Friday 3 May 2013

Cadangan Jawapan Tugasan Kertas 3 Tingkatan 5 Bab 2


Tugasan Kertas 3 Bab 2
Tajuk  10.1  Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme  di Asia Tenggara
Soalan :

Bincangkan tentang gerakan nasionalisme di Indonesia  dan menghubungkaitkannya dengan kemajuan negara kita

Pengenalan
Aspek :  Memahami latar belakang sistem  politik di Indonesia  (5 markah)
Isi dan huraian
Memahami : Perubahan sistem politik dan faktor-faktorkemunculan nasionalisme  di Indonesia

Sebelum kedatangan Belanda,Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan Mataram  dan Kerajaan Bantam di Jawa. Kerajaan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar. Pada peringkat pemerintahan tempatan, pentadbiran diketuai oleh pembesar daerah ataau bupati (di Jawa). Setelah menguasai Indonesia,Belanda membahagikan pentadabiran kepada dua, iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan.

2.Perubahan sistem politik dan  faktor-faktor kemunculan nasionalisme  di Indonesia
(a) Jelaskan  perubahan  sistem politik semasa  pemerintahan kuasa Belanda 
     di Indonesia (10 markah)

Semasa pemerintahan kuasa Belanda di Indonesia,Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu, pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan. Pentadbiran pusat diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral.Manakala pentadbiran tempatan pula dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda.Belanda juga telah menubuhkan Jabatan Kerajaan antaranya Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian.Selain itu, penubuhan Dewan Tempatan adalah sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan.Akhirnya,Belanda telah menubuhkan  Volksraad yang merupakan Majlis Rakyat yang dianggap sebagai satu langkah kearah kemerdekaan .Penubuhannya hasil desakan Sarekat Islam.



(b) Huraikan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Indonesia ( 20 markah)

Menganalisis : Perkembangan  nasionalisme di Indonesia

Terdapat  beberapa faktor kemunculan nasionalisme di Indonesia.Antaranya ialah  pengaruh agama.Di Indonesia,kemunculan Gerakan Islah mampu menyatu padukan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan serta agama Kristian.Gerakan Islah ini telah memperjuangkan Pan-Islamisme, iaitu penyatuan dunia Islam  menentang penjajah Barat.Seterusnya,karya kesusasteraan yang terdapat di Indonesia  seperti cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya Chairil Anuar begitu berpengaruh.

Dari segi system pendidikan pula,Indonesia telah memberikan pendidikan kepada anak golongan priyayi secara tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan.Sikap pilih kasih yang diamalkan oleh kerajaan Belanda adalah untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan.Seterusnya,kemunculan golongan intelektual  yang merupakan pencetus kepada gerakan nasionalisme.Golongan ini yang berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan di Asia Barat telah didedahkan dengan falsafah Barat dan Islam.Pengalaman ini telah menyedarkan mereka betapa pihak penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mereka mentadbir negara mereka sendiri.Golongan inilah kemudiannya yang memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air

.Di samping itu, pengaruh media massa seperti akhbar dan majalah telah menyemarakkan semangat nasionalisme di Indonesia.Akhbar dan majalah berupaya menyebarkan idea-idea nasionalis dan menanam perasaan antipenjajah kepada rakyat jelata.Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan memainkan peranan dalam kemunculan  gerakan nasionalisme di Indonesia.Ini memudahkan rakyat dan pemimpin bertemu dan membincangkan idea-idea nasionalisme .Pengaruh luar turut mencetuskan semangat nasionalisme di Indonesia.Kejayaan Jepun menewaskan China pada tahun 1895 dan Rusia pada tahun 1905 telah membuka mata para nasionalis di Indonesia kerana keupayaan sebuah Negara kecil mengalahkan Negara besar.Faktor yang terakhir yang mampu mambangkitkan semangat nasionalisme ialah dasar penjajah Barat yang telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di  kalangan rakyat di Indonesia.Misalnya, Sistem Tanaman Paksa yang diperkenalkan di Indonesia jelas menindas penduduk peribumi.



3. Perkembangan nasionalisme di Indonesia
Jelaskan perkembangan nasionalisme di Indonesia  (15markah)

Mengaplikasi : Langkah-langkah mengekalkan kemerdekaan Negara

Perkembangan nasionalisme di Indonesia pada tahap pertama bermula apabila para nasionalis memberikan sepenuh perhatian terhadap isu-isu pendidikan.Bagi mereka hanya pendidikan sahaja yang akan dapat mengubah nasib rakyat di Indonesia. Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita.Karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan oleh penjajah Belanda.Perjuangannya telah memberikan inspirasi kepada pejuang-pejuang selepasnya untuk menubuhkan kerajaan lebih tersusun.Muhammadiyah merupakan pertubuhan yang terpenting pada tahap ini.Matlamat pertubuhan ini adalah untuk menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari ancaman sekularisme Barat serta agama Kristian.Pertubuhan ini banyak membina sekolah, klinik dan masjid.

