Tuesday 6 August 2013

JIWA HIJRAH DAN SEMANGAT PERUBAHAN

Fikirkan ayuhai Insan

Apa yang berlaku pada zaman terdahulu, harus menjadikan kita futuristik terhadap perubahan.
Hijrah dalam erti kata merintis perubahan kepada tamadun menjadikan manusia lebih
beradab,menjadikan akhlak sebagai tunggak kekuatan,
kecemerlangan ilmu sebagai sumber kemajuan.

Teknologi selamanya  adalah alat bukannya matlamat kerana kemajuan teknologi adalah
bersifat dinamik.

Malaysia sebuah negara yang masih muda dalam arus kemerdekaan amat memerlukan
 arah yang jelas dalam konteks masyarakat berbilang kaum. Sejarah baru Malaysia
pada 16 september 1963  telah melakarkan kesimabungan sejarah lama.
Kita perlu fokus kepada pembangunan modal insan sebagai langkah yang terbaik.

Modal insan yang berwibawa, sifatnya integratif,memiliki keahlian,memiliki kepakaran
sifatnya menyumbang dan bakal menghasilkan peribadi yang unggul.
(towering personalities).

Peribadi unggul tidak sahaja teguh dengan asas-asas utama tetapi juga bersifat terbuka
terhadap faktor-faktor menyumbang dari tamadun dan budaya lain.
Tidak sahaja berlegar dalam kotak pengalaman sendiri (lokal) malah mampu meneroka
di luar kotak bersifat global.

Anda setuju? Nyatakan komentar anda?

No comments:

Post a Comment