Sunday 19 January 2014

Latihan Topikal Tingkatan 5 bab 1

SOALAN-SOALAN TAHUN LEPAS
TINGKATAN 5
BAB 1 IMPERIALISME & NASIONALISME DI ASIA TENGGARA



Faktor Imperialisme

Tokoh A  : Hasil keluaran kilang kita semakin meningkat.
Tokoh B  : Tapi, kita tidak dapat menjual kesemuanya
  dalam negara.
Tokoh C  : Apakah tindakan kita, tuan?
 
 







1.     Dialog di atas mungkin berlaku di Eropah pada abad ke-17.
Apakah tindakan yang akan diambil oleh tokoh A?
A.     Mencari pasaran
B.     Mencipta kapal wap
C.     Mendirikan lebih banyak kilang
D.     Mengadakan hubungan diplomatik    (2007/20)

2.     Mengapakah negara-negara Barat memberi tumpuan kepada negara China pada abad ke-19?
A     Bahan mentah banyak
B     Tenaga mahir ramai
C     Tanah subur
D     Pasaran luas                                         (2012/23)

·          Beban orang putih
·          Tugas mentamadunkan manusia

3.     Pernyataan manakah berkaitan dengan maklumat di atas
A.     Melaksanakan dasar imperialisme
B.     Mengatasi masalah kepadatan penduduk
C.     Memajukan ekonomi penduduk tempatan
D.     Masyarakat Timur memerlukan bantuan Barat (2004/22)

Slogan
Kuasa
Beban Orang Putih
British

X

Perancis

4.     Rajah di atas adalah slogan penjajah Barat di Timur.
X ialah
A.     Asia untuk orang Asia
B.     Asia tanggungjawab Barat
C.     Tugas menyebarkan tamadun
D.     Agama tanggungjawab bersama        (2005/21)







Perubahan Politik di Asia Tenggara

5.     Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pentadbiran birokrasi Barat di Asia Tenggara?
I      Kedudukan pemimpin setempat dikekalkan
II     Pemimpin setempat berkuasa memungut cukai
III    Jabatan kerajaan diketuai oleh pegawai Barat
IV    Undang-undang Barat digunakan secara meluas
A.     I, II dan III             C.    I, III dan IV
B.     I, II dan IV             D.   II, III dan IV    (2004/23)

Sistem Encomienda telah diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina.

6.     Antara berikut yang manakah berkaitan dengan sistem di atas?
I      Mengutip cukai
II     Menjaga keamanan
III    Menasihati pemerintah
IV    Mengkristiankan penduduk
A.     I, II dan III             C.   I, III dan IV
B.     I, II dan IV             D.   II, III dan IV    (2005/22)

Tahun
Perkara
1887
1889
Akta Kampung Ulu Burma
Akta Perkampungan Burma

7.     Apakah implikasi pengenalan akta di atas kepada Burma?
A.     Pengaruh golongan agama meningkat
B.     Sistem pentadbiran tradisional terhapus
C.     Kedudukan nstitusi beraja diperkukuh
D.     Pendapatan penduduk tempatan merosot (2006/23)

8.     Apakah kesan akta berikut terhadap masyarakat Burma?
·          Akta Kampung Ulu Burma (1887)
·          Akta Perkampungan Burma (1889)
A.            Peningkatan taraf hidup
B.            Penindasan golongan petani
C.            Pengukuhan golongan agama
D.           Penghapusan pentadbiran tradisional      (2010/22)

Terdapat persamaan pemilihan golongan Mandarin dalam birokrasi di Vietnam dengan sistem pentadbiran Tanah Besar China.
9.     Merujuk pernyataan di atas, pemilihan tersebut dibuat berdasarkan
A.     pungutan suara rakyat
B.     pencapaian dalam peperiksaan
C.     pelantikan oleh Gabenor Jeneral
D.     pencalonan oleh pembesar tempatan               (2005/23)

10.   Pembesar Mandarin di Vietnam dipilih melalui
A.     peperiksaan
B.     pemilihan rakyat
C.     pelantikan maharaja
D.     persetujuan golongan bangsawan     (2006/24)

11.   Jadual berikut menerangkan perubahan dalam bidang pentadbiran yang berlaku di Thailand pada abad ke-19.
Tokoh
Perubahan Yang Dibuat
Raja Mongkut
Melantik 80 orang penasihat British
Raja Chulalongkorn
Memperkenalkan Majlis Penasihat British
Mengapakah perubahan tersebut dilakukan?
A.     Memperkukuh sistem pemerintahan beraja
B.     Memantapkan pentadbiran kerajaan
C.     Memelihara kedaulatan negara
D.     Memenuhi tuntutan rakyat                   (2009/21)

12.   Apakah implikasi pelaksanaan birokrasi Barat kepada negara Thai?
A.     Persaingan kuasa Barat
B.     Pemantapan kuasa raja
C.     Pengekalan kemerdekaan
D.     Penguasaan ekonomi oleh pembesar                (2006/27)
Faktor Kemunculan Nasionalisme

13.   Apakah kesan Sistem Tanaman Paksa terhadap penduduk Indonesia?
A     Meningkatkan ekonomi
B     Mewujudkan jurang sosial
C     Menghapuskan cukai pertanian
D     Menyediakan peluang pekerjaan        (2012/22)

Sistem pendidikan di Indonesia awal abad ke-19
Bandar
Anak golongan priyayi
Kampung
Anak orang kebanyakan
14.   Berdasarkan maklumat di atas, apakah tujuan Belanda mengasingkan sistem pendidikan tersebut?             (2006/25)
A.     Mengelakkan masalah pemberian bantuan
B.     Menyekat penghijrahan penduduk ke bandar
C.     Memecahbelahkan perpaduan penduduk tempatan
D.     Menghapuskan amalan tradisi penduduk tempatan

15.   Mengapakah kerajaan Belanda bersikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan di Indonesia?
A.     Menghalang perkembangan sekolah agama
B.     Mengehadkan aktiviti budaya tempatan
C.     Menyekat rakyat mendapat pekerjaan
D.     Memecahbelahkan perpaduan rakyat                (2008/21)

16.   Jadual berikut merujuk kepada novel yang dihasilkan di Asia Tenggara sebelum Perang Dunia Kedua.
Novel
Penulis
Noli Me Tangere
Jose Rizal
Kerikil-Kerikil Tajam
Chairil Anwar
Putera Gunung Tahan
Pak Sako
Apakah persamaan isu yang dimuatkan dalam novel tersebut?
A.     Nasib kaum wanita
B.     Penindasan oleh penjajah
C.     Peningkatan status sosial
D.     Tuntutan kemerdekaan                        (2008/22)

17.   Mengapakah Sistem Tanaman Paksa yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia perlu ditentang?
A.     Menjejaskan eksport negara
B.     Mengundang kehadiran pekerja asing
C.     Mengehadkan jenis tanaman komersial
D.     Mengekalkan kemunduran rakyat tempatan (2008/23)
 
18.   Jadual berikut berkaitan dengan kejayaan Jepun dalam bidang ketenteraan.
Tahun
Kejayaan
1895
Menewaskan China
1905
Menewaskan Rusia
Apakah kesan kejayaan tersebut terhadap Asia Tenggara?
A.     Pengukuhan sistem pertahanan
B.     Perluasan kawasan pemerintahan
C.     Kemunculan semangat nasionalisme
D.     Kemantapan kuasa pemerintah tempatan    (2011/21)

Nasionalisme di Asia Tenggara 

19.   Antara berikut yang manakah ciri-ciri persamaan gerakan nasionalisme peringkat awal di Asia Tenggara?
I      Perjuangan secara militan
II     Membentuk organisasi politik
III    Mengutamakan isu kebudayaan
IV    Golongan intelek menjadi pemimpin
A.     I dan II                  
B.     II dan III                               
C.     III dan IV
D.     I dan IV                                                 (2004/24)

20.   Mengapakah corak gerakan nasionalisme di Asia Tenggara berubah daripada sederhana kepada radikal?
A.     Sekatan pengaruh luar
B.     Perjuangan tidak berkesan
C.     Kekurangan sumber kewangan
D.     Sokongan pemerintah tempatan        (2006/26)

21.   Apakah matlamat golongan nasionalis di Asia Tenggara pada tahap kedua?
I      Memajukan kegiatan ekonomi
II     Menimbulkan kesedaran politik
III    Menyebarkan ilmu pengetahuan
IV    Membebaskan diri daripada penjajah
A.     I dan II                  
B.     II dan III                               
C.     III dan IV
D.     I dan IV                                                 (2004/25)

22.   Apakah tindakan Jose Rizal setelah gerakan dakyah gagal mencapai matlamatnya?
A.     Menubuhkan Katipunan
B.     Membentuk Liga Filipina
C.     Melancarkan revolusi bersenjata
D.     Menyebar fahaman melalui akhbar     (2005/24)


23.   Apakah tuntutan gerakan nasionalisme tahap awal di Filipina?
A.     Hak mengundi
B.     Hak kebebasan bersuara
C.     Pengembalian kuasa raja
D.     Pemerintahan kerajaan sendiri                           (2007/21)

Tokoh
Hasil Karya
Raden Adjeng Kartini
·          Habis Gelap Terbitlah Terang
·          Penulisan Seorang Puteri Jawa

24.   Karya di atas mendedahkan tentang
A.     kemunduran rakyat
B.     kemerosotan ekonomi
C.     ketidakadilan undang-undang
D.     kelemahan sistem pemerintahan        (2007/22)

25.   Pertubuhan Muhammadiyah merupakan pertubuhan penting dalam gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia.
Apakah matlamat perjuangan pertubuhan tersebut?
A.     Mempertahankan kuasa pemimpin tempatan
B.     Meningkatkan kerjasama dengan kerajaan
C.     Memperjuangkan kemajuan ekonomi
D.     Menghindari ancaman sekularisme    (2009/22)

26.   X dalam rajah berikut adalah pertubuhan nasionalisme tahap awal di Burma.
Ditubuhkan pada tahun 1906
 Menggunakan isu kasut





Apakah X ?
A     Liga Antipemisahan
B     Persatuan Belia Buddha
C     Liga Pembebasan Rakyat AntiFasis
D     Parti Dobama Asiayone                       (2011/22)





No comments:

Post a Comment