Wednesday 17 August 2016

Iktibar Pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin (KBAT ) Bab 6 Ting 4

    Kemajuan Sosial, Ekonomi Dan Perluasan Kawasan
20.10.1.                      Kemajuan Sosial
20.10.1.1.    Penduduk: terdapat 3 golongan
20.10.1.1.1.          masyarakat Islam di Semenanjung tanah Arab yang memeluk Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w.
20.10.1.1.2.          masyarakat Islam yang berada di luar tanah Arab
20.10.1.1.3.          golongan kafir zimmi
20.10.1.2.    Pendidikan
20.10.1.2.1.          para khalifah amat ambil berat hal ehwal pendidikan rakyat
20.10.1.2.2.          selain memberi bantuan pembelajaran, mereka melantik tenaga pengajar
20.10.1.3.    Kebajikan Sosial
20.10.1.3.1.          kebajikan Islam dan kafir dipelihara
20.10.1.3.2.          1 pasukan khas ditubuh untuk jaga keselamatan negara
20.10.1.3.3.          pelbagai kemudahan disedia untuk kesenangan rakyat

20.10.2.                      Kemajuan Ekonomi
20.10.2.1.    bermula zaman khalifah Umar hingga awal pemerintahan Usman kesan daripada perluasan kuasa
20.10.2.2.    negara memiliki banyak kawasan pertanian dan sumber ekonomi yang mantap
20.10.2.3.    pengurusan Baitulmal dikemaskinikan
20.10.2.4.    undang-undang tanah negara diperkenal

20.10.3.                      Perluasan Kawasan
20.10.3.1.    wilayah Islam semakin uas kesan kejayaan tentera Islam
20.10.3.2.    pengaruh dan wilayah Islam semakin tersebar

20.11.                Kesan Positif Kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin
20.11.1.                      corak pemerintahan: pemimpin negara merupakan ketua agama yang mendaulatkan Islam
20.11.2.                      sifat kepimpinan: pemimpin dipilih daripada mereka yang berakhlak dan berwawasan
20.11.3.                      pertahanan: pertahanan diberi keutamaan bagi memastikan negara bebas daripada serangan luar
20.11.4.                      Ekonomi: dasar ekonomi digubal secara adil
20.11.5.                      Sosial: ilmu pengetahuan diberikan perhatian yang penting sama ada ilmu akli ataupun nakli. Rakyat dilayan sama rata.

20.12.                Akibat Membelakangkan Kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin
20.12.1.                      ketua negara Islam selepas Khulafa Ar-Rasyidin dilantik secara warisan
20.12.2.                      negara Islam terdedah kepada fitnah dan peperangan sesama sendiri
20.12.3.                      orang munafik berpeluang memecah belah umat
20.12.4.                      timbul perpecahan aliran akidah seperti ahli sunnah dan syiah

20.13.                Iktibar Daripada Sejarah Pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin
Aspek akidah
·        kehidupan berpandukan akidah yang benar
·        berpegang teguh kepada Islam
·        berusaha meningkatkan tahap keimanan kepada Allah
·        mementingkan ilmu pengetahuan
Aspek syariat
·        hidup berlandaskan syariat Islam
·        sanggup berjihad dan mengorbankan nyawa dan harta demi memperoleh keredaan Allah
·        membangunkan ekonomi untuk perluasan dakwah dan kemajuan negara
·        semua lapisan mendapat perhatian
Aspek akhlak
·        digelar Qudwatun Hasanah kerana merealisasikan tuntutan al-Quran melalui perkataan dan perbuatan dalam kehidupan seharian
·        rakyat diberi kebebasan untuk amal agama masing-masing

Pendidikan Islam Tingkatan 4 SPM
www.jombelajar.co.cc
admin@jombelajar.co.cc

7 comments: