Wednesday 26 February 2014

Nota Ulangkaji Tingkatan 4




 (a) Nyatakan dua ciri bandar terancang di Mohenjo-Daro dan Harappa. 

 - Teratur dan sistematik
 - Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian
 - Di kelilingi oleh tembok
 - Bahagian utamanya merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan
 - Bahagian kedua ialah kawasan perumahan
 - Disusun berasaskan blok berbentuk empat segi
 - Setiap blok dipisahkan oleh jalan raya yang lurus
 - Terdapat sistem kumbahan terancang
 - Sungai berfungsi sebagai jalan perhubungan
[ 2 markah ]

(b) Jelaskan pengkhususan pekerjaan masyarakat tamadun Indus?

 - Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan /
pertanian / pertukangan / pembuatan / artisan
 - Aktiviti perdagangan membabitkan perdagangan luar termasuk dengan
Mesopotamia
 - Bukti penemuan cop mohor Indus di Mesopotamia
 - Hasil perdagangannya ialah emas/gading gajah/manik/hasil pertanian
 - Petani bercucuk tanam makanan seperti barli/kacang
 - Ahli masyarakat menjadi artisan terlibat dalam pembinaan/penghasilan
barangan logam/barangan tembikar
[ 2 markah ]

(c) Senaraikan organisasi sosial masyarakat Lembah Indus

- Terbahagi kepada dua golongan / golongan atasan dan golongan
bawahan
 - Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang
- Pendeta mempunyai kuasa/pengaruh yang besar dalam mengawal
akviti masyarakat terutama perkara yang melibatkan keagamaan
 - Tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta
 - Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh
 - Petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian
hasil kepada pihak berkuasa
Tamadun Indus ialah tamadun yang terawal di India. Tamadun ini telah muncul pada
sekitar tahun 2500 S.M. dan mula merosot pada tahun 1800 SM. Dikenali juga sebagai
tamadun Harrapa.

Golongan buruh menjalankan kegiatan peburuhan seperti menjaga
kebersihan bandar/membina tembok di benteng/membina terusan
[ 2 markah ]

(d) Apakah sumbangan tamadun Indus kepada perkembangan tamadun manusia?

 - Mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan harian
- Perancangan bandar
 - Kemajuan dalam geometri
 - Kemajuan pembinaan / seni bina
 - Teknologi pembakaran batu-bata dengan suhu tinggi
 - Sifat keterbukaan
 - Membuat hubungan dengan tamadun lain
[ 2 markah ]

(e) Mengapakah tamadun Indus dianggap matang?

- Pencapaian cemerlang dalam perancangan bandar
 - Menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa
 - Kemajuan dalam bidang ekonomi, rohani dan kepercayaan
 - Melahirkan masyarakat yang kreatif
 - Menghasilkan teknologi hebat
 - Mempunyai sifat keterbukaan
[ 2 markah ]



1 (a) Jelaskan struktur pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Mesir Purba. 
[ 6 markah ] 
F1 - Pemerintah tertinggi iaitu raja digelar Firaun. 
F2 - Firaun menjadi ketua pemerintah 
F3 - Firaun menjadi ketua pendeta, ketua hakim dan ketua pahlawan 
F4 - Firaun dibantu oleh golongan bangsawan, rahib dan jurutulis 
F5 - Golongan bangsawan menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan 
dan menguruskan pengagihan bekalan makanan 
F6 - Golongan bangsawan terdiri daripada pegawai, penasihat dan gabenor wilayah 
F7 - Rahib menguruskan hal keagamaan 
F8 - Jurutulis membantu pentadbiran dengan menulis rekod kerajaan 
 
 
(b) Jelaskan sistem pendidikan dalam tamadun Mesir Purba.

F1 - Pendidikan dikhususkan kepada anak golongan atasan 
F2 - Kanak-kanak diberi pendidikan sejak daripada umur yang rendah 
F3 - Institusi pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan 
F4 - Pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat 
F5 - Pendidikan bertujuan untuk melahirkan pegawai terlatih untuk menguruskan 
tanaman/mengawal banjir/membina bangunan/membina piramid 
F6 - Ilmu yang diajar ialah geometri, matematik dan sains 
F7 - Melahirkan pengamal perubatan 
 
(c) Terangkan sumbangan tamadun Mesir Purba kepada tamadun manusia. 
[ 10 markah ] 
 
F1 - Senibina piramid 
H1a - Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep 
H1b - Teknik pembinaan bangunan menggunakan batu-bata 
H1c - Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam 
bidang pembinaan 
F2 - Penciptaan kertas daripada pokok papyrus 
H2a - Memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan 
batu bata 
H2b - Penyimpanan rekod khazanah bangsa 
H2c - Menggunakan tulisan yang cantik halus dan penuh seni pada makam dan batu 
H2d - Tinggalan dalam bentuk rekod dan tertulis dengan tulisan hieroglif 
F3 - Mewujudkan sistem pendidikan 
H3a - Sistem pendidikan untuk kanak-kanak keluarga atasan 
H3b - Memulakan pendidikan di peringkat umur yang rendah 
H3c - Sistem pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat 
H3d - Sistem pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan 
H3e - Sistem pendidikan bertujuan melahirkan pegawai kerajaan terlatih 
F4 - Kemajuan perubatan 
H4a - Melahirkan pengamal perubatan 
H4b - Pengamal perubatan mendapat status yang tinggi kerana berkhidmat untuk 
Firaun dan masyarakat 
H4c - Proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan 
H4d - Pengajaran ilmu geometri, matematik dan sains dalam pendidikan 
H4e - Tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan 
pembedahan memberikan sumbangan besar dalam bidang ilmu 
F5 - Pengawalan air daripada Sungai Nil 
H5a - Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri, astronomi digunakan 
dalam mengawal banjir yang berlaku sekali setahun 
H5b - Pemerintah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menebus guna 
kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian 
 
H5c - Pemerintahan Firaun Senuusret III telah membina tembok pengairan bagi 
menebusguna kawasan padang pasir 
H5d - Beliau juga membina terusan untuk mengairkan tanah 
F6 - Pengetahuan astronomi dan matematik 
H6a - Memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun 

 
 
(a) Apakah yang anda faham dengan pernyataan di atas? 
[ 10 markah ] 
Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai “ Hadiah daripada Sungai Nil ” 

F1 - Sungai Nil mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean 
F2 - Berpunca daripada dua anak sungai iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih 
F3 - Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang menukarkan bentuk muka bumi 
Mesir menjadi tanah dataran yang subur 
F4 - Tanah dataran subur sesuai untuk pertanian dan petempatan manusia 
F5 - Tanah lanar yang dibawa berjaya membentuk sebuah delta yang subur untuk 
pertanian dan petempatan manusia 
F6 - Petempatan tetap di sepanjang sungai berkembang menjadi perkampungan 
F7 - Pengetahuan dalam bidang astronomi telah menyebabkan mereka 
memperkenalkan sistem kalendar 
F8 - Gabungan perkampungan mewujudkan beberapa buah bandar dan membentuk 
nome 
F9 - Tanah dataran subur sesuai untuk pertanian dan petempatan manusia 
F10 - Kemajuan tamadun bergantung kepada pengawalan air Sungai Nil 
F11 - Melahirkan perkembangan ilmu matematik seperti algebra dan geometri 
F12 - Pengetahuan dalam bidang astronomi telah menyebabkan mereka 
memperkenalkan sistem kalendar 
F13 - Pokok papyrus dijadikan kepingan kertas 
F14 - Kapal-kapal menyusuri dan berlabuh di pelabuhan seperti 
Thebes/Memphis/Fayoum/Abydos dan Heliopolis 
F15 - Pemerintah mencipta sistem pengairan 
F16 - Sistem pengairan telah menukar padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian 
 
 
(b) Jelaskan sistem kepercayaan tamadun Mesir Purba 
[ 5 markah ] 
 
F1 - Percaya kepada konsep politeisme 
F2 - Setiap tuhan dikaitkan dengan unsur alam seperti Re ( Tuhan Matahari ), 
Ra - Atum (Tuhan Langit) dan Amun ( Tuhan Angin) 
F3 - Percaya pada kehidupan selepas mati 
F4 - Mayat disimpan dan dijaga dengan teliti 
F5 - Makam mayat dipenuhi dengan peralatan serta keperluan serta kelengkapan 
selepas mati 
F6 - Solekan mayat dan alat kebesaran yang ditanam menentukan status mayat. 
 
 
(c) Terangkan pencapaian masyarakat Mesir Purba hasil penguasaan mereka dalam 
bidang matematik dan astronomi ? 
[ 5 markah ] 
F1 - Dapat mengawal banjir sungai Nil 
F2 - Mencipta sistem pengairan/terusan 
F3 - Menukar kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian 
F4 - Memperkenalkan kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan setahun 
F5 - Pembinaan bangunan 
F6 - Piramid 
F7 - Menguruskan hal ehwal pertanian 


No comments:

Post a Comment