1 Cadangan penubuhan Malaysia telah
disuarakan sejak awal abad ke-19 lagi.
(a) Apakah
cadangan yang dikemukakan oleh Sir Malcolm MacDonald?
Sarawak,
Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan
[2
markah]
(b) Mengapakah Dato’ Onn Ja’afar mencadangkan agar Persekutuan Tanah
Melayu yang merdeka dinamai Malaysia?
British
akan menggabungkan negeri-negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan
Persekutuan Tanah Melayu
[2
markah]
(c) Mengapakah pada mulanya Tunku Abdul Rahman tidak bersetuju
dengan penggabungan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu?
Tunku
Abdul Rahman khuatir akan berlaku ketidakseimbangan penduduk
[2 markah]
(d) Namakan negeri-negeri yang bergabung dalam
gagasan Malaysia pada tahun 1963.
(i) Singapura
(ii) Sabah
(iii) Sarawak
(iv) Tanah Melayu
[4
markah]
2 PEMBENTUKAN MALAYSIA- Politik- Ekonomi DAN Sosial
(a) Apakah cadangan yang dikemukakan oleh Sir Malcolm MacDonald
tentang pembentukan Malaysia?
Sabah,
Sarawak, Brunei, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.
[2 markah]
(b) Nyatakan dua aspek penting dalam faktor politik pembentukan Malaysia.
(i) Keselamatan/ancaman komunis
(ii) Pencapaian kemerdekaan
[2
markah]
(c) Jelaskan perkembangan yang berlaku di
Singapura yang mendesak Lee Kuan Yew menyokong pembentukan Malaysia.
Dalam Pilihan Raya Hong Lim di Singapura, Barisan Sosialis yang berhaluan
kiri yang kuat telah menang. Ini menggugat parti pimpinan Lee Kuan Yew iaitu
Parti Tindakan Rakyat. Ini sangat merisaukan Lee Kuan Yew. Demi mengukuhkan
kedudukannya, beliau menyokong kuat pembentukan Malaysia
[3
markah]
(d) Jelaskan secara ringkas faktor penubuhan
Malaysia dari aspek ekonomi.
Penubuhan Malaysia menggalakkan pelaburan serta perkembangan industri
pertanian. Keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di setiap negeri dapat
dimanfaatkan melalui kerjasama serantau
[2
markah]
(e) Apakah sebab idea penggabungan Singapura
oleh Lee Kuan Yew pada awalnya ditolak oleh Tunku Abdul Rahman?
Akan menyebabkan ketidakseimbangan penduduk
[1
markah]
3 (a) Senaraikan tiga buah parti politik di Singapura yang tidak bersetuju dengan
pembentukan Malaysia.
(i) Barisan Sosialis
(ii) Parti Buruh
(iii) Parti Rakyat Bersatu
[3
markah]
(b) Mengapakah Parti Tindakan Rakyat di
Singapura menyokong pembentukan Malaysia?
(i) Bimbang pengaruh parti berhaluan kiri iaitu Barisan
Sosialis yang semakin kuat
(ii) Bimbang ancaman komunis
[2
markah]
(c) Senaraikan tiga buah parti di Sarawak yang menentang penyertaan Sarawak dalam
Persekutuan Malaysia pada peringkat awal.
(i) Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)
(ii) Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP )
(iii) Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA)
[3
markah]
(d) Mengapakah ramai pemimpin dan rakyat
Sarawak dan Sabah menyokong pembentukan Malaysia menjelang akhir tahun 1961?
(i) Penjelasan diberikan oleh kerajaan British dan Persekutuan
Tanah Melayu
(ii) Semangat perpaduan dan sikap toleransi para pemimpin
[2
markah]
4 Idea
penubuhan Malaysia telah dikemukakan sejak awal abad ke-18 lagi.
(a) Nyatakan dua orang tokoh di Tanah Melayu yang mengemukakan cadangan
penubuhan tersebut.
(i) Dato’ Onn Ja’afar
(ii) Tunku Abdul Rahman
[2
markah]
(b) Apakah cadangan dan alasan Dato’ Onn Ja’afar tentang penubuhan
Malaysia?
(i) Persekutuan Tanah Melayu dinamai Malaysia
(ii) Pihak British pasti akan menggabungkan Sabah, Sarawak, dan
Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
[2
markah]
(c) Siapakah tokoh British di Singapura yang turut mencadangkan
penubuhan Malaysia?
David
Marshall
[1
markah]
(d) Apakah cadangan Lee Kuan Yew dalam isu penubuhan Malaysia?
Mendesak
British agar mengadakan rundingan dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan
Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu sahaja
[2
markah]
(e) Mengapakah cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul
Rahman?
Tunku
Abdul Rahman bimbang berlaku ketidakseimbangan penduduk
[1 markah]
(f) Nyatakan dua impian Tunku Abdul Rahman tentang penubuhan Malaysia.
(i) Persekutuan Tanah Melayu digabungkan dengan Singapura,
Sabah, Sarawak dan Brunei bagi menjamin satu kedudukan politik yang lebih kukuh
dan disegani di rantau ini
(ii) Penggabungan tersebut dapat mewujudkan kerjasama ekonomi
dan sosial
[2 markah]
5
Perjanjian Malaysia Ditandtangani 9 Julai 1963
Pernyataan di
atas merujuk kepada Perjanjian Malaysia.
(a) Di manakah Perjanjian Malaysia
ditandatangani?
London
[1
markah]
(b) Apakah maksud Akta Malaysia?
(i) Akta yang memperuntukkan penggabungan negeri
(ii) Dinamai Malaysia
[2
markah]
(c) Senaraikan badan yang terlibat dalam
memperkenankan Perjanjian Malaysia?
(i) Ratu Elizabeth II
(ii) Parlimen Britain
(iii) Parlimen Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis
Undangan Sarawak, dan Majlis Undangan Sabah
[3 markah]
(d) Nyatakan inti pati Perjanjian Malaysia.
(i) Semua urusan hal ehwal luar tanggungjawab kerajaan
persekutuan
(ii) Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan kecuali
Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
(iii) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa
Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan
(iv) Bahasa rasmi Sabah dan Sarawak adalah bahasa Inggeris
sehingga 10 tahun, selepas Hari Malaysia
[4
markah]
6 Rakyat
Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah memberi reaksi segera selepas
cadangan pembentukan Malaysia diumumkan.
(a) Nyatakan reaksi parti politik Persekutuan
Tanah Melayu terhadap pembentukan Malaysia.
Kebanyakannya menyokong
[2
markah]
(b) Mengapakah pada mulanya Sabah dan Sarawak
menolak cadangan pembentukan Malaysia?
Telah lama di bawah pemerintahan
British
[2
markah]
(c) Apakah perkara penting dalam tuntutan Sabah
dan Sarawak dalam penggabungan Malaysia?
(i) Ketua Negeri
(ii) Bahasa kebangsaan
(iii) Agama Islam
(iv) Kedudukan istimewa penduduk asal negeri
[4
markah]
(d) Mengapakah menjelang akhir tahun 1961 rakyat Sarawak dan Sabah
menyokong Malaysia?
(i) Usaha kerajaan menjelaskan gagasan Malaysia
(ii) Semangat perpaduan oleh para pemimpin
[2 markah]
7
(a) Berikan dua faktor
politik yang menyebabkan pembentukan Malaysia.
(i) Ancaman komunis
(ii) Mempercepatkan kemerdekaan
[4
markah]
(b) Bagaimanakah faktor ekonomi mendorong kepada pembentukan
Malaysia?
(i) Mewujudkan pasaran yang luas
(ii) Dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber ekonomi
[2
markah]
(c) Bagaimanakah kemasukan Sarawak, Sabah, dan
Brunei dapat mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum?
Jika Singapura sahaja yang bergabung dengan Tanah Melayu dikhuatiri
penduduk Cina akan berlebihan, jadi kemasukan Sarawak, Sabah dan Brunei dapat
mengimbangkan penduduk bumiputera
[2
markah]
(d) Pada 27 Mei 1961, pengumuman tentang
cadangan gagasan Malaysia telah dibuat. Siapakah yang membuat pengumuman
tersebut?
Tunku Abdul Rahman
[2
markah]