Monday 19 May 2014

LATIHAN OBJEKTIF BAB 6 PEMBENTUKAN MALAYSIA

142

  • Sarawak

Sabah
●  Negeri-Negeri Selat
●  Negeri-Negeri Melayu

Pada tahun 1887 cadangan untuk menggabungkan negeri-negeri di atas telah dikemukakan oleh
A Lord Brassey
B Dato’ Onn Ja’afar
C Tunku Abdul Rahman
D Sir Malcolm MacDonald

143 Mengapakah Lee Kuan Yew berminat untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu?
A Desakan pedagang dan pelabur asing
B Barisan Sosialis semakin berpengaruh
C Parti Tindakan Rakyat semakin lemah
D Ingin meluaskan pengaruhnya di Persekutuan Tanah Melayu

144 Lee Kuan Yew mencadangkan penggabungan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu sahaja. Mengapakah cadangan tersebut ditolak oleh Tunku Abdul Rahman?
A Mengancam keselamatan negara
B Memecahbelahkan pelbagai kaum
C Mewujudkan keseimbangan kaum
D Menjejaskan pertumbuhan ekonomi

145 Mengapakah Dato’ Onn Ja’afar mencadangkan Persekutuan Tanah Melayu
         dinamakan  Malaysia?
A Untuk menarik Sabah, Sarawak dan Brunei menyertai Malaysia
B British akan menggabungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura
C Desakan oleh UMNO dan pegawai British untuk pembentukan negara
D Permintaan penduduk dan pemimpin Singapura untuk menyertai Malaysia

146   Faktor-faktor pembentukan  - Politik -Ekonomi - Sosial

         Rajah di atas menunjukkan tiga faktor utama dalam pembentukan Malaysia.
             Antara berikut, yang manakah merupakan faktor politik?
I Keselamatan
II Kemerdekaan
III Kependudukan
IV Dasar dekolonisasi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

147 Apakah tindakan yang dibuat oleh Lee Kuan Yew supaya Singapura menyertai Malaysia?
A Memujuk pihak British
B Mengadakan pungutan suara
C Merayu kepada Tunku Abdul Rahman
D Memberi jaminan menghapuskan komunis

148 Apakah syarat tambahan yang dipohon oleh parti-parti politik Sabah dan Sarawak
          untuk menyertai Malaysia?
A Jaminan kuasa politik yang sama
B Kemerdekaan terlebih dahulu
C Sumber ekonomi dipelihara
D Kuasa autonomi


149 Apakah cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold dengan
       pembentukan Malaysia yang terdiri daripada Sabah dan Sarawak?
I Perlembagaan yang dibentuk berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu
II Pemberian kuasa menentukan dasar kewangan di Sabah dan Sarawak
III Pemberian kuasa menentukan dasar imigresen di Sabah dan Sarawak
IV Memberi jaminan hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

150
 -  Barisan Sosialis
●  Parti Islam Se-Tanah Melayu

Apakah pandangan pertubuhan di atas tentang pembentukan Malaysia?
A Malaysia dibentuk tanpa Singapura
B Menyokong pembentukan Malaysia sepenuhnya
C Dirunding dalam kalangan penduduk terlebih dahulu
D Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei diberi kemerdekaan dahulu

151   Penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah dan Brunei
                  tanpa Singapura.


Pandangan di atas telah dikemukakan oleh
A PAS
B MCA
C UMNO
D Parti Perikatan

152    
                 Barisan Sosialis di Singapura menentang idea pembentukan Malaysia.
Apakah alasannya?
A Ekonomi Singapura terjejas
B Satu bentuk penjajahan baru
C Kemerdekaan dicapai dahulu
D Penduduk Singapura tidak diberitahu

153 Antara berikut, parti politik yang sudah wujud di Sarawak sebelum pengumuman
         penubuhan Malaysia ialah
I Parti Negara Sarawak
II Parti Kebangsaan Sarawak
III Parti Pesaka Anak Sarawak
IV Parti Bersatu Rakyat Sarawak
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

154  
 ●  Stephen Kalong Ningkan
●  Temenggung Jugah Anak Barieng
●  Dato’ Bandar Abang Haji Mustapha

Apakah persamaan tokoh-tokoh di atas?
I Mengasaskan parti politik
II Menyokong pembentukan Malaysia
III Berjuang untuk mencapai kemerdekaan
IV Bekerjasama dalam Parti Perikatan Sarawak
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

3 comments: