Sunday 8 March 2015

JAWAPAN BUKU TEKS SEJARAH TING 5 BAB 1

BAB 1  : 
KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME   DI ASIA TENGGARA
Tajuk  : Imperialisme Barat di Asia TenggaraSoalan Struktur
 Keistimewaan rantau Asia Tenggara serta perkembangan yang berlaku di Eropah telah mendorong kuasa-kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme mereka untuk menguasai ekonomi kawasan tersebut. 

 
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme ?      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 3 ) 
      - Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya 
      - Menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu
[2 x 1m = Mak. 2 markah] 





(b) Senaraikan dua keistimewaan Asia Tenggara yang mendorong imperialis Barat menjalankan dasar imperialismenya di rantau tersebut.
      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 5 ) 
      - Kedudukannya strategik antara China dengan India
      - Dekat dengan kawasan pasaran di India dan China
      - Tanah yang subur
      - Kaya dengan bahan mentah
[4 x 1m = Mak. 2 markah] 

(c) Sebutkan kesan-kesan perkembangan dalam sistem perhubungan dan pengangkutan terhadap perluasan imperialisme Barat di Asia Tenggara.
      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 6 ) 
    -Penggunaan kapal wap dan Pembukaan Terusan Suez
    - Muatan lebih banyak
      - Mempercepatkan perjalanan Timur-Barat
      - Memendekkan jarak perjalanan
      - Perjalanan lebih selamat
      - Menjimatkan kos 
     -Penciptaan Telegraf  
        - Arahan kepada pegawai di tanah jajahan dengan cepat
      - Ahli perniagaan dapat berhubung dengan wakil mereka di Timur
      - Urusan perdagangan lebih mudah
      - Perdagangan antarabangsa lebih pesat
[8 x 1m = Mak. 3 markah] 



(d) Nyatakan nilai-nilai yang dipegang oleh kuasa Barat hingga menyebabkan  persaingan antara  mereka untuk menguasai negara-negara Asia Tenggara.
      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 6 ) 
      - Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan
      - Keluasan tanah jajahan melambangkan kekayaan dan kekuatan
      - Mereka lebih maju dan bertamadun
      - Beban Orang Putih / Bertanggungjawab  memimpin orang Timur ke arah kesejahteraan.
      - Tugas menyebarkan tamadun / Tanggungjawab mentamadunkan orang Timur
      - Bertanggungjawab menyebarkan Kristian kepada penduduk tanah jajahan 
[6 x 1m = Mak. 3 markah]
 _______________________________________________________________________________________________
Tajuk : Perubahan Sistem Politik 
Soalan Struktur 
Bagi merealisasikan cita-cita imperialisme yang bertujuan untuk menguasai ekonomi di rantau ini, pihak imperialis telah melaksanakan perubahan dalam pentadbiran di Asia Tenggara.
 
(a) Nyatakan perubahan-perubahan yang diperkenalkan oleh Belanda dalam sistem  pemerintahan tradisional tempatan di Indonesia.
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 9) 
  • Pentadbiran dipecahkan kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan
  • Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
  • Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda
  • Penubuhan jabatan kerajaan
  • Penubuhan Dewan Tempatan
[5 x 1m = Mak. 2 markah]
 
(b) Nyatakan tiga ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di negara-negara Asia  Tenggara.
      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms.8 ) 
  • Penubuhan kerajaan pusat
  • Perlantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
  • Pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan)
  • Perlantikan pegawai Barat sebagai ketua biro
  • Pengenalan undang-undang Barat
[5 x 1m = Mak. 3 markah]
 
(c) Nyatakan tugas-tugas  Encomiendero di bawah Sistem Encomienda yang diperkenalkan oleh  Sepanyol di Filipina.
      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 9 ) 
  • Menjaga keamanan
  • Mengutip cukai
  • Mengkristiankan penduduk barangay
 

[3 x 1m = Mak. 2 markah]
(d) Berikan tiga kesan akibat daripada penguasaan British terhadap Burma selepas Perang Inggeris - Burma III.
      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 10 - 11 )
 
  • Berakhirnya Dinasti Konbaung
  • Institusi raja tersingkir
  • Jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat terhapus
  • Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah di Burma
  • Pentadbiran tradisional lenyap
  • Sistem undang-undang Barat diperkenalkan.
  • Majlis Perundangan diperkenalkan
  • Beberapa jabatan ditubuhkan
 

[8 x 1m = Mak.3 markah]

Tajuk : Pengenalan Sistem Birokrasi Barat
 
Soalan Esei
 
(a) Huraikan sistem pemerintahan di IndoChina sebelum dan selepas kedatangan Perancis ke  negara tersebut.
      (Ruj : Buku Teks Sejarah ms.11 – 12)
 
      i. Sebelum Kedatangan Perancis 
    Mutlak - Ditadbir oleh kerajaan pusat berkuasa mutlak
    Pembesar - Memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan
    Mandarin - Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin
    China - Dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah Besar China
    Peperiksaan - Dipilih melalui peperiksaan 
 
      ii. Selepas Kedatangan Perancis 
Gabenor - Pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral
Terus - Gabenor Jeneral bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan diParis
Leftenan - Gabenor Jeneral dibantu oleh Leftenan Gabenor yang menjadi     pemerintah wilayah jajahan / naungan
Residen - Gabenor Jeneral dibantu oleh Residen Jeneral dan Residen Wilayah
Indochinoise - Menubuhkan kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise
Undang-undang -   Rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen Perancis
Tempatan - Pentadbiran kerajaan tempatan tidak diganggu oleh kerajaan pusat
Bayar - Kerajaan tempatan perlu membayar cukai dan kerahan tenaga 
[13 x 2m = Mak. 12 markah]

 
(b) Apakah perubahan-perubahan yang dilaksanakan oleh Raja Mongkut dan Raja  Chulalongkorn untuk mengekalkan kemerdekaan Thailand
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 12 – 13)
 
      i. Pembaharuan Raja Mongkut 
            Penasihat - Melantik 80 orang penasihat Barat mengetuai pelbagai jabatan
            Britain - Penasihat dari Britain menjadi penasihat kewangan dan pelabuhan
            Amerika - Penasihat dari Amerika untuk jabatan kastam
            Perancis - Penasihat Perancis dalam jabatan ketenteraan
 
      ii. Pembaharuan Raja Chulalongkorn 
Majlis - Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri
Juruaudit - Melantik juruaudit dari Britain berkhidmat dalam perbendaharaan negara
Pentadbir - Kedudukan pentadbir dalam birokrasi berdasarkan tahap pendidikan
Raja - Sistem raja berperlembagaan menggantikan sistem raja berkuasa mutlak 
(8 x 2m = Mak. 8 markah)


Tajuk : Pengenalan Sistem Birokrasi Barat
Soalan Esei
 

Apabila kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara, sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem pemerintahan beraja.
 
(a) Huraikan sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 8 – 9)
 
Pusat  - Memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
G/Jeneral  - Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi
Datuk Bandar - Melantik Ketua Datuk Bandar sebagai pentadbir wilayah
G/Kecil  - Gabenor Kecil menjadi pentadbir Bandar
Tempatan  - Pentadbiran peringkat tempatan dilaksanakan di bawah Sistem Encomienda
Encomienda - Barangay-barangay digabungkan membentuk Encomienda
Encomiendero - Encomienda diperintah oleh Encomiendero
Tugas  - Tugas Encomiendero ialah menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan     penduduk barangay
[8 x 1m = 8 markah] 

(b) Jelaskan  kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran di Asia  Tenggara.  
 (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 8 – 13) 
Kuasa  - Raja kehilangan kuasa  dalam pemerintahan
Penaung  - Fungsi raja sebagai penaung agama Buddha di Burma diambil alih oleh undang-   undang
Hapus  - Terhapusnya institusi raja , contohnya di Burma
Pemerintah - Gabenor Jeneral / Pesuruhjaya Tinggi menggantikan raja sebagai pemerintah     tertinggi
Nasihat  - Raja menerima nasihat daripada penasihat Barat dalam hal pentadbiran
Pengaruh - Kemerosotan pengaruh pembesar tempatan
Pusat  - Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah
Bahagi  - Pembahagian pentadbiran kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan
Undang-undang - Pengenalan sistem undang-undang Barat
[9 x 1m = mak. 8 markah]

 
.......................................................................................................................................................................
Tajuk : Faktor-Faktor Kemunculan Nasionalisme 
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme ?
      (Ruj: Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 14) 
      perasaan cinta akan negara
      yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air
      dalam segi politik, ekonomi dan kebudayaan asing.
[2 markah] 
(b) Nyatakan dasar-dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh penjajah hingga timbulnya perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat negara-negara Asia Tenggara. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 16) 
      - Sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan
      - Mengutamakan sekolah yang berpengantar bahasa penjajah
      - Memberikan pendidikan pada tahap rendah
      - Pendidikan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar
      - Anak Golongan bangsawan diberi pendidikan berasingan daripada anak orang kebanyakan
      - Lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan 
[6 x 1m = Mak. 3 markah]
 
(c) Sebutkan akhbar-akhbar di negara-negara Asia Tenggara yang memainkan peranan menanamkan perasaan antipenjajah.    (Ruj :Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 17) 
  • Tribune Indigene
  • Cloche Felee
  • al-Ikhwan
  • Saudara
  • Warta Malaya
  • Majlis 
[6 x 1m = Mak. 3 markah]
 
(d) Nyatakan kepentingan sistem perhubungan dan pengangkutan dalam kemunculan  gerakan  nasionalisme di Asia Tenggara.    (Ruj: Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 17) 
  • Telefon dan telegraf memudahkan hubungan di kalangan nasionalis
  • Jalan kereta api dan jalan raya menghubungkan kawasan yang dulunya terpisah
  • Memudahkan rakyat dan pemimpin bertemu dan berbincang
 

[3 x im = Mak. 2 markah]


 
Tajuk : Faktor-Faktor Kemunculan Nasionalisme / Perkembangan Nasionalisme 
Soalan Esei  
(a) Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara.
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 14 – 16) 
      i. Dasar Penjajah 
         Dasar - Rakyat tempatan tidak puas hati terhadap dasar penjajah.
         Birokrasi - Penduduk tempatan tidak mempunyai peluang dalam sistem birokrasi Barat.
         Ekonomi - Dasar ekonomi penjajah bersifat menindas.
         Sosial - Penjajah mewujudkan jurang sosial dalam masyarakat.
         Imigran - Dasar kemasukan imigran menyebabkan ekonomi dikuasai oleh mereka. 
      ii. Pengaruh Agama 
Agama - Agama menjadi alat penyatuan rakyat.
Islah - Lahirnya gerakan Islah oleh persatuan-persatuan agama.
Kristian - Penganut Kristian tempatan dianggap golongan kelas kedua. 
      iii. Karya Kesusasteraan 
Karya - Karya-karya kesusasteraan membangkitkan kesedaran dan kecintaan kepada negara.
Mesej - Karya-karya kesusasteraan menyampaikan mesej kesengsaraan rakyat. 
      iv. Pendidikan 
Pendidikan - Penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam pendidikan.
Kemudahan - Kemudahan disediakan untuk sekolah yang menggunakan bahasa penjajah.
Rendah - Pendidikan diberi di peringkat rendah sahaja.
Elit  - Pendidikan diberi kepada golongan elit sahaja.
Bandar - Pendidikan terhad di bandar sahaja.
Asing - Anak-anak bangsawan diasingkan daripada rakyat dalam memberi pendidikan.
Sekular - Pendidikan sekular memberi ancaman kepada sekolah agama.
Pekerjaan - Lepasan sekolah vernakular sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

 
      v. Kemunculan Golongan Intelek 
Intelek - Golongan intelek yang terdedah kepada idea falsafah Barat dan Islam memimpin    gerakan nasionalisme menuntut    membaiki taraf hidup dan membebaskan negara. 
      vi. Pengaruh Media 
Media - Media seperti akhbar dan majalah menyemarkakkan semangat  nasionalisme.
Sebar - Menyebarkan idea nasionalis dan menanam perasaan antipenjajah. 
      vii. Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan 
         Bertemu - Sistem perhubungan memudahkan hubungan di kalangan nasionalis.
         Hubung - Jalan raya dan jalan kereta api menghubungkan kawasan yang  sebelumnya terpisah. 
      viii. Pengaruh Luar 
Jepun - Kejayaan Jepun menewaskan China dan Rusia membuka mata nasionalis.
Ghandi - Perjuangan Mahatma Ghandi menjadi sumber inspirasi kepada nasionalis. 
[26 x 1m = Mak. 12 markah]


 
(b) Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada gerakan  nasionalisme negara  lain di Asia Tenggara ?
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 22)
 
Sifat - Nasionalisme Thailand tidak bersifat antipenjajah.
Kerabat - Gerakan nasionalisme tahap pertamanya disebabkan rakyat menentang penguasaan   politik oleh kerabat diraja.
Mutlak - Mereka mengadakan penentangan terhadap raja yang berkuasa mutlak.
Boros - Tidak puas hati terhadap sikap raja yang boros.
Revolusi - Revolusi dilancarkan untuk menggulingkan raja berkuasa mutlak.
Ekonomi - Gerakan nasionalisme tahap kedua disebabkan oleh rasa tidak puas hati erhadap  cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.
Pembaharuan - Mengadakan pelbagai pembaharuan untuk menyekat penguasaan itu.
Undang-undang - Menggubal undang-undang menyekat monopoli ekonomi oleh orang Cina
Bubar - Membubarkan akhbar dan sekolah Cina. 
[8x1m = Mak. 8 markah]
 .......................................................................................................................................................................
Tajuk : Perkembangan Nasionalisme
Soalan Esei
 
(a) Jelaskan perbezaan antara gerakan nasionalisme tahap pertama dengan gerakan nasionalisme  tahap kedua di Asia Tenggara.
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 18)
 
Sifat - Gerakan nasionalisme tahap pertama bersifat setempat manakala gerakan         nasionalisme tahap kedua bersifat nasional.
Organisasi - Gerakan tahap pertama tiada organisasi tetapi gerakan tahap kedua mempunyai       organisasi yang tersusun.
Matlamat - Matlamat gerakan nasionalisme tahap pertama ialah mennuntut pembaharuan dalam       bidang kebudayaan, agama dan hak peribumi manakala gerakan ntahap kedua       mempunyai matlamat menuntut kemerdekaan.
Pimpin - Gerakan tahap pertama dipimpin oleh golongan pertengahan yang mendapat  pendidikan di Barat dan Timur Tengah tetapi gerakan tahap kedua dipimpin oleh golongan berpendidikan tinggi yang berpengetahuan
Kaedah - Gerakan tahap pertama menggunakan kaedah memberi kesedaran tetapi gerakan       kedua menggunakan gerakan bersifat radikal.
Tuntut -  Gerakan tahap pertama tidak menuntut kemerdekaan segera sebaliknya gerakan tahap        kedua menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri. 
[6 x 1 = Mak. 8 markah]

 
(b) Bagaimanakah kuasa penjajah Barat menangani gerakan nasionalis radikal di Asia Tenggara ?
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 18 - 23)
 
      Mati - Menghukum mati pemimpin gerakan seperti menghukum mati Andres Banifacio di    Filipina, Nguyen Thai Hoc di Vietnam.
      Tangkap - Menangkap pemimpin revolusi seperti pemerintah Amerika di Filipina menangkap           Emilio Aguinaldo, Pemerinytha Belanda di Indonesia menangkap Soekarno.
      Parti - Membenarkan penubuhan parti bersifat sederhana. Contohnya pemerintah Amerika    membenarkan Sergio Osmena menubuhkan Parti Nasional Filipina.
      Haram - Mengharamkan parti-parti bersifat radikal.
                  Contohnya, Pemerintah Indonesia mengharamkan Parti Nasional Indonesia.
      Larang - Melarang raja melibatkan diri dalam politik. Contohnya Perancis di Vietnam     melarang Maharaja Bao Dai.
      Pilihan raya - Mengadakan pilihan raya untuk memberi peluang kepada rakyat tempatan     menjalankan pentadbiran.
                  Contohnya Amerika di Filipina dan British di Burma. 
[6 x 2m = Mak. 10 markah]

Tajuk : Perkembangan Nasionalisme
 
Soalan Struktur 
Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara pada umumnya dapat dibahagikan kepada dua tahap berdasarkan isu-isu yang diperjuangkan dan corak gerakan nasionalisme tersebut.
 
(a) Sebutkan ciri-ciri nasionalisme di Asia Tenggara.
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 18) 
      Tahap Pertama 
  • Penentangan bersifat setempat
  • Tidak berorganisasi
  • Isu perjuangan ialah berkaitan kebudayaan, agama dan dan hak peribumi
  • Dipimpin oleh golongan yang mendapat pendidikan di Barat dan Asia Barat
  • Memberi penekanan terhadap kesedaran politik
  • Menuntut hak mereka dikembalikan dan taraf hidup dibaiki
  • Tidak menuntut kemerdekaan dengan segera
 

[7 x 1m = Mak. 2 markah]
Tahap Kedua 
  • Gerakan yang lebih radikal
  • berorganisasi
  • Didorong oleh kegagalan nasionalisme tahap pertama yang bersifat sederhana
  • Dipimpin oleh golongan berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu Barat
  • Menuntut kemerdekaan / membentuk kerajaan sendiri
 

[5 x 1m = Mak. 2 markah]

 
(b) Senaraikan tuntutan-tuntutan golongan nasionalis Filipina pimpinan Jose Rizal.
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 18 - 19) 
  • Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
  • Bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti bangsa Sepanyol
  • Bangsa Filipina diberi kebebasan bersuara
  • Supaya Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial
 

[4 x 1m = Mak. 3 markah]

 
(c) Apakah peranan Emilio Aguinaldo dalam gerakan nasionalisme di Filipina ?
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 19) 
  • Membantu Andres Bonifacio memulakan penentangan secara radikal terhadap Sepanyol
  • Bersama-sama Andres Bonifacio melancarkan revolusi bersenjata
  • Menjadi Presiden Kerajaan Revolusi Filipina pada 1897
  • Menjatuhkan hukuman mati ke atas Andrtes Bonifacio 
  • Bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengusir Sepanyol
  • Mengisytiharkan kemerdekaan Filipina tetapi tidak disahkan oleh Amerika.
  • Meneruskan revolusi bersenjata menentang Amerika Syarikat
 

[7 x 1m = Mak. 3 markah]



 
Tajuk : Faktor Kemunculan Nasionalisme / Perkembangan Nasionalisme 
Soalan Esei 
(a) Bagaimanakah faktor-faktor berikut mendorong kemunculan semangat nasionalisme di  kalangan rakyat negara-negara Asia Tenggara ? 
  • Dasar penjajah
  • Pengaruh media massa
  • Pengaruh luar
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 14 – 17) 
(i) Dasar Penjajah 
      Birokrasi - Sistem birokrasi tidak membuka peluang kepada rakyat tempatan
      Kekal  - Rakyat tempatan kekal dalam ekonomi tradisional
      Tindas  - Dasar-dasar ekonomi penjajah menindas penduduk peribumi
      Jurang  - Penjajah mewujudkan jurang sosial
      Taraf  - Penjajah menganggap mereka bertaraf tinggi
      Bergaul  - Mereka begaul sesama mereka dan dengan golongan elit tempatan sahaja
      Imigran  - Dasar terbuka terhadap kemasukan imigran menimbulkan tidak puas hati
      Ekonomi - Golongan imigran menguasai ekonomi tempatan 
ii. Pengaruh Media Massa 
      Akhbar  - Akhbar dan majalah menyemarakkan semangat nasionalisme
      Sebar  - Menyebarkan idea nasionalis
      Anti  - Menanam perasaan anti penjajah kepada rakyat 
iii. Pengaruh Luar 
      Jepun  - Kejayaan Jepun mengalahkan China dan Rusia membuka mata para nasionalis
      Sedar  - Sedar negara kecil berupaya mengalahkan negara besar
      Ghandi  - Perjuangan Mahatma Ghandi di India memberikan inspirasi  
[14 x 2m = Mak. 12 markah]
 
(b) Bandingkan gerakan nasionalisme yang berlaku di Thailand dengan yang  berlaku di  Indonesia.
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 19 – 20 & ms. 22) 
Penjajah - Nasionalisme di Indonesia bersifat anti penjajah
Raja - Nasionalisme Thailand ialah penentangan terhadap raja
Mundur - Nasionalisme tahap pertama di Indonesia muncul kerana tidak puas hati terhadap     kemunduran rakyat
Politik - Nasionalisme Thailand disebabkan penguasaan politik oleh kerabat diraja dan sikap    Raja Vajiravudh yang boros
Pendidikan - Nasionalis Indonesia memberi tumpuan terhadap pendidikan wanita dan penyebaran    Islam yang sebenar.
Revolusi -       Nasionalis Thailand melancarkan revolusi menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.
Radikal -       Nasionalisme tahap kedua di Indonesia dipelopori oleh parti politik radikal
Pemerintah - Di Thailand, gerakan dilaksanakan oleh pemerintah.
Merdeka -       Rakyat Indonesia menuntut kemerdekaan daripada  Belanda
Ekonomi -       Di Thailand, rakyat berusaha menghapuskan cengkaman ekonomi oleh  kapitalis     Barat dan orang Cina
Kekerasan - Di Indonesia perjuangan dilakukan secara kekerasan.
Pembaharuan - Gerakan nasionalisme di Thailand dijalankan dengan  melakukan pembaharuan  
[12 x 1m = Mak. 8 markah]

Tajuk : Perkembangan Nasionalisme 
Soalan Esei 
Tindak balas pemimpin dan rakyat tempatan telah mencetuskan gerakan nasionalisme terhadap penjajahan kuasa Barat di negara-negara Asia Tenggara sehingga penjajah yang terdesak terpaksa bertindak balas. 
(a) Huraikan perkembangan gerakan nasionalisme di Filipina.
      Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 18 – 19) 
Jose Rizal - Tahap pertama gerakan nasionalisme dipimpin oleh Jose Rizal yang disokong oleh     golongan pertengahan berpendidikan Barat
Tuntut  - Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol / persamaan hak seperti      bangsa Sepanyol / kebebasan bersuara tetapi tidak dilayan
Desak  - Mendesak Sepanyol mengadakan pembaharuan melalui Liga Filipina  
Tangkap  - Jose Rizal dibuang negeri ke Dapitan, Mindanao dan dibunuh
Bonifacio - Andres Bonifacio memulakan penentangan radikal terhadap Sepanyol.
Merdeka  - Matlamat perjuangannya ialah menyatukan bangsa Filipina dan mencapai      kemerdekaan melalui revolusi
Kalayan  - Menggunakan akhbar Kalayan untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat
Revolusi  - Melancarkan revolusi bersenjata terhadap Sepanyol tetapi gagal
Bekerjasama - Aguinaldo bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengusir Sepanyol pada 1898
Isytihar  - Mengisytiharkan kemerdekaan Filipina tetapi tidak disahkan Amerika
Terus  - Revolusi diteruskan terhadap Amerika Syarikat di Filipina
Benar  - Kerajaan Amerika membenarkan penubuhan parti politik sederhana
Perlembagaan - Nasionalis menuntut kemerdekaan dari Amerika melalui perlembagaan 
[13 x 2m = Mak. 12 markah]

 
(b) Buat satu rumusan tentang langkah-langkah yang diambil oleh kuasa Barat dalam menangani gerakan nasionalis radikal di Asia Tenggara.
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 18 – 22) 
Bunuh  - Menjatuhkan hukuman bunuh ke atas pemimpin radikal seperti yang berlaku      terhadap Andres Bonifacio di Filipina dan  Nguyen Thai Hoc  di IndoChina
Penjara  - Ditangkap dan dipenjarakan seperti yang dilakukan oleh Sepanyol terhadap Emilio     Aguinaldo di Filipina dan Soekarno di Indonesia
Parti  - Membenarkan penubuhan parti politik bersifat sederhana seperti  yang  dilakukan    oleh Amerika di Filipina
Haram  - Mengharamkan parti politik radikal sepertiyang dilakukan oleh Belanda terhadap     Parti Nasionalis Indonesia (PNI)
Larang  - Melarang pemerintah tempatan melibatkan diri dalam gerakan  nasionalisme.     Contohnya Perancis menghalang Maharaja Bao Dai.
Kerajaan  - Memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri. Contohnya Amerika melantik Sergio     Osmena mengetuai Dewan Perhimpunan Filipina
Perlembagaan - Memperkenalkan perlembagaan yang memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri.     Contohnya,  Britain memperkenalkan Perlembagaan Burma 
[7 x 2m = Mak. 8 markah] 


1 comment:

  1. SEBARKAN KEBAIKAN>>DEMI MENCARI KECEMERLANGAN BUAT SEMUA....

    ReplyDelete