Wednesday 26 February 2014

Skema Latihan Ulangkaji Tingkatan 5

1 a. Nasionalisme ialah perasaan cinta akan bangsa dan negara yang memebawa kepada gerakan membebaskan tanah air.Tidak terhad kepada pembebasan politik ,  cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing.

B) ciri ciri nasinalisme tahap pertama ialah bersifat setempat,tidak berorganisasi,isu-isu kebudayaan agama dan hak peribumi menjadi faktor pencetus,dipimpin oleh golongan pertengahan yg berpendidikan barat dan asia tenggara.Manakala ciri ciri bagi tahap kedua ialah bertindak secara lebih radikal,berorganisasi dan pemimpin yang baik,dipimpin oleh golongan yang berpendidikan barat,menyedari perubahan yg diperkenalkan oleh penjajah dan menuntut kemerdekaan.

c)Sebagai generasi muda, usaha yang dapat saya lakukan untuk menghargai perjuangan nasionalis yang banyak berjasa kepada negara ialah mempertahankan negara daripada cengkaman negara luar daripada semua aspek. Saya juga akan berusaha untuk membangunkan ekonomi negara Selain itu, saya juga akan mencontohi nilai-nilai yang diamalkan oleh perjuangan nasionalis seperti jati diri yang tinggi dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan. Saya juga akan memupuk perpaduan kaum untuk memastikan keamanan negara kita dikekalkan.

         Generasi muda juga perlu memupuk semangat patriotik dengan menghayati perjuangan tokoh-tokoh seperti Dato Onn Ja’afar dan Dato Maharajalela. Generasi muda perlu mempelajari perjuangan nasionalis yang telah terkorban dalam menentang penjajah seperti Tok Janggut. Selain itu, kita juga perlu berkorban tanpa mengenal erti putus asa dalam sebuah perjuangan. Di samping itu, kita mengekalkan tempat bersejarah seperti Muzium Pasir Salak( Dato Maharajalela).

2. a) i. Kesatuan Melayu Singapura berperanan memajukan sosio-ekonomi org melayu serta menyedarkan org melayu kepentingan pendidikan. Selain itu, menjadi Ahli Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat sebagai wakil org melayu.

ii) KMM adalah menggalakkan perpaduan dlm kalangan pemuda di seluruh semenanjung  dan meningkatkan tahap pendidikan org melayu

iii)PASPAM adalah menggalakkan ahlinya berkenalan dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa dan membawa kepada perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan orang Melayu di seluruh Semenanjung tanah Melayu.

b i. Majalah memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat kebangsaan orang tempatan. Majalah lebih memfokuskan persoalan untuk memajukan bangsa melalui rencana dan puisi yang disiarkan. Contohnya Majalah Guru, isunya ialah mendidik anak-anak Melayu. Selain itu, Majalah Pengasuh, isunya ialah membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah. Majalah Bulan Melayu dengan isunya menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor.

ii. Antara akhbar yang berperanan penting melahirkan semangat kebangsaan ialah Warta malaya , Lembaga Malaya , Majlis dan Utusan Melayu . Isu yang dibangkitkan dalam akhbar dari aspek sosial pendidikan ialah memajukan pendidikan tinggi orang Melayu .Seterusnya , dari aspek ekonomi , isu yang dibangkitkan ialah menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu .Selanjutnya , dari segi politik , isu yang dibangkitkan ialah mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu . J

c)(i)Ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada untuk menjadikan saya seorang pemimpin persatuan yang berpengaruh ialah saya akan bersikap adil dalam membuat keputusan.Selain itu, saya juga akan berfikiran rasional dalam menjalankan aktiviti.Saya juga akan berpandangan jauh untuk perancangan masa hadapan.Tambahan pula,saya akan bersikap wibawa sebagai pemimpin persatuan.

 (ii) Novel kini kurang berpengaruh dalam menyampaikan mesej kepada rakyat kerana plot penceritaan novel sangat membosankan.Selain itu, novel juga hanya mengandungi tulisan sahaja, tidak mengandungi ilustrasi yang boleh menarik orang untuk minat membaca.      


No comments:

Post a Comment