Thursday 18 April 2013

Contoh Jawapan Pelajar Bagi Soalan KBKK Tingkatan 5 Kertas 3 (bab 4)


4) Berdasarkan tindakan pemimpin tempatan menentang Malayan Union, jelaskan langkah yang akan anda ambil untuk membina kekuatan negara dalam masyarakat berbilang kaum. (15 markah)

Langkah yang akan diambil untuk membina kekuatan negara dalam masyarakat berbilang kaum ialah dengan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Hal ini penting kerana perpaduan menjamin keamanan sesebuah negara. Seterusnya, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan semua kaum seperti aktiviti gotong-royong yang dapat memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Ini membuktikan bahawa perpaduan merupakan kekuatan negara.

Selain itu, dengan menyeru masyarakat mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati. Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh, ambil yang jernih ternyata mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.

Selanjutnya, pihak kerajaan mestilah sentiasa membuat anjakan paradigma demi memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman perumahan yang penduduknya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan sebagai agen perpaduan. Masyarakat yang berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum.

Di samping itu, kekuatan negara dapat dibina dengan menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan . Dengan cara ini, negara dapat melahirkan anak-anak yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah untuk mengelak kekangan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi antara kaum dengan mudah.

Contoh Lain Jawapan KBKK bagi Tingkatan 5 Kertas 3


6.Cabaran Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara

(a) Jelaskan  cabaran yang dihadapi Malaysia  bagi menjamin
      kedaulatan negara ( 5markah)
Cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara ialah ancaman anasir-anasir luar yang cemburu dengan keharmonian negara Malaysia . Seterusnya , cabaran dalam mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia . Selanjutnya , cabaran bagi memupuk nilai-nilai patriotisme dalam diri generasi muda agar kedaulatan negara terjamin . Selain itu , cabaran untuk memastikan ekonomi negara yang kukuh seterusnya dapat menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang kuat  dan akhir sekali cabaran mengekalkan persefahaman antara kaum di Malaysia .
 
(b) Nyatakan  langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas   ( 5 markah)
   Langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ialah dengan menyediakan angkatan tentera yang kuat dan mempertingkatkan kecanggihan teknologi dalam bidang pertahanan . Seterusnya ,mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royang yang mampu mengekalkan perpaduan kaum . Selanjutnya , mengadakan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah di sekolah masing-masing dan mengadakan pameran biografi tentang pejuang-pejuang yang gugur di medan perang demi mempertahankan negara. Selain itu , menggalakkan masyarakat Malaysia terlibat dengan aktiviti yang mendatangkan keuntungan ekonomi seperti berniaga . Akhirnya , mengadakan perbincangan antara kaum dalam menyelesaikan sesuatu masalah .

Cara Menjawab Kertas 3 Sejarah Tingkatan 5 soalan KBKK


5. Kejayaan Malaysia kesan daripada kemerdekaan negara

Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh Malaysia
 kesan daripada kemerdekaan negara   (15 markah)

Berdasarkan pemerhatian saya , kejayaan yang dicapai oleh Malaysia kesan daripada kemerdekaan negara ialah pembinaan  Menara Berkembar Petronas yang merupakan bangunan yang keempat  tertinggi di dunia iaitu mecapai ketinggian 451.9m (1483 kaki).Seterusnya , kejayaan Malaysia dalam mencipta kereta buatan tempatan iaitu Proton yang kini mula memasuki pasaran antarabangsa dan kereta yang pertama diberi nama Saga . Selain itu ,Malaysia juga kini mampu untuk mentadbir negara dengan sendiri hasil daripada pengalaman dijajah pada suatu ketika dahulu . Malaysia juga kini mampu untuk menghantar angkasawan untuk membuat penyelidikan di angkasa lepas dengan angkasawan luar iaitu angkasawan di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat .

Selanjutnya , Malaysia kini menjadi antara negara termaju di Asia Tenggara dengan kedudukan ekonomi yang stabil dan mapan . Pencapaian Malaysia dalam bidang pertanian dan penternakan juga boleh dibanggakan sementelah hasil pertanian dan ternakan dieksport ke luar negara dan mendatangkan hasil yang mampu meningkatkan ekonomi Negara Malaysia . Di samping itu , pembinaan Jambatan Pulau Pinang dan Kereta kabel Genting Skyway menjadi jambatan kepada industri pelancongan negara  . Kemerdekaan Negara juga membawa kepada kemajuan dalam bidang teknologi seperti pembinaan Koridor Raya Multimedia yang  bertujuan untuk menarik syarikat-syarikat IT dari seluruh dunia bertapak di Malaysia dan seterusnya memberi keuntungankepada negara .

