Monday 26 August 2013

Latihan Bab 8 Tingkatan 4

Soalan Struktur  bab 8 Tingkatan 4

* Sebagai Latihan Ulangkaji bagi Tingkatan 5
*dan Latihan Bagi Tingkatan 4

 Bahasa dan Kesusateraan (ms 203-207)
1. a) Nyatakan bahasa dan tulisan yang digunakan untuk disesuaikan
       menjadi tulisan jawi

i._______________________________
ii.______________________________


b) Berikan tiga contoh cerita kesusasteraan rakyat masayarakat Melayu

i.______________________________
ii.______________________________
iii.______________________________

c) Berikan tiga contoh ciri khas seni bina masjid masyarakat Melayu

i.______________________________
ii.______________________________
iii.______________________________

(d) Berikan dua contoh tarian Melayu yang dipengaruhi oleh tarian arab

i._______________________________
ii.______________________________


Cara hidup (ms 207-208)
2 a) Nyatakan adat istiadat ketika pertabalan raja yang dimansuhkan

i.___________________________________

b) Nyatakan dua adat istiadat  ketikan pertabalan raja yang menjadi amalan
   penting ketika kemasukan pengaruh sistem pentadbiran Islam

i._______________________________
ii.______________________________

c) Berikan tiga contoh penghormatan yang diberikan oleh orang muda terhadap
   orang tua masayarakat Melayu

i.______________________________
ii.______________________________
iii.______________________________

d) Berikan dua contoh adab berziarah yang perlu dilakukan oleh
     masyarakat melayu sebelum tetamu  naik ke rumah

i._______________________________
ii.______________________________

e) Berikan dua contoh majlis masyarakat melayu yang amat menekankan  nilai
   gotong- royong, kerjasama dan perpaduan

i._______________________________
ii.______________________________


Pengaruh Islam Terhadap Ekonomi  (ms 211)

 3 a) Nyatakan dua contoh peratus cukai tetap yang dikenakan terhadap
      negara tertentu  yang berniaga di Melaka

i._______________________________
ii.______________________________

(b) Berikan dua contoh barangan yang dikecualikan daripada cukai di Melaka

i._______________________________
ii.______________________________

c) Nyatakan dua contoh peratus cukai terhadap orang asing yang menetap di Melaka

i._______________________________
ii.______________________________

d) Nyatakan amalan perdagangan yang tidak dibenarkan oleh Islam
    yang terkandung  dalam Hukum Kanun Melaka

i._________________________________

e) Nyatakan dari manakah baitulmal mendapat sumber kewangannya

i._______________________________

f) Nyatakan dua contoh cara wang baitulmal dibelanjakan

i._______________________________
ii.______________________________

Soalan esei (ms 209-210)
4. a) Jelaskan keistimewaan sistem perdagangan kerajaan Kesultanan Melayu
        Melaka sehingga ia menjadi pusat perdagangan yang terkenal di Asia

b) Nyatakan jenis-jenis mata wang yang digunakan oleh kerajaan Melayu Tradisional
     di tanah Melayu




Gerak Kerja Terkini Tingkatan 4

BAB  8 ; PEMBAHARUAN DAN PENGARUH  ISLAM DI MALAYSIA
              SEBELUM KEDATANGAN BARAT


Gerak kerja Pelajar
1, Perbincangan dalam kumpulan
2. Cari maklumat dan isi penting menerusi buku teks atau bahan internet
3. Tulis jawapan anda dalam bentuk  point , peta minda atau power point
4. Hantar jawapan anda menerusi emel
5. jika ada masalah teknikal, sebagai latihan anda buat dalam buku latihan
6. jawapn dipaparkan dalam bentuk Ms Word atau sebagainya.


