Thursday 11 October 2012

PANDUAN KBKK MESTI JAWAB

1. Bagaimanakah cara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia?
Menaiktaraf institusi pengajian tinggi
Mengadakan program berkembar dengan negara luar
Membawa masuk tenaga pengajar luar
Menawarkan kursus-kursus yang diiktiraf oleh seluruh dunia
Meningkatkan pengetahuan tenaga pengajar
(mana-mana jawapan munasabah)

2. Apakah langkah yang wajar diambil oleh orang Melayu bagi 
    menghadapi dasar ekonomi British yang meminggirkan rakyat pribumi?
Pemimpin memberi kesedaran kepada orang Melayu
Orang Melayu diberi pendedahan, pengetahuan tentang kegiatan ekonomi
Memberi galakan kepada orang Melayu untuk menceburkan diri dalam ekonomi
Meningkatkan ilmu pengetahuan orang Melayu
Kegiatan ekonomi lebih tertumpu di kawasan bandar, jd galakan masyarakat peribumi wujudkan petempatan di bandar secara proaktif
(mana-mana jawapan munasabah)

3. Bagaimanakah anda menunjukkan semangat cinta akan negara?
Mengibarkan bendera Malaysia di kenderaan, rumah, kelas
Mengharumkan nama Malaysia
Menglibatkan diri dalam perarakan hari kemerdekaan
Mengadakan kempen kesedaran
Mempromosikan keindahan Malaysia
(mana-mana jawapan munasabah)

4. Pada pendapat anda, mengapakah rakyat patut melibatkan 
    diri dalam sambutan hari kemerdekaan  negara?
Menghargai dan mengenang jasa tokoh kemerdekaan
Menunjukkan rasa syukur kerana negara dapat kebebasan daripada penjajah
Membuktikan negara luar yang Malaysia mampu berdikari
Membuktikan bangsa Malaysia hidup dalam keharmonian
Mana-mana jawapan munasabah)

5. Mengapakah  setiap warga negara Malaysia mesti mempunyai semangat patriotik?
Meningkatkan kesungguhan untuk memajukan negara
Menwujudkan masyarakat bersatupadu
Mengingati dan menyanjung dan membantu pejuang tanah air
Melahirkan rakyat yang mempunyai nilai moral
Bangga menjadi rakyat Malaysia
mana-mana jawapan munasabah)

6.  Jika anda menjadi pegawai perancangan bandar pada masa hadapaan, 
    apakah bentuk bandar yang anda impikan?
Bandar berbentuk moden
Bandar yang bersih
Sistem perhubungan moden, pantas
Sistem perumahan eletronik
Selamat dan aman
Seni bina yang unik
mana-mana jawapan munasabah

7.  Bagaimanakah anda memanfaatkan karya Sun Tzu, The Art of War 
     untuk menguatkan kecemerlangan diri?
Strategi menangani musuh
Taktik dalam urusan perniagaan
Menjadi seorang yg tabah dan tegas
Membentuk disiplin diri
Memupuk semangat juang
Memupuk daya saing
mana-mana jawapan munasabah

8.  Pada pendapat anda, apakah kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara?
Menjaga keamanan negara
Mengekalkan kemerdekaan negara
Menegakkan keadilan
Mewujudkan perpaduan
Mengukuhkan kedudukan raja
Membendung tindakan liar
Menjamin kemakmuran negara
mana-mana jawapan munasabah

9.  Mengapakah tindakan perluasan kuasa tidak dibenarkan pada masa kini?
Menghormati kedaulatan negara lain
Melanggar hak asasi manusia
Mematuhi piagam PBB
Mengelakkan kematian
Mengelakkan kemusnahan alam
Mengelakkan keamanan sejagat
mana-mana jawapan munasabah

10.   Apakah tanggungjawab anda untuk menjadi anggota masyarakat yang maju dan bersaintifik?
Menguasai ilmu pengetahuan
Mengamalkan amalan kreatif
Mempunyai sifat inovatif
Menggunakan teknologi terkini
mana-mana jawapan munasabah

11.   Apakah ciri-ciri masyarakat yang menyumbang kepada kegemilangan sesebuah tamadun?
Mempunyai kreativiti
Berfikiran terbuka
Mementingkan pendidikan
Bersifat daya saing
Bersemangat patriotik
Hidup bersatupadu
mana-mana jawapan munasabah

12.  Nyatakan konsep hijrah yang telah anda amalkan dalam kehidupan 
      seharian untuk kecemerlangan diri.
Malas kepada rajin
Nakal kepada baik
Berfikiran negatif kepada positif
mana-mana jawapan munasabah

13.  Apakah kepentingan undang-undang adat kepada masyarakat Melayu?
Menjamin keharmonian hidup
Menjadi panduan mentadbir
Perjalanan masyarakat tersusun
Menentukan hukuman kesalahan
Menjadi panduan pentadbiran
mana-mana jawapan munasabah

14.  Mengapakah unsur kesenian di Malaysia patut diwarisi oleh generasi hari ini?
Lambang jati diri bangsa
Bukti ketinggian tamadun
Sumber pekerjaan
Warisan bangsa
Mengelakkan kepupusan
mana-mana jawapan munasabah

15.  Mengapakah pendidikan tidak format patut diberi penekanan?
Menyerapkan nilai moral
Merapatkan hubungan kekeluargaan
Mewarisi tradisi keluarga
Menjadi tanggungjawab ibubapa mendidik anak
Mewujudkan pendidikan sepanjang hayat
mana-mana jawapan munasabah

