Thursday 18 April 2013

Cara Menjawab Kertas 3 Sejarah Tingkatan 5 soalan KBKK


5. Kejayaan Malaysia kesan daripada kemerdekaan negara

Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh Malaysia
 kesan daripada kemerdekaan negara   (15 markah)

Berdasarkan pemerhatian saya , kejayaan yang dicapai oleh Malaysia kesan daripada kemerdekaan negara ialah pembinaan  Menara Berkembar Petronas yang merupakan bangunan yang keempat  tertinggi di dunia iaitu mecapai ketinggian 451.9m (1483 kaki).Seterusnya , kejayaan Malaysia dalam mencipta kereta buatan tempatan iaitu Proton yang kini mula memasuki pasaran antarabangsa dan kereta yang pertama diberi nama Saga . Selain itu ,Malaysia juga kini mampu untuk mentadbir negara dengan sendiri hasil daripada pengalaman dijajah pada suatu ketika dahulu . Malaysia juga kini mampu untuk menghantar angkasawan untuk membuat penyelidikan di angkasa lepas dengan angkasawan luar iaitu angkasawan di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat .

Selanjutnya , Malaysia kini menjadi antara negara termaju di Asia Tenggara dengan kedudukan ekonomi yang stabil dan mapan . Pencapaian Malaysia dalam bidang pertanian dan penternakan juga boleh dibanggakan sementelah hasil pertanian dan ternakan dieksport ke luar negara dan mendatangkan hasil yang mampu meningkatkan ekonomi Negara Malaysia . Di samping itu , pembinaan Jambatan Pulau Pinang dan Kereta kabel Genting Skyway menjadi jambatan kepada industri pelancongan negara  . Kemerdekaan Negara juga membawa kepada kemajuan dalam bidang teknologi seperti pembinaan Koridor Raya Multimedia yang  bertujuan untuk menarik syarikat-syarikat IT dari seluruh dunia bertapak di Malaysia dan seterusnya memberi keuntungankepada negara .

Selain itu , selepas kemerdekaan negara dicapai , pencapaian Malaysia dalam bidang pendidikan juga meningkat dengan kehadiran sekolah-sekolah yang telah dikategorikan mengikut standard pencapaian seperti sekolah berasrama penuh(SBP) dan sekolah kluster . Akhir sekali , Malaysia kini mampu untuk mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan yang menjadi sisem pentadbiran negara dan menjadi antara system yang diiktiraf sebagai sistem yang berkesan untuk mentadbir negara yang mempunyai kepelbagaian kaum .

16 comments:

  1. Bagi menjawab soalan seperti KBKK ,anaknda semua kena prihatin dengan peruntukkan markah.
    Kertas 3 ini wajaran 20% secara keseluruhan. Malah membantu menaikkan Gred anaknda semua.

    Bagaimanapun anaknda kena FOKUS LATIH TUBI dan ULANGKAJI berterusan untuk KERTAS 2 wajaran markah 50% dan Kertas 1 sebanyak 30%
    Bonda berharap anaknda Sudahpun bersiapsedia menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun INI.
    Semoga Berjaya hendakNya..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih cikgu... jawapan ini dapat memberi manfaat kepada saya.
    you are the best ^^

    ReplyDelete
  3. Thank You Mike Yeo. Harap anda boleh SKOR kertas 3 Cemerlang A+ ok..Semoga berjaya

    ReplyDelete
  4. thank you madam Ain Ali.
    bendA rujukan puan ini sangat berguna bagi saya. terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete
  5. markah untuk soalan KBKK tersebut ialah 15 markah,jadi adakah saya perlu memberikan 15 isi?

    ReplyDelete
  6. contoh soalan dan jwpan ada tak ?

    ReplyDelete
  7. Ya setiap peruntukkan Markah anda perlu prihatin. Adalah lebih baik susun isi utama kemudian ada huraian dan ada contoh. Ini akan memudahkan pemeriksa menanda kertas jawapan anda dengan sistematik. Jika ada contoh jawapan latihan anda cuba anda buat latihan cikgu akan respons. TERIMA kasih semoga anda berjaya dan cemerlang skor sejarah.

    ReplyDelete
  8. Can I bring in the revision book on skema jawapan into the exam hall?

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum. cikgu saya harap cikgu izinkan saya gunakan bahan rujukan ini untuk dijadikan panduan saya guna untuk percubaan spm ni. terima kasih :)

    ReplyDelete
  10. jikalau begini soalan SPM betapa untung nya yg mmbaca petikan ini :)

    ReplyDelete
  11. thankzkepadae yang memberi information ini..

    ReplyDelete
  12. Buku rujukan boleh bwk masuk dewan ke?

    ReplyDelete
  13. terima kasih. saya dah faham cara untuk jawab kertas 3. tapikan boleh ka jawab kertas 3 dngn cara peta minda ?

    ReplyDelete
  14. buku rujukan boleh bawa masuk dewan untk kertas 3 sahaja :D

    ReplyDelete
  15. Cikgu,sebenarnya kalau ada 10 markah prluu ke kita tulis 10 isi??

    ReplyDelete
  16. Cikgu,sebenarnya kalau ada 10 markah prluu ke kita tulis 10 isi??

    ReplyDelete