Thursday 21 November 2013

sambungan Latihan Objektif KRT SEJ TING 5

21 Antara berikut, yang manakah faktor luaran yang memberi inspirasi 
       kepada golongan nasionalis negara Asia Tenggara?
              I Jepun berjaya menewaskan China pada tahun 1895
            II Kekalahan Sepanyol ke tangan Amerika Syarikat
           III Jepun menewaskan Rusia pada tahun 1905
           IV Perjuangan Mahatma Gandhi di India
A   I, II dan III
B   I, II dan IV
C   I, III dan IV
D   II, III dan IV

    22   Mengapakah gerakan nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara lebih radikal?
A   Penjajah mula menghapuskan bangsa dan negara jajahan
B   Nasionalisme tahap pertama yang lebih sederhana sifatnya gagal
C   Usaha menuntut kemerdekaan dipengaruhi perjuangan pemimpin tertentu
D   Nasionalisme tahap pertama hanya tertumpu kepada usaha menuntut kemerdekaan

    23  * Menubuhkan Liga Filipina
         * Menuntut Filipina menjadi wilayah Sepanyol
Tokoh di atas merupakan pejuang nasionalis Filipina yang
 menghadapi penjajahan Sepanyol.   X ialah
A   Emilio Aguinaldo
B   Andres Bonifacio
C   Sergio Osmeno
D   Jose Rizal

    24   Apakah persamaan perjuangan nasionalisme Raden Adjeng Kartini 
           dan Pertubuhan Muhammadiyah?
A   Membela nasib kaum wanita
B   Menegakkan Islam yang sebenar
C   Menerapkan idea moden dan sekular
D   Memberi tumpuan isu-isu pendidikan

    25   Mengapakah gerakan nasionalisme di Vietnam mengalami kegagalan?
A   Pemimpin tempatan sering bertelagah
B   Ancaman daripada Parti Komunis Vietnam
C   Terdapat parti politik yang menyebelahi Perancis
D   Tindakan tegas terhadap pejuang nasionalis oleh Perancis

    26   Antara yang berikut, pilih tokoh nasionalis IndoChina yang bersifat radikal.
              I Maharaja Bao Dai
            II Nguyen Thai Hoc
           III Phan Boi Chau
           IV Ho Chin Minh
A   I, II dan III
B   I, II dan IV
C   I, III dan IV
D   II, III dan IV

    27  
Siam tidak pernah dijajah oleh kuasa asing. Oleh itu gerakan semangat nasionalisme
 di Siam bukanlah kerana penentangan penjajahan.
 Apakah faktor yang menyebabkan para nasionalis Siam menentang?
              I Raja berkuasa mutlak
            II Pemimpin berhaluan kiri
           III Cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat
           IV Pedagang Cina yang menguasai perniagaan
A   I, II dan III
B   I, II dan IV
C   I, III dan IV
D   II, III dan IV

    28   Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan gerakan nasionalisme
            tahap kedua di  Indonesia?
A   Pemimpin nasionalis lebih bersifat terbuka
B   Ingin merdeka sekalipun dengan kekerasan
C   Perjuangan mereka gagal mempengaruhi rakyat
D   Bekerjasama erat dengan Belanda dalam merancang kemerdekaan

    29   Apakah tindakan yang diambil oleh British untuk mengukuhkan 
          kedudukan politik di Tanah Melayu?
A   Memaksa mereka menjadi jajahan takluk
B   Memberi pencen kepada pemimpin tempatan
C   Mengikat penduduk dengan pelbagai peraturan
D   Mengadakan kerjasama dengan pemimpin daerah

    30   Apakah tujuan dasar penaklukan British di daerah dan
      negeri seperti di Naning, Terengganu, Sarawak dan Sabah?
A   Untuk memaksa rakyat menentang raja
B   Untuk mengukuhkan kedudukan politik British
C   Untuk menunjukkan kehebatan sistem politik British
D   Untuk melonggarkan perintah dan peraturan tempatan

