Thursday 18 April 2013

Contoh Jawapan Pelajar Bagi Soalan KBKK Tingkatan 5 Kertas 3 (bab 4)


4) Berdasarkan tindakan pemimpin tempatan menentang Malayan Union, jelaskan langkah yang akan anda ambil untuk membina kekuatan negara dalam masyarakat berbilang kaum. (15 markah)

Langkah yang akan diambil untuk membina kekuatan negara dalam masyarakat berbilang kaum ialah dengan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Hal ini penting kerana perpaduan menjamin keamanan sesebuah negara. Seterusnya, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan semua kaum seperti aktiviti gotong-royong yang dapat memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Ini membuktikan bahawa perpaduan merupakan kekuatan negara.

Selain itu, dengan menyeru masyarakat mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati. Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh, ambil yang jernih ternyata mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.

Selanjutnya, pihak kerajaan mestilah sentiasa membuat anjakan paradigma demi memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman perumahan yang penduduknya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan sebagai agen perpaduan. Masyarakat yang berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum.

Di samping itu, kekuatan negara dapat dibina dengan menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan . Dengan cara ini, negara dapat melahirkan anak-anak yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah untuk mengelak kekangan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi antara kaum dengan mudah.

4 comments:

  1. Kemampuan pelajar dalam menjawab soalan KBKK ini akan tercerna dengan sendirinya apabila rajin membaca,membuat kajian, membuat latihan dan mengumpul maklumat.

    Subjek Bahasa Melayu juga dapat membantu soalan KBKK sejarah ini.
    Teruskan USaha anaknda semua

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera..nama saya amanda..saya ialah pelajar ting 5 dr sm lok yuk kk sabah...terima kasih ats panduan ini....sya nak tanya...berdasarkan post cgu ini,fakta disertakan dgn huraian,ttp post yg sebelumnya jawapan disertakan terus tanpa huraian..mna satu yg betul?? dan macm mna pula hendak menulis huraian ttg nilai dan rumusan?? d sekolah kmi hanya diberi skema jawapan yg singkat..oleh itu sebenarnya sya masih tidak faham cara menulisnya..tp melihat contoh yg cgu beri..rasanya sya sudah ada ilham sedikit..cuma itulah persoalan saya..maaf kerana menuis terlalu panjang..sya mohon bantuan,terima kasih =)

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera, saya pelajar tingkatan 5c (2013) SMK Telok Datok Banting Selangor,.. terima kasih atas panduan ini

    ReplyDelete
  4. Nama saya Leon dari Lincoln University College, saudara boleh melanjutkan pelajaran di Lincoln University College.Saudara boleh pilih kursus-kursus Diploma yang saudara minati. Pendaftaran hanya RM500 dan boleh masuk kelas belajar. Kami boleh menolong saudara dapatkan pinjaman dari PTPTN loan nanti. Kolej alamat kita ialah:- Lincoln University College No.2 Jln Stadium SS7/15, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya. Sila hubungi saya Leon 012-6575693 untuk mendapatkan informasi kursus-kursus yang di tawarkan di college Lincoln.

    ReplyDelete