Monday 8 July 2013

Latihan Struktur BAb 6 Ting 4

LATIHAN STRUKTUR SET 1

CUBA JAWAB DAN UJI MINDA ANDA..

1. 
 (a) Nyatakan dua tanggungjawab khalifah menurut Islam  (2 markah)
 (b) Senaraikan syarat-syarat yang perlu dimiliki oleh calon khalifah ( 3markah)
 (c ) Bagaimanakah pemilihan khalifah Khulafa Ar Rasyidin dijalankan ( 2 markah)
 (d) Apakah tugas khalifah dalam bidang politik ? ( 2 markah)
( e) Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada Kerajaan Khulafa Ar Rasyidin
      demi memperkukuhkan ekonomi negara ( 1 markah)

2. KUIZ
(a)  Apakah kelebihan kaedah syura atau musyawarrah?
(b) Siapakah orang bukan Arab yang memeluk agama islam semasa pemerintahan ABu Bakar?
(c) Apakah tugas wali atau Gabenor semasa pemerintahan Umar Al Khattab?
(d)Mengapakah Khalifah Umar memberi gaji bulanan 500 dirham kepada hakim?
(e) Apakah tujuan pembinaan sistem pengairan Empangan Abu Musa (Basrah) dan Terusan
      Amirul Mukminin (Mesir) ?
(f) Apakah sumbangan Khalifah Uthman bin Affan terhadap kemajuan
     pertahanan negara Islam di Madinah?
(g) Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan mengukuhkan sistem ketenteraan semasa pemerintahannya?
(h)Apakah tujuan Sistem hijabah diperkenalkan dalam kerajaan Bani Umaiyah?
(i) Apakah 2 bukti menunjukkan kemajuan pertanian kerajaan Bani Umaiyah di Andalusia?
(j) Merupakan pusat penterjemahan dan pusat pengajian tinggi dalam kerajaan Bani Umaiyah,
     apakah X ?

Jika anaknda pelajar dapat menjawab pantas ? ini berarti anda excellent... Buat yang terbaik..

1 comment:

  1. Soalan kuiz ini bertujuan menguji pemahaman para pelajar setelah selesai mempelajari sesuatu topik.
    Ingat uji minda dan sentiasa buat ulangkaji pelajaran guru...semoga allah mengekalkan daya ingatan para pelajar di tahap yang terbaik

    ReplyDelete