Kumpulan 1 : MAJU
1. Pengaruh Islam Terhadap Politik  (ms 196-198)

a) Jelaskan kedudukan sultan sebagai pemerintah tertinggi kerajaan Melayu
     kesan penerimaan pengaruh Islam dalam bidang pentadbiran

(b) Huraikan bagaimanakah kedudukan sultan sebagai pemerintah tertinggi
      terus diperkukuh lagi dalm sistem pentadbiran yang menerima pengaruh Islam


Kumpulan 2 - CEKAL (ms 198-199)

2 (a) Jelaskan bagaimanakah undang-undang tidak bertulis Adat Perpatih
       dilaksanakan di Negeri Sembilan dan Naning,Melaka

(b) Jelaskan bagaimanakah pula,undang-undang tidak bertulis Adat Temenggung
      dilaksanakan di Tanah Melayu selain Negeri Sembilan dan Naning.Melaka

Kumpulan 3 -CERGAS (ms 199-200)

3 (a) Bandingkan sistem peruindangan kerajaan-kerajaan Melayu khususnya
      di Tanah Melayu   sebelum dan selepas menerima pengaruh Islam
(b) Nyatakan isi kandungan perundangan yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka
 (c) Nyatakan isi kandaungan yang terdapat dalam Undang-Udnang Laut Melaka



Pengaruh Islam terhadap Sosiobudaya

Kumpulan  4 PINTAR  (ms 201-202)
4 a) Jelaskan bagaimanakah sistemn pendidikan tidak formal dilaksanakan
        di kalangan masyarakat Melayu Tradisional

b) Jelaskan bagaimanakah sistem pendidikan di istana kerajaan Melyu selepas
    menerioma pengaruh Islam

Kumpulan 5 BIJAKSANA (ms 201-203)
5a) Jelaskan perkembangan sistem pendidian formal di rumah tok guru,
       masjid serta surau
b) Buat perbandingan dalam bentuk jadual antara sistem pendidkan pondok dengan
     sistem pendidikan madrasah yang amat popular di kalangan masyarakat Melayu
      tradisional  selepas meneriam pengaruh Islam








Gerak Kerja Kumpulan Tingkatan 4

Latihan  Tingkatan 4
Bab 7 : Penyebaran Islam di Asia Tenggara

 Kelahiran Kerajaan Islam
1(a) Nyatakan tindakan Tun Perak selepas menakluk sesebuah kerajaan agar
    Islam terus berkembang

   i._______________________________________________________

(b) Nyatakan faktor berkaitan keagamaan yang menyebabkan kerajaan Johor-Riau
      meneruskan  serangan ke atas Portugis  di Melaka

  i.________________________________________________________

(c ) Namakan tiga contoh kerajaan yang berusaha melaksanakan
     penyebaran Islam di Jawa

 i._______________________________________________________
ii._____________________________________________________
iii._____________________________________________________

(d) Nyatakan tiga bukti peranan Acheh dalam usahanya mempertahankan Islam daripada
      ancaman Kristian
 i.______________________________________________________
ii._____________________________________________________
iii.____________________________________________________

(e) Nyatakan dua contoh peranan Brunei dalam memperkembangkan agama Islam

 i.______________________________________________________
ii.____________________________________________________


Pusat Kebudayaan Islam

2 (a) Nyatakan dua contoh hubungan baik antara Samudera-Pasai dan Melaka yang telah
        memperkembang lagi ilmu berkaitan agama Islam  di Melaka
 i._______________________________________________________
ii.______________________________________________________

(b) Berikan tiga contoh karya sastera pengaruh arab yang ditulis di Melaka

 i.______________________________________________________
ii._____________________________________________________
iii.___________________________________________________


(c) Namakan tiga contoh ulama islam yang terkenal di  Aceh

 i._____________________________________________________
ii.____________________________________________________
iii.___________________________________________________

(d) Berikan dua contoh hasil karya sastera kerajaan Johor Riau

 i.___________________________________________________
ii._______________________________________________

Pengaruh Islam di  Asia Tenggara

Cari isi penting dan tulis dalam benrtuk esei (huraian)

muka surat 186 - 188 - Pemerintahan danPentadbiran- Sistem Pendidikan
1 (a) Jelaskan perubahan yang berlaku dari aspek pemerintahan dan pentadbiran
        selepas kerajaan Melayu menerima pengaruh Islam

