Tuesday 9 April 2013

PANDUAN MENJAWAB KERTAS 3 SEJARAH SPM


PANDUAN  MENJAWAB  KERTAS   3
1.Buku  Teks ditandakan   bahagian  setiap  Tema  
2.Panduan menjawab  soalan  Pengenalan ( lihat  terus  buku teks  dan salin jawapan ikut perenggan)
   Contoh soalan:
Jelaskan  latar  belakang Revolusi Pertanian dan Revolusi  Perindusrian  yang  berlaku  di Eropah
(5 markah)

Contoh  jawapan :PEPERIKSAAAN AKHIR TAHUN  TINGKATAN 4 2012

  Latar belakang Revolusi Pertanian ialah perubahan  besar yang berlaku secara mendadak dan menyeluruh.Hal ini berlaku  dalam bidang  politik,sosial atau ekonomi.Suatu contoh revolusi politik ialah apabila terdapat satu kebangkitan yang menukarkan sistem pemerintahan.Revolusi  ini memakan masa yang agak lama dan berlaku secara berterusan.Negara pertama di dunia yang mengalami Revolusi Perindustrian  ialah Britain.Sebelum berlaku Revolusi Perindustrian telah terdapat Revolusi Pertanian.Revolusi Pertanian dianggap menyediakan asas  bagi Revolusi  Perindustrian.

Cara  menjawab   terus lihat Bahagian PENGENALAN. Peruntukkan markah  hanya  5 markah.
Anda  hanya  perlu menjawab sekurang-kurangnya   6 isi   atau  lebih  dalam satu perenggan sahaja.

Latihan :
Jelaskan latar belakang sistem politik di Indonesia  sebelum kedatangan kuasa barat. (  5 markah)
Contoh  skema   yang diberi :
-Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan
-Contoh Kerajaan Mataram dan Kerajaan Batam di Jawa
-Kerajaan diketuai  oleh raja
-Dibantu  oleh golongan pembesar
-Peringkat pemerintahan tempatan-diketuai  oleh pembesar daerah/ bupati di Jawa

15 comments:

  1. sy tak brape fhm la nk jwb sejrh paper 3... blh tlg jlskn lbh terperinci tuk jwb sejrh paper 3??

    ReplyDelete
  2. samelah sye pun tk berape faham boleh jelaskan paper 3

    ReplyDelete
  3. sy agak sukar untk memahami paper 3 sejarah ni..

    ReplyDelete
  4. Pendek kata 6 isi atau lebih dlm satu perenggan lah?

    ReplyDelete
  5. salam ckgu... boleh tak ckgu bgi skema jwapan utk bab 3 tingkatan 5 kertas3
    -kejayaan malaysia hsil drpd kedaulan&keamanan
    -cabaran&lgkh utk mjdi ngara yg kuat &stabil d peringkat antarabgsa

    ReplyDelete
  6. please email sy kat
    siewmeimei.sm.@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Saya nak tanya.. Kalau jawab soalan kbkk.. Kena huraikan isi ke?

    ReplyDelete
  8. permulaan esei saya sgt baik tp bila bhagian soalan esei yg menanyakan negara, nilai dan sebagainya tidak sebaik permulaan esei. tlg jelaskan bgaimana hendak mbuat esei bhagian tersebut

    ReplyDelete
  9. Minta berikan penjelasan tentang skema jawapan dan panduan membuat paper 3 sejarah. Dan, minta juga berikan jawapan contoh yang lengkap isinya supaya memudahkan para pelajar. Terima Kasih :)

    ReplyDelete
  10. Cikgu jwb dlam bentk perenggan ke???

    ReplyDelete
  11. Cara menbuatnya sebenarnya tengok pada tajuk dyakah?,contohnya kalau pasal sosial budaya so.. Cara isi dya sebanyak yg mungkin.. Macam tu??

    ReplyDelete
  12. doakan saya supaya dapat 6a- 2c dalam spm

    ReplyDelete
  13. doakan saya supaya dapat 6a- 2c dalam spm

    ReplyDelete