Tuesday 6 August 2013

Budaya Santai dan Tradisi Intelektualisme

Dewasa ini kita sering berdepan dengan cabaran generasi muda yang kurang cenderung
mengkaji warisan pemikiran dan ilmu wira-wira bangsa dan umatnya yang terdahulu.

Kecenderungan . lebih tertumpu kepada wira-wira popukarsemasa di dunia hiburan,'artis,
sukan,muzik sehingga tradisi intelektualisme makin dilupakan.

Budaya santai dalam pembacaan chatting,web log dan hiburan sudah menjadi tren
atau aliran yang begitu dominan.Dilema ini,menuntut daya renung yang tinggi dan mendalam.

Budaya santai boleh menjadi penghalang pertumbuhan ilmu dan ntelektualisme.
Budaya ilmu tidak akan lahir daripada budaya santai,ketandusan berfikir
dan kemuflisan daya intelek.

Daya inteletual umat seharusnya reflektif terhadap keunggulan tradisi ilmu zaman lalu
 dan bersifat proaktif terhadap perubahan hari ini.

Kelesuan berfikir di kalangan umat mesti diatasi melalui  memperkasa ilmu dan ketrampilan,
pembinaan peribadi bersifat holistik,pemikiran kreatif dan inovatif agar dapat melahirkan golongan
popular yang bukan sahaja menguasai massa tetapi memiliki keteguhan ilmu dan nilai.

Sentuhan : Prof Dr Sidek Baba Acuan Minda.

No comments:

Post a Comment