Selain itu , selepas kemerdekaan negara dicapai , pencapaian Malaysia dalam bidang pendidikan juga meningkat dengan kehadiran sekolah-sekolah yang telah dikategorikan mengikut standard pencapaian seperti sekolah berasrama penuh(SBP) dan sekolah kluster . Akhir sekali , Malaysia kini mampu untuk mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan yang menjadi sisem pentadbiran negara dan menjadi antara system yang diiktiraf sebagai sistem yang berkesan untuk mentadbir negara yang mempunyai kepelbagaian kaum .

Saturday 13 April 2013

PERTANDINGAN ESEI SEJARAH MALAYSIA 2013



****REBUT  PELUANG KEEMASAN  INI.......****



PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEJARAH MALAYSIA 2013
Brosur Pertandingan Menuis Esei Sejarah Malaysia 2013 telah dikeluarkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia di laman web miliknya. Untuk maklumat lanjut boleh klik di brosur di bawah :




Pertandingan Menulis Sejarah Malaysia 2013

Kepada semua pelajar Smkdpb  yang berminat, ringankan jari anda klik untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut tentang pertandingan ini. Kepada sesiapa yang berminat, sila berjumpa dan beri nama kepada Pn Sharifah 'Ain. 4 kumpulan penulis esei yang dicari (2 kumpulan untuk kategori menengah atas dan 2 kumpulan untuk menengah rendah - maksimum pelajar 12 orang sahaja).

Anda  juga boleh Merujuk diPapan Kenyataan
Bagi Pelajar Tingkatan  4  semua pelajar diwajibkan  hantar sekurangnya 2 kumpulan
Sijil akan diberi oleh pihak sekolah.Begitu juga  dengan Persatuan SEjarah sekolah

cadangan skema kertas 3 bab 3 Tingkatan 4


CADANGAN SKEMA PEMARKAHAN KERTAS 1249/3
SOALAN ISI DAN HURAIAN MARKAH

1
Pengenalan / latar belakang kerajaan awal di Asia Tenggara
1- Lokasi kewujudan
2- Bentuk / jenis
3- Contoh kerajaan awal
4- Bukti kewujudan
5- Jangkamasa
6- Maksud
7- Proses pembentukan
8- Peranan / perdagangan
9- Contoh bahan mentah
10- Pembinaan kapal layar
5 markah

2
Ciri-ciri kerajaan awal

a) Agraria  ( 15 M )
Lokasi
1.terletak di lembah/lembangan sungai
2.sungai Irrawaddy / menam/mekong/sg merah
3.kawasan pedalaman
4. lereng gunung berapi
5.kawasan pertanian subur
6.kawasan berbukit

Kegiatan
7.penanaman padi huma
8.penanaman padi sawah
9.tanaman sampingan/sayur/buah-buahan/jagung/pisang
10.penternakan
11.memungut hasil hutan/meramu
12.memungut hasil sungai
13.menghasilkan rempah ratus
14.mengutip sarang burung
15.perdagangan
16.mengutip kulit kura-kura
17.menangkap ikan
18.contoh tanah tinggi
19. mahir membina system pengairan
20.peranan sebagai pembekal
21.pertanian
22.air dari tasik tonle sap
23.sumber ikan
24.punca air minuman


Faktor perkembangan kerajaan agraria
25.tanah yang subur/lanar/mendap/luas
26.iklim yang sesuai/panas dan lembab sepanjang tahun
27.berdekatan sumber air/tasik/sungai
28.peranan pemerintah terlibat mengurus/membina pengairan
29. kemajuan system pengairan/baray/relung
30.kekayaan sumber alam/hasil hutan/sumber protein
31.kemahiran penduduk/tukang kayu/tukang batu
32.penduduk ramai
34.hubungan luar dengan kerahaan maritime
35.kestabilan politik/keamanan /pentadbiran
36.beras sebagai dagangan utama
37.bekalan makanan yang mencukupi

b) Maritim ( 15 M )
Lokasi
1. Berasaskan kelautan/perdagangan
2. Menangkap ikan/memungut hasil laut
3. Perlombongan/pengeluar bijih timah
4. Membekal hasil tempatan/logam

Membina
5.membina / membaiki kapal
6.belayar berpandukan bintang
7.meneroka laut
8.berbahasa/menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa lingua franca

Penduduk
9.orang tempatan/ pedagang luar

Pelabuhan
10. pelabuhan
11.lengkap dengan kemudahan

Faktor
12.kedudukan strategik/laluan pedagang
13.terlindung angin monsun barat/selamat
14.pelabuhan lengkap/barang dagangan/pembekal
15.pelabuhan entreport
16.tumpuan pedagang luar
17.kemahiran membina kapal/ membaiki kapal
18. semangat meneroka/berpandukan bintang
19.mempunyai bala tentera/mengawal perairan
20. bahasa melayu sebagai bahasa lingua franca
21.Mempunyai panduan semula jadi kepada pedagang
22.mempunyai hubungan luar dengan india/china/agraria
23.pemerintah cekap
24.kekayaan hasil hutan/sumber ekonomi
25.keamanan/sikap terbuka
26.barangan lebih didagangkan
27. contoh kerajaan




a+b

30 markah

3
Aspek saling bergantungan:
1. Makanan/beras/membekalkan barangan dagangan utama
2. Tukang kayu
3. Tukang batu
4. Bahan mentah/kayu
5. buat kapal
6. Binatang kenderaan/gajah
7. Barangan mewah diraja
8. Tekstil/manik
9. Hasil hutan/kayu gaharu/rotan /damar hasil lain
10. Keamanan/hubungan baik/diplomatik
11. Kemajuan ekonomi/hubungan perdagangan
12. Pasaran
13. kemudahan pelabuhan
14. Bahan galian/timah/emas
15. Membekal tenaga kerja

15 markah

4
Kedudukan strategik dimanafaatkan demi kemajuan negara

1. Menyediakan kemudahan pelabuhan
2. Pengurusan pelabuhan yang cekap
3. Menyediakan jalinan pengangkutan
4. Menyediakan jalinan perhubungan
5. Sistem cukai yang berpatutan
6. Kawalan kawasan perairan
7. Memajukan industri perkapalan
8. Menubuhkan akedemi pelaut/maritime
9. Tenaga kerja mahir
10. Menggunakan teknologi moden
11. Menambahkan bilangan pelaburan bertaraf antarabangsa
12. Pelbagaikan fungsi pelabuhan
13. Penambaikan infrastruktur
14. Memajukan kawasan persisiran pantai
15. Pemulihan khazanahlaut / flora dan fauna
16. Menggalakkan pelabuuran asing
17. Menjalinkan hubungan baik dengan semua Negara
18. Menganggotai pertubuhan antarabangsa
19. Menganjurkan persidangan antarabangsa
20. Mengekalkan keamanan serantau
21. Mengekalkan perpaduan kaum
22. Kestabilan politik/zon aman/bebas/berkecuali
23. Memajukan ekonomi
24. Memajukan hub halal
25. Peluang kerja
26. Pelancongan
27. Pusat  perindustrian
28. Pusat pembuatan
29. Pusat pemprosesan petroleum
30. Pusat hiburan
31. Pusat permainan/sukan
32. Pusat kapal layar

5
Kejayaan  Negara  
1. Kemajuan ekonomi
2. Kegiatan maritime
3. Permodenan pertanian
4. Perindustrian berkembang
5. Perkembangan teknologi
6. Pelaksana an k-ekonomi
7. Tumpuan pelancong asing
8. Hubungan antarabangsa berkembang
9. Pusat kewangan persisir pantai
10. Kemajuan  sistem pengangkutan
11. Kemajuan sistem komunikasi
12. Perlombongan
13. Petempatan
14. Pentadbiran cekap
15. Menjadi terkenal
16. Bersaing
17. Kemajuan pembinaan
(mana-mana yang munasabah)



