Monday 19 May 2014

CONTOH SOALAN BAB 6 PEMBENTUKAN MALAYSIA

9 (a)      Terangkan cadangan-cadangan ke arah pembentukan Malaysia  1963    
                                        
F1        Cadangan oleh Lord Brassey , Pengarah Syarikat Borneo Utara
H1a     Mencadangkan agar kerajaan British mengabungkan Serawak dan Sabah dengan Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat
F2       Cadangan dari Sir Malcom Mc Donald Gabenor Jeneral Asia Tenggara
H2a     Mencadangkan supaya Serawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah   
           Melayu digabungkan
F3      Cadangan daripada pemimpin Singapura
H3a    Lee Yew Hock / David Marshall pada tahun 1955
H3b    Lee Kuan Yew mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman     
             mengabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
H3c       Idea ini ditolak oleh TAR kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk
F4         Cadangan Dato Onn bin Jaafar
H4a      Mencadangkan agar persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai Malaysia
H4b      Alasannya pada suatu masa nanti British akan menggabungka Sarawak ,Sabah dan   
             Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
F5        Cadangan oleh Tunku Abdul Rahman                                                                      
H5a      Menyetujui dan mencadangkan pembentukan Malaysia di Majlis makan tengah hari di
             Hotel Adelphi Singapura
H5b       Pembentukan Malaysia diharap dapat menjamin satu kedudukan politik yang kukuh /  
             disegani
H5c       Kerjasama ekonomi dan sosial dapat diwujudkan
H5d       Memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat tempatan

(b)     Jelaskan tanggungjawab anggota Suruhanjaya Cobbold   berhubung dengan pembentukan negara Malaysia. 
                                                                                  
F1         Terdiri daripada tiga orang pegawai British / Lord Cobbold, Sir Anthony Abell,
             David Watherstone
F2        Wakil tempatan terdiri daripada Dato’ Wong Pau Nee,Tan Sri Ghazali Shafie
F3        Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia.
F4        Membuat penilaian terhadap pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.
F5        Mengemukakan cadangan rakyat Sabah dan Sarawak kepada kerajaan British
F6        Menerima memorendem yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan
F7        Mengemukakan laporan memorendem kepada kerajaan British
F8        Melaporkan bahawa satu per tiga penduduk Sabah dan Sarawak menyokong
            gagasan Malaysia tanpa syarat
F9        Satu per tiga rakyat Sabah dan Serawak menyokong dengan syarat kepentingan
            mereka harus dilindungi
F10      Satu per tiga rakyat Sabah dan Serawak menginginkan kemerdekaan sebelum
            menyertai Malaysia
F11     Mencadangkan perlembagaan Malaysia berasaskan perlembagaan PersekutuanTM
F12       Sabah dan Sarawak diberikan kuasa menentukan dasar imegrisennya
F13       Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaaan
F14       Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputra Sabah dan Sarawak
F15       Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk
F16       Penentuan tarikah penubuhan Malaysia

(c)        Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah negara Malaysia berjaya
            dibentuk walaupun pada mulanya mendapat tentangan yang kuat dari dalam dan   
            luar negara ?                                                                                                          

F1           Usaha gigih yang dijalankan oleh kerajaan persekutuanTanah Melayu secara
             berterusan
F2         Usaha Perti Perikatan Tanah Melayu membentuk parti-parti yang menyokang
             pembentukan Malaysia
F3         Penduduk Sabah dan Sarawak lebih suka menyertai persekutuan Tanah Melayu
             daripada menanggotai Indonesia mahupun Filiphina
F4         Memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan tokoh politik di Tanah Melayu,Sabah dan
             Sarawak serta Singapura
F5         Berjaya menangkis tentangan daripada Indonesia dan Filiphina
F6         Berjaya menangkis tekanan daripada pihak komunis
F7         Wujudnya diplomasi politik yang tinggi antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
             dengan kerajaan British
F8         Melibatkan kerjasama serantau/ASA/ MAPHILINDO
F9         Melibatkan kerjasamaa antarabangsa/Pertubuhan Komanwel
F10       Kebijaksanaan pemimpin yang berjaya mengelakkan pertumpahan darah
F11       Hasil rundingan pakatan murni dan tolak antara kaum/penduduk
F12       Kerjasama yang diberikan oleh rakyat negara anggota untuk memastikan
             kedaulatan negeri terjamin
F13       Perjanjian Malaysia mengambil kira kepentingan semua negeri anggota

                               (  Mana-mana jawapan yang munasabah)
 

No comments:

Post a Comment