Tuesday 18 February 2014

PERATURAN PEMARKAHAN UJIAN TOV TING 4

a)Senaraikan dua golongan dalam struktur sosial masyarakat tamadun Hwang Ho. (BT ms 30)
Susun lapis masyarakat   Tamadun Hwang Ho ialah lapisan pertama ialah raja, lapisan kedua ialah  golongan bangsawan,pembesar, dan pegawai kerajaan dan lapisan ketiga ialah , golongan petani, artisan ,pedagang dan lapisan  keempat ialah  hamba.                                                       Maxima 2

b) Dua contoh  kepercayaan Tamadun Hwang Ho ialah :)(BT ms 31)
a.  animisme
b. politeisme
c.penyembahan roh nenek moyang
d.Tuhan Syurga (Shang-ti)
e.Tuhan bumi (Tu)
f.penyembahan bukit, sungai dan gunung.
g.Upacara penyembahan melibatkan muzik, tarian dan upacara korban
h.Upacara penyembahan diketuai oleh bomoh         max 2)

c) Peranan kalendar dalam masyarakat tamadun Hwang Ho ialah   ( BT ms 33)
a.menentukan musim menanam dan musim menuai
b.menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkhawinan,perburuan ataupun pengkembumian                                                       max 2
d)Ciri negara kota Anyang ialah   (BT ms 29-30)
a.Terletak di tanah tinggi Sungai Huan
b. Di bandar terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran

c.Raja,golongan pembesar dan golongan agama tinggal di  kawasan bandar
d. Dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh
e.Dikelilingi perkampungan masyarakat petani

a.pemimpin amat prihatin terhadap pembangunan pertanian
b, terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian
c.mengelakkan belakunya banjir
d. pembangunan dalam sektor pertanian membawa kemajuan dalam  teknologi pembajakan
e. penciptaan cangkul dan sabit
f. penggunaan batas untuk tujuan penanaman
g. Alat pertanian daripada kayu digantikan daripada besi
(maxima 2 markah)


2          (a) Berikan tiga sumbangan penting tamadun Sumeria dalam bidang sains dan teknologi kepada peradaban dunia.  (BT ms 15-16)
i.      Perkembangan ilmu astronomi
ii.    Pencerapan pergerakan bulan,bintang dan matahari
iii.   Perkembangan ilmu  matematik  seperti mengira perpuluhan
iv.   Perkembanga n ilmu geometri
v.    Penguasaan astronomi membawa penggunaan jalan laut
vi.   Penciptaan kalendar berasaskan sistem solar 12 bulan setahun


-Penciptaan roda digunakan semasa aman dan tujuan peperangan
-Penciptaan roda  untuk kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus,
Meningkatkan hasil pertanian dan mengawal banjir
-Penciptaan alat pengangkutan seperti kapal layar dan pengangkutan beroda
(membolehkan  penguasaan jalan darat dan jalan laut)
-Penciptaan arca dan tiang batu  (Patung Raja Gudea dan ziggurat)
(max 2)

(b)       Nyatakan dua kegunaan sistem tulisan dalam kegiatan perdagangan.(ms 15)
-              Membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat dan direkodkan
-           Urusan jual beli disertakan dengan resit, nota dan surat kredit
(max 2)

(c)       Apakah sumbangan tamadun Sumeria dalam bidang perubatan (ms 15)
-           500 jenis ubat-ubatan  termasuk herba dan ramuan perubatan di katalog dan disampelkan penggunaannya
-           Cara mengubat penyakit  dengan menggunakan ubat-ubatan dicatat sebagai panduan kepada pengamal perubatan.
-           Mementingkan kesihatan anggota tenteranya

(max 2)

(d)       Namakan tiga tokoh yang berjasa kepada tamadun Sumeria (ms 14 dan 16)
-           Raja Sargon mewujudkan kerajaan Akkad iaitu empayar pertama di dunia
-           Ashurbanipal menubukan perpustakaan diraja di bandar Nineveh
-           Raja Hammurabi membina banyak negara kota ,menakluk Akkad,menjadi raja seluruh Mesopotamia dan mengubal Undang-Undang Hammurabi


No comments:

Post a Comment