Wednesday 17 February 2016

Nota Bab 2 Tingkatan 5

BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA

PERANG DUNIA KEDUA


a) Faktor-faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia
Kedua.
Pengenalan Sistem politik Barat dan memusnahkan sistem politik tempatan :
· British meletakkan seorang Residen
· Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
· Pembesar diberikan pencen
· Pembesar digantikan dengan oleh pegawai British
· Kesannya perubahan ini menjatuhkan maruah orang tempatan /mencabar sistem
tempatan/amalan tradisi
· Keadaan ini telah membangkitkan kebencian penduduk terhadap British

Perkembangan sistem pendidikan :
· Melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsa
· Menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British
· Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan
bangsa Melayu
· Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan

Dasar British dalam sistem pentadbiran:
· Menggalakkan sesiapa sahaja datang ke Tanah Melayu
· Untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu
· Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini
· Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah
Melayu
· Ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan
· Orang asing menguasai bidang perlombongan, perladangan getah dan perniagaan.
· Orang Melayu kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British
· British membuka bandar baru sebagai pusat pentadbiran
· Orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan
· Kemajuan ekonomi seperti perniagaan/prasarana / elektrik / perkhidmatan
pos/telefon/sekolah/hospital
· Telah meningkatkan taraf hidup di bandar
· Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar
dengan imigran lain di bandar
· Dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu
· Golongan intelek Melayu menjadikannya sebagai isu gerakan nasionalisme


Pendudukan Jepun menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme.
· konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara negara Asia
· Untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan dalam
kalangan negara tersebut
· Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama/berjanji untuk memerdekakan Tanah
Melayu
· Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan/ubat-ubatan /kekejaman pentadbiran
Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan oleh kuasa Barat
atau Timur
· Semua penjajah tetap zalim/menekan kehidupan orang tempatan
· Kesannya, apabila British memperkenalkan Malayan Union tahun 1946, orang Melayu
menentang
· Mereka tidak mahu dijajah oleh sesiapa pun
Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari tahun 1945 membangkitkan semangat
menentang penjajah:
· PKM menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam
· Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap penyokong Jepun
· Gerakan ini mencetuskan konflik perkauman
· Banyak orang Melayu terbunuh/rumah dibakar oleh anggota PKM
· Dibalas oleh orang Melayu di Perak/Johor Sembilan/Pahang

Kemunculan mesin cetak:
· Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan
· Mendorong kepada penentangan terhadap British
· Melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain, idea menentang penjajah dapat disebarkan


No comments:

Post a Comment