Thursday 3 October 2013

PANDUAN UMUM JAWAB SOALAN SEJARAH SPM

Secara amnya kertas peperiksaan Sejarah terbahagi kepada 3 kertas :

1. Kertas 1 (1249/1) 
Soalan Objektif 40 soalan
Masa menjawab 1 jam
Markah : 40 markah

2. Kertas 2 (1249/2) 
Bahagian A : Soalan Struktur 4 soalan (1 soalan 10 markah) 
Bahagian B : Soalan Esei 7 soalan  - jawab 3 soalan sahaja (1 soalan 20 markah)
Masa menjawab 2 jam 30 minit
Markah : 100 markah

3. Kertas 3(1249/3)
Masa menjawab 3 jam 
Markah : 100 markah

Sila rujuk entri Format Baru Mata Pelajaran Sejaram SPM Mulai Tahun 2013 


Panduan/Tip menjawab soalan struktur 

Soalan Bahagian A mengandungi 4 soalan (1 soalan 10 markah) dan wajib jawab semua soalan. 
4 soalan x 10 markah = 40 markah

Soalan 1 dan 2 dari mana-mana topik tingkatan 4 (ada 10 topik)

Soalan 3 dan 4 dari mana-mana topik tingkatan 5 (ada 9 topik) 

1. Pastikan soalan tersebut dari bab/topik mana.

2. Garis kata tugas (contoh : jelaskan, apakah, terangkan dll) dan kata kunci (keyword).

3. Sentiasa lihat markah bagi setiap soalan. Jawapan hendaklah sesuai dengan markah yang diperuntukkan.

4. Soalan (d) atau (e) biasanya soalan KBKK (kemahiran berfikir secara kreatif & kritis). Calon perlu menggunakan jawapan yang munasabah.

5. Tak perlu pengenalan. Jawapan ringkas dan tepat.


Panduan/Tip menjawab soalan esei

Soalan Bahagian B yang mengandungi 7 soalan (1 soalan 20 markah) dan wajib jawab 3 soalan sahaja
3 soalan x 20 markah = 60 markah

Soalan 56  dan 7 dari mana-mana topik tingkatan 4 (ada 10 topik)

Soalan 8, 9, 10 dan 11 dari mana-mana topik tingkatan 5 (ada 9 topik)

1. Gunakan 4 tip menjawab soalan struktur (rujuk bahagian atas)

2. Tulis jawapan/fakta penting pada kertas soalan (ruangan kosong ditepi soalan) supaya tiada isi yang tertinggal semasa menulis esei.

3. Jawab soalan mudah terlebih dahulu dan diikuti dengan soalan yang sukar. Pastikan anda menjawab mengikut masa yang dicadangkan.

4. Teknik menjawab 1 soalan 1 helai kertas jawapan.

5. Gunakan bahasa Melayu moden dan elakkan menggunakan kata singkatan, ayat SMS dll. 

6. Tulisan hendaklah kemas (tidak terlalu kecil) dan boleh dibaca. 


Mulai tahun 2013, kertas peperiksaan mempunyai 3 kertas dan merupakan subjek yang wajib lulus SPM. Sila baca entri Format Baru Mata Pelajaran Sejarah SPM Mulai 2013

** Anda boleh kongsikan panduan/tip di atas dengan kawan-kawan yang lain. Harapan saya agar anda dapat menjawab soalan Sejarah dengan penuh keyakinan dan mendapat keputusan cemerlang di dalam ujian, peperiksaan dan SPM. 


Sumber http://www.ciklaili.com/2010/09/tip-menjawab-soalan-sejarah-spm-kertas.html#ixzz2ggJQYe8U
Under Creative Commons License: Attribution
Follow us: @ciklaili on Twitter | ciklailidotcom on Facebook

No comments:

Post a Comment