Tuesday 6 August 2013

HIKMAH KERJA RUMAH YANG DIBERI OLEH GURU

Anaknda pelajar. sedar atau tidak ..kita sering mengeluh diberikan kerja rumah
 yang banyak oleh guru. Bertimbun-timbun dari subjek sains,yang melibatkan ekperimen ,
  subjek mengira yang perlu mengingat pelbagai formula shinggalah subjek fakta seperti sejarah,
 bahasa pula..entah  bila masa pula nak rajin berbincang dengan kawan-kawan..

Tetapi sedarkah kita setiap kerja rumah yang dibekalkan oleh guru sebenarnya terkandung
1001 hikmah  yang tidak kita sedari. Kerja sekolahpun tak siap  inikan pula kerja rumah.
Cikgu pun bukannya pantaupun..cikgu asyik sibuk habiskan sukatan..ajar bukan main laju
Benar....inilah senario yang dihadapi anaknda pelajar  tetapi ini jugalah pengalaman yang
ditimba oleh para guru anda semasa bergelar Pelajar.

Cabaran utama anda ialah Gadjet ICT atau Globalisasi.. Atau
 Pengaruh Rakan atau Nilai kawalan Kendiri yang longgar. 
 Fikirkanlah Sejenak.

Apapun.. cubalah anaknda selami Hikmah  yang terkandung ini:

1.Memberi latihan menulis  sebagai persediaan menghadapi peperiksaan

2. Dengan banyak membuat latihan,pengajaran yang diberi oleh guru akan lebih faham
    akan lebih lekat dalam otak maka jadilah orang  yang berilmu.

3.Melatih diri anda menjadi seorang pelajar atau anak yang berdisiplin pada
  jadual waktu yang anda susun sendiri

4. Anda menjalankan tanggungjawab sebagai  seorang pelajar yang berkualiti

5. Anda tergolong di dalam golongan insan yang pandai mensyukuri nikmat waktu malam.
    Terhindar melakukan perbuatan yang tidak berfaedah,
    Jangan lupa setiap detik yang anda lalui  di rumah pada waktu malam
     anda diberikan ganjaran pahala sebab pandai mensyukuri nikmat.
     setelah selesai , berwuduklah terlebih dahulu..

1 comment:

  1. Ketahuilah anaknda.. Betulkan Niat kita Belajar bukan kerana TERPAKSA BELAJAR..mohonlah keampunan dan Buatlah sunat TAUBAT istighar..Mungkin hati kita terhijab dan tidak beroleh Petunjuk kerana banyak melakukan Maksiat..
    Jika ada terkasar bahasa dengan Ibu Bapa atau Guru cepat-cepatlah
    mohon ampun dan maaf.. Inilah MASANYA ANDA BERTINDAK

    Jazakallahu khairan katsira

    ReplyDelete