Friday 24 January 2014

PANDUAN PETA GRAFIK

PANDUAN PENGGUNAAN PETA GRAFIK
(Peta Grafik dibuat berdasarkan Buku Teks Sejarah Tingkatan 4)

1)  Edarkan  peta grafik mengikut bab kepada pelajar 1 minggu sebelum kelas tentang bab itu bermula. Maklumkan kepada pelajar topik yang yang wajib dilengkapkan dalam peta grafik tersebut.

2)  Pelajar akan menggunakan Buku Teks Tingkatan 4 KBSM sepenuhnya sebagai panduan untuk melengkapkan peta grafik tersebut. Pelajar pintar biasanya dapat menyelesaikan pembelajaran 1 bab tersebut dalam masa 1 minggu. (Mastery Learning)

3)  Pelajar akan lebih berdikari membaca  Buku Teks Sejarah sambil membuat catatan ringkas dalam peta grafik tersebut.

4)  Semasa kelas Sejarah, guru perlu memastikan peta grafik telah dilengkapkan sebelum memberi latihan soalan struktur atau esei untuk dibincangkan bersama pelajar. Pelajar lemah, yang tidak dapat menyelesaikan tugasan akan diberi lebih perhatian.

5)  Semasa sesi pembelajaran di kelas, pengajaran adalah berpusatkan pelajar, guru bertindak sebagai fasilitator

6)  Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas: Guru boleh tumpukan kepada teknik menjawab soalan struktur atau esei (Sejarah Kertas 2 SPM), berdasarkan topik peta grafik yang telah disiapkan oleh pelajar sebelumnya.

7)  Guru akan lebih mudah menjelaskan istilah, konsep dan fakta Sejarah jika pelajar telahpun menyelesaikan tugasan peta grafik.

8)   Guru dapat memberi perhatian kepada pelajar lemah.

Guru dapat memastikan pelajar tingkatan 4 telah menguasai teknik menjawab soalan struktur dan esei lebih awal. (Sebelum mereka ke Tingkatan 5)

No comments:

Post a Comment