Saturday 4 May 2013

Soalan Esei Bab 5 Tingkatan 5


Soalan esei
1. Sistem Ahli merupakan cetusan idea Dato’ Onn Ja’afar hasil perbincangannya  dengan Sir Henry Gurney di Kuala Lumpur pada tahun 1950.

a) Huraikan  4 ciri-ciri Sistem Ahli.(8 markah)
  Sistem Ahli mempunyai beberapa ciri antaranya satu sistem cabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk. Anggota Sistem Ahli dikenal sebagai Ahli. Contohnya Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri. Pelantikan Ahli juga dibuat oleh Pesurhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu. Ahlinya terdiri daripada Sembilan orang anggota iaitu lima orang penduduk Tanah Melayu yang tiganya terdiri daripada melayu ,cina dan india  dan empat orang Pegawai British. Ahli-ahli diletakkan dibawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.

b) Apakah tanggungjawab setiap  anggota dalam sistem Ahli.(6 markah)
  Tanggungjawab setiap anggota dalam Sistem Ahli adalah menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut berdasarkan dasar-dasar yang sedia ada. Mereka juga bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan jabatannya untuk dibentangkan dalam MPP. Mereka turut berbincang dengan pegawai-pegawai Kanan British untuk mendapatkan persetujuan bersama.

c) Terangkan kepentingan Sistem Ahli kepada sejarah perkembangan politik Negara.(6 markah)
  Kepentingan Sistem Ahli kepada sejarah perkembangan politik Negara ialah Sistem Ahli menjadi tapak asas yang penting untuk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri. Sistem Ahli juga memulakan proses perpaduan di Persekutuan Tanah Melayu. Perkara ini merupakan asas penting untuk menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai mendapat sokongan seluruh penduduk Tanah Melayu.

2. Pakatan Murni merupakan usaha yang dicapai oleh semua kaum di Tanah Melayu untuk menghasilkan kerjasama politik melalui rundingan.

a) Apakah usaha yang diambil untuk merealisasikan pakatan murnii dalam kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.(10 markah)
    Usaha yang diambil untuk merealisasikan pakatan murni dalam kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu ialah penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee(CLC) pada bulan Januari 1949 di Pulau Pinang. Seterusnya,pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu seperti yang dicadangkan oleh Dato’ Onn Ja’afar pada tahun 1951. Selain itu, penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya atau Independence Malay Party(IMP). Langkah seterusnya, penubuhan Persidangan Kebangsaan pada bulan Februari 1953 oleh Sir Malcom MacDonald(Gabenor Jeneral  Asia Tenggara) di King’s House , Kuala Lumpur. Parti perikatan juga mengadakan Konvokesyen Kebangsaan bersama MCA.

b) Terangkan tiga hasil daripada perundingan antara UMNO dengan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum(CLC) dalam melaksanakan pakatan murni.(6 markah)

    Hasil daripada perundingan antara UMNO dengan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum(CLC) dalam melaksanakan pakatan murni adalah Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority(RIDA) pada bulan Oktober 1950.Tujuan  penubuhannya adalah untuk memajukan ekonomii dan pendidikan masyarakat luar Bandar terutama kaum Melayu. Pengerusi pertamanya ialah Dato’ Onn Ja’afar. Seterusnya , Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu . Bagaimanapun ibu atu bapanya tellah menjadi rakyat Tanah Melayu. Akhirnya , pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP).

c) Jelaskan empat manifesto Parti Perikatan dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan yang diadakan pada 27 Julai 1955.(4 markah)
    Manifesto Parti Perikatan dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan yang diadakan pada 27 Julai 1955 adalah untuk mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun, mewajibkan pendidkan ,menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan , menjaga hak asasi manusia dan melindungi hak Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan.

3. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi simbol persetujuan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.

a) Apakah yang anda faham dengan Suruhanjaya Reid?(4 markah)
      Suruhanjaya Reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.Suruhanjaya ini telah dibentuk pada bulan Mac 1956 .

b) Jelaskan lapan isu  yang menjadi perhatian Suruhanjaya Reid dalam merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.(8 markah)

      Isu yang menjadi perhatian Suruhanjaya Reid dalam merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ialah pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri. Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan Negara. Tiga jenis kerakyatan diwujudkan . iaitu secara Kuat Kuasa Undang-undang, Pemohonan dan Naturalisasi. Prinsip jus soli diterima.  Kedudkan istimewa orang Melayu dikekalkan. Agama islam sebagai agama rassmi Persekutuan. Tanah Simpanan Melayu dikekalkan. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua Negara.Pentadbiran Negara bersifat demokrasi berparlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen.  Akhir sekali, pada peringkat Negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO.

c) Parti Perikatan telah mencapai kemenangan yang cemerlang dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan yang diadakan pada 27 Julai 1955. Jelaskan penyataan tersebut berdasarkan pengetahuan sejarah anda.(8 markah)

    Berdasarkan pengetahuan sejarah , Parti Perikatan telah mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan yang diadakan pada 27 julai 1955 dalah disebabkan  manifesto pilihan raya diterima oleh semua kaum. Seterusnya , sikap bertolah ansur parti-parti komponen yang bertanding dalam pembahagian kerusi pilihan raya.Selain itu, kebijaksanaan pemimpin melaksanakan perundingan dengan British. Kesanggupan kaum lain untuk berkongsi kuasa politik. Factor lain adalah kesepakatan penduduk Tanah Melayu untuk menolak Parti Komunis Malaya. Akhirnya, semangat untuk mencapai kemerdekaan yang berkobar-kobar.
   
 


8 comments:

  1. Ini adalah contoh jawapan pelajar .antara yang terbaik.Teruskan usaha anaknda

    ReplyDelete
  2. Nasib baik cikgu ada. Kalau x, susahlah nk buat isi tanpa kertas rujukan dier(dh terhilangkan) :( Jadi terima kasih, Cikgu.. :)

    ReplyDelete
  3. Jwapan ini amat membantu. Terima kasih. :)

    ReplyDelete
  4. mintak copy yer . terima kasihhh . sangat membantu :)

    ReplyDelete
  5. Sangat membantu saat,banyak kerja tq ok

    ReplyDelete
  6. Tq cg...sgt membantu saya dlm menyiapkan tugasan ini....tq sesangat

    ReplyDelete