(b) Nyatakan dengan contoh yang sesuai pusat-pusat pendidikan Islam
       Kerajaan Melayu yang terkenal di asia Tenggara





2 .muka surat 188-190 -Bahasa dan Kesusateraan

(a) Jelaskan peranan tulisan jawi dan bahasa Melayu dalam kehidupan
     masyarakat Melayu

(b) Nyatakan perubahan cara hidup masyarakat sebelum dan  selepas
     menerima agama islam


3 muka surat 190-191 Kesenian

(a) Dengan contoh-contoh yang sesuai,jelaskan kesenian ilam yang
     mempengaruhi kesenian  Melayu Tradisional

(b) Jelaskan unsur-unsur Islam yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
      masyarakat MelayuTradisional

Tuesday 6 August 2013

Minal Aidil Walfaiizin -Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin


Salam Sayang buat semua Warga SMKDPB serta semua pelajar di seluruh pelusuk nusantara  
  bagi yang beragama Islam

Sejuta kemaafan Dihulurkan.
Tingkah Bicara janganlah tersentuh
Dikala ini Pasti hatikan berbicara
Kita adalah Sama disisi Illahi
menuju Misi dan Visi yang Sama

Berhati-hati Memandu di jalan Raya
Semoga kita selamat Pergi dan selamat Pulang
Di sisi keluarga tersayang
kemudian kembali menuju Profesion 
menuntut tanggungjawab yang tertunda
Insyallah.. Pasti ada ganjaran di sisi Illahi...............


HIKMAH KERJA RUMAH YANG DIBERI OLEH GURU

Anaknda pelajar. sedar atau tidak ..kita sering mengeluh diberikan kerja rumah
 yang banyak oleh guru. Bertimbun-timbun dari subjek sains,yang melibatkan ekperimen ,
  subjek mengira yang perlu mengingat pelbagai formula shinggalah subjek fakta seperti sejarah,
 bahasa pula..entah  bila masa pula nak rajin berbincang dengan kawan-kawan..

Tetapi sedarkah kita setiap kerja rumah yang dibekalkan oleh guru sebenarnya terkandung
1001 hikmah  yang tidak kita sedari. Kerja sekolahpun tak siap  inikan pula kerja rumah.
Cikgu pun bukannya pantaupun..cikgu asyik sibuk habiskan sukatan..ajar bukan main laju
Benar....inilah senario yang dihadapi anaknda pelajar  tetapi ini jugalah pengalaman yang
ditimba oleh para guru anda semasa bergelar Pelajar.

Cabaran utama anda ialah Gadjet ICT atau Globalisasi.. Atau
 Pengaruh Rakan atau Nilai kawalan Kendiri yang longgar. 
 Fikirkanlah Sejenak.

Apapun.. cubalah anaknda selami Hikmah  yang terkandung ini:

1.Memberi latihan menulis  sebagai persediaan menghadapi peperiksaan

2. Dengan banyak membuat latihan,pengajaran yang diberi oleh guru akan lebih faham
    akan lebih lekat dalam otak maka jadilah orang  yang berilmu.

3.Melatih diri anda menjadi seorang pelajar atau anak yang berdisiplin pada
  jadual waktu yang anda susun sendiri

4. Anda menjalankan tanggungjawab sebagai  seorang pelajar yang berkualiti

5. Anda tergolong di dalam golongan insan yang pandai mensyukuri nikmat waktu malam.
    Terhindar melakukan perbuatan yang tidak berfaedah,
    Jangan lupa setiap detik yang anda lalui  di rumah pada waktu malam
     anda diberikan ganjaran pahala sebab pandai mensyukuri nikmat.
     setelah selesai , berwuduklah terlebih dahulu..

