Monday 1 July 2013

NOTA RINGKAS SEJARAH TING 5 BAB 7


PERLEMBAGAAN
·         Undang-Undang Tertinggi Malaysia
·         Dokumen Rasmi

Keluhuran Perlembagaan
·         Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian perlembagaan mengatasi YDPA, Parlimen, Jemaah menteri dan Mahkamah
·         Bercanggah dianggap batal

Kepentingan Perlembagaan
·         Menjamin kestabilan Negara
·         Menjamin kecekapan pentadbiran
·         Menjamin taat setia rakyat
·         Panduan pemerintahan
·         Menjamin hak asasi
·         Jaminan Hak istimewa orang Melayu
·         Rujukan utama undang-undang
·         Senarai kuasa kerajaan Pusat dan negeri

Pindaan Perlembagaan
·         Bertujuan melindungi kepentingan rakyat
·         Melicinkan urusan pentadbiransupaya relevan dan sesuai
·         Menjadikan undang-undang yang munasabah
·         Dipatuhi oleh rakyat
·         4 cara pindaan perlembagaan 

Bidang Kuasa Yang Dipertuan Agong
·         Ketua Negara
·         Tiga unsur Parlimen
·         Ketua angkatan bersenjata
·         Kuasa mengampun
·         Tangguhkan sesuatu hukuman yang dibicarakan oleh mahkamah tentera
·         Menjaga hal istimewa orang Melayu
·         Menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu Mengadakan mesyuarat
·         Ketua agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja
·         Kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri
·         Melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan timbalan menteri
·         Mengisytiharkan undang-undang darurat
·         Melantik Pengerusi dan 3 ahli Suruhanjaya Pilihanraya
·         Melantik peguam Negara
       Mentauliahkan duta-duta negara


KUASA PEMERINTAHAN

Badan Perundangan ( Legislatif )
·         Bertanggunjawab menggubal undang-undang
·         Terdapat Dewan Negara yang merupakan Dewan tertinggi yang mengandungi 69 orang ahli tanpa perlu memenangi Pilihanraya.Ahlinya digelar Senator.
·         Terdapat Dewan Rakyat yang ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya.
·         Ia mempunyai tugas menggubal dan meluluskan undang pada peringkat Dewan Rakyat

Badan Pelaksana
·         Badan Pelaksana ialah Jemaah Menteri atau Kabinet yang melaksanakan dasar-dasar Kerajaan
·         Ketua Jemaah Menteri ialah Perdana Menteri
·         Tugas utama ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua pekara

Badan Kehakiman
·         Badan yang mempunyai kuasa mendengar serta menentukan pekara sivil danjenayah
·         Menentukan kesahihan Undang-undangyang dibuat oleh Badan Perundangan dan Badan Pelaksana
·         Berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Negeri
·         Mengisytiharkan undang Kerajaan Pusat






No comments:

Post a Comment