    31   Bagaimanakah eksploitasi terhadap ekonomi tempatan yang 
          dilakukan oleh British di Tanah Melayu?
A   Perjanjian dengan pemimpin tempatan membawa masuk saudagar luar
B   Ambil alih penguasaan pemerintah tempatan dalam perdagangan
C   Usahasama dengan pemimpin tempatan dalam perlombongan
D   Melalui rampasan dan paksaan

    32   Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh apabila British 
     menjajah kawasan mereka sehingga mereka kehilangan kuasa untuk mentadbir
              I negara
            II jajahan
           III kawasan
           IV anak buah
A   I dan II
B   II dan III
C   III dan IV
D   I dan IV

    33   Mengapakah Rentap terpaksa berundur ke Bukit Sadok setelah
         berjaya menewaskan James Brooke di Kubu Nanga Skrang?
A   Mendapat sokongan penduduk tempatan
B   Untuk menyusun semula angkatan tentera
C   Tempat strategik untuk melancarkan serangan
D   Kampung halaman mereka dibakar oleh musuh

    34   Apakah faktor penentangan Mat Salleh terhadap Syarikat Borneo
           Utara British (SBUB) di Sabah?
              I SBUB memenjara dan mendera Mat Salleh
            II SBUB menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh
           III SBUB melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu
           IV SBUB tidak melayan keinginan Mat Salleh untuk berbincang
A   I, II dan III
B   I, II dan IV
C   I, III dan IV
D   II, III dan IV

    35   Pada tahun 1895, tekanan British terhadap pejuang tempatan 
       di Pahang semakin hebat. Apakah langkah yang diambil oleh pejuang
        tempatan bagi menghadapi tekanan ini?
A   Mat Kilau menyerah diri
B   Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan
C   Tok Gajah menghentikan perjuangan dan lari ke Siam
D   Semua pejuang Pahang bersatu tenaga menyerang British

    36   Mengapakah Kuala Berang dapat ditawan dengan mudah 
          oleh British di Terengganu?
A   Memiliki senjata perang yang moden
B   Penghantaran tentera tambahan dari Singapura
C   Menggunakan cara rundingan dengan pemimpin tempatan
D   Menghantar pembesar dengan menggunakan kuasa dan nama sultan

    37   Penjajah British memperkenalkan sistem politik Barat di negara kita.
           Apakah kesan tindakan British ini?
              I Memusnahkan sistem politik tradisional
            II Peranan pembesar tempatan digantikan oleh pegawai British
           III Mencabar sistem tradisional dan menjatuhkan maruah bangsa
           IV Menunjukkan sistem Barat lebih baik berbanding sistem tempatan
A   I, II dan III
B   I, II dan IV
C   I, III dan IV
D   II, III dan V

    38   Setelah British mentadbir Tanah Melayu, pembesar tempatan diberi
A   jawatan pembantu pegawai
B   imbuhan berbentuk pencen
C   gelaran tertinggi tempatan
D   tempat tinggal percuma

    39 *Mengalakkan sesiapa sahaja datang melabur,berniaga
           berdagang dan belajar di Tanah Melayu  

   Berdasarkan rajah di atas, apakah kesan-kesan dasar British tersebut 
   ke atas aktiviti ekonomi penduduk asal Tanah Melayu?
              I Kampung-kampung tradisional diambil alih untuk dimajukan
            II Mereka terus menjalankan ekonomi tradisional seperti pertanian
           III Pertanian padi yang diusahakan oleh mereka tidak dimajukan oleh British
           IV Jurang taraf hidup antara penduduk tempatan di luar bandar dengan
               imigran di bandar amat besar
A   I, II dan III
B   I, II dan IV
C   I, III dan IV
D   II, III dan IV

    40   Mengapakah penduduk tempatan menentang pemerintahan Jepun 
         di Tanah Melayu pada tahun 1941?
A   Sikap Jepun yang mungkir janji dalam memberi kemerdekaan
B   Kesengsaraan kehidupan rakyat untuk mendapat makanan
C   Menyekat rakyat daripada penghijrahan ke negara jiran

D   Memberi layanan istimewa kepada golongan imigran

No comments:

Post a Comment