10
markah

6
a. Cabaran menjadikan Malaysia sebuah Negara maju  (5m)
1. Pencemaran
2. Tekanan daripada Negara maju
3. Persaingan ekonomi dunia
4. Kenaikan harga barangan
5. Kekurangan  tenaga mahir
6. Memantapkan perpaduan kaum
7. Teknologi rendah
8. Kadar pengangguran tinggi
9. Masalah kemiskinan
10. Gejala sosial
11. Globalisasi
12. Kepentingan etnik
13. Perpisahan etnik
14. Persaingan pendidikan
15. Perbezaan pekerjaan
16. Ekonomi domestik
17. Politik perkauman
18. Tiada kerjasama pelbagai kaum
19. Idea pemikiran
20. Tiada keyakinan diri
21. Jati diri
22. Malas
( mana-mana munasabah )

b. Langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5m)
1. Memperkukuhkan perpaduan rakyat
2. Meneroka teknologi baru
3. Meningkat R & D
4. Memastikan wawasan 2020 dicapai
5. Konsep 1 malaysia
6. Meneruskan dasar ekonomi baru
7. Meningkatkan mutu pendidikan
8. Memperkukuh peranan Negara sebagai hub halal
9. Meneroka pasaran baru
10. Menjadikan minda rakyat kelas pertama
11. Menjadi pusat kecemerlangan ilmu
12. Pelajar
13. Keyakinan
14. Motivasi
15. Jati diri
16. Kesedaran
17. Peranan media
18. Kepentingan pendidikan oleh ibu bapa
19. Rakan sebaya.



10
markah

7
Nilai murni/iktibar/patriotisme
1. Berdikari
2. Memanafaatkan kurniaan tuhan
3. Tidak putus asa / berusaha
4. Rajin berusaha
5. Mengekalkan tradisi
6. Berani menghadapi cabaran
7. Semangat meneroka
8. Bercita-cita tinggi / berwawasan
9. Bersifat inovatif dan kreatif
10. Memiliki sikap bertoleransi
11. Sikap sedia menerima  perubahan
12. Kepentingan memelihara perpaduan
13. Kepentingan ilmu pengetahuan
14. Mengekalkan keamanan
15. Bersifat kreatif
16. Cekal
17. Pentadbiran teratur
18. Berani
19. Bercita-cita
20. Bercita-cita
21. Menghayati
22. Bersungguh-sungguh
23. Kerjasama
( mana-mana munasabah )

10
markah

8
Iktibar :
1. Pengetahuan yang diperoleh
2. Kepada diri, bangsa dan Negara
3. Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang
4. Faktor perdagangan
5. Persahabatan
6. Menerajui kehidupan
7. Kemerdekaan
8. Pelbagai kebudayaan
9. Memanafaatkan
10. Mencapai hasrat 2020
11. Keharmonian

Tuesday 9 April 2013

SAMBUNGAN PANDUAN KERTAS 3


Contoh Jawapan :
Soalan No. 4 : Kemukakan cadangan untuk mengekalkan kemerdekaan negara (15 markah = 15 isi)
Contoh skema
Berdikari
Berdisiplin
Memahami sejarah negara
Memperkuat pasukan pertahanan negara
Mengadakan program berbentuk semangat patriotik
Hubungan baik antara kaum
Setia kepada raja dan negaa
Rakyat bersatu-padu
Memupuk semangat kekitaan
Berbaik-baik dengan semua negara tanpa
                                                       mengira ideologi politilk
Bertanggungjawab kepada negara
Berusaha dan proaktif
Tabah menghadapi cabaran
Membentuk akhlak yang mulia
Berbudi pekerti yang tinggi
INI ADALAHCONTOH JAWAPAN  AYAT YANG GRAMATIS, SENANG DIBACA PEMERIKSA

 Cadangan  untuk mengekalkan kemerdekaan negara antaranya ialah......................................................................................................................................................................................................................................Kerajaan juga perlu.................................................................................................................................................Selanjutnya,.................................................................................................................................................................................Langkah lain ialah....................................................................................................................................................................................................Seterusnya,..........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................Disamping itu,................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................Langkah seterusnya ialah,............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................Seterusnya,...............................................................................................................................................................................................................................................................................................
Langkah lain ialah....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


Sambungan PANDUAN KERTAS 3 SEJARAH SPM


Contoh soalan KBKK
No. 4. Cadangkan  langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk memajukan bidang perindutrian dan bidang pertanian di MALAYSIA. (15 markah)
No. 5 Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan  yang dicapai  oleh Malaysia dalam bidang perindustrian dan pertanian.(10 markah)
No. 6 Jelaskan cabaran yang dihadapi  oleh Malaysia dalam memajukan negara (5 markah)
Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5 markah)
No. 7 Nyatakan nilai-nilai daripada revolusi pertanian dan revolusi perindustrian yangboleh diterapkan demi kemajan negara kita. (10  markah)


** Untuk menjawab soalan KBKK ini, anda perlu merujuk  internet dan cari bahan melalui aktiviti berkumpulan dengan bimbingan guru anda.
** Cetak bahan tersebut dan kumpulkan maklumat(hasil dapatan)
***Buat dalam bentuk  PETA MINDA  atau MIND MAPS untuk senang dibaca dan difahami isi secara keseluruhan.

PANDUAN MENJAWAB KERTAS 3 SEJARAH SPM


PANDUAN  MENJAWAB  KERTAS   3
1.Buku  Teks ditandakan   bahagian  setiap  Tema  
2.Panduan menjawab  soalan  Pengenalan ( lihat  terus  buku teks  dan salin jawapan ikut perenggan)
   Contoh soalan:
Jelaskan  latar  belakang Revolusi Pertanian dan Revolusi  Perindusrian  yang  berlaku  di Eropah
(5 markah)

Contoh  jawapan :PEPERIKSAAAN AKHIR TAHUN  TINGKATAN 4 2012

  Latar belakang Revolusi Pertanian ialah perubahan  besar yang berlaku secara mendadak dan menyeluruh.Hal ini berlaku  dalam bidang  politik,sosial atau ekonomi.Suatu contoh revolusi politik ialah apabila terdapat satu kebangkitan yang menukarkan sistem pemerintahan.Revolusi  ini memakan masa yang agak lama dan berlaku secara berterusan.Negara pertama di dunia yang mengalami Revolusi Perindustrian  ialah Britain.Sebelum berlaku Revolusi Perindustrian telah terdapat Revolusi Pertanian.Revolusi Pertanian dianggap menyediakan asas  bagi Revolusi  Perindustrian.

Cara  menjawab   terus lihat Bahagian PENGENALAN. Peruntukkan markah  hanya  5 markah.
Anda  hanya  perlu menjawab sekurang-kurangnya   6 isi   atau  lebih  dalam satu perenggan sahaja.

Latihan :
Jelaskan latar belakang sistem politik di Indonesia  sebelum kedatangan kuasa barat. (  5 markah)
Contoh  skema   yang diberi :
-Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan
-Contoh Kerajaan Mataram dan Kerajaan Batam di Jawa
-Kerajaan diketuai  oleh raja
-Dibantu  oleh golongan pembesar
-Peringkat pemerintahan tempatan-diketuai  oleh pembesar daerah/ bupati di Jawa

LATIHAN KERTAS 3 TING 5 BAB 4


LATIHAN KERTAS  3 TEMA 11 BAB 4
TEMA 11 BAB 4 (Malayan Union dan PTM 1948)

Tajuk Soalan : Jelaskan ciri-ciri pentadbiran Malayan Union, faktor-faktor kebangkitan masyarakat tempatan menentangnya. Disamping itu, berikan sebab-sebab penerimaan pentadbiran baru iaitu
Persekutuan Tanah Melayu.

1 Jelaskan sebab-sebab  Br memperkenalkan Malayan Union (5 markah)’
2. Jelaskan ciri-ciri MU dan sebab-sebab  masyarakat tempatan  menentang (30 marakah)
3. Huraikan faktor pembentukan PTM 1948 (15 markah)
4. Berdasarkan tindakan pemimpin tempatan menentang Malayan Union, jelaskan 
      langkah  yang akan anda ambil untuk membina kekuatan negara dalam
         masyarakat berbilang kaum  (15 markah)
5. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kesan kerjasama antara kaum
     kepada kesejahteraan negara Malaysia (10 markah)
6. Bincangkan langkah-langkah yang perlu diamalkan untuk membentuk konsep rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan (10 markah)
7. Apakah nilai murni dan iktibar yang dihayati hasil daripada kehidupan berteraskan amlan permuafakatan dalam kehidupan? (10 markah)
8.Rumusan
-Pengetahuan yang diperoleh
-Iktibar kepda diri,bangsa dan negara
-Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang