Wednesday 31 July 2013

KERJA RUMAH TERANCANG TINGKATAN 4



1.Semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, terdapat dua jenis pendidikan
   yang diamalkan iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.

(a) Apakah yang anda faham tentang pendidikan formal?

[2 markah]
(b) Bagaimanakah pendidikan formal dilaksanakan dalam kehidupan masyarakat Melayu?

[3 markah]
(c) Nyatakan tiga fungsi masjid pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

[3 markah]
(d) Senaraikan dua ciri sistem pendidikan pondok.

[2 markah]


2.Dakwah Islamiah disebarkan ke Asia Tenggara melalui perdagangan.

(a) Nyatakan fungsi pelabuhan di Selat Melaka dalam penyebaran agama Islam.

[1 markah]
(b) Nyatakan sifat-sifat yang ada pada para pedagang sehingga berjaya menarik
       penduduk tempatan memeluk agama Islam.

[3 markah]
(c) Apakah yang dilakukan oleh para pedagang untuk memanfaatkan masa
       semasa menunggu perubahan angin monsun?

[1 markah]
(d) Namakan jawatan yang diberi kepada para pedagang Islam yang amanah dan jujur.

[1 markah]
(e) Jelaskan peranan syahbandar.

[4 markah]

3(a) Sebutkan sistem pentadbiran yang diamalkan di Tanah Melayu sebelum dan selepas kedatangan Islam.
[2 markah]

(b) Berikan maksud istilah yang berikut.
(i) Zillullah fil-alam :
(ii) Khalifatul mukminin :
[2 markah]

(c) Apakah adat istiadat yang diwujudkan untuk mengukuhkan kedaulatan seseorang sultan?
[3 markah]

(d) Nyatakan tiga orang ulama yang menjadi penasihat kepada pemerintah di Melaka.
[3 markah]

4(a) Nyatakan dua undang-undang adat yang terdapat di Tanah Melayu.

[2 markah]
b) Apakah yang menjadi asas undang-undang negeri di negeri-negeri
       Melayu sebelum kedatangan pengaruh British menurut Profesor Ahmad Ibrahim?
[2 markah]
(c) Senaraikan tiga bahagian daripada Undang-Undang Kedah.

[3 markah]
(d) Nyatakan tiga kandungan dalam Hukum Kanun Melaka.

[3 markah]


2 comments:

  1. Bagi soalan struktur ini, anaknda bolehlah menghantar menggunakan emel atau melalui cetakan bahan ini.

    set objektif terdapat dalam facebook untuk latihan
    selamat menjawab.. selamat Hari Raya buat anaknda semua
    harap cuti 2 minggu ini digunakan dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya...Jazakallahu khairan katsira

    ReplyDelete
  2. Soalan yang diberikan adalah berfokus pada Bab 8 Tingkatan 4

    ReplyDelete