Wednesday 17 February 2016

Jawapan Esei Tingkatan 4 Bab 1 (no1-3)

CADANGAN JAWAPAN
1) (a)   Jelaskan kepentingan tulisan pada ketika itu.                                    
           
·         Merangsang kepada perkembangan pendidikan
·         Merekodkan semua urusan pentadbiran
·         Menyertakan resit, nota dan surat kredit dalam urusan perniagaan
·         Kelahiran tradisi kesusasteraan
·         Merakam sejarah kegemilangan dan keagungan sebuah tamadun
·         Sumber sejarah yang amat berharga
·         Penilikan nasib seperti tulisan ideogram
·         Menulis titah perintah raja dan undang-undang
·         Asas kepada perkembangan ilmu pengetahuan
[8 markah ]

(b)       Bandingkan sistem tulisan hieroglif dalam tamadun Mesir Purba dengan tulisan ideogram bagi tamadun Hwang Ho.

            Hieroglif
·         berasaskan kombinasi gambar dan simbol
·         berdasarkan bunyi
·         Merekodkan segala aktiviti pertanian,
·         percukaian
·         Tujuan keagamaan,
·         amalan-amalan ritual dan kepercayaan

            Ideogram
·         kemunculan tulisan ini berdasarkan penilikan tulang oracle
·         berbentuk simbol
·         tulisan asalnya mempunyai gambar
·         seperti kanak-kanak/matahari/sungai
·         berubah menjadi bentuk kompleks pada hari ini
·         berfungsi untuk penilikan nasib
·         berdasarkan rekahan-rekahan yang terdapat pada tulang oracle
            [8 markah ]
(c)        Sikap untuk kekalkan pencapaian yang dicapai

·         Bersikap cekal
·         Bertindak secara inovatif
·         Pentingkan kedamaian
·         Gigih berusaha
·         Tidak mudah menyerah kalah
·         Tidak melarikan diri jika ada masalah
·         Berusaha meningkatkan teknologi yang telah sedia ada
·         Mengamalkan sikap keterbukaan dalam perhubungan
·         Memahirkan lagi dalam bidang sains dan teknologi
            [8 markah ]

2) Tamadun Mesir Purba berkembang antara tahun 10000 S.M hingga 5000  S.M
(a)          Jelaskan sistem pemerintahan Tamadun Mesir Purba.

  • Sistem pemerintahan Mesir Purba diterajui oleh raja iatu Firaun
·         Dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus dan mengagihkan penghasilan makanan dalam negara
·         Golongan bangsawan  merupakan pembesar yang terdiri daripada pegawai, penasihat dan juga gabenor yang mentadbir wilayah yang ditakluki
·         Para rahib dipertanggungjawabkan mentadbir hal keagamaan
·         Urusan pentadbiran turut dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam yang telah dilantik untuk menulis segala rekod kerajaan
·         Tamadun Mesir Purba juga telah mengiktiraf wanita sebagai pemimpin
·         Pada Zaman Empayar, seorang wanita telah dilantik menjadi Firaun iaitu Firaun Hatshepsut
·         Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur
·         Ini menunjukkan wanita mampu memerintah dan memiliki status yang tinggi

 ( 8 markah )

(b)          Terangkan sumbangan tamadun Mesir Purba dalam bidang sains dan
teknologi.

·         Seni bina piramid yang bermula daripada ilmu Imhotep seorang saintis, ahli fizik, arkitek dan penasihat penting kepada Firaun Djoser
·         Memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu-bata
·         Mencipta kertas daripada pokok papyrus
·         Rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisan hieroglif
·         Kemajuan ilmu perubatan  telah melahirkan pengamal perubatan
·         Mencipta ubat bagi proses memumiakan mayat
·         Tahap keilmuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan
·         Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri
·         dan astronomi digunakan untuk mengawal banjir Sungai Nil
·         Mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan padang pasir kepada tanah pertanian yang subur
·         Memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun
 ( 8 markah )

(c)       usaha untuk mencapai ketamadunan yang hebat

·         Merancang dasar pendidikan yang sempurna untuk semua golongan rakyat
·         Membina lebih banyak universiti untuk menampung bilangan pelajar yang semakin ramai
·         Menterjemahkan karya-karya asing ke dalam bahasa Melayu untuk membolehkan semua rakyat dapat belajar ilmu tersebut
·         Mewujudkan keamanan di dalam negara
·         Menjalankan penyelidikan dalam pelbagai bidang
·         Menghantar pelajar yang cemerlang keluar negara untuk menimba ilmu pengetahuan terutama dalam bidang sains dan teknologi
( 4 markah )

3.    a) Pengkhususan pekerjaan masyarakat tamadun Mesopotamia

·         wujudnya lebihan hasil pertanian.
·         meninggalkan pekerjaan sebagai petani
·         menjadi peniaga,pedagang dan artisan
·         perdagangan dikendalikan dengan wilayah di sekitar Mesopotamia
·         dan dengan kawasan Lembah Indus.
·         perdagangan amat penting bagi Mesopotamia
·         lembah ini tidak menghasilkan banyak bahan mentah
·         barangan seperti logam, kayu-kayan, emas dan perak dibawa masuk
·         ditukar dengan hasil pertanian yang dikeluarkan oleh lembah ini.
·         terdapat pengusaha atau pembuat tekstil, barang tembikar dan alat
      keperluanharian
·         menjadi tukang rumah kerana pertambahan penduduk.
·         terdapat sebilangan anggota masyarakat yang menjadi tentera.

                                                                                                          ( 8 markah )

(b)  Kedudukan raja dalam pemerintahan tamadun Mesopotamia

  • sistem pemerintahan beraja berbentuk teokrasi.
  • raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan atau pemilik tanah.
  • Masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja mereka sebagai tuhan kecuali pemerintah raja Naramsin.
  • “Raja Empat Penjuru Alam”
  • Raja menjadi ketua pentadbir
  • Raja menjadi ketua tentera
  • Raja menjadi ketua pendeta.
  • ahli keluarga diraja memegang jawatan di zigurat serta tentukan bentuk
pentadbiran.
  • amat berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian dan perniagaan
  • Dibantu para pegawai yang terdiri dari golongan bangsawan dan mempunyai  ikatan keluarga diraja.
                                                                                                           (8 markah )

(c)  sebab raja dahulu menguasai kawasan yang luas

  • Menguasai hasil ekonomi wilayah berkenanan
  • Menyebarkan kebudayaan penjajah
  • Menyebarkan agama
  • Menjadi benteng pertahanan
  • Menunjukkan kekuatan ketenteraan
  • Menjadi kebangaan negara

                                                                                                           (4 markah )

No comments:

Post a Comment