Thursday 21 November 2013

KERJA RUMAH TERANCANG TINGKATAN 4 2013 =TING 5 2014


Pesanan Kerja Buat Anak Didikku Sayang.........
Walaupun Anaknda Bercuti.. Kerja sekolah tetap ada 
agar ingatan tidak luput......

(BUKU NOTA BARU TINGKATAN 5 )
SELANG 4 muka  surat  baru buat Nota

1. Arahan  : Membuat Nota Peta minda Bab 1 - Bab 3 Bagi tingkatan 5
2. Rujuk sukatan atau Rancangan Pengajaran Tahunan Tingkatan 5
3.Boleh merujuk mana-mana sumber
4.Cetak pengesahan Kerjarumah dalam blog sekolah
5.Jawab soalan  objektif dalam blog ini dengan menulis
   jawapan pilihan anda A/B/C atau D

1   Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15, apabila kuasa-kuasa Barat
    menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia.
    Menurut pengetahuan sejarah anda, apakah imperialisme?
A   Dasar menguasai sumber ekonomi
B   Dasar meluaskan pengaruh dan wilayah
C   Tindakan mengembangkan pengaruh agama
D   Tindakan untuk mengembangkan idea ke negara lain


  2  Apakah tujuan awal kuasa imperialis di atas menguasai Asia Tenggara?
A   Meluaskan tanah jajahan
B   Menyebarkan agama Kristian
C   Memperoleh kawasan pasaran
D   Menguasai perdagangan rempah

 3   Mengapakah imperialis Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan 
      tanah jajahan di Asia Tenggara?
A   Melambangkan kekuatan dan kekayaan negara
B   Galakan daripada pemerintah dan raja di Eropah
C   Menghapuskan monopoli negara China dan India
D   Saingan dengan pedagang-pedagang Arab dan India

4   Buktikan kepentingan pengenalan kapal berkuasa wap dari segi kemajuan 
       ekonomi kuasa Barat.
             I Membawa muatan barang dagangan dengan banyak
            II Mempercepatkan perjalanan ke Timur
           III Memendekkan perjalanan ke Timur
           IV Menjimatkan kos dan lebih selamat
A   I, II dan III
B   I, II dan IV
C   I, III dan IV
D   II, III dan IV

  5   Slogan beban orang putih digunakan oleh kuasa British dan Belanda
      dalam menjalankan imperialisme. Apakah maksud beban orang putih?
A   Bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan 
       yang lebih sejahtera
B   Bertanggungjawab untuk memodenkan kehidupan
C   Bertanggungjawab untuk menyebarkan tamadun
D   Bertanggungjawab untuk menyebarkan agama

  6   Mengapakah kuasa Barat yang berjaya menguasai Asia Tenggara
        ingin menggantikan sistem pemerintahan beraja tempatan?
A   Ingin memantapkan sistem politik tempatan
B   Ingin menjajah semua negara Asia Tenggara
C   Ingin memperkenalkan sistem birokrasi Barat
D   Ingin bekerjasama dari segi politik dan ekonomi

 7   Manakah antara berikut adalah berkenaan dengan Sistem Birokrasi 
       Barat di Asia Tenggara?
              I Gabenor Jeneral menjadi ketua pentadbir di tanah jajahan
            II Undang-undang Barat bercampur aduk dengan adat resam tempatan
           III Kerajaan pusat dibentuk melalui penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan
           IV Pegawai Barat menjadi ketua biro dan berkongsi kuasa dengan pembesar tempatan
A   I dan II 
B   II dan III
C   III dan IV
D   I dan IV

      8  
*  Negara ini terdiri daripada barangay dan diperintah oleh datu
   Manakah antara berikut sesuai dengan pernyataan di atas?
A   Sistem pentadbiran sebelum penjajahan di Indonesia
B   Sistem pentadbiran sebelum penjajahan di Vietnam
C   Sistem pentadbiran sebelum penjajahan di Filipina
D   Sistem pentadbiran sebelum penjajahan di Burma

   9   Apakah tujuan Belanda menubuhkan Volksraad di Indonesia?
A   Penasihat pentadbiran Belanda
B   Langkah ke arah kemerdekaan
C   Pembahagian kuasa pemerintah tempatan
D   Usaha menghapuskan golongan nasionalis

