Friday 5 October 2012

PANDUAN KBKK


SENARIO MASYARAKAT MALAYSIA ABAD KE 21

Usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat Malaysia abad ke 21 yang berdaya saing danberdaya maju digariskan dalam Wawasan 2020. Kesemua usaha ini bermatlamat menjadikanMalaysia sebuah negara moden dan maju, sebuah masyarakat industri yang adil, bermoral dan rasional dan mempunyai keperibadian sendiri.
Dalam pembangunan sebuah negara yang maju, masyarakat Malaysia memerlukan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Sebagai sebuah negara maju, pembangunan pesat berlaku dalam pelbagai bidang dan setiap bidang memerlukan sepenuh perhatian. Ahli-ahli profesional dalam pelbagai bidang sebagai jurutera, doktor, arkitek, saintis, usahawan, peguam, ahli fikir dan sebagainya amat diperlukan. Kesemua golongan ini secara bersepadu mengembeling fikiran, tenaga dan usaha untuk membangun Malaysia menjadi sebuah negara maju.

i. Sains dan Teknologi 
Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai teknologi tinggi dan berfungsi sebagainegara pengeluar. Pelbagai barangan dan perkakasan untuk keperluan kehidupan dikeluarkandan dipasarkan peringkat antarabangsa. Untuk tujuan ini sudah pasti kita memerlukan ahli reka cipta yang mempunyai daya kreatif dan inovatif.

ii. Teknologi Maklumat 
Keadaan dunia abad ke 21 akan semakin kecil dengan penemuan dan ciptaan baru serta maklumat yang sebegitu banyak ledakan maklumat atau prasarana maklumat menjadi palinghebat apabila high performance communication digabungkan dengan high performancecomputing. Melalui penggunaan pelbagai alat dan perkakasan hasil kemajuan teknologi seperti digital teknologi. World Wide Webs dan Internet. Kita dapat mencapai, menyimpan, mendapat balik dan menggunakan maklumat dengan cepat dalam masa yang singkat.

iii. Pasaran dan Industri 
Pembangunan negara banyak bergantung kepada keteguhan ekonominya. Bidangperniagaan, perusahaan dan perdagangan akan berkembangan daripada bentuk pasaransecara kecil-kecilan kepada usaha yang luas di peringkat dunia antarabangsa. Pakar-pakar dalam bidang ekonomi dan keusahawanan memang satu keperluan yang sangat penting
bagi mencapai produktiviti negara.

iv. Modenisasi 
Proses modenisasi mempunyai koordinasi dan implikasi ke atas idea, pemikiran, sistem nilai,‘world view’, dan budaya masyarakat dan negara. Masyarakat Malaysia akan menjadibertambah kompleks dan menghadapi pelbagai masalah sosial. Keganasan, penganiayaan,jenayah intelektual dan jenayah kolar putih, masalah penyelewangan agama dan ketaatsetiaannegara. Negara memerlukan ahli fikir termasuk ahli-ahli fikir dalam bidang agama untukmembantu mengatasi masalah soasial dalam negara maju.


No comments:

Post a Comment