Wednesday 17 February 2016

Jawapan Esei Tingkatan 4 Bab 2 (sambungan No.5)

5) (a)   Jelaskan tentang kelahiran dan sumbangan ahli-ahli falsafah dalam                 tamadun Yunani.

            Herodotus
·         menghasilkan karya, History of Persian War
·         dikenali sebagai Bapa Sejarah

Thucydides
·         Dianggap sebagai pengasas sejarah saintifik
·         Menulis karya History of the Peloponnesian War
·         Menggunakan pendekatan penulisan sejarah yang berteraskan penyelidikan

            Socrotes
·         Bapa falsafah Barat
·         Pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab
·         Berusaha mencari unsur-unsur dalam kehidupan dan masyarakat bahagia
·         Dihukum bunuh dengan cara meminum racun

            Plato
·         Karyanya Republic, membincangkan bahawa sesebuah masyarakat dan negara paling baik diperintah oleh ilmuwan dan ahli falsafah
·         Menyedarkan masyarakat tentang perkara asas dalam falsafah Socrates
·         Mengasaskan akademik falsafah di Athens yang kekal selama 1000.

            Aristotle
·         Mendalami bidang sains dan falsafah
·         Hasil penerbitan mengandungi ilmu logik, metafizik, etika. politik, fizik, sains
      tabii, astronomi dan geologi
·         Falsafah beliau adalah untuk membaiki dunia
·         Guru kepada Alexander.
[8 markah]


    ( b ) Bincangkan perkembangan seni bina dalam tamadun Rom.

·         Seni bina tamadun Rom ialah Aqueduct
·         Merupakan saluran air
·         Membawa bekalan  air dari gunung
·         Aqueduct paling panjang ialah di Marcia
·         Air disalurkan melalui saliuran dalam tanah dan saluran dalam pintu  
      gerbang (arches)
·         Teknologi aqueduct berasaskan sistem graviti
·         Seni bina Pantheon
·         Binaan berbentuk kubah yang terbesar di dunia
·         Berfungsi sebagai tempat memuja dan menyimpan patung dewa
·         Tempat menjalankan kerja awam
·         Seni bina Colloseum
·         Pembinaan dimulakan pada tahun 70-an Masihi
·         Selesai dibina oleh Maharaja Flavian
·         Berbentuk kubah
·         Boleh memuatkan 50000 – 80000 penonton
·         Berfungsi sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan sebagai teater

[8 markah]

    ( c ) Mengapakah kita perlu mempunyai falsafah hidup
·         Panduan untuk mencapai matlamat
·         Mendisiplinkan diri
·         Ciri-ciri hidup yang berprinsip
·         Menjadi pegangan hidup
·         Menunjukkan kematangan berfikir
·         Tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain
[ 4 markah]













No comments:

Post a Comment