Wednesday 17 February 2016

sambungan Nota Bab 2 Ting 5

Gerakan Pan-Islamisme Sedunia memberi kesan terhadap kesedaran semangat
kebangsaan:
· Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman
yang lebih progresif terhadap Islam
· Bertujuan untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam
· Gerakan reformis oleh Syed Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar,
Mesir telah tersebar luas
· Dalam tulisannya, beliau memberikan kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang
menekankan kepentingan dunia dan akhirat
· Islam juga mendorong umatnya menuju kejayaan
· Tulisannya disebarkan dalam majalah al-Manar
· Gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama

Kesedaran Politik Serantau:
· Indonesia yang rapat dengan Tanah Melayu(geografi) dan budaya telah mempengaruhi
gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
· Kesedaran politik dan pendidikan Indonesia yang lebih matang telah melahirkan ramai
golongan intelektual
· Penulis yang hebat telah menghasilkan karya yang menjadi bacaan masyarakat di Tanah
Melayu
· Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan telah tersebar luas dan
dihayati oleh penduduk tempatan
· Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur kegiatan
nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu





GERAKAN ISLAH DI TANAH MELAYU

Maksud Gerakan Islah:
· Gerakan Islah adalah satu gerakan pemulihan yang berusaha membetulkan pandangan
masyarakat Melayu terhadap Islam.
· Ia bertujuan untuk memajukan umat Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan Hadis.
· dipimpin oleh Kaum Muda setelah tamat belajar di Universiti al-Azhar di Mesir

Tokoh-tokoh /pelopor:
· Sheikh Tahir Jalaludin
· Syed Syeikh al-Hadi
· Dr. Burhanuddin al-Helmy

Matlamat / tujuan / isu:
· menyampaikan idea mereka demi kemajuan umat Islam selaras dengan kemajuan dunia
pada waktu itu.
· Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.
· Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Melayu
· Mengkritik raja yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.
· Mengkritik pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.

Akhbar/ Majalah:
· Al-Imam
· Neracha
· Edaran Zaman
· Pengasuh
· Saudara

Tokoh-tokoh:
Sheikh Tahir Jalaluddin:
· Tokoh gerakan Kaum Muda.
· merupakan seorang tokoh yang menjadi pendukung kepada akhbar al-Imam
· menulis dalam majalah al-Manar.

Syed Syeikh al-Hadi:
· tokoh gerakan Kaum Muda
· menubuhkan Jelutung Press
· menerbitkan majalah Saudara.
· mendirikan madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang
· mengarang Novel Hikayat Faridah Hanum.


No comments:

Post a Comment