Wednesday 19 December 2012

PERSIAPAN PERSEKOLAHAN 2013

Salam  buat  semua.
 Afuan  kerana  sudah  lama menyepi  . Bukan  menyepi sendiri  tetapi sibuk  dengan  tugasan  rasmi.
Anaknda  yang  bakal menduduki  peperiksaan SPM  2013   (tingkatan  5) diharap dapat persiapkan  diri dan  minda anda .Buat  perancangan  kerja  awal  dalam  jurnal kehidupan  anda.

Rutin  persekolahan pertama :
1. AZAM 2013   perlu  disediakan
2.Post Mortem 2012  keputusan, emosi, sikap   diri  kita sebagai  refleksi dan muhasabah diri
3.Anjakan Paradigma   atau Transformasi   diri. Sematkan  dalam minda sentiasa  positif, rasa diri  positif dan tindakan  positif.
-Rujuk  rancangan  atau  sukatan tingkatan
-Buat  nota  ringkas atau  panduan
-Rujuk soalan   SPM 2012  dan  tahun2  lepas

4. Anda  mesti sudah membeli  buku soalan2tahun lepas  dan  buat  latihan  ulangkaji   bagi tema yang sukar  dikuasai
5. Panduan untuk Tema  boleh  dilihat  dalam  sukatan atau  rancangan
6.Buat  jadual  belajar ulangkaji  lebih  awal mengikut tempoh  penggal  seperti  Januari- Mac, April hingga Jun, JUlai-Ogos, Sept-Oktober

***Hati  mesti   disematkan  dan  pupuk jiwa anda  untuk sentiasa  berkata  dalam  diri dan minda
Redha Allah yang  aku  cari...Redha Allah yang  aku tuju....Aku belajar kerana Mu  ya Allah..
Berikan  aku kekuatan  jiwa  ,berikan  aku hidayahMU   agar dipermudahkan  dalam segala urusan  kehidupan

No comments:

Post a Comment