Sunday 14 June 2015

KUMPULAN e-Filing

KUMPULAN E-FILING :'
1. setiap kumpulan  mengandungi 5 atau 6 ahli
2. Nota berdasarkan RPH
3. Mempunyai Peta Konsep
4. Mempunyai FILE BESAR AHLI
5.Menggunakan sistem A4 sahaja
6.Data Soalan-  SPM 2005-2014 struktur dan ese berdasarkan skema
7. Soalan Percubaan minima 5 negeri ..berserta skema
8 .File dikumpul sebelum Percubaan

Wednesday 3 June 2015

contoh Jawapan Pelajar


  • Persekutuan Tanah Melayu
  • Sabah
  • Sarawak
  • Brunei
  • Singapura
****Pembentukan  Malaysia****
1.(a)Perincikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam idea menggabungkan semua negeri di atas di Tanah Melayu                                                                     ( 8 markah )
Cadangan pertama dikemukakan pada tahun 1887 oleh Lord Brassey,iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara. Beliau mencadangkan agar Kerajaan British menggabungkan Sarawak dan Sabah (Borneo Utara) dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.Pada tahun 1948 pula Sir Malcom MacDonald yang merupakan Gabenor Jeneral Asia Tenggara (1949-1952), mencadangkan supaya Sarawak,Sabah ,Singapura ,Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.Pada tahun 1956, Dato’ Onn Ja’afar mencadangkan agar PTM yang merdeka dinamai Malaysia kerana menurut beliau pada suatu masa nanti British akan menggabungkan negeri Sarawak, Sabah,Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.Selain itu, terdapat juga cadangan daripada pemimpin Singapura,iaitu Lim Yew Hock,diikuti oleh David Marshall pada tahun 1955 dan kemudiannya oleh Lee Kuan Yew pada tahun 1959.Lee Kuan Yew mendesak British supaya berunding dengan Tuanku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapura dan PTM sahaja.Idea ini sama sekali tidak dipersetujui oleh Tuanku Abdul Rahman kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk.Walau bagaimanapun, pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman telah menyetujui gagasan Malaysia dan mencadangkan pembentukannya dalam majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi,Singapura.

(b ) Pada pandangan anda, apakah faktor-faktor yang mendorong kepada pembentukan Malaysia ?                                                                              ( 8 markah )
Pada pandangan saya, antara faktor mendorong kepada pembentukan Malaysia ialah Lee Kuan Yew berminat bergabung dengan Malaysia kerana perkembangan pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura.Selain itu, ancaman komunis juga merupakan salah satu faktor pembentukan Malaysia.PTM juga mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh PKM.Ancaman komunis juga wujud di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandestine Communist Organization (CCO) yang bermatlamat menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.Di samping itu, penubuhan Malaysia akan mempercepat kemerdekaan Sarawak, Sabah,Singapura dan Brunei.Penubuhan juga ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun.British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo.Bukan itu sahaja, penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi juga dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang asda di negeri-negeri ini.Salah satu faktor utama pembentukan Malaysia adalah untuk mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di kalangan negeri anggota.

( c) Berdasarkan pemerhatian anda, apakah kesan pembentukan Malaysia dalam mewujudkan Negara kita sebagai Negara maju ?                           ( 4 markah )
Antara kesannya ialah melicinkan pentadbiran negara kita.Selain itu, pembentukan Malaysia dapat mengimbangkan bilangan penduduk di negara ini.Kemajuan dalam bidang ekonomi juga dapat dicapai.Pelbagai pemimpin dalam Malaysia boleh bekerjasama dan berbincang untuk memajukan negara kita. Bukan itu sahaja,negara kita dapat membanteras ancaman komunis dan berkembang dengan maju.


