Tuesday 2 October 2012

Bab 10 : Kedatangan Buruh Luar


FOKUS BAB 10: T4
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
17(a )      Nyatakan faktor-faktor yang menggalakkan kedatangan tenaga buruh luar semasa pemerintahan British.                                             

F1            Kepesatan  pembangunan sektor pertanian/perlombongan
F2            Banyak peluang pekerjaan kepada kaum imigran
F3            Masalah kekurangan tenaga buruh tempatan
F4            Galakan  kerajaan kolonial British agar mereka berhijrah
F5            Tidak mendapat tentangan dalam kalangan orang Melayu
F6            Wujud hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India
F7            Kestabilan  politik di Tanah Melayu
F8            Kemiskinan di tempat asal
F9            Kekayaan sumber alam di Tanah Melayu
F10          Kemakmuran Tanah Melayu yang pesat membangun

(b)           Jelaskan cara kemasukan buruh dari China ke Tanah Melayu

F1            Sistem Tiket Kredit
F2            Bakal imigran dikumpulkan oleh kheh-tau (ketua) di kampung imigran (negara China)
F3            Ketua ini dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran Cina yang             dibawa ke Tanah Melayu
F4            Imigran (sin kheh) diletakkan bawah pengawasan nakhoda kapal atau 
                agensi buruh yang telah mendapat bayaran daripada bakal majikan imigran
F5            Sin kheh membuat perjanjian secara lisan atau bertulis untuk menjelaskan hutang
                  mereka secara bekerja dengan majikan dalam satu tempoh tertentu
F6            Mereka dibekalkan dengan tiket ke pelabuhan yang dituju
F7            Mereka diserahkan kepada pemborong buruh(orang tengah) yang akan mendapatkan 
                 majikan untuk mereka
F8            Sistem Pengambilan Kakitangan
F9            Majikan akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan buruh
F10          Segala perbelanjaan dan tambang dibiayai oleh majikan
F11          Pegawai yang dihantar bertanggungjawab mengiringi buruh tersebut 
                hingga sampai ke tempat majikan
F12          Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
F13          Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang 
                 dilantik oleh sesebuah rumah kongsi
F14          Pegawai tersebut membiayai perbelanjaan buruh sehingga mereka sampai  di rumah kongsi
F15          Pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu seperti yang 
                dipersetujui kepada tuan punya rumah kongsi bagi setiap buruh yang dibawa






(c)            Jelaskan cara kemasukan buruh dari India ke Tanah Melayu
F1            Sistem  Buruh Bebas
F2            Buruh datang sendiri dengan biaya masing-masing
F3            Kedatangan mereka diatur oleh orang atau kumpulan tertentu
F4            Mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki
F5            Sistem Kontrak
F6            Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu
F7            sebagai balasan buruh akan bekerja dengan majikan untuk 
                 jangka masa tertentu (antara 1-3 tahun)
dengan bayaran minimum antara 9-  13 sen sehari
F8            Cara ini boleh menyebabkan berlakunya pemerasan dan penindasan terhadap buruh
F9            Sistem Kangani
F10          Kangani / tandil / ketua / mandur diberi lesen dan dihantar  pulang ke India
                  untuk mencari buruh.
F11          Kangani diberi wang pendahuluan untuk perbelanjaan buruh ke Tanah Melayu.
F12          Sistem ini menjadikan kangani seperti pengurus agensi 
                  membawa masuk pekerja asing
F13          Sistem ini diharamkan kerana penyelewengan oleh kangani
                                                                                                                               
(d)           Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan sosial akibat  kemunculan masyarakat 
                berbilang kaum diTanah Melayu?                                                                                       
F1            Pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu
F2            Peningkatan jumlah kedatangan buruh Cina dan India
F3            Pertempatan berbeza mengikut kaum
F4            Jenis pekerjaan berbeza mengikut kaum
F5            Bahasa pertuturan
F6            Perbezaan budaya dan cara hidup
F7            Jurang sosial antara kaum
F8            Perpaduan sukar dicapai
F9            Tidak terdapat interaksi antara kaum
F10          Taraf kesihatan yang rendah / penyakit berjangkit
F11          Wujud sistem pendidikan vernakular
F12          Penggunaan bahasa yang berbeza dalam pertuturan
                                (Mana-mana jawapan munasabah)

No comments:

Post a Comment