Tahap kedua gerakan nasionalisme di Indonesia memperlihatkan perjuangan parti-parti politik radikal seperti Sarekat Islam (SI) , Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Parti Nasionalis Indonesia (PNI). Pada tahap ini, parti-parti politik begitu lantang menuntut kemerdekaan Indonesia sekalipun dengan cara kekerasan.PNI di bawah pimpinan Soekarno begitu popular kerana perjuangannya dapat mempengaruhi rakyat Indonesia.Belanda yang semakin terdesak telah bertindak balas menangkap pemimpin yang radikal termsuklah Soekarno  dan mengharamkan PNI.


4. Langkah-langkah mengekalkan kemerdekaan negara 
Kemukakan  cadangan untuk mengekalkan kemerdekaan negara  (15 markah)

Terdapat beberapa langkah yang boleh dipraktikan untuk mengekalkan kemerdekaan Negara.Antara langkah-langkah tersebut ialah dengan remaja menyertai angkatan tentera.Tentera amat diperlukan pada setiap masa kerana peperangan boleh meletus secara tiba-tiba.Dengan kekuatan tentera yang hebat, kedaulatan negara dapat dipertahankan.Remaja perlulah sedia berkorban untuk bangsa dan negara.
Selain itu,  perpaduan antara rakyat berbilang kaum merupakan pra syarat utama dalam mewujudkan sebuah negara yang benar-benar aman. Sebelum semangat perpaduan ini dapat disemai ke dalam jiwa semua rakyat, mereka haruslah memahami dam menghayati erti perpaduan. Rakyat yang bersemangat perpaduan bukanlah sekadar tahu mengeja dan menyebut perkataan perpaduan sahaja, malah mereka perlu menghalusi maksud tersirat perpaduan dan sedar akan peranan dan kepentingannya dalam kehidupan bermasyarakat. Hal ini demikian kerana kita perlu sedar bahawa negara yang telah merdeka tidak semestinya bermakna semangat perpaduan telah tertanam dalam jiwa kita. Ia telah terbukti apabila berlakunya Tragedi 13 Mei pada tahun 1969 yang melibatkan perselisihan faham antara kaum-kaum di Malaysia. Kejadian yang tidak disangka-sangka ini telah menyampaikan satu mesej yang negatif kepada kita. Ia mencerminkan masyarakat yang masih tidak menghargai keharmonian yang dinikmati selepas negara kita merdeka. Bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang kembali, usaha-usaha untuk memupuk semangat perpaduan perlu dilipatgandakan lagi. Antara langkah yang telah diambil ialah dengan mengintegrasikan murid-murid berbilang kaum dalam sebuah sekolah. Dengan cara ini, murid-murid dapat menyesuaikan diri untuk bergaul dengan rakan-rakan mereka yang berlainan kaum. Langkah yang diambil ini mampu meningkatkan keberkesanannya untuk memupuk semangat perpaduan yang tinggi dalam diri murid-murid berkenaan. Penyemaian semangat perpaduan yang dilakukan dari awal ini juga membolihkan murid-murid belajar untuk menghormati budaya dan agama kaum lain. Langkah awal ini diambil kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, ternyata semangat perpaduan merupakan kunci keamanan dalam sesebuah negara.

Seterusnya, Disiplin perlulah dijadikan amalan oleh para remaja. Disiplin dapat melahirkan remaja yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Remaja perlulah menyematkan disiplin dalam diri dengan cara menjadi lebih bertanggungjawab dan menepati masa sekaligus dapat menjadi warganegara yang berguna.Disiplin di kalangan remaja juga dapat dipupuk dengan menyertai institusi-institusi pengajian yang berasaskan ketenteraan seperti Maktab Tentera Diraja,Kolej Tentera Darat,Kolej Tentera Udara dan Akademi Tentera Malaysia yang dapat membentuk sifat keperibadian yang unggul.

Di samping itu, dari aspek pendidikan pula, kerajaan telah melakukan usaha untuk mengekalkan kemerdekaan dengan memberi penekanan kepentingan kemerdekaan serta pendedahan kepada perjuangan pejuang kemerdekaan dalam memperjuangkan kebebasan Negara.Anak-anak muda perlu diajar menyelami kesukaran pejuang dahulu dan betapa peritnya kehidupan dibelenggu penjajah.
 Antara langkah yang diambil oleh kerajaan dalam hal ini adalah dengan penaiktarafan mata pelajaran Sejarah oleh Kementerian Pelajaran. Kerajaan juga mengumumkan bahawa mata pelajaran Sejarah bakal menjadi mata pelajaran wajib lulus bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 dan dilaksanakan sebagai mata pelajaran teras mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahun berikutnya (Berita Harian, 2010).
Akhir sekali, Remaja juga perlulah bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni.Sejarah telah membuktikan bahawa bersatu padu amat penting dalam mengekalkan keamanan negara. Apabila semangat bersatu padu tiada,bukan sahaja negara bahkan tamadun yang hebat juga akan musnah seperti yang terjadi kepada tamadun Islam Uthmaniah di Turki dan Dinasti Ming di China pada suatu masa dahulu.Jadi semangat kekitaan perlulah dipupuk sejak dari awal demi menjamin kemerdekaan negara.



5. Kejayaan Malaysia kesan daripada kemerdekaan negara

Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh Malaysia
 kesan daripada kemerdekaan negara   (15 markah)
Menilai  : Kejayaan Malaysia  kesan daripada kemerdekaan Negara

Setelah pengisytiharan kemerdekaan negara,Malaysia telah mencapai beberapa kejayaan dari pelbagai segi.Antara kejayaan yang diperoleh kesan daripada kemerdekaan Negara ialah bidang perusahaan automobil merupakan mercu kecemerlangan dalam mencapai kejayaan Malaysia.

Di Malaysia, terdapat dua buah syarikat yang menghasilkan kereta nasional iaitu Syarikat Holdings Bhd (PROTON) dan Syarikat Perusahaan Outomobil Kedua Sdn.Bhd (PERODUA). Syarikat PROTON berjaya mengeluarkan kereta Proton Saga pertama di Malaysia pada 9 Julai 1985. Kejayaan ini telah menandakan bahawa negara Malaysia berupaya mengeluarkan kereta sendiri setanding kereta asing. Melalaui syarikat PERODUA pula, kereta yang dihasilkan termasuklah Kancil, Kenari, Kelisa, Myvi , Viva dan lain-lain. Teknologi industri berat yang diusahakan oleh rakyat Malaysia membolehkan kereta nasional dieksport ke luar negara seperti Australia, Singapura, United Kingdom dan sebagainya. Hasil eksport kereta nasional menyumbang besar dalam pendapatan negara. Contohnya, pada tahun 2006, Malaysia telah mengeksport 20,675 unit kereta penumpang ke luar negara yang telah menambahkan hasil Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) dengan jumlah RM 554.9 juta.

Selain itu, pembinaan bangunan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar PETRONAS merupakan bangunan mercu tanda kemajuan negara di Malaysia. Kedua-dua bangunan tersebut terletak di Kuala Lumpur. Menara Kuala Lumpur dibina pada tahun 1995. Menara ini mempunyai bentuk yang tirus dan ketinggiannya ialah 421 meter. Reka bentuk menara ini banyak dipengaruhi oleh seni bina Islam dan berfungsi sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi. Bagi bangunan Menara Berkembar PETRONAS, bangunan ini merupakan menara kembar tertinggi di dunia yang mempunyai ketinggian 452 meter. Menara Berkembar PETRONAS direka oleh arkitek Cesar Pelli dan disiapkan pada Mac tahun 1996. Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Jika berlaku bencana alam seperti gempa bumi, menara ini akan condong mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Ciri-ciri  istimewa menara ini telah menjadi destinasi pelancongan dan menarik banyak pelancong asing melancong ke negara Malaysia sepanjang tahun
Seterusnya, Malaysia juga melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas apabilakita berjaya melancarkan dua satelit Malaysia Asia Timur iaitu MEASAT Idan MEASAT II pada bulan September 2000. Malaysia juga melancarkan mikrosatelit yang pertama ,iaitu TIUNG SAT ke angkasa lepas. Pelancaran satelit ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara ASEAN yang mempunyai satelit angkasanya sendiri. Kejayaan pelancaran ini merupakn permulaan kepada teknologi penerokaan angkasa lepas pada 10 Oktober 2007. Sememangnya, program penghantaran angkasawan negara yang pertama telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Program ini telah menjadi pemangkin kepada seluruh rakyat Malaysia untuk belajar mata pelajaran sains dan teknologi. Oleh itu, Dr Sheikh Musazaphar Shukor Sheikh Mustapha berperanan sebagai “Duta Angkasa Malaysia” untuk menyebarkan ilmu sains angkasa ke sekolah-sekolah di seluruh Negara Melalui program tersebut, pelajar sekolah dapat menimba ilmu sains tentang angkasawan dan memupuk minat mereka untuk menceburi dalam bidang angkasawan.
Di samping itu,kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga menempa nama Malaysia di seantero dunia. Di Malaysia, terdapat system pengangkutan yang terkenal seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA), Sistem Transit Ringan(LRT), KTM, PUTRA, monorail, Lebuh
Raya Utara-Selatan dan Terowong SMART. KLIA ialah lapangan terbesar dinegara Malaysia dan merupakan salah satu penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara. KLIA telah terpilih sebagai lapangan terbang yang pertama sekali di dunia untuk dianugerahkan Sijil Airport Service Quality(ASQ) yang diberi daripada Airport Council International(ACL). Selain itu, sistem pengangkutan seperti Sistem Transit Ringan(LRT), KTM, monorail dan PUTRA menjimatkan masa,wang dan tenaga kepada pengguna dan pelancong asing menuju ke destinasi mereka. Perkembanga  teknologi yang semakin canggih membolehkan Terowong SMART dibina di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Terowang SMART merupakan lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan mempunyai struktur jalan dan perparitan yang sepanjang 9.7 kilometer.

Pembinaan terowong ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur.
Akhir sekali,pemain-pemain sukan di Malaysia juga mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Pemain sukan wanita yang terkenal di Malaysia ialah Nicol Ann David. Nicol ialah pemain skuasy Malaysia yang pernah menjadi pemain skuasy wanita nombor satu di dunia. Beliau juga merupakan orang Asia pertama yang menjuarai kejohanan Remaja Dunia sebanyak dua kali. Pada Jun 2008, kerajaan Malaysia telah menganugerahkan Darjah Bakti(DB) kepada Nicol Ann David untuk menghargai pencapaiannya dalam bidang skuasy. Selain bidang skuasy, nama pemain badminton di Malaysia juga terkenal di dunia, khasnya Lee Chong Wei. Lee Chong Wei merupakan seorang pemain badminton professional di Malaysia. Dia selalu menyertai pertandingan badminton di dalam atau di luar negara Malaysia dengan keputusan yang cemerlang. Contohnya, semasa Sukan Konmawel 2006 yang diadakan di Melbourne,Australia, Lee Chong Wei berjaya mendapat kejohanan dalam acara badminton. Selain itu, dia juga merupakan salah seorang pemain badminton yang mewakili Malaysia untuk menyertai Sukan Olimpik 2008 di China dalam acara badminton. Peningkatan pencapian yang cemerlang oleh pemain-pemain sukan berjaya menempa nama Malaysia di seantero dunia.



6.Cabaran Malaysia bagi menjamin kedaulatan Negara

Menjana idea  untuk menghadapi cabaran bagi menjamin kedaulatan Negara

(a) Jelaskan  cabaran yang dihadapi Malaysia  bagi menjamin 
      kedaulatan negara ( 5markah)

Cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin kedaulatan Negara ialah para pelajar akan kerap ponteng sekolah kerana tidak berminat untuk belajar dalam sesuatu subjek.Selain itu,remaja pada hari ini lebih gemar berlumba haram di jalan raya yang mampu membawa kepada kemalangan jalan raya.Seterusnya, rasuah akan semakin berleluasa disebabkan pelaksanaan undang-undang yang tidak ketat.Di samping itu,pelajar-pelajar akan terlibat dengan kes membuli.Akhir sekali,demonstrasi jalanan akan kerap terjadi disebabkan ketidakpuashatian masyarakat dalam sistem pentadbiran sesebuah syarikat.

(b) Nyatakan  langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas   ( 5 markah)

Langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ialah kerajaan perlulah memberikan pendidikan sepanjang hayat kepada para pelajar agar mereka tidak merasa bosan untuk belajar.Selain, itu, ibu bapa perlulah memberikan kasih sayang yang secukupnya terhadap anak-anak kerana anak-anak yang baik lahir daripada sebuah keluarga yang memberi  kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak mereka.Di samping itu, didikan agama perlulah diberikan dengan sebaiknya agar anak-anak dapat mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk.Seterusnya, undang-undang perlulah diperketatkan dan dilaksanakan agar kes-kes jenayah seperti rasuah tidak berleluasa.Akhir sekali, pelaksanaan ceramah yang mampu menyedarkan masyarakat sangatlah penting dalam menjamin kedaulatan Negara.