2. Cadangan  tentang pembentukan Malaysia telah menimbulkan pelbagai reaksi di dalam negeri dan luar negeri.
( a) Apakah reaksi Singapura terhadap pembentukan Malaysia ?  ( 8 markah )
Lee Kuan Yew dan partinya,iaitu PAP menyokong usaha ini kerana bimbang dengan pengaruh parti berhaluan kiri yang kuat dan beliau ingin mempertahankan kedudukannya.Barisan Sosialis menentang idea tersebut dan mengatakan bahawa pembentukan Malaysia merupakan satu penjajahan bentuk baru.Mereka menuntut agar pandangan rakyat Singapura diperoleh terlebih dahulu sebelum Singapura menyertai gabungan ini.Pandangan mereka disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall dan Parti Rakyat Bersatu pimpinan Ong Eng Guan yang menggesa kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rakyat.Dengan ini,satu referendum berhubung dengan persoalan dan syarat penggabungan telah diadakan pada 1 September 1962.Dalam referendum tersebut, pengundi-pengundi Singapura memilih penggabungan diadakan mengikut cadangan kerajaan Singapura seperti yang dipersetujui dengan kerajaan PTM pada bulan November 1961.

(b ) Jelaskan reaksi Sarawak terhadap pembentukan Malaysia? ( 6 markah)
Di Sarawak telah ada dua parti politik sebelum pengumuman penubuhan Malaysia, iaitu Parti Bersatu Rakyat Sarawak(SUPP) pimpinan Ong Kee Hui yang dibentuk pada bulan Jun 1959.Majoriti ahlinya terdiri daripada orang Cina dan sebilangan kecil orang Melayu.Yang kedua ialah Parti Negara Sarawak (PANAS),ditubuhkan pada bulan April 1960 di bawah pimpinan Dato’ Bandar Abang Haji Mustapha.Ramai anggotanya terdiri daripada orang Melayu.Parti ini merupakan parti pertama di Borneo yang menyokong penubuhan Malaysia.Pada bulan April 1961,lahir Parti Kebangsaan Sarawak pimpinan Stephen Kalong Ningkan yang ahli-ahlinya terdiri daripada orang Iban.Barisan Rakyat Jati Sarawak(BERJASA) ditubuhkan pada bualn Disember 1961 di bawah pimpinan Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud.Parti ini ialah parti berbilang kaum tetapi majoriti ahlinya terdiri daripada orang Melayu dan Melanau serta sebilangan kecilnya terdiri daripada orang Iban dan Bidayuh.Parti lain ialah Parti Pesaka Anak Sarawak(PESAKA) pimpinan Temenggung Anak Barjeng yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1962 dan SCA yang ditubuhkan pada bulan Julai 1962.Kebanyakan ahli bagi kedua-dua parti ini terdiri daripada orang Cina. Kesemua parti politik di Sarawak ini akhirnya menyokong Sarawak menyertai Malaysia walaupun pada peringkat awalnya mereka menentang kerana mereka menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu.Hanya SUPP yang terus menentang. Pada Oktober 1962,PANAS,SNAP,BERJASA,SCA dan PESAKA bergabung menjadi Parti Perikatan Sarawak.Gabungan ini telah berjuang ke arah menyokong Sarawak menyertai Malaysia dan berusaha menyekat pengaruh SUPP.

( c) Berdasarkan pemerhatian anda, mengapakah Parti Rakyat Brunei di bawah pimpinan A.M.Azhari menentang gagasan Malaysia ?     ( 6 markah )
Parti Rakyat Brunei menentang gagasan Malaysia kerana matlamat parti ini adalah untuk menubuhkan Persekutuan Borneo,iaitu kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Sarawak,Sabah dan Brunei.Anggota PRB menganggap gagasan Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme.Selain itu ,pengaruh parti tersebut juga akan disekat.PRB telah menang dalam pilihraya dan kemenangan ini menyakinkan A.M. Azhari bahawa rakyat Brunei turut menentang gagasan Malaysia.Bukan itu sahaja,A.M. Azhari juga merasakan dirinya kuat kerana Filipina dan Indonesia menyokongnya.Beliau juga mahukan Brunei merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia.Beliau juga menganggap bahawa Brunei akan menjadi jajahan Malaysia.