Wednesday 17 February 2016

Soalan Esei Tingkatan 4

Bab 1 :  Kemunculan Tamadun Awal Manusia

 1. 
Sebelum terciptanya tulisan, manusia tamadun awal telah menggunakan pelbagai cara untuk menyimpan rekod.


 (a)
Jelaskan kepentingan tulisan pada ketika itu.


[ 8 Markah ]


 (b)
Bandingkan sistem tulisan hieroglif dalam tamadun Mesir Purba dengan tulisan ideogram bagi tamadun Hwang Ho.


[ 8 Markah ]


 (c)
Apakah sikap yang perlu ada pada kita hari ini untuk mengekalkan pencapaian yang telah kita kecapi?


[ 4 Markah ]

 2. 
Tamadun Mesir Purba berkembang antara tahun 10000 S.M hingga 5000 S.M.


 (a)
Jelaskan sistem pemerintahan tamadun Mesir Purba.


[ 8 Markah ]


 (b)
Terangkan sumbangan tamadun Mesir Purba dalam bidang sains dan teknologi.


[ 8 Markah ]


 (c)
Apakah yang perlu dilakukan oleh pemimpin kita untuk mencapai ketamadunan bangsa yang hebat seperti mana tamadun Mesir Purba?


[ 4 Markah ]

 3. 
 (a)
Jelaskan perkembangan pengkhususan dari segi pekerjaan masyarakat tamadun Mesopotamia.


[ 8 Markah ]


 (b)
Terangkan sistem pemerintahan dan kedudukan raja dalam tamadun Mesopotamia.


[ 8 Markah ]


 (c)
Pada pandangan anda, mengapakah seseorang raja pada masa dahulu cuba menguasai wilayah yang luas?


[ 4 Markah ]








 4. 
Tamadun Indus adalah tamadun yang terawal di India dan dikenali sebagai tamadun Harappa.


 (a)
Berdasarkan penyataan di atas, bagaimanakah tamadun ini terbentuk?


[ 8 Markah ]


 (b)
Huraikan keistimewaan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa dalam tamadun Indus.


[ 8 Markah ]


 (c)
Pada pendapat anda, apakah amalan sikap keterbukaan tamadun Indus uang patut dicontohi untuk memajukan negara kita.


[ 4 Markah ]

 5. 
 (a)
Terangkan proses pembentukan tamadun Hwang Ho.


[ 4 Markah ]


 (b)
Huraikan susun lapis masyarakat Dinasti Shang dalam tamadun Hwang Ho.


[ 4 Markah ]


 (c)
Jelaskan sistem pemerintahan Dinasti Shang dalam tamadun Hwang Ho.


[ 8 Markah ]


 (d)
Bagaimanakah anda memanfaatkan karya Sun Tzu, 'The Art of War' untuk menguatkan kecemerlangan diri?


[ 4 Markah ]



5 comments: