Monday 1 July 2013

PANDUAN HSP SEJARAH TINGKATAN 5

Memahami ciri-ciri Demokrasi Berparlimen di Malaysia

Aras 1
·         Mentakrif Demokrasi Berparlimen
·         Menyenaraikan ciri-ciri Demokrasi Berparlimen
·         Menjelaskan konsep keluhuran perlembagaan
·         Menyenaraikan kuasa Yang Di Pertuan Agong
·         Menyenaraikan badan-badan pemerintah dan fungsinya
·         Menyatakan proses pilihanraya
·         Menyatakan pihak yang terlibat dalam pilihanraya
·         Menyenaraikan parti politik yang ditubuhkan sehingga tahun 1963



Aras 2
·         Menjelaskan ciri-ciri Demokrasi Berparlimen
·         Menjelaskan kepentingan perlembagaan
·         Menjelaskan proses pindaan perlembagaan
·         Membandingkan fungsi badan-badan pemerintah
·         Menghuraikan proses pilihanraya
·         Menggalurkan perkembangan parti politik di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah selepas Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1963

Aras 3
·         Menjelaskan kepentingan pindaan perlembagaan
·         Merasionalkan perlembagaan memperuntukkan perkara-perkara yang tidak boleh dipersoalkan
·         Mewajarkan peranan rakyat dalam menentukan pemerintahan negara

Memahami bidang kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri

Aras 1
·     Menyatakan kerajaan persekutuan
·     Menyatakan senarai kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri
·     Menyatakan bidang kuasa senarai bersama

Aras 2
·     Menghuraikan bidang kuasa kerajaan pusat, kerajaan negeri dan senarai bersama 

Aras 3
·     Menghuraikan kepentingan kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri bagi mewujudkan sebuah kerajaan persekutuan yang kukuh
·     Merasionalkan kepentingan pembahagian kuasa

Memahami kepentingan memartabatkan lambang-lambang negara

Aras 1
·         Menyenaraikan lambang-lambang negara
·         Menyatakan makna yang terdapat pada lambang-lambang negara

Aras 2
·         Mentafsir lirik lagu kebangsaan
·         Menghuraikan fungsi lambang-lambang negara

Aras 3
·         Mengaplikasikan cara-cara menghormati lambang-lambang negara
·         Menganalisis peranan lambang-lambang negara ke arah pengukuhan jati diri bangsa Malaysia



No comments:

Post a Comment