Tuesday 2 October 2012

persediaan Bab 2 Ting 4 AKHIR TAHUN


Pelbagai aktiviti ekonomi berkembang dan memajukan tamadun India, China dan Yunani.

(a)            Mengapakah aktiviti perdagangan amat penting dan berkembang pesat dalam tamadun India pada masa itu?
                F1            Banyak barang dagang seperti senjata/Gading gajah/Emas/Berlian/Mutiara
                F2            Hubungan perdagangan dengan Macedonia/Sri Langka/Rantau Asia Tengah
                                    /Asia Tenggara/Rom/China
F3            Terdapat pelabuhan penting seperti Tamralipti / Ghantashala / Kadura / Broach / Chaul 
                 / Kalyan / Cambay
F4            Terdapat  persatuan perdagangan dan perusahaan / Sresthin
F5            Terdapat  persatuan tukang kayu / tukang logam/ tukang kulit
                F6            Terdapat persatuan mengawal harga barangan
                F7            Terdapat persatuan mengawal kualiti barangan
                F8            Terdapat persatuan mengawal gaji pekerja
F9            Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan
F10          Raja mengawasi pelaksanaan undang-undang
F11          Mata wang emas digunakan sebagai medium jual beli
F12          Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik
F13          Terdapat sektor perusahaan tekstil / kain kapas / sutera
F14          Terdapat perusahaan barang kemas / emas/ batu permata / mutiara
F15          Pelbagai jenis cukai dikenakan seperti hasil pertanian dan buah-buahan
F16          Rempah diperoleh dari alam Melayu
F17          Tembikar diperoleh dari negeri China

(b)           Bagaimanakah bidang pertanian boleh berkembang maju dalam Tamadun China?
F1            Kemajuan pertanian telah menambah hasil petani
F2            Tenggala diperkenalkan untuk membuat batas tanaman
F3            Kolar kuda untuk kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, kereta sorong dan menyisir tanah
F4            Sistem tanaman bergilir untuk menyuburkan tanah
F5            Sistem teres bukit
F6            Sistem pengairan dengan membina terusan
F7            Untuk mengawal sumber air pertanian
F8            Untuk mengawal banjir

(c)            Apakah kegiatan perusahaan dan perniagaan yang berkembang dalam Tamadun China?
F1            Perusahaan tembikar
F2            dan logam ketika zaman Dinasti Han
F3            Hasil itu didagang ke alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.
F4            Mula-mula hasil dibawa melalui Jalan Sutera (darat)
F5            Kemudiannya Jalan Laut (mulai zaman Dinasti Tang)
F6            Hasil juga didagangkan dalam negara China
F7            Di China muncul persatuan perdagangan yang melahirkan ramai golongan pertengahan
F8            Perkembangan perusahaan memajukan pengangkutan seperti jalan raya, jambatan, kereta kuda 
                dan lembu

(d)           Mengapakah kegiatan perdagangan lebih penting daripada pertanian di negara kota Yunani 
                kecuali kota Sparta?
F1            Bumi bergunung-ganang tidak sesuai untuk pertanian
F2            Perdagangan melalui jalan laut dengan wilayah luar boleh dijalankan
F3            Mulanya perdagangan pesisir pantai seperti dengan Mesir, Syria.
F4            Athens dan Corinth kekurangan makanan kerana kurang tanah pertanian
F5            Mereka mendapatkan makanan dari kawasan selatan dan Laut Hitam
F6            Athens juga menjadi pusat pengumpulan barang dari timur
F7            Walaubagaimanapun cukai yang dikenakan di sini telah menaikkan harga barang,
F8            Kesannya ramai rakyat Yunani berpindah ke Alexandria pada zaman Graeco-Rom

No comments:

Post a Comment