16.  Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada masyarakat Zaman Renaissance di Eropah?
Perubahan dalam pemikiran
Penzahiran emosi atau perasaan dalam muzik
Melahirkan keyakinan diri
Menggunakan keupayaan minda
Sifat inkuiri
Berani meneroka bidang baharu
Bersikap kreatif
bersikap inovatif
mana-mana jawapan munasabah

17. Sebagai pemimpin masa depan, apakah cara anda untuk 
      menghalang berlaku imperialisme moden?
Memajukan pendidikan
Membangunkan teknologi
Menjadi negara maju
Melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran
Menyemai sikap patriotik kepada rakyat
mana-mana jawapan munasabah

18.  Apakah yang menjadi asas perjuangan golongan nasionalis di Asia Tenggara?
Semangat kental
Pengorbanan tinggi
Perpaduan rakyat
Kebijaksanaan pemimpin
Sifat kepimpinan berwibawa
Berilmu pengetahuan
Penggunaan pelbagai strategi
mana-mana jawapan munasabah

19.  Pada pendapat anda, apakah pencapaian negara kita 
      sehingga rakyatnya berbangga sebagai bangsa Malaysia?
Politik stabil
Rakyat bersatu
Kebebasan bersuara
Negara aman
Ekonomi maju
Mampu menghantar angkasawan
Pencapaian sukan bertaraf dunia
Mempunyai kereta nasional
mana-mana jawapan munasabah

20.  Apakah iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union?
Perlu bertegas dalam menyatakan bantahan
Perlu adanya perpaduan
Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat
Berhati-hati dengan tindakan orang asing
Pentingnya pemimpin berwibawa
mana-mana jawapan munasabah
21.  Apakah bukti wujudnya tolak ansur dalam penggubalan perlembagaan merdeka?
§ Menerima memorandum raja, pertubuhan politik, dan orang perseorangan
§ Rundingan antara kaum
§ Pakatan murni
§ Mengambil kira isu sebagai panduan
§ Memelihara kepentingan semua kaum

22.  Apakah keistimewaan cara kemerdekaan negara kita dicapai?
pemimpin berwibawa
Tanpa pertumpahan darah
Sikap bekerjasama antara kaum
Mengutamakan perundingan
Musyawarah
Melalui pakatan murni
Melalui pilihanraya
Mengamalkan tolakansur
Melalui perjanjian
mana-mana jawapan munasabah

23. Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang diperoleh 
      dari  penubuhan Malaysia kepada rakyat hari ini?
Keluasan negara bertambah
Bilangan penduduk bertambah
Pertahanan negara lebih kukuh
Komunis dapat dibanteras
Penjajahan asing ditamatkan
Merapatkan hubungan antara kaum
Memperkayakan budaya negara
Meluasakan pasaran
mana-mana jawapan munasabah

24.  Mengapakah jata negara penting kepada negara? /
      Mengapakah negara mempunyai bendera kebangsaan?
Lambang rasmi negara
Identiti sesebuah negara
Kebanggaan warga negara
Lambang perpaduan
Lambang kedaulatan negara
Pemangkin semangat patriotik rakyat
mana-mana jawapan munasabah

25. Bagaimanakah kita harus mengamalkan prinsip
      Rukun Negara dalam kehidupan seharian?
Mengamalkan agama dan kepercayaan
Setia kepada raja dan negara
Tidak menderhaka kepada raja dan negara
Mematuhi, menyanjung dan mempertahankan perlembagaan
Menghormati undang-undang
Bersopan dan Bertatasusila
Mengamalkan nilai-nilai murni
Saling menyayangi
mana-mana jawapan munasabah

26.  Bagaimanakah pembangunan sosial mampu mencapai matlamat perpaduan?
Bahasa yang sama
Sukatan pelajaran yang sama
identiti kebangsaan
perasaan kekitaan
sikap tolak ansur
budaya yang sama
Mempertingkatkan kualiti kehidupan
Memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
semangat patriotik
Aktiviti sukan
mana-mana jawapan munasabah

27. Apakah tanggungjawab pelajar dalam merealisasikan Wawasan 2020?
Menyahut sembilan cabaran
Terlibat dalam pengisian wawasan
Meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin negara
Mengekalkan kemajuan negara
Meningkatkan ilmu pengetahuan sains dan teknologi
Menguasai kemahiran IT
Berinovasi dan kreatif
Berdisiplin baik
mana-mana jawapan munasabah

28.  Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan Malaysia 
       membangunkan sektor pendidikan?
mencapai perpaduan
menghasilkan sumber tenaga manusia
melahirkan tenaga kerja mahir
mengatasi buta huruf
mendisiplinkan pelajar
menjadikan Malaysia negara maju
mana-mana jawapan munasabah

29.  Pada pandangan anda, apakah kepentingan sesebuah negara
       menggubal dasar luar?
menjamin keselamatan/keamanan
Mengekalkan kedaulatan negara
Menggalakkan pembangunan ekonomi
Mengekalkan keamanan sejagat
Mengukuhkan pertahanan
Membina rangkaian perdagangan
Menggalakkan pelaburan asing
Menghapuskan ancaman komunis
mana-mana jawapan munasabah

30.  Berikan cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan peranan OIC
kepemimpinan yang berwibawa
mengukuhkan sumber kewangan
bertindak dalam satu suara/satu pasukan
tegas menghadapi masalah
kerjsasama antara pemimpin
mana-mana jawapan munasabah

1 comment:

  1. salam cikgu,boleh sya dptkan skema jwpn untuk kertas 3 lain tu??klau boleh,ini emel sya doradilla_82@yahoo.com..terima kasih...

    ReplyDelete