Tuesday 6 March 2012

AKTIVITI PERSATUAN SEJARAH 2012

Aktiviti  Persatuan   Sejarah  2011 :

1. Menghiasi  Papan Maklumat  Tambahan  Persatuan  di Titian  Kasih
2. Menyediakan Permainan  EASY  HISTORY  and  HISTORY  WHEEL
3.Menyediakan  ALBUM  KENALI  LENCANA
4. Menyediakan  Pertandingan  REPLIKA  sejarah Fokus  kepada MONUMEN







Penghargaan  kepada YB sempena  Karnival PNB  mengunjungi  Pameran  Sejarah.Hasil Karya  pelajar  melalui  lakaran  daun tema   ...Penulisan dalam Bab 2  Sejarah Tingkatan  5.Meskipun  kecil  tetapi   sangat  berharga  dan bernilai.

Saturday 3 March 2012


Ketekunan  pelajar  5 Angsana  semasa  diadakan  Ujian  Close  Book Esei... membuktikan  kesungguhan dan  persediaan  mereka  menghadapi    peperiksaan  sumatif   ini pada hari Rabu 7 mac 2012  ini.Good  Luck.
Salam  perkongsian  buat anaknda  yang  akan mengikuti  peperiksaan


TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN

Bersama ini cikgu sisipkan tip-tip menjelang Peperiksaan. Doa Cikgu Semoga kalian berjaya dengan cemerlang.  

1. Semak jadual Peperksaan
Semakan ini penting bagi merancang jadual belajar pecutan akhir. Ulangkaji hendaklah dirancang mengikut kertas peperiksaan yang yang akan diduduki terlebih dulu. Rancang dan bincang dengan guru dan ibu bapa supaya jadual terbaik dapat dihasilkan dengan mengambilkan keperluan semua mata pelajaran

2.Teruskan latihan sambil mengulangkaji

Teruskan latihan soalan model peperiksaan bagi setiap mata pelajaran. Cuba menjawab soalan-soalan percubaan peringkat negeri selain soalan peperiksaan sebenar. Semak jawapan dan kukuhkan penguasaan anda dengan membuat semakan dari buku teks atau buku ulangkaji di bahagian soalan yang gagal dijawab. Tindakan ini akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping memanjangkan hayat ingatan anda.

3. Ulangkaji semua

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. Jangan sekali-kali belajar subjek atau sub-tajuk yang anda sukai sebaliknya merangkumi semua. Semua subjek adalah keutamaan anda.

4. Mengingat dan membuat perkaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda gunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali, membuat akronim, melakar, mengingat kata kunci dan membuat perkaitan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

a. Beberapa minggu sebelum peperiksaan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.di sekolah, rumah, dimana saja manfaatkan masa membaca nota ringkas.

b. Jaga kesihatan diri dan tidur yang mencukupi supaya sentiasa sihat, segar dan fokus ketika mengulangkaji dan menduduki peperiksaan.

c. Lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat,. Jangan lepaskan peluang keemasan ini . SPM sekali seumur hidup anda.

d. Dapatkan restu ibubapa dan guru.

e. Datang lebih awal dan pastikan anda bersarapan. Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini membantu anda fokus sepanjang masa peperiksaan.

f. Tenang dan percayakan diri sendiri. Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

g. Prebiu soalah-soalan terlebih dahulu. Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan.

h. Menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.

i. Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih. Analisa jawapan dan memberi rasional betul atau salah kepada setiap pilihan jawapan . Potong jawapan yang anda tahu salah dan pilih jawapan anda

j. Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis

Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

k. Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan .

Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca atau tanda titik perpuluhan.

l. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah. Fokus pada ketas berikutnya

6. Berdoa dan bertawakal InsyaAllah anda akan cemerlang

  Jika perlu, belajarlah dalam kumpulan kecil. Yang penting tanamkan azam dan semangat berjaya. Anda memang boleh berjaya …..
INSYA ALLAH SEMOGA SEMUANYA BERJAYA DENGAN CEMERLANG

Friday 2 March 2012




Cerita tentang Julius Caesar  Rom


Ringkasan  animasi Julius Caesar  Rom


Kehebatan  Maharaja  Asoka  dalam  tentera  bergajah


Maharaja  Asoka   menyebarkan  agama Buddha  di  India


Maharaja  ShuhHuang  Thi  pembina Tembok  Besar  China  ,memerintah  mutlak, tegas  dan autokratik

    Ketahui Sejarah  Maharaja  Shih  Huang Thi   Penakluk  dan Mengasaskan Tembok  Besar  China

Bahas  yang jelas... boleh dijadikan contoh

Mengenali   Alexander The  Great  dalam   Penaklukkan  Yunani..menyebarkan  kebudayaan Helenistik
Salam 1 Malaysia......

Hari Karnival Pelaburan Bijak peringkat Kebangsaan...Persatuan Sejarah sekolah juga tidakmelepaskan peluang turut sama dalam aktiviti pameran.

Selama 2 hari daripada 17 -18 Februari 2012 persiapan seakan menyambut kedatangan menantu di raja.Maklumlah peringkat kebangsaan.... sangat teruja.
Pelbagai aktiviti dijalankan. Antaranya ialah :
1. Pameran Replika Sejarah
2. Game History Wheel
3. Game Easy Hstory
4. Jangan Lupa Lirik Lagu Patriotik


Nak tahu lagi, jangan lupa layari blog sekolah http: smkdpb-kuster.blogspot.com
Persatuan  Sejarah Tempat Ke- 3 

Kami  tetap berpuashati...kerana itulah perjuangan  kami..................