7.Penerapan  nilai murni/iktibar
Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme yang dapat diterapkan
 daripada perjuangan nasionalis demi memajukan negara  kita Malaysia    (10 markah)
Menghayati nilai murni /iktibar/patriotisme daripada perjuangan nasionalis demi memajukan
negara  kita Malaysia

Kesimpulan
Merumus  secara keseluruhan  isi yang telah dibincangkan

Nilai-nilai murni yang dapat diterapkan daripada prjuangan nasionalis demi memajukan Negara kita Malaysia adalah sikap kerjasama.Kerjasama ini penting dalam membangunkan sesebuah Negara terutamanya Negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum.Selain itu,perpaduan antara kaum penting dalam membangunkan sesbuah Negara.Di samping itu, semangat jati diri perlu ada dalam diri setiap individu walau dimana sahaja kita berada.Seterusnya, sifat kasih sayang di antara satu sama lain perlulah diterapkan dalam diri setiap insane.Nilai lain pula ialah bersyukur.Rakyat Malaysia perlulah bersyukur dengan keamanan yang dikecapi oleh  amlaysia dan berharap agar berkekalan.Keadilan terutamanya dalam sistem pentadbiran tanpa mengira kaum,bangsa mahupun agama.Nilai seterusnya ialah,sebagai rakyat Malaysia,kita disarankan untuk memanfaatkan keamanan Negara agar kekal aman dan harmoni tanpa berlaku pertelingkahan.Nilai berdikari pelu ada dalam diri individu untuk memsatikan kita yakin dengan segala yang kita lakukan.Kita perlulah berwawasan dalam setiap hal agar mampu dipercayai orang lain.Malaysia memiliki rakyat yang berbilang kaum,oleh itu,sikap toleransi penting untuk mengekalkan keamanan dalam Negara.Akhir sekali, kita disarankan untuk mengekalkan keamanan yang dikecapi oleh Malaysia pada hari ini agar Malaysia mampu setaraf dengan Negara maju yang lain.


8 Rumusan
*Pengetahuan  yang diperoleh
*Iktibar kepada diri ,bangsa dan negara
*Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih  cemerlang   (5 markah)

Berdasarkan keseluruhan,amatlah penting terhadap Malaysia untuk mengapai keharmonian dan keamanan dalam menggapai kemajuan Negara.Oleh itu,rakyat Malaysia yang memiliki kaum terbesar iaitu Melayu,Cina dan India perlulah bersatu padu agar Malaysia kekal aman dan setanding dengan Negara maju yang lain.Malaysia mampu untuk mencapai sebuah Negara maju menjelang wawasan 2020 besesuaian dengan kehendak bekas Perdana Menteri ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.Dengan kemajuan yang dikecapi,rakyat akan dapat mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan dan mampu melahirkan rakyat yang berdidiplin.Kita perlulah berdoa dan berharap agar Malaysia tidak terlibat dengan anasir-anasir negative yang mampu mengugat kestabilan politik yang dicapai oleh Malaysia pada era ini.

13 comments:

  1. Atas permintaan, cikgu Uploadkan lagi bahan skema ini bagi pelajar yang tertinggal. Mungkin terdat persamaan jawapan. Walau bagaimanapun, ini adalah contoh jawapan pelajar yang boleh dijadikan panduan. Seandai cikgu KUrang ,anaknda boleh tegur dan buatlah penambahbaikan. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Thanks so much for this. You really took time to do it.
    Even though you are not my teacher, I'm thankful ^-^

    ReplyDelete
  3. yg ni bkn bab 1 ting 5 kah? ade tak kertas 3 bab 2 ting 5?

    ReplyDelete
  4. Yang tingkatan 5 bab 2 takde?

    ReplyDelete
  5. cikgu ade tak skema soalan kertas 3 bab 7 tingkatan 5?

    ReplyDelete
  6. TERIMAKASIH CIKGU, SANGATLAH MEMBANTU (((:

    ReplyDelete
  7. boleh bagi panduan untuk sume bab tak

    ReplyDelete
  8. cikgu sejarah kertas 3 skema tema 10.2 ade x ?

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. assalamualikum.terima kasih atas maklumat yang diberikan.Doakan kami cemerlang dalam SPM 2015.^_^

    ReplyDelete
  11. skema jawapan kertas 2 bab 2 tingkatan 5 ttg perastuan ada x? urgent ni

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum . Skrip ni sangat membantu saya .

    ReplyDelete