Wednesday 17 February 2016

Sambungan Jawapan Esei Bab 1 Ting 4 (no.4)

4) (a)   Berdasarkan penyataan di atas, bagaimanakah tamadun ini terbentuk?

·         Penduduk nomad membentuk petempatan kekal di  sepanjang Sungai  Indus
·         Kesuburan tanah
·         sumber air
·         membentuk masyarakat pertanian yang bercucuk tanam
·         menternak binatang
·         Berjaya menyesuaikan diri dengan alam sekeliling
·         membawa kepada  pertambahan jumlah penduduk
·         Penempatan kekal membentuk satu sistem perancangan bandar yang teratur

[ 8 markah ]

( b ) Huraikan keistimewaan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa dalam tamadun      
        Indus.
  • Bandar terbahagi kepada dua bahagian
·         bahagian utama merupakan pusat keagamaan dan pentadbiran,
·         tempat mandi awam digunakan untuk upacara ritual
·         tempat penyimpanan hasil pertanian
·         Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan
·         Dikelilingi oleh tembok-tembok
·         Bandar disusun atur dengan begitu rapi
·         berasaskan blok-blok berbentuk  segi empat
·         Sistem kumbahan yang terancang
·         Bandar dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan
·         Menggunakan batu-bata daripada tanah liat
·         yang melalui proses pembakaran dengan suhu yang tinggi untuk membina rumah
·         Pengetahuan mendalam dari aspek geometri,
·         matematik
·         kesenian
 ( 8 markah ]

c) Amalan sikap keterbukaan tamadun Indus uang patut dicontohi untuk  
    memajukan negara kita.

·         Menjalin hubungan antarabangsa seperti Mesir Purba dan Mesopotamia.
·         Menjalin hubungan dagangan
·         Pertukaran teknologi dan ilmu
·         Pengaruh luar disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan
·         Menerima pandangan dan pendapat pihak lain
·         Membentuk masyarakat bersatu-padu
·         Menjamin keamanan dan keselamatan
·         Melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif

(  4 markah ]

5) (a).      Proses pembentukan tamadun Hwang Ho. 
                           
·         Lembah Hwang Ho yang subur
·         Menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina petempatan
·         Tapak Banpo berhampiran Bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho
·         Penduduk menjalankan aktiviti pertanian, penternakaan, mengumpul hasil hutan dan memburu
·         Perkembangan petempatan awal mewujudkan beberapa buah bandar
·         Antaranya Anyang yang menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang
·         Semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze
 (4 Markah)

(b)     Susun lapis masyarakat Dinasti Shang dalam tamadun Hwang Ho.
 
·         Raja menduduki lapisan teratas
·         Diikuti golongan pembesar
·         Golongan petani membentuk sebahagian besar penduduk
·         Mereka mendiami kawasan di luar negara kota ini.
·         Golongan artisan memiliki kemahiran menguasai teknologi gangsa
·         Digunakan untuk menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda
·         Kereta kuda digunakan oleh tentera serta peralatan untuk upacara keagamaan
·         Golongan pembesar mampu memiliki tentera dan senjata gangsa
·         Mereka menggunakan keistimewaan mereka ini untuk menundukkan golongan bawahan
·         Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba

  (4 Markah)

 (c)       Sistem pemerintahan Dinasti Shang dalam tamadun Hwang Ho.

·         Sistem pemerintahan Dinasti Shang berbentuk pemerintahan beraja
·         Pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja
·         Raja-raja berkuasa ke atas pusat pentadbiran
·         Raja mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial dan agama
·         Mengikut kepercayaan masyarakat kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan
·         Raja-raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama
·         Raja dibantu oleh golongan bangsawan
·         Mereka dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya
·         Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem dalam tugas pentadbirannya
·         Seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang.
·         Kezaliman Raja Shang menunjukkan raja kehilangan mandat
·         Golongan hamba menyingkirkan Dinasti Shang untuk digantikan dengan Dinasti Chou.
( 8 markah)

       ( d ) Memanfaatkan karya Sun Tzu, 'The Art of War' untuk menguatkan
               kecemerlangan diri

·         Strategi menangani musuh
·         Taktik dalam urusan perniagaan
·         Taktik dalam menghadapi peperiksaan
·         Menjadi seorang yang tabah dan tegas
·         Membentuk disiplin diri
·         Memupuk semangat juang
·         Memupuk daya saing
·         Semangat cinta akan diri
·         Berani menghadapi cabaran

(4 markah)








No comments:

Post a Comment