 10  
  Antara berikut, yang manakah tugas Raja Burma sebelum penjajahan British?
              I Penaung kepada sami Buddha
            II Mengetuai Persatuan Belia Buddha
           III Menjadi penasihat angkatan tentera
           IV Pentadbiran dibantu oleh Majlis Diraja Tentera
A   I dan II
B   II dan III
C   III dan IV
D   I dan IV

 11  
Manakah antara berikut merupakan perubahan dalam sistem 
 pentadbiran yang dilakukan oleh British selepas menakluki Burma?
              I Pesuruhjaya Tinggi British telah menjadi pemerintah tertinggi Burma
            II Pentadbiran daerah telah diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran)
           III Beberapa jabatan ditubuhkan seperti Jabatan Perhutanan, Kesihatan dan Pelajaran
           IV Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889
                melindungi pentadbiran tradisional
A   I, II dan III
B   I, II dan IV
C   I, III dan IV
D   II, III dan IV

    12   Nyatakan syarat untuk pelantikan golongan Mandarin di IndoChina.
A   Lulus ujian bahasa dan kesusasteraan China
B   Memiliki sifat berani dan bertanggungjawab
C   Mahir dalam selok-belok keagamaan dan adat
D   Terdiri daripada kerabat diraja dan bangsawan

    13   Apakah sistem pentadbiran kerajaan Melaka yang menjadi ikutan 
          kebanyakan negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan Portugis?
A   Empat Pembesar Pusat
B   Negeri Jajahan Naungan
C   Pembesar Empat Lipatan
D   Pentadbiran Daerah dan Jajahan

    14   British memperkenalkan Sistem Residen dan Sistem Penasihat
        di negeri-negeri Melayu. Residen dan penasihat British diletakkan di bawah
A   Raja-Raja Melayu
B   Pesuruhjaya Tinggi British
C   Gabenor Negeri-Negeri Selat
D   Pejabat Tanah Jajahan London

    15   Apakah dasar penjajahan Barat yang menimbulkan kemarahan 
           penduduk tempatan di Asia Tenggara?
              I Memecahkan perpaduan dalam kalangan orang tempatan
            II Membawa masuk imigran untuk menguasai ekonomi
           III Menjalankan kerahan tenaga di ladang milik penjajah
           IV Menubuhkan sekolah aliran penjajah di luar bandar
A   I, II dan III
B   I, II dan IV
C   I, III dan IV
D   II, III dan IV

    16   Mengapakah penduduk Filipina yang beragama Kristian
           menentang penjajah Sepanyol?
A   Kekurangan gereja untuk beribadat
B   Mungkir janji untuk memberi kemerdekaan
C   Mubaligh Kristian melakukan penyelewengan
D   Beranggapan penganut tempatan adalah kelas rendah

    17   Apakah kesan pengalaman yang diterima oleh golongan pelajar 
        Asia Tenggara yang melanjutkan pelajaran di Barat atau Asia Barat?
A   Mereka mahu menjajah menggunakan sistem pentadbiran negara jajahan
B   Mereka memohon subsidi dan elaun taraf hidup penduduk tempatan
C   Mereka meminta penjajah membebaskan negara mereka
D   Mereka mahu penjajah mentadbir negara mereka sendiri

    18  * Pengangkutan -Jalan raya
          *Perhubungan -Telefon

   Berdasarkan maklumat di atas, apakah kesan perkembangan
  infrastruktur ke atas perkembangan nasionalisme?
A   Membincangkan idea nasionalisme
B   Memudahkan rakyat dan pemimpin
C   Menghubungkan pelbagai kaum di kawasan terpisah
D   Menyekat perkembangan nasionalisme di kawasan pedalaman

    19  *Indonesia-Sistem Tanaman Paksa
         * Filipina-Sistem Polo

 Pelaksanaan sistem di atas oleh penjajah mempunyai satu persamaan.
 Apakah persamaan tersebut?
A   Kemasukan ramai imigran
B   Menindas penduduk peribumi
C   Menggunakan kaedah tradisional
D   Penjajah memonopoli hasil keluaran pertanian

    20  *Vietnam - Tribune Indegene
          *Tanah Melayu -Al-Ikhwan
        
 Penjajah menganggap media massa di atas mengancam politik mereka.
 Sikap ini bertentangan dengan amalan di negara mereka sendiri. 
   Apakah amalan tersebut?
A   Diskriminasi kaum
B   Hak asasi manusia
C   Kebebasan akhbar

D   Humanisme

No comments:

Post a Comment