Thursday 1 November 2012

CABARAN SEBAGAI NEGARA MAJU


 Cabaran Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju



Bangsa ini mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaanhak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.

Masyarakat Malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat mengejar kecemerlangan,benar-benar menyedari segala kemungkinan dirinya tidak terkongkong jiwanya dan dihormati pula oleh semua bangsa lain.

membentuk dan memperkembang sebuah masyarakat demokratis yang matang,
yang mengamalkan suatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul berasaskan muafakat dan musyawarah dan dapat pula dicontohi oleh negara-negara membangun lainnya.
membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya
dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh
dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif berdaya cipta
dan berpandangan jauh ke hari muka,
yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini

tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.
membentuk sebuah masyarakat berbudi yang berbudaya penyayang,
 sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri,
dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan kepada negara mahupun individu tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.
menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya
. Masyarakat itu akan menjamin pengagihan kekayaan negara secara adil lagi saksama dengan kemajuan ekonominya dinikmati bersama oleh setiap rakyat.
 Masyarakat yang demikian tidak akan terbentuk selagi terdapat penentuan fungsi ekonomi yang berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi kepada kelompok-kelompok kaum yang tertentu.
 membentuk sebuah masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas, dan mempunyai daya ketahanan.

No comments:

Post a Comment