JIWA HIJRAH DAN SEMANGAT PERUBAHAN

Fikirkan ayuhai Insan

Apa yang berlaku pada zaman terdahulu, harus menjadikan kita futuristik terhadap perubahan.
Hijrah dalam erti kata merintis perubahan kepada tamadun menjadikan manusia lebih
beradab,menjadikan akhlak sebagai tunggak kekuatan,
kecemerlangan ilmu sebagai sumber kemajuan.

Teknologi selamanya  adalah alat bukannya matlamat kerana kemajuan teknologi adalah
bersifat dinamik.

Malaysia sebuah negara yang masih muda dalam arus kemerdekaan amat memerlukan
 arah yang jelas dalam konteks masyarakat berbilang kaum. Sejarah baru Malaysia
pada 16 september 1963  telah melakarkan kesimabungan sejarah lama.
Kita perlu fokus kepada pembangunan modal insan sebagai langkah yang terbaik.

Modal insan yang berwibawa, sifatnya integratif,memiliki keahlian,memiliki kepakaran
sifatnya menyumbang dan bakal menghasilkan peribadi yang unggul.
(towering personalities).

Peribadi unggul tidak sahaja teguh dengan asas-asas utama tetapi juga bersifat terbuka
terhadap faktor-faktor menyumbang dari tamadun dan budaya lain.
Tidak sahaja berlegar dalam kotak pengalaman sendiri (lokal) malah mampu meneroka
di luar kotak bersifat global.

Anda setuju? Nyatakan komentar anda?

Ciri-Ciri Kecemerlangan Total

1. Anda sentiasa taat suruhan Allah, ibu bapa dan amat menyantuni semua guru anda.
Imam Nawawi berpesan :Pengajaran guru akan lebih berkesan jika pelajar menyantuni guru
meskipun guru tersebut mengajarnya dengan sepatah perkataan.

2, Anda sentiasa guna sedikit masa untuk "berdialog" dengan Tuhan pada setiap hari.
Gunakan masa 5-10 minit untuk membaca al-Quran dan memahami tafsirannya.

3.Penampilan imej anda nampak ceria dan menarik.
Sentiasa kemas dan sivilian

4. Anda bercakap dengan sesiapa dengan nada yang lembut dan hormat
Anda tidak meninggikan suara apabila bercakap serta tidak bercakap perkara-perkara
 yang laghah dan tidak senonoh.

5.Anda adalah seorang bercita- cita tinggi dalam menempuh kehidupan di hari muka.
Dr Hamka pernah berkata :  Orang yang hidup tanpa cita-cita ibarat bangkai tidak bernyawa.


Petikan Buku " AMAR ;  Anda mampu melakukannya.. Telaga Biru 2007

Budaya Santai dan Tradisi Intelektualisme

Dewasa ini kita sering berdepan dengan cabaran generasi muda yang kurang cenderung
mengkaji warisan pemikiran dan ilmu wira-wira bangsa dan umatnya yang terdahulu.

Kecenderungan . lebih tertumpu kepada wira-wira popukarsemasa di dunia hiburan,'artis,
sukan,muzik sehingga tradisi intelektualisme makin dilupakan.

Budaya santai dalam pembacaan chatting,web log dan hiburan sudah menjadi tren
atau aliran yang begitu dominan.Dilema ini,menuntut daya renung yang tinggi dan mendalam.

Budaya santai boleh menjadi penghalang pertumbuhan ilmu dan ntelektualisme.
Budaya ilmu tidak akan lahir daripada budaya santai,ketandusan berfikir
dan kemuflisan daya intelek.

Daya inteletual umat seharusnya reflektif terhadap keunggulan tradisi ilmu zaman lalu
 dan bersifat proaktif terhadap perubahan hari ini.

Kelesuan berfikir di kalangan umat mesti diatasi melalui  memperkasa ilmu dan ketrampilan,
pembinaan peribadi bersifat holistik,pemikiran kreatif dan inovatif agar dapat melahirkan golongan
popular yang bukan sahaja menguasai massa tetapi memiliki keteguhan ilmu dan nilai.

Sentuhan : Prof Dr Sidek Baba Acuan Minda.