terhadap kemajuan Malaysia dibawah pimpinan Dato’ Seri Dr. Mahathir.

Selain itu sikap bersatu padu juga harus dipupuk bagi mengekalkan kedaulatan sesebuah negara . Dinegara kita , sikap bersatu padu dipupuk melalui kebudayaan  kebangsaan . Ini kerana masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai etnik budaya . Matlamatnya adalah ke arah mengukuhkan perpaduan bangsa Malaysia (Aziz Deraman , 2000 :4) .

Kedaulatan negara menekankan perpaduan rakyat keranahanya dengan perpaduan sahaja kedaulatan dapat dikekalkan . Perpaduan masyarakat adalah prasyaratkepada pembentukkan sebuah negara .


, Proses penjanaan generasi muda sebagai persiapan di hari depan juga amat penting. Ini adalah kerana generasi muda pada hari ini adalah pemimpin pada masa akan datang. Justeru, kerajaan telah memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam usaha melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

Saturday 6 October 2012

STRATEGI SEJARAH SPM 2012

PESANAN  DIINGAT  DAN PERLU DIAMALKAN

1.  Bersedia  pelajari ikut Tema
2.Keutamaan kepada  Tema 12
3.Fokuskan tajuk  yang belum keluar   baru tajuk lain
4.Pendekatan berbeza perlu mengikut keupayaan murid
5.Perlu aktiviti  untuk kukuhkan  ingatan pelajar bagi setiap tajuk penting


TARGET  KITA :     SPM   2012   85 %  dan GPS : 5.0

1.Goal Setting
2.Reality Checking
3.Option Exploration

** Berpijak  di bumi Nyata  perlu ada realiti dan bukti
**Perlu bertindak  bukan hanya bersuara...........

**KBKK   ANAK-anak  perlu rajin menulis ayat sekurang-kurangnya Kata Kerja

Contoh  memajukan  aspek  ekonomi, menjaga  kestabilan negara, menjaga keadilan sosial
dan perlu ada SUBJEK samada  Individu  (pelajar,pemimpin,masyarakat atau PIHAK seperti
negara)

INGAT KBKK SANGAT SANGAT SANGAT MEMBANTU ANDA..
Tingkatkan  Prestasi  Anda  dan Kurangkan Kontroversi

FOKUS BAB 9 TEMA 12 BAGI TING 5 WAJIB


Tajuk Tudingan  2012   POPULAR
1.    Perang Dunia Pertama
-                      Faktor Pencetus Perang
-                      Pihak terlibat
-                      Kesan Perang Dunia Kedua
-                      Cara menggelakkan peperangan

2.    Perang Dingin
3.    Dasar Luar Malaysia
4.    Malaysia dalam Pertubuhan Serantau

PELAJAR PERLU MENCARI SENDIRI NOTA TAJUK-TAJUK TUDINGAN BERIKUT.



SEMOGA ANAK-ANAK SEMUA BERJAYA


PERHATIAN dan IKUT ARAHAN BAGI TING 5


Penyediaan Modul Terancang  SEJARAH SPM SKOR A ( CEMERLANG )
1.1.1        Sebanyak  tiga  Modul Terancang berfokus SPM, bagi kegunaan:
i)                    Minggu 36 (1/10 – 5/10)                    - Modul 1
ii)                  Minggu 37 (8/10 – 11/10)                  - Modul 2
iii)                Minggu 38 dan 39  ( 15/10 – 26/10)     - Modul 3
1.1.2        Bilangan latihan dalam setiap modul bersesuaian dengan masa P & P, iaitu (anggaran):

1.1.1.1             20 - 25 minit- murid menjawab soalan
1.1.1.2             10 minit – perbincangan jawapan
1.1.1.3             5 minit – Rumusan / Pengukuhan     



PERHATIAN UNTUK PELAJAR


1        Modul yang dihasilkan untuk kegunaan pada minggu-minggu tersebut: 
( ARAS  TINGGI)
6.1.5.1    Minggu  36    -  1 Oktober – 5 Oktober 2012

Bil
Tema
Bab
Tajuk Tudingan 2012
Semakan
1
7
T4b1
Tamadun Hwang Ho

2
8
4
Penyebaran Islam

3
8
5
Perjanjian Aqabah

4
9
9
Zaman Gelap

5
9
10
Kesan Dasar Ekonomi British

6
10
T5b1
Birokrasi Barat Di Asia Tenggara

7
11
B2
Penentangan British Di Kelantan Dan Terengganu

8
11
B7
Pembentukkan Malaysia – Idea & Reaksi

9
11
B8
Pembangunan Dan Perpaduan Bangsa

10
12
B9
Perang Dunia 1, Pd 2 Dan Perang Dingin


6.1.5.2 Minggu  37    -  8 Oktober – 11 Oktober 2012

Bil
Tema
Bab
Tajuk Tudingan 2012
Semakan
1
7
T4b2
Peningkatan Tamadun China

2
8
5
Hijrah

3
8
8
Pengaruh Islam Terhadap Ekonomi Di Malaysia

4
9
9
Zaman Reformation

5
9
10
Kesan Dasar Ekonomi British

6
10
T5b1
Nasionalisme Tahap 1 & 2 Di Thailand

7
11
B2
Gerakan Islah

8
11
B4
Konsep Persekutuan & Demokrasi Di Negeri Sembilan

9
11
B7
Kerajaan Persekutuan

10
12
B9
Asas Penggubalan Dasar Luar Malaysia



6.1.5.3      Minggu  38-39  -  15 Oktober –  26 Oktober 2012

Bil
Tema
Bab
Tajuk Tudingan 2012
Semakan
1
7
T4b1
Pengaruh Agama Hindu - Buddha

2
8
5
Perang Dalam Islam

3
9
9
Kesan Imperialisme

4
9
9
Revolusi Pertanian

5
9
10
Kesan- Kesan Dasar Ekonomi British
 ( Pendidikan )

6
10
T5b1
Nasionalisme Tahap 1 & 2 Di Indonesia

7
11
B2
Peranan Akhbar/ Majalah /Novel

8
11
B5
Usaha Kearah Kerjasama Kaum
 ( Sistem Ahli / Pakatan Murni )

9
11
B8
Ptm 1957 / Suruhanjaya Reid