Tuesday 2 October 2012

Bab 9 ZAMAN GELAP


FOKUS  BAB 9 :...................

a.       Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Gelap ?

F1           Eropah mengalami zaman mundur
F2           Kejatuhan empayar Rom di Eropah
F3           merupakan peringkat awal zaman Pertengahan
F4           Eropah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu
F5           pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran)

b. Senaraikan dua ciri zaman gelap di Eropah

F1           Kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan , perdagangan,  dan kehidupan di bandar
F2           Pentadbiran pusat yang lemah
F3           Kemunculan golongan baron (tuan tanah) yang berpengaruh
F4           Kelembapan dalam bidang ilmu pengetahuan
F5           Kegiatan ekonomi yang terhad
F6           Sifat gereja yang mengongkong
F7           Kemunculan sistem feudal
F8           Kehidupan kacau bilau / peperangan / petani mencari perlindungan daripada tuan-tuan tanah


c.        Nyatakan kedudukan gereja dalam masyarakat Eropah  pada Zaman Gelap

F1           Gereja amat berkuasa
F2           Gereja memiliki hartanah yang banyak
F3           Kegiatan gereja berfokuskan kegiatan amalan agama
F4           Berfokus kepada pembelajaran keakhiratan sahaja
F5           Gereja mengongkong kehidupan masyarakat


d.       Mengapakah kegiatan perdagangan tidak meluas pada Zaman Gelap

F1           Aktiviti perdagangan diganggu oleh orang gasar seperti Viking dan Magyar
F2           Kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang-orang Islam
F3           Memberi tumpuan kepada kegiatan pertanian
F4           Kegiatan perdagangan terhad kepada perniagaan barangan pertanian
F5           Aktiviti perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem barter
F6           Penggunaan mata wang amat terhad
F7           Orang Eropah tidak berdagang ke Timur Jauh


       e. Pada pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem feudalisme
          di Eropah dikatakan mempunyai persamaan dengan ciri-ciri feudalisme yang terdapat dalam    
          Kesultanan  Melayu Melaka ?           

F1           Terdiri daripada golongan pemerintah ( raja ) dan golongan yang diperintah ( rakyat )
F2           Raja memiliki tanah secara mutlak
F3           Pentadbirannya dibantu oleh pembesar
F4           Raja mengurniakan tanah kepada pembesar untuk ditadbir
F5           Pembesar mendapat naungan / perlindungan daripada raja
F6           Pembesar memberikan khidmat tenaga dan cukai kepada Raja
F7           Golongan hamba memberi khidmat tenaga kepada golongan pembesar

                (Mana-mana munasabah )   

No comments:

Post a Comment